MALAYSIA, BERSIAP SEDIA! AINA ABDUL BAKAL GEGARKAN PENTAS EUROVISION SONG CONTEST ASIA 2026 ESOK!

Friday, 13 November 2026

Tumpuan kini terarah ke Bangkok apabila penyanyi kebanggaan negara, Aina Abdul, bakal membawa nama Malaysia ke pentas Eurovision Song Contest Asia 2026 esok! Edisi sulung yang menghimpunkan 11 peserta dari seluruh Asia ini bakal menyaksikan Aina bersaing dengan wakil dari Vietnam, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Filipina, Bangladesh, Thailand, Korea Selatan dan Nepal bagi merebut gelaran juara.

Di sebalik penyertaannya, Bluest Sky menjadi pertaruhan istimewa Aina apabila karya nukilan sendiri itu diinspirasikan oleh kucing kesayangannya, Hiro, yang menjadi pencetus idea lagu berkenaan, dengan gabungan elemen power ballad dan sentuhan muzik Nusantara. Aina juga bakal menutup tirai persembahan sebagai peserta ke-11 dan terakhir.

Apakah kejutan yang bakal dibawakannya nanti? Sama-sama kita saksikan!

Ikuti juga Melodi Exclusive yang akan bersiaran sebelum siaran langsung pertandingan bermula!

📅14 November 2026 (Sabtu)
🕘9.15 – 9.30 malam: Melodi Exclusive
🕤9.30 malam: Siaran langsung Eurovision Song Contest Asia 2026 di TV3 atau strim menerusi Tonton

Maka Kami #MalaysiaBersamaAinaAbdul



Pasaran filem terkemuka serantau JAFF Market 2026 dikuasakan oleh Amar Bank, bakal kembali untuk edisi ketiganya yang berlangsung pada 28 hingga 30 November 2026 di Jogja Expo Center (JEC), Yogyakarta. Acara industri selama tiga hari ini terus memperkukuh peranannya sebagai platform utama yang memacu karya serta harta intelek (IP) pembikin filem Asia ke pentas antarabangsa.

Merancakkan lagi penganjuran tahun ini, penglibatan Media Prima Berhad sebagai Rakan Media Serantau (Regional Media Partner) menguatkan lagi sokongan terhadap industri filem tempatan. Pembabitan strategik ini sekali gus, membuka ruang pendedahan lebih luas buat bakat tempatan serta memperkukuh kedudukan Malaysia dalam peta industri perfileman dan kandungan kreatif Asia Pasifik.

Sebagai hab pertemuan profesional, JAFF Market 2026 menawarkan peluang besar kepada pembikin filem Malaysia menerusi dua program terasnya. Program pertama, JAFF Future Project (JFP) membariskan 11 projek filem terpilih di pelbagai peringkat pembangunan untuk dihubungkan dengan rakan kongsi pembangunan, pembiayaan, pasca-produksi dan pengedaran. Menariknya, JFP menampilkan pengarah tersohor seperti Boo Junfeng, M. Raihan Halim dan Sidharta Tata selain penyertaan filem Australia: Wreck and Ruin, menerusi kerjasama dengan Adelaide Film Festival (AFF) dan mylab.

Sementara itu, program JAFF IP Connection (JIPCon) pula mengetengahkan 10 Harta Intelek (IP) terpilih merentasi pelbagai medium seperti komik dan animasi untuk diadaptasi ke skrin. Selain menampilkan enam IP dari Indonesia serta wakil dari Taiwan dan Hong Kong, JIPCon turut disertai dua IP dari Korea 

Selatan menerusi rakan kerjasama Asian Contents Film Market (ACFM). Edisi kali ini juga melancarkan program sulung Producers Exchange yang menawarkan padanan perniagaan untuk mempertemukan penerbit secara terus dengan pasukan JFP, wakil JIPCon, pempamer dan delegasi antarabangsa.

