‘NEXT TO NEELOFA’ SELAMI SUKA DUKA FIGURA-FIGURA WANITA DISEGANI RAMAI

Tuesday, 11 October 2022

Tiada rancangan bual bicara yang mampu mendalami isi hati figura-figura terbesar tanah air kecuali ‘Next to Neelofa’. Rancangan talk show bernaratifkan perbincangan mahupun perbualan yang merangkumi aspek-aspek kehidupan kini kembali dengan musim kedua yang berpaksikan ‘deep conversation’ bersama tetamu-tetamu undangan personaliti terkenal.

Isu-isu yang bakal dikupas menerusi musim kedua ‘Next To Neelofa’ menunjukkan sisi-sisi para figura yang jarang dipaparkan kepada khalayak ramai kerana ada di antara mereka dikenali menjalani kehidupan privasi yang ketat terutamanya dengan ahli keluarga mereka.

Jelitawan ini akan menyelami kisah-kisah yang belum terungkai secara umum termasuk tragedi serta konflik yang sedang atau telah dihadapi barisan tetamu undangannya untuk dijadikan perkongsian demi para penonton Astro.

Neelofa turut akan berbual bicara mengenai dunia baharunya, dunia keibuan atau motherhood dengan tetamu jemputan sambil berkongsi ilmu dalam mendidik anak-anak serta nasihat dalam menguatkan bahtera perkahwinan.

Antara tetamu undangan musim kedua adalah penyanyi dan pelakon tersohor negara, Ziana Zain. Episod yang memaparkannya akan merungkai suka duka perkahwinan penyanyi tersebut bersama bekas suaminya. Bermula dengan permulaan percintaan mereka sehingga ke saat-saat mendugakan bersama keluarga termasuk masalah kehamilannya serta diagnosis anaknya dengan attention deficit hyperactivity disorder (ADHD).

Malah dia turut berkongsikan kisah perkahwinannya di mana diri penyanyi tersebut menyimpan masalah rumahtangga daripada kedua ibu bapanya sehingga dia berkongsi keputusan untuk bercerai daripada suaminya dengan mereka.

Manakala pelakon dan pengacara popular, Datin Lisa Surihani turut berkongsi kisah bibit percintaannya dengan Datuk Yusry Abdul Halim serta pembabitan awalnya dalam industri lakonan menerusi salah satu episod ‘Next To Neelofa’. Selain daripada itu, Datin Lisa turut berkongsi kisah perjuangan bapa yang dikasihi berhadapan dengan kanser. Pelakon tersebut meluahkan keperitan bagaimana dia sekeluarga mengharungi saat-saat sedih ketika bapanya nazak dalam pertarungannya dengan penyakit tersebut. Sisi-sisi emosi ini bakal membuatkan para penonton terbuka mata dan hati dengan menatap momen yang dipenuhi dengan tangisan Datin Lisa.  

Mira Filzah pula akan berkongsi pengalaman melahirkan anak pertamanya dan kehidupan baharu sebagai seorang ibu. Malah pelakon cantik ini turut berkongsi kisah percintaannya dengan suami, Wan Emir Astar yang dikenalinya menerusi laman media sosial Instagram.

Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed turut diundang untuk berkongsi kisahnya sebagai seorang ibu tunggal pada awal kehidupannya dan bagaimana dia mendidik serta membesarkan anak-anaknya tanpa kehadiran seorang bapa. Dia turut berkongsi kisah zaman kanak-kanak Neelofa dan bagaimana dirinya mendapat nama manjanya Lofa, yang berasal dari perkataan Love. Antara tetamu-tetamu undangan yang turut membuat penampilan menerusi musim kedua ‘Next To Neelofa’ adalah Diana Amir, Puteri Sarah, Tya Arrifin dan Ustazah Oki.

Saksikan musim kedua ‘Next To Neelofa’ bermula pada 22 Oktober 2022 pada setiap hari Sabtu pada jam 10 malam di saluran Astro RIA. Untuk pilihan lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan ini di Astro.

KENYATAAN RASMI KETUA SALURAN ASTRO RIA, NORZEHA MOHD SALLEH

‘Next To Neelofa’ merupakan antara rancangan bual bicara Astro yang sering kali menjadi tumpuan para penonton terutamanya golongan wanita. Topik-topik kupasan selalu menyentuh hati sanubari wanita dengan topik-topik yang relevan ketika musim pertama di mana Neelofa berkongsi kisah hidupnya secara mendalam dari segi pencintaan serta kehidupan sebagai seorang wanita single yang mengorak langkah gagah dalam bidang perniagaan.

