“REAL SAMPAI MEREMANG!” | LAKONAN PUTERI BALQIS DAN AMIR AHNAF TULAR DALAM KELUARGA ITU BUAT RAMAI SEBAK!
Satu babak dari drama TV3 Keluarga Itu kini tular dengan jutaan tontonan dan ribuan komen di TikTok, memaparkan detik yang meruntun jiwa lantas memberi impak buat penonton apabila Dhamiah (lakonan Puteri Balqis) dan Aman (lakonan Amir Ahnaf) dilanda kesedihan selepas penemuan mayat bayi yang ditanam, dipercayai anak mereka yang hilang, Jihad.
Dalam adegan penuh emosi itu, Dhamiah menjerit dan meraung tanpa henti seolah-olah separuh gila, manakala Aman pula dilihat terlalu terkejut sehingga pengsan. Babak ini sekali gus menjadi antara momen paling ‘real’ dan menyentuh hati dalam drama ini serta membuka mata penonton terhadap kasih sayang mendalam yang dimiliki oleh kedua-dua ibu bapa muda ini terhadap anak mereka.
Kebanyakan komen yang membanjiri TikTok sarat dengan teka-teki tentang siapa dalang di sebalik kematian bayi Jihad, serta gambaran betapa penonton benar-benar terkesan dengan lakonan hebat Puteri Balqis dan Amir Ahnaf yang disifatkan terlalu hidup, penuh emosi dan menusuk jiwa. Antara komen seperti “Part Aman pengsan tu aku banjir”, “Menjadi betul lakonan Mia, pandai betul Aqish pegang watak”, dan “Terbaik lakonan mereka berdua” membuktikan kemampuan dua pelakon muda tanah air ini dalam mengangkat emosi penonton ke tahap luar biasa. Malah, ada yang berpendapat mereka berdua layak menerima anugerah atas lakonan yang begitu berkesan.
Dihidupkan oleh barisan pelakon berbakat besar, Keluarga Itu menggabungkan kehebatan Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Muaz Zabir, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Melissa Campbell, dan Izara Aishah. Jangan lepaskan tayangan episod terakhir Keluarga Itu minggu ini! Saksikan pengakhiran kisah Dhamiah dan Aman pada 9 Mei ini, hari Jumaat, jam 9.00 malam di TV3. Anda juga boleh strim 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store.
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.
🔥 KUTIPAN PECAH PANGGUNG RM 70 JUTA 🔥 | 25 HARI TAYANGAN + TAYANGAN AWAL
Wah, sambutan yang luar biasa! Dalam masa 25 hari sahaja, termasuk tayangan awal, Blood Brothers: Bara Naga kini mencatat kutipan sebanyak RM70 juta. Pencapaian ini menunjukkan tanda sokongan penonton terhadap karya Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, serta minat yang semakin meningkat terhadap filem aksi tempatan.
Terima kasih atas sokongan padu anda semua dan teruskan menyokong filem tempatan dan alami sendiri bara serta adrenalin Blood Brothers: Bara Naga di pawagam berhampiran!
Minggu kedua Big Stage Alpha menyaksikan Daniel Sher sekali lagi menduduki di tempat pertama, dengan markah keseluruhan daripada juri sebanyak 79.20 %, manakala dua peserta lagi disingkirkan iaitu Ashmirul (59.75 %) dan Qarl G (58.75 %) berikutan jumlah undian penonton yang rendah, menyelamatkan Afiq Sky (57.05 %) yang turut berada di bottom three.
Minggu bertemakan “Rizz & Shine” ini menampilkan Akim Ahmad sebagai juri jemputan, dan Ajai sebagai pengganti Edry Abdul Halim yang tidak dapat menghadirkan diri. Selain itu, peserta Que telah dipilih sebagai penerima Anugerah Ikon Perfume Paradise. Saksikan Big Stage Alpha di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
SENARAI LAGU
INFO PROGRAM BIG STAGE ALPHA
• Buat julung kalinya, Big Stage Alpha tampil dengan format all-male spin-off, menampilkan 18 bintang lelaki yang akan bersaing untuk merebut peluang eksklusif menjadi sebahagian daripada “boy group” (kumpulan lelaki) pertama yang bakal debut di bawah naungan Astro, ditentukan melalui gabungan markah juri dan undian peminat.