Projek filem dan harta intelek (IP) terpilih tersebut juga akan dipertemukan dengan 14 penerbit dari pelbagai negara menerusi edisi sulung program Producers Exchange di JAFF Market tahun ini. Malaysia diwakili oleh penerbit Wong Kew Soon.

Turut serta ialah Danzen Santos Katanyag (Filipina), Jason Karman (Kanada/Indonesia), Kimbo Kim (Korea Selatan), Nana Riskhi dan Nick Musa (Indonesia), Otgontuya Zorig (Mongolia), Phimphloi Nan Saensuk (Thailand), Sam Chua Weishi dan Wendy Lie (Singapura), Shao-Yi Chen (Taiwan) serta Rajib Mohajan (Bangladesh/Amerika Syarikat).

Melengkapkan barisan 14 peserta ini ialah dua penerbit dari Australia, Lisa Scott dan Rae Choi melalui kerjasama Adelaide Film Festival (AFF).

Pengarah Pasaran JAFF Market, Linda Gozali, menegaskan bahawa penganjuran ini bertujuan menukarkan penemuan bakat dan cerita baharu kepada kerjasama jangka panjang yang mampu menembusi pasaran global. Bagi pembekal serta penggiat filem Malaysia, platform ini membuka ruang luas untuk meneroka produksi bersama (co-production), memasarkan katalog kandungan sedia ada di samping  menjana pembiayaan antarabangsa. 

Untuk maklumat lanjut mengenai JAFF Market 2026, sila layari laman web rasmi JAFF di https://jaff-market.com/.

ORANG JB, MELAKA & SEREMBAN! JOM MEET & GREET BERSAMA BARISAN PELAKON ‘BAGA’ HUJUNG MINGGU INI!

Thursday, 12 November 2026

Perhatian buat orang JB, Melaka dan Seremban!

Ni yang korang tunggu-tunggu kan? Jangan lepaskan peluang untuk bertemu secara langsung dengan barisan pelakon serta pengarah filem BAGA: Esok Untuk Siapa menerusi sesi Jelajah Selatan (Meet & Greet) pada hujung minggu ini!

Berikut adalah jadual dan lokasi rasmi untuk anda serbu pawagam berdekatan:

TGV Toppen, Johor Bahru (Sabtu, 14 Nov 2026)
1:30 PM – selepas tayangan
3:40 PM – sebelum tayangan

GSC Paradigm Mall JB (Sabtu, 14 Nov 2026)
3:45 PM – selepas tayangan
6:15 PM – sebelum tayangan
 
GSC AEON Bandaraya Melaka (Ahad, 15 Nov 2026)
10:45 AM – selepas tayangan
12:50 PM – sebelum tayangan
1:00 PM – Sesi kemunculan di ruang legar 

GSC Palm Mall Seremban (Ahad, 15 Nov 2026)
3:30 PM – selepas tayangan
5:35 PM – sebelum tayangan

Ajak satu keluarga, kawan-kawan dan jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan ‘BAGA: Esok Untuk Siapa’, kisah pengorbanan dan perjuangan cinta ini di pawagam seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, perkembangan terkini serta kandungan eksklusif mengenai filem ini, sila ikuti saluran rasmi Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

#BAGA #ESOKUNTUKSIAPA 


Kuala Lumpur, 12 November 2026 – Bait-bait puitis dan kisah cinta yang pernah mencuri tumpuan serantau kini kembali mengisi ruang nostalgia dengan sentuhan kontemporari. Membawakan semula kisah ikonik ini untuk dinikmati oleh penonton lama mahupun generasi baharu, destinasi penstriman digital nombor satu negara, Tonton, menampilkan karya cinta muzikal Rangga & Cinta terus ke peranti anda bermula 13 November 2026 ini.