Tetapi musim kedua pula, para penonton Astro akan menjadi saksi kepada kematangan Neelofa dalam melayari kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu. Ternyata ramai akan melihat impak secara peribadi dan juga keseluruhan personalitinya setelah melangkah ke alam yang baharu. Itulah anjakkan utama musim baharu ini yang bakal ditonjolkan kelak.

Tetamu-tetamu undangan kali ini sememangnya bakal memberi inspirasi dan aspirasi kepada mereka yang menonton. Dari luaran, ramai mempunyai perspektif am mengenai kehidupan barisan personaliti musim kedua ini walaupun realitinya adalah jauh berbeza.

Namun ‘Next To Neelofa’ memberikan figura-figura yang diundang platform yang selesa dan selamat untuk mereka berkongsikan perjalanan kehidupan mereka sebenar di sebalik mitos atau persepsi umum yang sering mengaburi realiti mereka.

Neelofa ternyata mampu mengemudi topik-topik yang sukar seperti penceraian, konflik rumahtangga dan kehilangan orang tersayang. Menerusi kelapan-lapan epsiod musim kedua, ramai akan sedar betapa terbukanya rakan-rakan personaliti terhadapnya dengan menunjukkan sisi-sisi mereka yang jarang ditampilkan di khalayak ramai.

Kami merasakan amat teruja kerana diberi kepercayaan dan peluang untuk meneruskan rancangan bual bicara ini dengan melihat impak positif yang telah dibawakan menerusi musim pertama. Pihak Astro sentiasa ingin membawa kandungan-kandungan yang bukan sahaja menghiburkan pada mata kasar tetapi membawa kesan yang mendalam pada minda dan hati para penonton.

Setiap kali kami menghasilkan rancangan-rancangan seperti ‘Next To Neelofa’, sudah pastinya kami bertanyakan kepada diri kami sendiri: ‘Apakah kesan perkongsian episod-episod yang ada, atau bagaimana topik kupasan mampu mengubah pemikiran serta hati mereka yang menonton ke arah kebaikan?’

Oleh itu, di sebalik pembikinan setiap episod rancangan bual bicara ini, kami saratkan dengan pelbagai iktibar dan ilmu untuk dikongsikan bersama. Kami berharap mesej-mesej yang ada dapat disampaikan dengan setulusnya kepada semua penonton Astro.”

DISNEY+ HOTSTAR’S THE ZONE: SURVIVAL MISSION MOMENTS THAT HAS US ROLLING ON THE FLOOR LAUGHING | Check out the funniest moments that will have you clicking replay over and over again

If you’re a fan of Korean variety shows, you’re probably familiar with the comedic antics of Lee Kwangsoo and Yoo Jae Seok. But when Girl’s Generation member Kwon Yuri jons them, the trio becomes an unstoppable force that’s bound to have you rolling on the floor laughing.

The Zone: Survival Mission is the gift that keeps on giving. From the first episode to the upcoming finale, the series is chock-full of hilarious scenes. However, with much difficulty, we’ve managed to narrow down our top 5 favourite moments of the show.

1. Lee Kwangsoo’s Sticky Situation

The first episode of The Zone: Survival Mission truly sets the tone for the rest of the series. As if having to avoid being soaking wet in freezing cold weather and having to traipse through hurdles wasn’t hard enough, Lee Kwangsoo ups the ante by rolling on slippery glue and struggling to move, which turns out to be the highlight of the episode. From getting stuck on toilet seats to being plastered with ping pong balls, watching Lee Kwangsoo struggle to make it through the episode is slapstick comedy at its finest.

2. Strong, Independent Men Woman

Kwangsoo and Jae Seok’s attempts at portraying a strong masculine image are totally shattered in this series. Not a single episode goes by without the boys calling for “Yuri-ah” to get them out of a difficult situation. Whether it’s carrying a block of ice or staving off a ghost,The Zone: Survival Mission would’ve ended a lot more abruptly without Kwon Yuri.

3. The Pen is Mightier Than the Sword

Kwon Yuri’s determination to get through each survival mission successfully is commendable, especially when she is stuck with a duo who are ready to quit at any moment. As she tries to motivate her teammates, her targeted and witty quips never fail to hit their mark against her less-than-motivated counterparts. Her unexpected jabs and deadpan expressions constantly stun the duo and leave the audience thoroughly entertained.

