Movie Review : Ghost Stories

Sunday 5 January 2020


Director : Zoya Akhtar, Anurag Kashyap, Dibakar Banerjee & Karan Johar
Writer : Karan Johar, Dibakar Banerjee, Zoya Akhtar, Isha Luthra, Avinash Sampath
Cast : Jhanvi Kapoor, Sobhita Dhulipala, Mrunal Thakur, Avinash Tiwary, Surekha Sikri, Raghuvir Yadav, Gulshan Devaiah, Vijay Varma, Pavail Gulati
Production Company : RSVP Movies, Flying Unicorn Entertainment
Distributor : Netflix
Genre : Horror
Running Time : 144 minutes
Release Date : 1 January 2020
Trailer :


Lepas kejayaan movie Lust Stories, 4 director ni bergabung tenaga menjayakan movie Ghost Stories dengan distributor yang sama, Netflix. Setiap seorang director diberi 30 minit untuk satu cerita. 

1. Zoya Akhtar

Mengisahkan Sameera (Jhanvi Kapoor) yang menggantikan nurse lama untuk jaga nenek tua di apartmennya. Disebabkan anak dia bekerja di bandar, nenek tua yang mempunyai dementia selalu bertanya tentang anak dia. Sameera ambil kesempatan dengan masukkan pil tidur dalam minuman nenek tua. Untuk hilangkan bosan, dia selongkar barang perhiasan si nenek dan mencuri yang cantik.


Malam pertama dia tidur di rumah si nenek, dia nampak seseorang mengensot di luar bilik tapi bila pintu dibuka, tak ada sesiapa. Malam kedua Sameera panggil teman lelaki dia, Guddu (Vijay Varma) datang ke rumah nenek tapi disebabkan kerja, teman lelaki dia terpaksa balik. Lebih kepada takut sebenarnya bila Guddu pun terdengar bunyi yang sama. Malang bila Sameera terjumpa sesuatu yang mengejutkan di dapur.


Karya Zoya Akhtar agak predictable dan quite cliché untuk horror story so a mehhh for me dengan jalan cerita yang agak slow. I kena cepatkan 1.8x supaya tak mengantuk tengok Sameera mandikan nenek tua. Lagi best kalau dia buat Sameera kena ganggu lebih teruk lagi. Lakonan Jhanvi biasa je, nothing much to be impressed pun

2. Anurag Kashyap

Rutin seharian Neha (Sobhita Dhulipala) selain sebagai suri rumah, menjaga Aansh (Zachary Braz) bila pulang dari sekolah, feeding birds dan bermain dengan anak patung. Aansh mula risau bila Neha mula kurangkan aktiviti bersama tambah pula bila Neha berhenti dukung Aansh disebabkan perut yang semakin membesar.


Disebabkan geram Aansh selalu lukis gambar Neha dan Aansh tapi di bahagian perut Neha, Aansh akan conteng dengan warna hitam. Anehnya setiap kali Aansh conteng perut Neha, setiap kali tu lah Neha akan sakit perut. Bila Aansh berhenti, sakit tu serta merta hilang.


Gara-gara risau akan keguguran, Neha mula murung dan bermimpi buruk. Makin trauma bila Neha pernah keguguran anak pertama. Aansh pula makin bahagia bila Neha menampakkan tanda-tanda keguguran sebab dia akan dapat perhatian sepenuhnya dari Neha.

3. Dibakar Banerjee

Journalist (Sukant Goel) dihantar ke Smalltown untuk satu tugasan tapi sampai je dekat sana, dia ditegur oleh seorang budak lelaki (Aditya Shetty) supaya jangan bercakap atau bergerak. Bila budak tu bagi arahan untuk lari, dia kena ikut lari kalau nak selamat. Bingung dengan keadaan Smalltown, dia cuma menurut kata si budak kecil dan berlari untuk berlindung dalam rumah kecil.


Dalam rumah tu ada seorang lagi budak perempuan (Eva Ameet Pardeshi) yang ketakutan. Turns out dari cerita mereka berdua, pekan Smalltown dah huru-hara sejak kedatangan ayah budak perempuan yang bengis dan makan orang.


Dari awal lagi dah boleh agak yang short movie karya Dibakar ni berkenaan dengan zombie so it’s nothing new and quite cliché. Kind of boring dan penghujung cerita tinggalkan banyak persoalan.