Diarahkan oleh Riri Riza bersama barisan penerbit tersohor Mira Lesmana, Toto Prasetyanto dan Nicholas Saputra, filem terbitan Miles Films ini mempertaruhkan bakat pelapis baharu, Leya Princy sebagai Cinta dan El Putra Sarira sebagai Rangga. Pertemuan dua jiwa berbeza yang bermula daripada sebuah sayembara sajak kini dihidupkan semula dengan pendekatan lebih segar, sambil mengekalkan elemen yang menjadikan kisah asalnya begitu dekat di hati penonton.

Melengkapi penceritaan, karya ini turut menyajikan 12 lagu runut bunyi (OST) ciptaan duo komposer legenda Melly Goeslaw dan Anto Hoed. Antaranya termasuklah nafas baharu lagu malar segar, Bimbang dan Tentang Seseorang, selain lagu eksklusif seperti Untuk Rangga nyanyian Leya Princy sendiri serta Rangga Cinta oleh Bilal Indrajaya dan Eva Celia.

Jadi, tunggu apa lagi? Saksikan Rangga & Cinta dengan langganan serendah RM12 sahaja menerusi aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my.

Untuk informasi terkini mengenai rancangan pilihan serta kandungan eksklusif, ikuti akaun rasmi Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram menerusi @tontonmy.

Flowers are one of the easiest gifts to send, and one of the easiest to get slightly wrong. A bouquet that is perfect for a birthday can feel out of place at a hospital. A bright stand that suits a grand opening would be awkward at a funeral. And in Malaysia, where most of us have friends, neighbours and colleagues from different backgrounds, what feels right for one family may not suit another.

The good news is that the basics are simple. This guide covers when flowers are appropriate, what they say, and how to choose well, with a few notes for Malay families in particular.

Why We Send Flowers

Flowers do something a message cannot. They turn up, they take up space, and they stay in the room for days. A bouquet on a desk or a stand at an entrance is a visible sign that someone remembered.

They also save words. When it is hard to know what to say, whether because the news is happy and you are far away, or because it is sad and nothing feels enough, flowers say it for you.

When to Send Flowers

🌺Celebrations. Birthdays, anniversaries, graduations (that konvokesyen photo is never complete without a bouquet), promotions and new babies. Flowers are almost always welcome.

🌺A new business. When a friend opens a new kedai, café, clinic or office, a flower stand at the entrance is the classic way to say tahniah. More on this below.

🌺Get well wishes. Flowers or a fruit basket brighten a hospital room, but check first. Some wards, especially ICU, do not allow fresh flowers.

🌺Thank you. For a host after a majlis, a mentor, a teacher or a neighbour who helped out. Something small and cheerful is enough.

🌺Condolences. For many families, flowers are part of paying respects. For others, they are not. This is where etiquette matters most, and it gets its own section below.

Flowers in Malay Celebrations

Flowers have long been part of Malay celebrations, even if bouquets are a more recent addition.

At weddings, you will see bunga telur, the decorated egg favours handed to guests, and bunga rampai, a fragrant mix of shredded pandan leaves and petals. Pelamin decorations are often full of fresh or artificial flowers. These days, many guests also bring a bouquet for the bride, especially close friends.

During Hari Raya Aidilfitri, the usual gifts are kuih, hampers and duit raya. A flower arrangement for the host of an open house is less traditional, but increasingly common, especially among younger families and in corporate settings.

For kenduri and doa selamat, flowers are not expected. Food, or simply being there, is what matters.

Grand Openings: Saying Tahniah in Style

In Malaysia, a new business often opens with a row of tall flower stands at the entrance, each with a ribbon showing who sent it. It is a public show of support, and it makes the shop look established from day one.

A few points to get right:

🌼 Choose bright colours. Red, gold, yellow, orange and pink look celebratory. Avoid stands that are mostly white, which can look like condolence flowers.

🌼 Get the ribbon right. Keep it short, such as "Tahniah atas pembukaan" or "Congratulations on your grand opening" followed by your name or company. Double check the spelling of the business name.