4. Zombies with Standards

Getting eaten by a zombie is probably everyone’s worst nightmare but for Kwangsoo and Jae Seok being rejected was an even worse prospect. After getting transported back in time to a village full of the undead, they were forced to hold out against the zombies. However, Kwangsoo and Jae Seok soon realised that they were never in trouble as they ironically didn’t meet the zombie’s beauty standards. The prey became the predator as the male duo persistently tried to get the zombies to bite them.

5. The Entirety of Episode 4

As if having to quarantine isn’t hard enough, try having to isolate yourself in a haunted house. When the trio arrived at a quaint-looking house they immediately expected an easy mission, but they soon discovered that many spooky surprises awaited them. From Kwangsoo grabbing onto Yuri’s legs to hearing grown men scream every two minutes, the entire Survival Zone episode will have you in stitches.

Whether you enjoy watching reality shows or you’re just in the mood for a laugh, The Zone: Survival Mission is definitely the series to catch. With the finale premiering this week, watch all the episodes streaming on Disney+ Hotstar here.

Twitter: @DisneyPlusMY

Instagram: @DisneyPlusHotStarMY

Facebook: @DisneyPlusHotStarMY

TikTok: @DisneyPlusMY

Hashtag: #DisneyPlusHotstarMY  

******************************************************************


ABOUT DISNEY+ HOTSTAR

Disney+ Hotstar is the dedicated streaming home for movies and shows from Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, and National Geographic, along with The Simpsons and much more. The flagship direct-to-consumer streaming service from The Walt Disney Company, Disney+ Hotstar is part of the Disney Media & Entertainment Distribution segment. The service offers an ever-growing collection of exclusive originals, including feature-length films, documentaries, live-action and animated series, and short-form content. With unprecedented access to Disney’s long history of incredible film and television entertainment, Disney+ Hotstar is also the exclusive streaming home for the newest releases from The Walt Disney Studios. For more, visit hotstar.com, or find the Disney+ Hotstar app on most mobile and connected TV devices.


SURIA KLCC PACU KESEDARAN KESIHATAN MENTAL DENGAN PELANCARAN KEMPEN KESEDARAN MENTAL SELAMA SEBULAN | Ruang selamat #YouMatter diperkenalkan untuk komuniti berbincang mengenai kesihatan mental.

Isu kesihatan mental tidak lagi asing di kalangan masyarakat dan wajar diberikan perhatian sepenuhnya. Topik kesihatan mental telah menjadi satu isu umum yang melanda rakyat Malaysia sebelum kewujudan COVID-19, dan kini semakin berleluasa semakin kita menginjak ke fasa endemik. Tanggapan masyarakat dan stigma negatif adalah cabaran utama bagi mendepani isu kesihatan mental di Malaysia pada hari ini.

Selaras dengan Bulan Kesihatan Mental Sedunia yang berlangsung sepanjang bulan Oktober, Suria KLCC dengan kerjasama The Body Shop menjemput masyarakat untuk bersama-sama menjadi tunjang perubahan stigmatasi isu kesihatan mental sepanjang tempoh kempen yang akan berlangsung selama sebulan. Kempen yang memperkenalkan tagline #YouMatter bermula dari 10 Oktober sehingga 10 November 2022.

Berikutan dengan kejayaan kempen kesedaran kesihatan mental tahun lalu, Suria KLCC sekali lagi berganding bahu bersama Green Ribbon Group, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperkasa pendekatan kesihatan mental terhadap komuniti. Persatuan Kesedaran & Sokongan Kesihatan Mental (MIASA) turut memberi sokongan dalam menjayakan kempen ini. Kempen #YouMatter mengetengahkan kehalusan karya seni oleh artis belia yang mempunyai pengalaman penyakit mental dipaparkan di pintu masuk Park Mall dari 3 Oktober sehingga 10 November 2022. Galeri Seni Negara melalui “Young Art Entrepreneurs” program menekankan bahawa karya seni yang dipaparkan merupakan simbol perjuangan peribadi yang dihadapi oleh artis- artis belia yang terlibat dengan isu kesihatan mental.

Safe Space @ Suria KLCC

Dilihat sebagai satu-satunya Pusat Beli-Belah di Malaysia yang mendukung kempen kesedaran kesihatan mental, pelancaran “Safe Space @ Suria KLCC” ini adalah untuk membantu mewujudkan suasana selamat dan harmoni bagi kegunaan komuniti. Ruang “Safe Space @ Suria KLCC” ini di reka khas untuk masyarakat bersepakat dalam membincangkan isu atau permasalahan kesihatan mental.