• Peserta-peserta ini yang berusia antara 18 hingga 37 tahun, datang daripada pelbagai latar belakang termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia.
• Setiap minggu, mereka akan diuji hingga ke had maksimum melalui persembahan solo dan misi berkumpulan berdasarkan tema yang diberi. Juri akan memberikan markah, namun undian peminat yang akan menentukan siapa yang layak ke peringkat akhir.
• 6 finalis akan membentuk sebuah ‘boy group’ (kumpulan lelaki) yang akan membuat kemunculan dibawah naungan Rocketfuel bersama Astro.
• Big Stage Alpha lebih wangi dengan Perfume Paradise yang hadir selaku Penaja Utama, dan juga ZUS Ngupi selaku Kopi Rasmi sepanjang musim ini dijalankan.
• Musim baharu ini turut berkolaborasi bersama Astro Gempak selaku Rakan Digital dan ERA sebagai Rakan Radio Rasmi.
Production Companies: AGS Entertainment, Phantom Studios
Distributor: Zee Studios
Genre: Romantic / Comedy
Running Time: 138 minutes
Release Date: 7 February 2025
Trailer:
Filem romantik komedi yang berkisar tentang ujian dalam perhubungan pasangan muda, Gaurav Sachdeva (Junaid Khan) dan Baani Sharma (Khushi Kapoor) di mana mereka berdua perlu bertukar handphone selama 1 hari untuk uji tahap kepercayaan masing-masing. Cadangan tersebut dilakukan oleh ayah Baani sendiri, Atul Kumar Sharma (Ashutosh Rana) apabila anaknya kantoi menjalinkan hubungan cinta.
‘Baani sees things on the surface but fails to see the details. She’s naïve. But I am thorough. One must be alert when it comes to one’s future.’ – Atul Kumar Sharma
Sekiranya mereka gagal bertahan dengan ujian tersebut, Baani akan dikahwinkan dengan calon pilihan keluarga. Yakin dengan kekuatan cinta mereka berdua, Gaurav minta tempoh tersebut dipanjangkan selama 3 hari.
Balik saja ke rumah, Gaurav minta bantuan rakan-rakannya untuk selesaikan masalah tersebut. Nasib dia baik bila Atul tak minta password smartphone jadi Lamba (Aditya "Kullu" Kulshreshth) cadangkan supaya semua kenalan call nombor telefon Gaurav untuk menyamar sebagai peniaga memandangkan kakak Gaurav akan bertunang.
Sementara Gaurav dan Baani bergelut dengan ujian kepercayaan, Kiran Sachdeva (Tanvika Parlikar) pula ragu-ragu untuk teruskan pertunangannya bersama Anupam Mehra (Kiku Sharda). Semu aitu bermula apabila Anupam geram dengan tindakan Kiran menjawab panggilan yang masuk di smartphone Anupam. Sejak dari kejadian tersebut, Anupam sentiasa melekat dan menjaga smartphone dia supaya Kiran tak sewenangnya unlock dan lihat ‘rahsia’ di dalam.
Naskhah Loveyapa merupakan remake kepada filem Tamil berjudul Love Today (2022) arahan Pradeep Ranganathan. Gembira dengan kutipan box office filem tersebut, Pradeep bergerak sebagai produser dan propose kepada Advait Chandan sebagai pengarah untuk pembikinan semula filem romantik komedi yang dibintangi oleh dua pelakon baru Bollywood.
Junaid Khan, anak sulung Aamir Khan mendapat pujian untuk lakonannya dalam filem Maharaj (2024), filem debut di Netflix sementara Khushi Kapoor pula debut dalam filem The Archies (2023). Junaid dan Khushi sama-sama debut secara rasmi dalam Loveyapa yang ditayangkan di panggung sempena Valentine’s Day tapi kutipan dianggap gagal sebab ramai tak suka pairing Junaid-Khushi bila Junaid nampak terlalu berusia untuk Khushi.
Personally, I rasa okay je gandingan dua pelakon baru ni. Of course, muka Junaid nampak matang dan berbadan besar juga tinggi but in real life banyak je couple macam ni so it’s kinda believable lah. They are not typical romantic couple of Bollywood films but works just fine. Khushi tak nampak kekok langsung sebagai Baani Boo walaupun kebanyakan masanya Junaid yang take charge untuk pastikan filem Loveyapa menghiburkan. I lagi suka lakonan Khushi dalam Loveyapa daripada filem Nadaaniyan (2025), mungkin sebab dia enjoy sebagai Baani since tak heavy.