🌼 Deliver early. The stand should arrive the day before or early on opening morning, especially if there is a doa selamat or ribbon cutting.

Most stands start from around RM150. Flower Chimp has a range of opening flower stands from about RM159, with same day delivery on orders placed before 5PM.

Condolences: Knowing What Is Appropriate

This is the area where etiquette matters most, and where it differs most between communities.

For Muslim families. Flowers are not part of an Islamic funeral, and burial usually takes place within a day. The appropriate way to show respect is to ziarah the family home, say "Salam takziah" join the prayers or tahlil if you can, and help with food or practical needs. A message or call is always appropriate if you cannot attend.

For non-Muslim colleagues and friends. Many Malay readers will have Chinese, Indian or Christian friends and colleagues. For these families, condolence flowers are a common and welcome gesture. At Chinese wakes, which often last several days, flower stands are placed at the entrance or beside the altar. Christian and many Hindu families also welcome wreaths and stands.

If you are sending on behalf of a team or company, a condolence flower stand with the company name on the ribbon is a common choice. Stands start from around RM169 at Flower Chimp, with delivery to homes, funeral parlours and places of worship.

A few etiquette notes:

  •  Choose soft colours. White, cream, yellow, blue and purple. Avoid red and festive shades.
  •  Keep the message simple. "With deepest sympathy" or "Our thoughts are with you and your family" followed by your name.
  •  Order promptly. Wakes can be short, so send the stand as soon as you hear the news.
  •  When unsure, ask. A quick message to a mutual friend can save an awkward moment.

What to Choose: A Quick Guide

  • 🌹 Birthday or anniversary: a hand bouquet in the recipient's favourite colours
  • 🌹 Graduation: sunflowers or bright mixed bouquets that stand out against a dark robe
  • 🌹 New baby: soft pastels in a small arrangement
  • 🌹 Get well: a small bouquet or fruit basket, after checking ward rules
  • 🌹 Grand opening: a bright flower stand or a potted plant
  • 🌹 Condolences (non-Muslim families): a white or soft coloured condolence stand or wreath
  • 🌹 Condolences (Muslim families): a visit, prayers and practical help rather than flowers

A Few Final Tips

  • 🌸Add a personal note. Even two lines make flowers feel less like a formality.
  • 🌸Include a contact number. Delivery riders often need to call ahead, especially for offices, condos and funeral parlours.
  • 🌸 Think about the space. A tall stand suits a shop entrance, but not a small hospital room.
  • 🌸 When in doubt, keep it simple. A modest arrangement sent at the right time always beats an elaborate one that arrives late.

Flowers are a small gesture, but they are noticed and remembered. Choose with the occasion and the family's customs in mind, and they will always land well.

Throwback Thursday | A Day in Our Life

Sesungguhnya ini adalah percubaan untuk mengosongkan storage. Untuk apa I ambil gambar kalau bukan untuk bercerita dekat blog. Untuk apa juga ambil gambar kalau bukan untuk diabadikan sebagai kenangan. 


Masa ni Laila baru masuk chambering dekat RRM dan masuk ke Corporate department so dia indirectly akan assist I buat kerja Company Secretary lah. Kebetulan masa ni memang tengah tak menang tangan nak siapkan kerja. Tapi kalau dah masuk Corporate Department, memang kena ambil tahu jugak pasal SSM dan seangkatan dengannya sebab semua klien pun adalah syarikat. 


Selalunya kalau kena pergi SSM, I akan guna public transport. Naik bas turun dekat MRT Kwasa Sentral lepastu keluar dekat stesen Muzium Negara kemudian berjalan kaki sampai ke SSM KL Sentral. Tapi sebab Laila lebih prefer drive, kitorang drive dari Ara Damansara ke KL Sentral. I malas nak drive sebab parking sini terhad. Masa ni pun pusing 3 kali nak cari tempat kosong. Tak lama lepas tu dapat lah satu kosong lepas ada kereta yang keluar. 


