Kenapa BOMBA Datang Oasis?

Monday, 4 October 2021

Hari Jumaat lepas kitoang lunch dekat Kapitan sebab dah lama pulak tak lepak dekat situ tapi turun lambat sikit sebab sibuk siaapkan agreement untuk client. Terpaksa siapkan dulu sebelum makan sebab takut tak sempat siap sebelum pukul 4 petang. Dah siap baru lega nak turun lunch. Kalau tak, makan pun tak senang ye dak?

Lepas dah habis makan, tengah syok menyembang sementara nak habskan air, kitornag nampak trak BOMBA masuk perkarangan Oasis Square Ara Damansara. Sepanjang dekat sini belum pernah lagi nampak trak merah ni masuk. Kalau boss I pernah lah sekali masa office kitorang terbakar tahun 2017 hahaha


Kemain lah kitorang cepat-cepat makan pastu bayar then menempek dekat depan ni. Bak kata Danial, boleh jadi content ni. Tanya sana sini, dapat la cerita yang owner kereta Honda tu call BOMBA sebab dia nampak ada ular dekat kereta. Lama jugak ye kitorang tunggu dekat sini sebab nak tengok BOMBA tangkap ular. Dalam masa yang sama risau jugak ular tu lari dekat kitorang. Haaa tak ke naya


Akak cleaner : Tu kenapa ya? Ada apa ya?

SN : Ada ular tu kak. Ni akak lah ni tak sapu betul-betul, kan ular dah datang buat sarang

Akak cleaner : Isyhhh akak sapu lah, dari hujung sana sampai hujung sana! 

Disclaimer : Gurauan semata

*********************

Ahso : What's happening ah? Kenapa tu BOMBA datang?

Me : Ada ular dekat kereta dia

Ahso : Uisyhhh city also got snake ah? 


T.T

************************

IR : Ana, cerita ular ni mesti sampai Indonesia

Me : Aikkk jauhnya pergi sana?

IR : Tu kau tengok geng Kak Wati dah buat video call dengan orang kampung dia

********************************

Selama setengah jam kitorang tercongok dekat situ, tak nampak pun ularnya. Penat abang BOMBA tu dok belek sana sini siap terbaring sampai terhantuk dekat but kawan dia. Sudahnya kitorang naik je sebab panas. Danial dengan Ray stay lagi dekat bawah sebab nak tengok ular tu. 15 minit lepas tu diorang hantar whatsapp cakap dah jumpa ularnya. Besar katanya. 


Bila tengok gambar hmmmm k, ni lah ularnya. Biasalah #HambarJumaat

Drama Review | Extracurricular (2020)

Sunday, 3 October 2021

Director : Kim Jin-Min

Writer : Jin Han-Sae

Cast : Kim Dong-hee, Park Ju-hyun, Jung Da-bin, Nam Yoon-su, Choi Min-soo, Park Hyuk-kwon, Kim Yeo-jin

Production Company : Studio 329

Distributor : Netflix

Genre : Crime / Drama

Running Episodes :  10 episodes (44 – 72 minutes per episode)

Release Date : 29 April, 2020

Trailer : 


Di sekolah Oh Ji-Soo (Kim Dong-Hee) adalah loser di mata pelajar lain tapi murid yang cemerlang di mata para guru. Untuk bayar yuran sekolah dan yuran tuisyen, dia bekerja sebagai security provider kepada beberapa pelanggan yang memerlukan khidmat tersebut. Ji-soo upah Mr. Lee (Choi Min-Soo), pesara tentera sebagai pekerja tunggal dan komited dengan kerja tersebut. 

Pelanggan utama syarikat dia adalah pelacur yang mempunyai pekerja bawah umur, Min-Hee (Jung Da-Bin). Mempunyai alasan yang sama dengan Ji-soo, Min-hee perlukan duit yang mudah dan cepat untuk tanggung makan minum boyfriend dia, Kitae (Nam Yoon-su). Semuanya berjalan dengan lancar untuk Ji-soo dan plan dia untuk kumpul dia supaya dapat ambil exam SAT pada tahun depan pun bakal tercapai. 