Dekat first half filem Loveyapa, Gaurav dapat tahu tentang sisi lain Baani Boo yang dia percaya sangat, bila masuk second half kita dapat kenal pula karakter sebenar Gucci yang nampak mulia di mata Baani. Both of them memang deserves each other lah sebab hidup memang berpaksikan kisah cinta semata. Bukan kisah cinta mereka berdua sahaja tapi kisah cinta sampingan juga. Memang patut sangat tindakan Atul uji Baani dengan Gaurav sebab tak kenal dunia lagi dah gatal nak menikah. Masing-masing hidup selesa pun sebab parents tanggung.
Though I enjoy perjalanan kisah Gaurav dengan Baani, ujian yang ditanggung oleh Kiran dan Anupam lebih solid dan menarik untuk ditonton. Kejutan dan jawapan yang disimpan oleh penulis buat I berpuas hati dengan perkembangan watak dan konflik dalam ruang yang diberikan.
Sinematografi dan music album Loveyapa sesuai lah dengan suasana filem romantik komedi walaupun lagu tak banyak tapi melekat. I think White Noise Collective did a great job as composer. I suka beat yang dimasukkan untuk babak interval bila Atul defend Baani untuk fight Gaurav yang menyampah dengan sisi lain kekasih hati dia.
Title track Loveyapa fun and catchy, lagu Rehna Kol comel sebab tribute kepada filem Aamir Khan masa muda - Jo Jeeta Wohi Sikandar (1992). Terpesona tengok babak Khushi menari Kathak dalam Loveyapa sebab teringat kakak dia, Janhvi menari Kathak dalam filem Dhadak (2018). Dalam babak tu nampak kuat sangat iras muka SriDevi. Is it me or anak-beranak ni memang nampak cantik berseri dalam persalinan warna kuning?
Loveyapa ada potensi untuk jadi filem yang lebih padu kalau penulis tak masukkan banyak sangat mesej sosial sampai certain scenes jadi preachy. Tema utama tentang Gen Z yang aktif juga lantang dalam social media tapi disconnect dengan real life dah kuat dah. Penulis patut masukkan justification kenapa watak Baani tak sewenangnya reject lelaki yang suka dia sebab watak Karan wujud tapi tak digunakan sepenuhnya. Anyway, jalan cerita Loveyapa works well untuk filem tontonan santai.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10
Dah sebulan lebih Jalan Jalan Japan beroperasi dekat Star Avenue tapi baru semalam dapat jenguk apa yang ada dekat situ. Kedai Serbaneka yang popular dengan pelbagai barangan preloved dari Jepun ni ganti Brands Outlet Star Avenue yang dah lama tutup. Luas juga lah ruang JJJ ni sebab dia ambil ruang kedai snooker belakang Mr. DIY tu. Lepas ni bahaya lah poket yang membayar sebab ada dua kedai berhantu dekat tingkat 3 Star Avenue ni. Bahaya poket I to be exact T.T
Walaupun ruang dia besar tapi rasanya tak sebesar One City Mall sebab ada dua tingkat. Barang dekat situ pun tak disusun padat macam dekat sini. Walaupun ada banyak sangat kasut dan pakaian yang cantik tapi kita mampu melihat je sebab semuanya saiz kecil. Kasut kebanyakannya saiz 5 tapi I pakai saiz 7 padahal heels dengan boots dekat sini banyak yang cantik.
Masa masuk semalam lama dekat bahagian handbag sebab tengah mencari bag besar gedabak yang boleh muat fail saiz A4. Dekat rumah dah ada satu tapi kalaujumpa lagi satu lagi bagus kan? :')
Ada jumpa yang vintage tapi handle dia menyakitkan bahu ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Bahagian yang paling best adalah bahagian pinggan mangkuk sebab banyak seramik. Bukan nak menambah koleksi untuk buat makan pun tapi nak deko je lebih. Terpengaruh tengok Reels Facebook pasal home deco.