Pergi jumpa pegawai SSM tak lama pun, lagi sekejap dari mencari parking. Selesai urusan dekat SSM, kitorang menuju ke Nu Sentral pula sebab warga office kirim Dodo. Beratur agak panjang walaupun kedai belum buka kaunter. Sementara menunggu, confirmkan order semua orang dekat office dulu. Nanti tinggal bagitahu je nak apa. 


Dah settle bayar, kitorang terus balik ke office sebab petangnya ada department meeting pulak. Masa ni HOD tak ada jadi Ms Syu yang kena conduct meeting dan discuss jawapan kepada soalan-soalan dari Managing Partner. 


Bila dah jadi senior dekat pejabat ni rasa bosan lah juga kalau pengisian mesyuarat tu ulang benda yang sama je. Tak pasti lah law firm lain macam mana tapi kalau firm SME macam kitorang ni turnover tinggi lah juga sebab jadi tempat sementara sebelum chambee dengan lawyer dapat firm yang sesuai. Jarang lah ada yang stay lama sebab rate gaji tak boleh nak offer besar macam firm besar yang lain. 

Chambee dengan lawyers pula kebanyakannya nak kerja in-house, kalau boleh jarang pergi court. Kalau tak kerja sini tak tahu pun yang ada lawyer yang tak perlu pergi court macam Corporate dengan Conveyancing. Sama juga lah kalau yang specific niche macam insurance tu. Jarang lah nak jumpa lawyer yang nak stay dan jadi partner dekat sini. 

Bila meeting tak ada Managing Partner atau HOD ni seronok lah sikit sebab tak payah formal, tak payah round table. Sembang-sembang santai je. Know know finish. 


Habis meeting tu sambung buat kerja macam biasa. Habis office hour lepak mamak pergi makan malam kejap lepastu sambung balik kerja sampai malam. Seronok lepak makan dekat mamak ni sebab selalu dapat view senja macam ni 💜

Kuala Lumpur, 13 November 2026 – Malaysia bakal diwakili lima figura berpengalaman daripada industri kreatif tempatan yang menggalas tanggungjawab sebagai panel juri bagi Eurovision Song Contest Asia 2026, diketuai oleh penerbit muzik dan komposer terkenal, AG Coco, selaku Ketua Juri.

Turut menganggotai panel tersebut ialah Justin Seow, penerbit muzik dan komposer; Iman Tang, pengurus acara dan promoter konsert; Bobby Husaini, pengarah iklan dan filem; serta Shamshul Azree Samshir, Pengarang Berita Kanan Hiburan dan Projek Berita Harian.

Kepelbagaian latar belakang profesional ini menghimpunkan kepakaran daripada pelbagai cabang industri muzik dan hiburan, sekali gus membentuk sebuah panel dengan perspektif berbeza dalam menilai persembahan yang dipertandingkan.

Sebagai penyiar rasmi Malaysia, TV3 akan membawakan Eurovision Song Contest Asia 2026 secara langsung kepada penonton tempatan pada 14 November 2026, jam 9.30 malam menerusi TV3 dan platform penstriman Tonton.

Dalam sistem pengundian pertandingan ini, setiap negara peserta diwakili lima orang juri profesional, dengan undian mereka menyumbang 50 peratus kepada keputusan keseluruhan pertandingan, manakala baki 50 peratus ditentukan menerusi undian penonton. Setiap juri bertanggungjawab menilai keseluruhan persembahan dan aspek artistik setiap penyertaan secara adil, objektif dan konsisten. 

Proses penilaian akan dilaksanakan menerusi sesi tontonan bersama bagi persembahan raptai sebelum malam kemuncak, diikuti penghantaran ranking masing-masing oleh setiap juri melalui sistem pengundian dalam talian yang disediakan.

Sebagai Ketua Juri, AG Coco bertanggungjawab mengemukakan keputusan rasmi undian Malaysia selain bertindak sebagai pemutus seri sekiranya diperlukan.

