Drama Review : Delhi Crime
Saturday 5 December 2020
Writer : Richie Mehta
Cast : Shefali Shah, Rasika Dugal, Adil Hussain, Rajesh Tailang, Yashaswini Dayama, Denzil Smith, Abhilasha Singh, Sanjay Bishnoi, Mridul Sharma
Production Company : Golden Karavan, Ivanhoe Productions, FilmKaravan, Poor Man's Productions
Distributor : Netflix
Genre : Crime / Drama / Thriller
Running Episodes : 7 episodes
Release Date : 22 March 2019
Trailer :
First of all, congrats to Delhi Crime team for Emmy Award winning this year!! What a huge achievement for Bollywood industry and Netflix India after Scared Games series last year!
Delhi Crime diadaptasikan dari kisah benar jenayah yang menggemparkan satu dunia bila Nirbhaya dirogol di dalam sebuah bas yang bergerak di kawasan bandar pada tahun 2012. Dalam web series ni mangsa lelaki, Akash (Sanjay Bishnoi) dibelasah manakala mangsa perempuan, Deepika (Abhilasha Singh) dirogol beramai-ramai di dalam sebuah bas, dirodok dengan besi dan usus kecil ditarik keluar kemudiannya mereka berdua dicampak di tepi jalan tanpa sehelai pakaian.
Kes ni dijaga oleh Deputy Commissioner of Police (DCP) Vartika Chaturvedi (Shefali Shah) dan anak-anak buah dia. Selama ni mereka dicerca dan dikritik dek kerana kelemahan dalam menjaga Delhi tapi Richie Mehta paparkan realiti dari perspektif pegawai polis yang sedaya-upaya menangkap kesemua penjenayah yang terlibat dalam kes ni. Bagaimana dalam masa 5 hari mereka dapat tangkap keenam-enam penjenayah tanpa sebarang rekod atau sebarang petunjuk dari Akash atau Deepika. Tak balik ke rumah, tanpa elaun dijanjikan dan kekurangan masing-masing tapi tetap juga perform yang terbaik.
6 tahun pengarah dan penulis Richie Mehta buat research sebelum ready untuk shoot series Delhi Crime selama 62 hari di Delhi dan beberapa kawasan lain. Walaupun pengarah tak tunjuk gang rape’s scene untuk tambahkan impak dan kesan ngeri tapi dari keadaan Deepika semasa dibawa ke hospital pun dah boleh bayangkan betapa kejamnya perbuatan mereka. In actual case lagi menyedihkan bila peguam yang defend mereka berenam ni bagi statement yang anak guam dia tak buat salah pun.
Dalam Delhi Crime boleh nampak macam mana reaction setiap golongan antaranya media yang pentingkan rating tanpa mengira etika, masyarakat yang menuduh secara melulu, politician dengan agenda politik untuk merampas kuasa dan juga pihak atasan yang cuba mencari the fall guy. Semuanya dipaparkan dengan tepat dan realistik. Lakonan setiap pelakon menggambarkan perasaan dalam setiap babak dengan emosi yang sesuai dengan keadaan yang dilalui.
Jai Singh (Mridul Sharma) mengaku atas semua jenayah yang dilakukan tapi tak menyesal langsung dengan perbuatan dia malah berasa bangga dapat keluarkan usus dari perut Deepika. Tahniah kepada casting director, Mukesh Chabra sebab ambil barisan pelakon yang berbakat besar.
‘It’s economics. The bigger the gap between the rich and poor, the more the crimes. You see, the rich have brought more money into society. But it’s not reaching the poor. So they try to take it. The result is more strife than in society. It’s normal. It’s happening all over the world. Add to that the explosion of uneducated youth here. They have no sex education, but get free porn online which affects their adolescent brains. They do not know how to interpret it. they objectify women and wish they could have that in their lives. If they don’t get it, they take it with no regard for the consequences. After all, they have nothing to lose.’
This dialogue alone has deliver strong message and bitter truth every country in this world and perfectly sum up the story. Dialogue deliveries are perfect. Execution and screenplay also great. Johan Heurlin Aidt pay attention on every detail sebelum dia masukkan dalam lensa kamera dia. Music score dari Andrew Lockington pun menambahkan impak penceritaan.
Tanpa gory scene atau melodrama, Delhi Crime deliver yang terbaik baik dari segi penceritaan, lakonan dan teknik lain. Sebuah series yang digarap cantik sebagai penghargaan kepada pegawai polis yang memberikan sepenuhnya dalam menjaga keamanan negara. Ending Delhi Crime tinggalkan audience dengan perasaan kecewa bila dipukul dengan realiti sebenar kehidupan.
Ingat lagi masa kes ni berlaku, Jaya Bachchan turun naik Parlimen untuk bahas isu ni supaya keselamatan perempuan terjaga tambah pula bila dia sendiri ada anak perempuan, menantu dan cucu perempuan dalam rumah dia. Team Delhi Crime dah keluarkan statement akan muncul dengan Season 2 dengan barisan pelakon yang sama dalam memburu penjenayah baru.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10