Pembayaran dekat sini macam biasa lah nyah, tunai boleh cashless pun boleh. Yang penting dekat sini kalau beli barangan kaca kena wrap sendiri dekat pintu masuk. Kalau boleh pihak Jalan Jalan Japan ni buat lah kaunter tu besar sikit. Kitorang tadi beli 5 pasu seramik haaa jenuh nak wrap lepastu orang belakang pulak beli 6 unit pinggan. Belakangnya pun dah menunggu nak wrap. Meja disediakan kecil lepastu salotep pun satu. Kalau boleh buat lah dua atau tiga supaya tak perlu beratur lama. Kita ni pembeli bukan pekerja runcit yang zap zap zap boleh siap in seconds.
Ni bukan merungut tau, ni mencadangkan tapi saja suka menaip panjang sebab apa je lah sangat kita sembang dalam entry ni kan. Nak sembang pasal apa yang dijual dekat sini macam maleh sebab banyak sangat barangnya.
Anyway, ni lah pasu yang dibawa pulang tu. Walaupun dalam gambar ni nampak macam telur alien atau sarang serangga tapi dia unik. Jadi pasu bunga ataupun biar pasu ni kosong pun sama je cantiknya sebagai deko. Nak letak dekat mana je tak decide lagi. Lepas ni setiap bulan lepas pergi groceries dekat NSK boleh lah belek barang apa ada dekat JJJ ni hshshs
Masa turun tingkat bawah ternampak pulak luggage harga RM59 je. Ada dua saiz - kecil dengan besar tapi dua-dua harga yang sama. Warna dia tak banyak tapi belek punya belek terjumpa lah warna hijau gelap dengan design petak. Luggage ni kalau cepat rosak pun tak apa sebab nak pakai masa pergi PBAKL 2025 nanti. Sebelum ni bawa bagpack je tapi ternyata tidak mencukupi maka kita bawa bagpack dan luggage hshshs
Bangsar bakal jadi lebih ‘brew-tiful’ minggu depan apabila tiga nama besar dalam dunia lakonan tanah air iaitu Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi, dikhabarkan akan membuka sebuah kedai kopi di APW Bangsar bermula Isnin, 5 Mei 2025!
Dalam kesibukan mempromosikan karya terbaharu mereka, Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi turut giat membuat persiapan rapi bagi pembukaan Bru Coffee Shop. Terdapat pelbagai persoalan sama ada mereka benar-benar serius menceburi bidang perniagaan atau sekadar ingin mencuba sesuatu yang baharu di luar kerjaya seni masing-masing atau pun hanya sekadar menunjukkan minat mereka terhadap perniagaan kafe yang semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda?
Namun yang pasti, mereka telah menunjukkan komitmen tinggi terhadap perancangan ini. Bagi mereka, kedai kopi bukan sekadar tempat untuk menjual minuman, tetapi satu ruang untuk orang ramai berkumpul, berkongsi cerita dan menikmati suasana yang menenangkan. Mereka juga mahu mewujudkan sebuah tempat yang boleh menjadi ‘escape’ kecil daripada kesibukan bandar lantas pelanggan boleh menjadikannya tempat untuk berfikir, menulis atau sekadar menikmati kopi yang sedap.
Namun begitu, persoalan yang masih bermain di fikiran ramai, mampukah mereka menguruskan kedai ini dengan komitmen masing-masing sebagai pelakon? Dunia perniagaan, khususnya dalam industri makanan dan minuman, menuntut komitmen yang tinggi dan tidak kurang cabarannya.
Menariknya, pembukaan rasmi kedai kopi yang bakal berlangsung pada Isnin, 5 Mei 2025 di APW Bangsar ini turut diserikan dengan kehadiran ketiga-tiga pelakon terkenal ini Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi. Kemunculan mereka pastinya menceriakan suasana, sekali gus menarik perhatian para peminat dan pengunjung.
Kepada peminat mereka ataupun penggemar kopi, dapatkan jawapan anda dengan hadir ke lokasi dan tarikh berkenaan! Mungkin anda boleh rebut peluang ini juga untuk melihat sisi lain tiga pelakon hebat ini dalam suasana yang lebih santai dan mesra.