Malangnya impian dia hancur bila Bae Gyuri (Park Joo-Hyun) curi handphone dan dapat tahu kegiatan haram tersebut kemudiannya ugut tanpa henti supaya Ji-soo ikut semua perintah dia. Sakit hati masa tengok scene ni sebab gara-gara Gyuri, habis semua duit Ji-soo kena kebas dengan ayah tak guna dia (Park Ho-San). Bukannya Gyuri nak duit sangat pun sebab dia dari keluarga kaya dan bakal dilantik sebagai CEO. 

Masa tengok Ji-soo menangis sebab kecewa ditipu oleh ayah dia dan Gyuri tu boleh rasa level remuk dia sampai ikut menangis sekali. Ingat senang ke nak kumpul duit? Dah lah hidup tak kacau orang tiba-tiba kena game sampai macam tu sekali. Kena buli pun hadap je selagi tak tarik perhatian sesiapa dekat sekolah. 

Sakit hati jugak dengan Min-hee sebab dia punca Ji-soo terpaksa call polis untuk selamatkan dia sedangkan Mr. Lee dah larang dia untuk bekerja lepas insiden pelanggan psiko. Syarikat Ji-soo dah larang untuk terima pelanggan psiko tu sebab dah jadi kes. Kalau ikutkan polisi syarikat sekuriti dari Ji-soo memang patut sangat diorang refuse untuk selamatkan Min-hee. Dah la minor, degil pulak tu. Ada hati nak sembang pasal undang-undang dan akta pekerja. 

Tapi setinggi mana level menyampah dengan watak Min-hee dan Gyuri pun, kena terima jugak bila latar drama genre jenayah ni berkisarkan kehidupan remaja. Bijak tapi insensitive. Bijak tapi belum matang buat keputusan. Semua keputusan yang Gyuri, Ji-soo, Min-hee dengan Kitae buat adalah keputusan jangka masa pendek. Dan ni adalah essence yang membuatkan drama Extracurricular menarik bila pengarah olah serealistik yang mungkin. 

Masa tengok babak tu mungkin kita akan cakap haa kenapa tak buat macam ni  atau macam tu, kenapa nak pilih jalan yang macam tu sebab kita tak ada dalam situasi dia. Watak Oji bukan watak hero yang one step ahead walaupun dia selalu dapat skor tinggi dalam exam. Dia membesar dalam situasi yang toxic sampaikan kesihatan mental dia terjejas. Pilihan dia terhad sebab dunia dia kecil dan sempit. Bak kata Mr. Lee, nasib dia dan Oji malang sangat dalam kehidupan. 

Selain dari konsep dan jalan cerita yang segar dan unik, lakonan yang cemerlang diperhebatkan lagi dengan visual yang menarik dan music score berentak upbeat dan catchy. Semua faktor ni buatkan drama terbitan Netflix dipaparkan dengan bagus dengan mesej sosial yang sarat mengenai masalah sosio-ekonomi di negara tersebut. 

Walaupun pada pertengahan drama, momentum mula menurun tapi bila masuk watak owner Banana Karaoke Club jadi menarik balik. Sepatutnya drama ni habis pada episod 9 tapi penulis nak jugak stretch supaya watak Oji kononnya dapat hukuman dunia. Berapa banyak lagi watak Oji kena uji sampai hati penulis puas? Just end it in a fun way lah. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.8/10

Movie Review | Kau Takdirku (2017)

Saturday, 2 October 2021

Pengarah : Jason Chong

Penulis Skrip : Azril Hamzah, Jason Chong 

Pelakon : Ezzaty Abdullah, Remy Ishak, Aisya Hasnaa, Bront Palarae, Kartina Aziz, Maya Matahari, Hasnul Rahmat 

Syarikat Produksi : Grand Brilliance 

Pengedar : Primeworks Studios 

Genre : Romantik / Drama  

Durasi Tayangan : 93 minit

Tarikh Tayangan : 7 September 2017 (Malaysia)

Trailer :


Kau Takdirku mengisahkan Kamar (Remy Ishak) yang lemas di sungai kemudiannya terselamat kerana kain batik yang berada pada bayi perempuan di pinggir sungai. Rasa bersyukur dengan peluang yang diberikan, Kamar bawa bayi tersebut pulang ke rumah. 