“Safe Space @ Suria KLCC” menerima sambutan pengunjung yang menggalakkan pada tahun lalu. Sejajar dengan nilai sifar diskriminasi yang di titik beratkan dalam penilaian isu kesihatan mental, kempen kesedaran bagi tahun ini dilihat lebih mendalam dan menyeluruh. #YouMatter adalah titik panduan untuk komuniti memberi sinar akan permasalahan kesihatan mental yang lebih sinonim dikalangan belia pada harini.

Bertempat di aras satu Ampang Mall, Safe Space @ Suria KLCC mengalu-alukan kehadiran pengunjung sepanjang tempoh kempen ini berlangsung. Safe Space @ Suria KLCC yang akan dibuka setiap hari bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam, juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel kesihatan, ceramah dan diskusi dari panel professional kesihatan mental. Para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan isu kesihatan mental daripada sukarelawan yang juga akan ditempatkan di Safe Space @ Suria KLCC.

“Dua tahun lalu merupakan tahun yang amat mencabar dan menguji ketabahan untuk semua. Susulan dari tempoh pandemik, saat ini sememangnya dilihat sebagai masa yang tepat untuk berhubung dan fokus dengan fasa pemulihan. Pendekatan kesihatan mental adalah usaha tanggungjawab sosial korporat yang dilihat sebagai usaha jangka masa panjang yang bersifat terbuka untuk perbincangan lanjut oleh Kumpulan Suria KLCC. Kepelbagaian aktiviti dan intipati yang terdapat di Safe Space @ Suria KLCC merupakan hasil usaha sama pakar dan professional kesihatan mental.

“Safe Space @ Suria KLCC adalah ruang yang mengalu-alukan komuniti untuk berinteraksi, berkongsi dan menghayati kesedaran kesihatan mental. Kami ingin memastikan setiap pengunjung yang berkunjung ke laman Safe Space @ Suria KLCC akan pulang dengan informasi yang lebih mendalam tentang keadaan diri mereka dan juga perasaan yang lebih tenang yang mana sedikit sebanyak dapat membantu memberi cetusan keyakinan kedalam diri mereka,” ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Turut mengulas dengan penuh iltizam, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah berkata, “Usaha seperti Safe Space perlu berterusan bukan sahaja untuk mengetengahkan sokongan kepada mereka yang mengalami kesihatan mental, tetapi untuk memastikan kesedaran akan komitmen kami yang ingin terus berkhidmat dalam pendekatan kesihatan mental ini. Fokus kesihatan mental terhadap golongan belia pada tahun ini dilihat sejajar dengan haluan Green Ribbon Group. Kami amat berbangga dengan kesempatan untuk menggerakkan pelbagai program yang fokus dengan tahap pemahaman kesihatan mental yang tinggi, cara pengurusan diri dan program sokongan rakan sebaya untuk remaja di peringkat sekolah menengah dan belia diperingkat universiti.

“MIASA adalah medium pertama semasa saya mengorak langkah advokasi dalam isu kesihatan mental. Kami amat berbesar hati untuk sekali lagi berkolaborasi bersama Suria KLCC dan juga The Body Shop yang telah berusaha membangunkan Safe Space. Kesihatan mental tidak mengenal sempadan. Dengan kerjasama, kita boleh mencapai muafakat,” tambah beliau. Pengasas dan Presiden MIASA, Anita Abu Bakar berkata, “Menitikberatkan keadaan masyarakat sekeliling adalah tanggungjawab bersama dan bukan perlu digalas oleh sektor kesihatan sahaja.

Adalah wajar untuk kita mengambil kira kesihatan mental masyarakat sekeliling dan lebih mengentengahkan sokongan yang berbentuk persefahaman komuniti, agar ini sedikit sebanyak dapat meringkan beban pekerja kesihatan dan menjadi tanggungjawab bersama sebagai satu kelompok yang harmoni. Melalui usaha seperti ini, kami berharap agar respon dari serata komuniti seiring dengan tahap cabaran isu kesihatan mental itu sendiri.”