Malaysia, sudahkah anda bersedia?
Maka Kami #MalaysiaBersamaAinaAbdul

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi TV3 di Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok menerusi @TV3Malaysia.

KUALA MAKAR KINI DIABADIKAN DI PERAK, PAPAN TANDA LOKASI PENGGAMBARAN GOOD BOYS GO TO HEAVEN DIRASMIKAN | Pelancaran hasil kerjasama masyarakat setempat & Astro Shaw membuka potensi lokasi ikonik di Bukit Merah, Kerian sebagai tarikan baharu buat peminat dan pengunjung

12 November 2026, Kerian, Perak - Siapa sangka Kuala Makar, sebuah pekan fiksyen yang pernah menjadi bualan hangat penonton menerusi siri premium Astro Originals, Good Boys Go To Heaven, kini mempunyai identitinya sendiri di dunia nyata.

Astro Shaw meraikan satu lagi detik bermakna menerusi majlis pelancaran enam papan tanda Kuala Makar yang ditempatkan di sekitar lokasi penggambaran ikonik siri berkenaan di Bukit Merah, Kerian, Perak. Inisiatif ini bukan sahaja mengabadikan lokasi yang menjadi sebahagian penting daripada penceritaan Good Boys Go To Heaven, malah berpotensi menjadikannya tarikan baharu buat peminat yang ingin menjejaki sendiri dunia Kuala Makar.

Majlis pelancaran berlangsung meriah dengan kehadiran Penerbit Eksekutif Good Boys Go To Heaven merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, bersama pasukan Astro Shaw, serta pelakon Good Boys Go Heaven iaitu Dai Fuad. Turut hadir, Puan Rabizah Hasni Binti Mohamad, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pembangunan yang mewakili Pegawai Daerah Kerian; Yang Berbahagia Dato’ Haji Sham bin Mat Sahat, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak; pemimpin masyarakat serta penduduk setempat yang memberikan sambutan cukup meriah.

Pelancaran ini turut menjadi simbol penghargaan kepada masyarakat setempat dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta sokongan sepanjang penggambaran siri tersebut.

Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif Good Boys Go To Heaven merangkap Ketua Astro Shaw, inisiatif ini membuktikan bagaimana sesebuah karya kreatif mampu meninggalkan impak yang melangkaui layar televisyen.

“Papan tanda ini bukan sekadar simbol kepada lokasi penggambaran, tetapi turut mencerminkan kerjasama erat antara pasukan produksi dan masyarakat setempat yang telah menerima kehadiran kami dengan begitu baik.”

“Inilah yang memberi kami lebih semangat untuk terus menghasilkan karya tempatan berkualiti yang bukan sahaja menghiburkan penonton, tetapi turut mencipta impak di luar skrin, termasuk membuka peluang kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat. Kami berharap lebih ramai peminat dan pengunjung akan datang sendiri untuk meneroka Bukit Merah, Kerian serta mengenali keunikan lokasi ini.”

Terdahulu, Good Boys Go To Heaven mencetuskan fenomena tersendiri apabila berjaya menarik perhatian penonton yang bukan sekadar mengikuti jalan ceritanya, malah bertukar menjadi ‘detektif’ di media sosial bagi merungkai misteri pembunuhan seorang kanak-kanak bernama Ahyan.

Sejak episod pertama ditayangkan pada 8 Mei 2026, setiap episod mencetuskan pelbagai teori, spekulasi dan perdebatan hangat, khususnya di platform Threads. Penonton aktif menganalisis setiap petunjuk, meneliti latar belakang watak dan mengemukakan teori masing-masing bagi mencari pembunuh sebenar Ahyan. Fenomena ini menjadikan Good Boys Go To Heaven antara siri tempatan yang hangat diperkatakan sepanjang tempoh tayangannya.