4. Karan Johar

Diinspirasikan dari kisah caller di radio show Karan, mengisahkan tentang suami, Dhruv (Avinash Tiwary) yang masih lagi attached dengan nenek (Jyoti Subhash) dia walaupun dah meninggal. Bukan setakat suami tapi satu keluarga even pembantu rumah sekali.


Setiap malam Ira (Mrunal Thakur) akan dengar someone berjalan dengan tongkat kayu dan lagi peliknya bila suami dia selalu menyembang dengan ‘nenek’ dia sebelum tidur. Suami dia selalu marah bila dia taknak cakap good night dekat ‘nenek’.


Antara semua short movies, I enjoy watching Karan Johar punya sebab unique cuma tak seram sangat but still got goosebumps and jumpscared. Movie Karan Johar je yang tak stick dengan cliché theme horror genre bila kena bergelap sepanjang masa. Karan did his way dengan set yang extravaganza dan cantik. Kan best kalau KJo olah jadi movie dan tambah lagi horror experience keluarga misteri ni. Tak puas sebab sekejap sangat.

All in all, do watch it if you guys suka horror movie yang ringan dan santai. Movie ni ada dekat Netflix in case you guys are wondering J

1. Team Production +1, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.4 = 6/10

Blog Performance Disember 2019

Saturday 4 January 2020

First of all Happy New Year 2020 guys! 

Lambat sikit nak start report card bulan lepas sebab busy dengan kerja since sekarang musim tengkujuh so Influenza A tengah aktif. Ramai staf yang sakit even I pun dah mula tak sihat. Harapnya tak demam lah sebab tak ada duit nak MC

1. PV


Untuk bulan Disember, stats tak cecah langsung 1k. Nampak tak dekat stats tu paling tinggi pun 900 je. Rasanya bulan lepas tak blogwalking langsung. Bukan malas tapi tak sempat. Dah target 10 blog setiap hari tapi kelaut jugak perginya.

Bulan November dah aim all time stats nak 650k tapi short lagi 30k. Mampu jejak 647k je tapi yang bagusnya dapat jugak capai target tahun ni untuk dapat setengah juta walaupun sipi je. Tahun ni haruslah dapat sejuta. Orang lain dah berjuta, kita baru nak target hihu

2. Post

Top post bulan Disember tak jauh beza pun dengan bulan November. Makin hujung tahun makin sendu jadinya. Berbeza dengan awal tahun dulu, top post paling rendah 200. Hujung tahun ni kalau seratus pun sipi-sipi suam kuku je. All time popular post pun lebih kurang je dengan November. 

3. Keywords


Bulan Disember nampakbanyak keywords baru macam movie WAR, buku seram, lirik lagu Yang Satu - Akim & The Majistret, pokok cekur, NSK dan L'oreal Extraordinary Oil. Quite positive lah dekat part ni tapi tak la ramai mana pun sampai nak masuk Popular Post hshshs

4. Audience


Audience Bulan Disember disumbang besar oleh Malaysia lah where else kan tapi audience dari Brunei dah hilang terus dari radar. Dari Indonesia pun dah berkurang maybe sebab dah berbulan tak update movie review movie Indonesia. Susah nak cari movie Indo yang ada english subs atau malay subs so banyak movie dibiarkan terperam dalam folder je. 

5. Bilangan Entri


Goal tahun ni berjaya jugak akhirnya untuk cantas bilangan entri tahun lepas walaupun kebanyakan entri tahun lepas dibuang supaya bilangan entri berkurang secara drastik hewhewhew. Kelaut terus misi 60 entri sebulan tu. Tak sempat nak update. Habis bersyukur dah mampu update 36 entri untuk bulan Disember. 

Untuk target bulan Januari ni nak entri 30 ke atas dan all time stats boleh cecah 660k. Yang lain tu buat tak nampak je lah sebab tak mampu nak control dah haha. Happy New Year and have fun this weekend!

Heaven and Earth Mango Tea

Wednesday 1 January 2020


Tak pernah tahu Heaven and Earth ada flavor mangga dengan teh chamomile. Saja je beli sebab nak try and it turns out yummy! Since its mango, bau dia agak nice lah. Bila minum terhidu bau tu lagi naikkan rasa nak minum lagi. 


Bahaya jugak lah minum air ni sebab tahu-tahu je dah habis satu tin. Rasa dia tak la manis sangat, just nice je combination since both ingredients macam control each other supaya tak over sangat rasa dekat lidah. For me it's perfect. Kalau minum sejuk-sejuk time cuaca panas memang hao liao!