“Kolaborasi bersama Safe Space ini adalah simbol akan bagaimana usaha kolektif mampu memberi impak besar yang menggalakan aksi giat di kalangan komuniti. MIASA amat berbangga untuk bekerjasama dalam inisiatif ini dan amat mengalukan kehadiran masyarakat, terutamanya warga belia untuk merasai pengalaman di Safe Space @ Suria KLCC”

Pengarah Urusan The Body Shop Malaysia, Datin Mina Cheah berkata, “Di The Body Shop, kami percaya bahawa suara belia penting dan mereka harus dilihat dan didengari. Semasa kami melangkah ke bulan Kesihatan Mental Sedunia, adalah penting untuk mewujudkan kesedaran tentang kesihatan mental dan kesejahteraan, terutamanya untuk golongan muda. Menubuhkan Safe Space ini bersama Suria KLCC, MIASA dan Green Ribbon Group ialah cara kami memperjuangkan belia kami melalui mempromosi dan melindungi nilai kesihatan mental. Golongan muda dengan tenaga dan cita-cita muda mereka adalah perubahan yang diperlukan dunia hari ini.

“Belia adalah tunjang harapan negara dewasa ini. Mendepani stigma negatif, pembinaan sahsiah diri dan memperkasaan harga diri adalah bentuk kerjasama komuniti yang diperlukan bagi membantu para belia mencapai tahap potensi diri yang berperanan sebagai harapan nusa dan bangsa,” tambah beliau.

Suria KLCC juga telah bersetuju untuk memberi sokongan kepada Badan Bukan Kerajaan dalam mendorong kesedaran kesihatan mental melalui bantuan kewangan melalui penjualan Suria Ribbon Pin semasa kempen perayaan. Kutipan yang berjumlah lebih RM20,000 telah berjaya dikutip dan disumbangkan kepada badan badan bukan kerajaan yang membawa mesej kesihatan mental seperti Befrienders KL dan juga Persatuan Kesihatan Mental Malaysia. Ini adalah inisiatif berterusan dan Suria Ribbon Pin boleh dibeli melalui kaunter pertanyaan dengan jumlah RM10.

**************************************************************************

About the Green Ribbon Group

The Green Ribbon Group is passionate about contributing towards an empathetic, world-class community approach to mental health in Malaysia. It aims to empower stakeholders involved in raising mental health awareness through advocacy, fundraising and collaboration. It was set up by YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah and Puteri Nor Ariane Yasmin in January 2021 during YAM Tengku Puteri’s tenure as International Patron of World Mental Health Day 2020-2021. YAM Tengku Puteri began advocating for mental health issues three years ago. See more at www.greenribbongroup.com

About MIASA

Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA)', or Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental – is a Mental Health Advocacy and Peer Support NGO. It was founded by Puan Anita Abu Bakar, a person with lived experience in September 2017. MIASA strives to continuously develop, expand and strengthen community-based support services for peers and caregivers and advocate for their rights and dignity. Ultimately MIASA's goal is to reduce stigma, end discrimination, injustices and human rights abuses as well as violations. To-date, MIASA has 130 crisis team members, 1309 volunteers and 695 members across the nation and have helped more than 100,000 people from August 2020. Visit www.miasa.org.my

About The Body Shop

The Body Shop is a global brand and certified B CorpTM️ founded by Anita Roddick in Brighton, England in 1976. Anita pioneered the philosophy that entrepreneurship can be a positive force in the world, which is still the brand’s driving force. The Body Shop strives to provide ethical and sustainable products with ingredients of natural origin for body care, skin care, hair care and makeup. Today there are more than 3,000 The Body Shop stores in over 70 countries. The Body Shop is part of Natura, Aesop and Avon in Natura &Co – a values-driven, global cosmetics group with the common goal of creating a positive economic, social and environmental impact.

About Suria KLCC Sdn Bhd

Suria KLCC Sdn Bhd is a joint venture company owned by KLCC Property Holdings Berhad (60%) and CBRE Global Investors (40%). It is a world class retail asset management group specialising in the development and operation of shopping malls in Malaysia. Its current portfolio includes Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre and Mesra Mall. With more than 550 specialty outlets and over 2 million square feet of combined retail space, the company offers local and international retailers a doorway to some of the most discerning shoppers in Malaysia. Visit www.suriaklcc.com.my and www.facebook.com/SuriaKLCCMall for more details.

Ongredients Datang ke KLCC Convention Centre, Malaysia!

Monday, 10 October 2022


Hujung bulan September haritu ternampak tweet Ongredients yang diorang ada dekat KLCC. Banyak kali baca tweet tu kot salah tengok ke apa rupanya memang betul Ongredients buka booth di KLCC Convention Centre bersempena dengan Beauty Expo bermula dari 28 September 2022 hingga 1 Oktober 2022. Beauty Expo ni yang terbesar dan paling lama diadakan di Malaysia. Kebanyakan produk kecantikan dan supplemen kesihatan datang dari Korea Selatan sebab tu lah Ongredients join sekali. 