Berlatarbelakangkan pekan fiksyen Kuala Makar, siri thriller psikologi ini mengisahkan Yasser, seorang bapa yang berdepan tragedi kehilangan anak lelakinya sebelum dirinya sendiri menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan tersebut. Dalam usaha membersihkan namanya, Yasser mula membongkar satu demi satu rahsia gelap yang tersembunyi di sebalik kehidupan masyarakat pekan berkenaan.

Diterbitkan oleh Astro Shaw dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain, siri ini menampilkan barisan pelakon hebat tanah air, antaranya Beto Kusyairy, Zahirah Macwilson, Amerul Affendi, Malek McCrone, Firdaus Karim, Sky Iskandar, Amanda Ang, Mila Mohsin dan Dai Fuad.

Selain penceritaan penuh misteri dan lakonan mantap, keindahan latar penggambaran di sekitar Bukit Merah dan Taiping turut memberikan identiti visual tersendiri kepada Kuala Makar, sekali gus menjadikan lokasi berkenaan cukup dekat dengan ingatan penonton.

Kini, dengan enam papan tanda Kuala Makar yang ditempatkan di lokasi penggambaran, dunia fiksyen yang pernah mencetuskan pelbagai persoalan dan teori dalam kalangan penonton terus dihidupkan sebagai sebahagian daripada pengalaman dunia sebenar.

Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen Astro Shaw untuk terus memperluas impak karya tempatan, bukan sahaja menerusi penceritaan berkualiti, malah melalui kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menyumbang kepada perkembangan industri kreatif dan memperkenalkan keunikan destinasi tempatan kepada khalayak lebih luas.

Good Boys Go To Heaven boleh ditonton semula menerusi On Demand.

Dua Malam, Dua Pengalaman Muzik Bersama Astro

Wednesday, 11 November 2026

Dua Malam, Dua Pengalaman Muzik Bersama Astro | Konsert Sooka tampilkan band kegemaran Gen Z, manakala Konsert Vaganza satukan ikon muzik 

Kuala Lumpur, 11 November 2026 - Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Astro, peminat muzik tempatan bakal menikmati dua malam penuh hiburan menerusi Konsert Sooka pada 5 Disember dan Konsert Vaganza pada 6 Disember 2026, bertempat di Idea Live Arena, 3 Damansara.

Mengangkat tenaga One Stage, Three Decades, Endless Memories, kedua-dua konsert ini menghimpunkan barisan artis daripada pelbagai generasi, menawarkan pengalaman muzik yang merangkumi persembahan band bertenaga, lagu-lagu popular serta kolaborasi eksklusif yang bakal mencipta momen istimewa buat para peminat.

Mengulas mengenai penganjuran kedua-dua konsert ini, Naib Presiden, Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, berkata, “Sepanjang 30 tahun, Astro telah menjadi sebahagian daripada perjalanan industri hiburan tempatan, daripada mencungkil bakat baharu hingga meraikan nama-nama yang telah mencipta legasi tersendiri. Menerusi Konsert Sooka dan Konsert Vaganza, kami ingin memberikan pengalaman muzik yang berbeza kepada peminat, sambil menghimpunkan artis dan karya yang mencerminkan kepelbagaian landskap muzik Malaysia. Kedua-dua konsert ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk terus meraikan bakat tempatan serta menghubungkan peminat daripada pelbagai generasi menerusi muzik.”

Konsert Sooka: Pentas Buat Muzik Generasi Kini


Buat peminat muzik generasi muda, Konsert Sooka pada 5 Disember bakal menampilkan barisan kumpulan muzik popular yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam kalangan pendengar Gen Z. Menghimpunkan The Lantis, Insomniacks, Bunkface, Kugiran Masdo dan penampilan istimewa daripada Kudrat Boys, konsert ini meraikan keunikan muzik berkumpulan menerusi lagu-lagu hit yang dekat di hati peminat.

