Coffee Maker Machine Aristo Dah Sampai!
Monday 27 January 2020
Lepas entry Malaysia Coffee Fest 2019 di One Utama, tak sabar la tunggu mesin kopi Aristo sampai sebab dah excited nak minum kopi Aristo. Tambah pula Kaksha dah mention nak tahu tentang mesin dan penyewaan dia.
Sembang pasal penggunaan mesin kopi ni sangat mudah. Ambil je mana-mana kapsul yang you guys nak lepastu masukkan dekat lubang mesin kopi tu. But before that, kena switch on then isi air dekat bekas belakang mesin.
Sorry Kaksha tunggu lama entry ni, bukan sebab malas nak update tapi mesin dia pun baru je sampai rumah sebab dah habis stok. Dari bulan Ogos membawa ke Januari 2020. 7 bulan menunggu mesin kopi dia sampai. Padahal kotak kopi/sleeve dia tiap-tiap bulan dapat sampai dah tinggi dah atas meja makan.
Dalam satu sleeve ni ada 10 kapsul kecil. As for now ada 7 jenis flavor - Luna, Choco, Sunrise, Lonely, In Love, Passion dan Amico.
Semua flavor ni agak pekat so bila minum memang kena tambah fresh milk dengan susu cair. Siapa yang suka pekat, tak payah tambah apa pun dah boleh enjoy your coffee dah. Ada lagi satu sleeve pack warna oren ni khas untuk tea lover.
Ada 5 jenis flavor - King, The Queen, Prince, Princess dan Earl. Belum pernah try lagi tapi sama dengan kopi, teh dia pun pekat jugak since I've tried masa Coffee Fest dulu so dah tahu la macam mana rasa dia kalau freshly brewed.
Tak payah tunggu lama pun sebab dia pantas buat kerja. Tadah je mug dekat bawah tu then campur susu lepastu boleh minum dah.
Lepas ni bos kata nak beli jugak mesin kopi Aristo ni sebab murah, mudah dan cepat nak compare dengan mesin kopi lain. Yang bestnya mesin kopi ni kalau rosak, just call je ajen Aristo, diorang akan datang dan gantikan dengan yang baru. Cuma tak bestnya jadi macam I lah kena tunggu sampai berbulan lamanya.
Untuk monthly rental payment, memang mesin kopi ni harga RM1 sahaja setiap bulan tapi sleeve pack tu harga RM17.90. Aristo ada sediakan sleeve pack untuk susu berharga RM15 but this one optional lah. Kalau nak beli, beli masa promo sebab sleeve ni asalnya harga RM30 tapi bila ada promo dia turun harga sampai RM17.90.
Berbaloi atau tak beli, for me tak sangat sebab kalau beli kopi 3 in 1 tinggal bancuh dengan air panas je. Tak perlu nak tambah additional cost untuk beli susu dan gula, jimat masa pun satu hal jugak. Jenis manusia pemalas ni memang tak suka sangat lah dengan pakej Aristo ni tapi untuk penggemar kopi premium, mungkin pakej ni berbaloi lah kot. Idk, my stand tak sama dengan orang lain. Lain orang lain preferences dia so up to you guys to decide lah. Anyway, hope my post helps :)