Sebelum ni tak pernah tahu pun kewujudan Ongredients tapi jadi tahu sebab Ongredients buat kolaborasi dengan TREASURE. Sebab tu booth dia penuh dengan gambar Treasure OT10 tapi kenapa dia tak tampal penuh poster Treasure tu I tak faham sebab yang datang beli produk dia pun Teumes dari Malaysia dan Indonesia. Istg memang ada INA Teume yang datang sebab I jumpa sorang masa tu memang datang sebab nak beli produk Ongredients. Terus jadi moots dekat Instagram sebab dia aktif IG je hshshs


Memandangkan tak tahu sangat produk Ongredients ni jadi lama lah I menyembang dengan sales girl tu tanya each products ada ingredients apa sebab tak nak terbeli produk yang guna bahan yang tak sesuai dengan muka. Kulit I tak boleh terima madu, arang dengan argan oil. Kalau pakai dia jadi kering lepastu naik jerawat pasir dalam skala yang banyak. I've gone through horror so no more....


Produk Ongredients ada juga yang guna argan oil so I avoid that one memandangkan ada dua jenis bahan yang lain - anti-aging (butterfly pea) dan moisturizing, calming (centella asiatica). Sebenarnya datang ke expo ni nak beli serum tapi sebab dah hujung waktu makanya dah sold out. Tinggal essence dengan produk lain. 

Essence ni katanya pakai lepas apply toner, kira macam lotion lah. Ngam lah nak beli sebab lotion Nutox tu dah habis. Ambik yang ongredients - Anti-Wrinkle Essence tu sebab cantik, berwarna biru dan kegunaan dia untuk anti-aging. Sesuai lah dengan muka yang dah mula nak keluar garis halus. 

Harga essence jenama Ongredients ni RM117 tapi disebabkan dia buat promosi dekat beauty expo, harga jatuh sampai RM50. Memang berbaloi lah beli sebab boleh dapat photocard jugak hehehe tu sebenarnya tujuan utama kenapa beria menapak ke KLCC awal pagi.







bukti hadir di tempat kejadian....

Model tak berbayar

Kalau tengok dekat shelf di booth Ongredients ni banyak yang kosong kan? Sebab Teumes dah borong dari hari Khamis sedangkan I datang hari Sabtu. Tu je la waktu yang ada sebab weekdays sibuk bekerja. Masa Ongredients bagitahu dekat Twitter pasal booth ni tak ada pun diorang bagitahu ada photocard untuk setiap pembelian. Nasib baik lah I pergi jugak ke KLCC sebab berjaya grab photocard Hyunsuk dengan Yoshi. 

Kalau ikutkan nak ambil photocard Jihoon sebab dia bias wrecker tapi photocard dia dah habis. Lepastu ternampak photocard baby cow macam cantik jugak tapi entah kenapa pilih Yoshi. Tapi tak kisah lah siapa pun, yang penting I dapat apa I nak kekeke


Selain dari ongredients - Anti-Wrinkle Essence tu, I beli sheet mask jugak dengan harga RM25 sebab tu boleh dapat 2 photocard. Ikutkan hati nak beli ongredients - Jeju Green Tea Cleansing Ball tapi disebabkan booth ni cuma boleh guna cash sahaja, terpaksa lah kawal diri. Kalau pakai debit dah tap tap tap dah. 




Lepas dah habis membeli, dah habis bergambar, layan la kejap jalan-jalan dekat beauty expo ni tapi tak lama sebab tak ada yang menarik pun. Pusing jugak kot kot lah ada jenama Maxim Coffee, boleh lah borong KANU series tapi nan hado! 


So this is closer look for both photocard and products eikkkssss so happy I can bring Hyunsuk and Yoshi back to my home! Nanti I dah guna both products, I'll share it in another entry. Till then, stay safe and find your treasure! 