Dikenali dengan persembahan bertenaga, melodi yang mudah melekat di ingatan serta lagu-lagu yang mengundang singalong, setiap kumpulan bakal membawa karakter muzik tersendiri ke pentas. Penonton boleh menjangkakan suasana seperti sebuah persembahan muzik langsung yang meriah, dengan peluang untuk menyanyi bersama dan menikmati setiap rentak sepanjang malam.

Konsert Vaganza: Malam Ikonik Merentasi Generasi


Pada 6 Disember, Konsert Vaganza bakal menyajikan pengalaman muzik yang lebih istimewa menerusi gandingan artis daripada pelbagai generasi. Antara yang bakal mencuri perhatian ialah duet Datuk Ziana Zain bersama juara Big Stage Rocketfuel, Hussain, selain persembahan Jaclyn Victor bersama Datuk Ramli MS yang bakal membawakan hampir 20 buah lagu dalam satu segmen istimewa.

Malam tersebut turut menyaksikan pertemuan pertama Tenxi dan Nadeera di atas pentas menerusi sebuah duet, selain penampilan Tenxi bersama artis-artis Malaysia dalam sebuah konsert. Keunikan persembahan turut diperkaya dengan pengaruh muzik Datuk Ramli MS yang bakal menerajui susunan muzik bagi lagu-lagu hit ALPHA dan karya Noh Salleh, menggabungkan identiti muzik tersendiri setiap artis dengan sentuhan seorang maestro industri.

Tidak ketinggalan, elemen Girls Power bakal menyerikan pentas menerusi gabungan Mimi Fly bersama The Girls yang terdiri daripada Odda, Amarra dan Tengku Ratu. Penonton juga bakal menyaksikan Hussain dan ALPHA kembali bergabung dalam satu pentas, menghimpunkan dua nama yang mencuri perhatian sepanjang tahun ini.

Dengan lebih 30 buah lagu sepanjang tiga jam, Konsert Vaganza bakal membawa penonton menikmati sebuah persembahan yang menggabungkan kekuatan vokal, kepelbagaian genre dan kolaborasi yang jarang dapat disaksikan dalam satu pentas.


Tiket untuk Konsert Sooka dan Konsert Vaganza kini boleh didapati menerusi Ticketmelon di https://www.ticketmelon.com/astro/konsert. Peminat boleh membeli kategori tiket mengikut keselesaan masing-masing untuk menikmati dua malam persembahan yang meraikan muzik, nostalgia dan hiburan sempena ulang tahun ke-30 Astro.

Untuk maklumat lanjut, layari gempak.com. 

PMX TITIP KATA SEMANGAT BUAT AINA ABDUL, KEBANGGAAN MALAYSIA DI EUROVISION ASIA 2026

Tuesday, 10 November 2026

Menjelang kemunculannya mewakili Malaysia di pentas sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 pada 14 November ini, penyanyi kebanggaan negara, Aina Abdul, turut menerima sokongan dan kata-kata semangat daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menerusi hantaran di media sosial rasminya.

Dalam perkongsian tersebut, beliau menyifatkan penyertaan Aina sebagai bukti bahawa bakat dan karya anak Malaysia mampu melangkah jauh serta bersaing di pentas antarabangsa, selain menegaskan bahawa Aina tetap menjadi kebanggaan negara tanpa mengira keputusan pertandingan.

“Menang atau sebaliknya, Aina tetap kebanggaan kita semua. Terbang tinggi, Aina!” titip beliau.

Untuk membaca hantaran penuh Perdana Menteri, sila klik di SINI.

Sabtu ini, Aina Abdul bakal bersaing dengan 10 peserta dari negara lain di Eurovision Song Contest Asia 2026 dengan mempertaruhkan lagu Bluest Sky sebagai persembahan ke-11. Saksikan pertandingan ini secara langsung pada 14 November 2026, jam 9.30 malam menerusi TV3 atau strim di Tonton.

Maka Kami #MalaysiaBersamaAinaAbdul