‘Kamar jumpa ni di tepi sungai. Kamar nak jaga dia boleh? Siapa yang jumpa dia punya, kan?’

Dari kecil sehingga lah Alya (Ezzaty Abdullah) besar, memang tak pernah dia berenggang dengan Kamar dan sebagai abang yang protective, ke mana saja Alya pergi pun dia akan ikut sekali. Kawan-kawan Alya mengusik bila mereka perlu jalani latihan industri di sebuah pulau selama 3 bulan. Kamar awalnya membantah keputusan Alya sebab jurulatih di sana adalah kawan baik dia yang terkenal dengan perangai kaki perempuan. Dia tak nak Alya jadi salah seorang mangsa godaan Haris (Bront Palarae). 

Tapi kalau dah jodoh, dihalang macam mana pun tetap juga akan bersama. Alya buat keputusan untuk berkahwin dengan Haris selepas grad dan Kamar berpindah keluar dari rumah neneknya. Nak ubatkan hati yang terluka sebenarnya bila Alya diambil orang padahal dari kecil Kamar anggap Alya lebih dari seorang adik. Nenek (Kartina Aziz) dah lama perasan bila Kamar selalu mengelak untuk berjumpa dengan perempuan lain. 

Sebelum ni tak pernah tahu kewujudan movie terbitan Grand Brilliance padahal ada Bront Palarae sebagai pelakon utama. Bila nampak dekat Netflix terus layan kisah cinta tiga segi arahan dan penulisan karya Jason Chong. Penceritaan Kau Takdirku agak meleset dari apa yang I jangka sebab tajuk dan babak awal juga beberapa hint tunjuk yang Alya adalah takdir Kamar tapi bila dekat ending berubah pula cerita dia. 

Plot dia pun macam terlampau ringan dan ringkas untuk dipaparkan selama 93 minit. Personally I rasa kisah cinta tiga segi ni elok jadi telefilem je sebab elemen drama dan melankolik tak disampaikan dengan emosi yang tepat. Pendirian Alya pun senang berubah mengikut kehendak penulis. Bila cerita tu perlu bersimpati dengan Kamar, hati Alya beralih kepada Kamar dan bila Haris nak bawa diri, hati Alya pindah perasaan kepada Haris pula. Tapi logik lah sebab dalam dunia Alya pun ada Kamar dengan Haris je. Tak sempat nak keluar teroka dunia luar, dah kena ikat dengan perkahwinan dan tanggungjawab. 

Cara pengarah mewujudkan konflik pun kelihatan merepek terutamanya bila watak Haris beria nak turun laut dalam untuk mencari mutiara cantik buat Alya sedangkan cuaca masa tu buruk. Pengarah tunjuk ada angin kuat dan kilat dalam babak tu. Kita orang biasa ni pun tahu betapa bahayanya turun laut masa tu tapi watak Haris yang memang tinggal di laut tak peduli asalkan dia dapat apa yang dia nak. 

Sinematografi dan visual movie Kau Takdirku nampak cantik dan menarik sebab lokasi penggambaran dibuat di Pulau Tioman dan Pulau Langkawi. Even rumah Nenek tu pun cantik dengan props yang moden walaupun rumah tu dah berapa banyak kali dah muncul dalam beberapa filem, telefilem atau drama tempatan. OST dari Datin Alyah pun sesuai dengan mood melankolik movie ni. 

Movie ni dah lama kena peram atas sebab-sebab tertentu jadi bila muncul pada tahun 2017 memang kurang lah mendapat sambutan sedangkan selera penonton dah keluar dari cerita air mata macam ni. Okay lah kot dapat masuk Netflix, boleh lah nak buat balik modal. Boleh lah fans Remy ataupun Bront layan untuk hilangkan rindu.  

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.4/10