Movie Review | CBI 5: The Brain (2022)

Sunday, 9 October 2022


Director : K. Madhu  
Writer : S. N. Swamy. 
Cast : Mammootty, Mukesh, Jagathy Sreekumar, Saikumar, Renji Panicker
Production Company : Swargachithra Films
Distributor : Swargachithra Films, Netflix 
Genre : Mystery / Thriller 
Running Time : 164 minutes
Release Date : 1 May 2022 
Trailer :


Kisah bermula dengan training class untuk IPS trainee yang membincangkan tentang kes jenayah dihoskan oleh dua orang pegawai CBI - Deputy Superintendent Balagopal dan Inspector Vinay. Walaupun CBI (Central Bureau of Investigation) adalah organisasi yang hebat di India namun ada suatu masa mereka juga hadapi masalah untuk selesaikan kes dan kes yang paling rumit adalah kes pembunuhan Menteri Dalam Negeri daerah Kerala, Abdul Samad yang meninggal kerana sakit jantung.
 
Awalnya tiada sesiapa yang syak kematian tersebut adalah pembunuhan kerana sakit jantung biasa tapi setelah doctor peribadinya juga turut mati ketika pergi mendaki gunung, pegawai polis mula syak ada sesuatu yang tak kena. Tak lama kemudian journalist bernama Bhasuran pula ditemui mati dengan mayatnya tergantung pada kipas bilik. Walaupun seakan bunuh diri namun kesemua yang meninggal ada pertalian antara satu sama lain. 


Belum sempat siasat pertalian tersebut muncul pula berita pegawai polis Josemon dilanggar sehingga mati ketika keluar berjogging. Sama juga dengan penyeludup pasir bernama Sam. Keluarga Josemon minta kes mendiang suaminya diserahkan kepada CBI yang lebih berpengalaman dalam kes jenayah. Kes tersebut diketuai oleh S.S.P Sethurama Iyer (Mammotty) yang bijak dan tenang tapi tegas dalam membuat keputusan. 

Tak tahu pula naskhah CBI 5 : The Brain adalah installment kelima untuk franchise CBI sebab jarang ambil tahu tentang filem-filem Malayalam. Sejak Netflix ada option untuk alih suara baru lah berjinak sikit dengan filem dari industri India Selatan. 


Idea pembunuhan misteri dalam naskhah CBI 5 memang menarik dengan ketengahkan Basket Killings. Tanpa bukti yang kukuh pun Iyer dan anak-anak buah dia boleh cari pembunuh kepada Menteri Dalam Negeri tu tapi jujurnya I ambil masa yang lama juga untuk habiskan filem ni. 

Tak tahu lah kenapa, mungkin sebab dah terbiasa kot dengan cara CBI dalam filem Bollywood bekerja. Tapi kalau ikutkan macam merepek lah ketua operasi tenang pergi soal siasat suspek tanpa strategi. I memang pantang kalau naskhah penyiasatan tapi tak ada props atau babak yang tunjuk watak utama guna otak cari bukti. Dalam filem ni banyak betul kebetulan dan tuah hero untuk dapatkan bukti. 


Tak ada pun babak Iyer menyembang dengan pihak forensik untuk selesaikan misteri pembunuhan ni. Masa diorang selongkar rumah tamu milik Sam tu macam mana diorang boleh tahu ada dua orang yang bersembunyi pada waktu kejadian? Macam mana Iyer tahu tentang Mansoor? Kenapa watak antagonis keluarkan arahan untuk bunuh sasaran dia dengan bagi flight details dan bukannya nama dan gambar? Kenapa pembunuh tak bunuh saksi utama, penghantar surat khabar kalau dia bunuh semua watak yang terlibat secara tak sengaja? Merepek betul bunuh journalist tu padahal dia cuma point out beberapa perkara je. 

Kalau ikutkan the mastermind tu bukanlah bergaji besar pun tapi mampu pulak dia upah pembunuh untuk bunuh ramai orang semata untuk tutup satu kesilapan dia. Bila tahu motif pembunuhan tu rasa nak lempang je semua orang. Buang masa je layan sampai 3 hari. Memalukan betul letak nama CBI The Brain sebab kebanyakan misteri dan masalah yang wujud tu boleh selesai kalau guna khidmat forensik. 


I okay je tau kalau hero nak guna instinct bila dia stuck untuk buat pilihan yang besar tapi kalau guna kata hati dari awal sampai habis tanpa fakta sains dan ilmu asas ni rasa nak marah sangat. Mungkin untuk peminat cerita Malayalam suka la kot hero dan jalan cerita macam ni. Uggghhh nangis!

1. Team Production +0.2, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.7/10

Movie Review | The Doll 3 (2022)


Pengarah : Rocky Soraya
Penulis Skrip : Riheam Junianti
Pelakon : Jessica Mila, Winky Wiryawan, Montserrat Gizelle, Zizie Zidane, Sara Wijayanto, Jeremy Thomas, Masayu Anastasia, Budi Gunawan
Syarikat Produksi : Hitmaker Studios 
Pengedar : Netflix   
Genre : Seram / Thriller
Durasi Tayangan :  minit
Tarikh Tayangan : 26 Mei 2022 (Indonesia), 03 Jun 2022 (Timor Leste), 28 Julai 2022 (Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam & Kemboja)
Trailer :


Installment terbaru dari The Doll Universe menampilkan boneka Bobby yang canggih di mana dia boleh berbual dan bergerak seperti manusia sekiranya dihidupkan butang suis di belakang badan. Kali ni pengarah Rocky Soraya bawa watak baru iaitu Tara (Jessica Mila) yang kehilangan adiknya, Gian (Zizie Zidane) berpunca dari depresi lantas bunuh diri dengan terjun dari tingkat atas bangunan tinggi. 

Gian cemburu melihat Tara bahagia dengan tunangnya, Aryan (Winky Wiryawan) kerana dia baru saja kehilangan orang tua dalam kemalangan jalan raya. Walaupun Gian tinggal dengan Tara tapi Bobby yang selalu temankan Gian di rumah bila Tara keluar bekerja pada siang hari. Silap Tara terima lamaran terlalu awal sedangkan Gian masih belum stabil keadaanya. 


Dek kerana tak sempat titip pesan terakhir kepada Gian, Tara bawa Bobby berjumpa dengan Dukun Jaya (Budi Gunawan) sebagai medium untuk roh Gian menumpang sementara sebelum pergi ke alam terakhir. Dukun Jaya bagitahu hanya untuk 2 minggu sahaja Gian boleh berada di dalam patung tersebut. 

Tara kembali ceria sejak Gian berada dalam badan Bobby dan berpindah ke rumah Aryan untuk menjaga Mikha (Montserrat Gizelle), anak Aryan dari perkahwinan sebelumnya. Sementara Tara sibuk dengan persiapan perkahwinan, Gian pula sibuk mengatur siapa yang akan dibunuh dahulu supaya Tara menjadi miliknya seorang. 


Memandangkan semua filem yang diarahkan oleh Rocky dalam The Doll Universe ni lebih kurang sama dengan karya-karya Hollywood maka naskhah The Doll 3 juga tak lari jauh dengan filem seram slasher Chucky. Bobby memang tak ada belas langsung, siapa yang dia benci memang akan jadi sasaran untuk lampiaskan amarahnya. 

Filem ni tak seram pun tapi lebih kepada ganas dengan darah berbaldi sebab Bobby akan tikam di bahagian leher. Faham sendiri lah darah memancut tahap maksima bila dikelar. Kelakarnya dia berjalan guna langkah kecil je tapi semua watak gagal nak kalahkan dia termasuklah Dukun Jaya dan pihak polis. Buat la lama sikit pertarungan antara Bobby dengan Dukun Jaya tu sebab dukun tu yang tarik dia datang takkan lah lemah betul rumah tak pagar. 


Kalau Tara tak sampai hati nak cederakan Bobby tu boleh faham lah sebab roh Gian ada dekat dalam patung Bobby tapi kenapa Aryan, Rere ataupun watak lain tak tendang sampai terpelanting. Bobby tu pendek dan kecil jadi tak ada masalah langsung untuk kalahkan dia. Jadi emosi bila tengok mana-mana watak berlawan dengan Bobby selain Mikha. 

Kalau sembang bab loopholes tu memang banyak lah terutamanya pada second half bila Bobby dah mula mengganas. Kesian betul jadi Rere sebab dia yang paling banyak buat kerja tapi Tara dengan Aryan tak kisah pun nak selamatkan dia. The least they can do is call the cops? Biar forensik buat kerja walaupun tak masuk akal. 


Sama macam naskhah The Doll 2, Bu Laras tak datang membantu dan biarkan watak utama yang buat kerja ikut panduan dari dia. Kalau dalam The Conjuring ada Annabelle, Bu Laras (Sara Wijayanto) dengan Pak Raynard (Jeremy Thomas) simpan patung Bobby di basement rumah sebagai patung yang berbahaya. Roh Gian dah hilang tapi roh jahat yang lain mungkin masih ada. 

Tepat lah pilihan untuk hilangkan bosan dan stress pada hujung minggu dengan layan The Doll 3 walaupun merepek tapi still fun to watch. The Doll 4 please Pak Rocky! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10