Astro, peneraju kandungan dan hiburan utama Malaysia, bersama Max, perkhidmatan penstriman terkemuka dari Warner Bros. Discovery, membawakan satu pengalaman imersif buat semua di ibu kota. Kwai Chai Hong, lorong bersejarah di Chinatown Kuala Lumpur (Petaling Street), bakal diubah menjadi dunia pasca-apokaliptik yang diinspirasikan daripada siri terkenal HBO Original, The Last of Us musim kedua.
Direka untuk menarik perhatian para peminat serta pengunjung, Max dan Astro bekerjasama dengan artis tempatan, Akid One, bagi menghasilkan mural The Last of Us di Kwai Chai Hong. Lokasi ini turut menampilkan mural khas oleh Daphy yang bertujuan untuk menggambarkan tema-tema utama yang mendefinisikan The Last of Us musim kedua. Keseluruhan pengalaman ini dilengkapi dengan efek bunyi dan pencahayaan sinematik untuk mempelawa orang ramai menyelami dunia yang diinspirasikan daripada musim terbaru siri ini.
Sama ada anda peminat setia drama pemenang anugerah Emmy ini atau sedang mencari lokasi bergambar yang menarik untuk Instagram anda, pameran unik ini adalah destinasi wajib dikunjungi pada bulan Mei. Pameran ini terbuka sepanjang hari dari 1 hingga 11 Mei 2025. Selain itu, para pelanggan Astro turut berpeluang menebus barangan eksklusif The Last of Us musim kedua menerusi aplikasi MyAstro dan Astro dari 9 hingga 11 Mei 2025 di Kwai Chai Hong – selagi stok masih ada (tertakluk pada terma & syarat).
Musim kedua The Last of Us kembali selepas lima tahun sejak penerbitan musim pertamanya. Musim kedua mengisahkan Joel dan Ellie yang terperangkap dalam konflik antara satu sama lain, serta dunia yang jauh lebih berbahaya dan tidak dapat dijangka berbanding sebelumnya. Barisan pelakon yang kembali dalam musim terbaru ini termasuk Pedro Pascal sebagai Joel, Bella Ramsey sebagai Ellie, Gabriel Luna sebagai Tommy dan Rutina Wesley sebagai Maria. Barisan pelakon baharu pula terdiri daripada Kaitlyn Dever sebagai Abby, Isabela Merced sebagai Dina, Young Mazino sebagai Jesse, Ariela Barer sebagai Mel, Tati Gabrielle sebagai Nora, Spencer Lord sebagai Owen, Danny Ramirez sebagai Manny dan Jeffrey Wright sebagai Isaac. Catherine O’Hara turut muncul sebagai pelakon jemputan.
Siri ini boleh ditonton di Max, serta di TV melalui HBO (saluran 411) atau distrim menerusi On Demand. Episod baharu untuk musim kedua akan ditayangkan pada setiap hari Isnin dan episod akhir pada 26 Mei 2025. Mulai 24 Mei hingga 30 Jun 2025, para pelanggan Astro yang baru melanggan Max akan menikmati diskaun 50% daripada harga langganan tahunan biasa untuk pelan Max Standard atau Max Ultimate.
Para Para pelanggan Astro boleh mengubah suai pakej mereka dengan mudah melalui penambahan lebih 14 aplikasi penstriman popular termasuk Max, Prime Video, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South dan banyak lagi. Mereka juga boleh membuat perubahan langganan mereka dengan mudah melalui aplikasi MyAstro, sama ada untuk mengemas kini pakej, menukar antara penambahan dan perkhidmatan penstriman atau memilih yang baharu, pada bila-bila masa.
Langgani Pek Astro One dengan serendah RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti untuk seisi keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pek Entertainment pada hanya RM129.99/bulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsAll 03 9542 3838.
*Untuk pelanggan baharu sahaja. Tertakluk pada terma dan syarat.
RAIH 1,500,000 TONTONAN DALAM MASA 12 JAM SAHAJA! | EJEN ALI BERSEDIA MENANTI ANDA 22 MEI 2025 INI!
Satria Bangkit! Sejak tayangan pertama Ejen Ali The Movie, penantian para peminat setianya untuk lanjutan misi Ejen Ali semakin memuncak dan kini berakhir dengan kepuasan! Pelancaran treler sekuelnya semalam mendapat sambutan memberangsangkan apabila berjaya meraih 1.5 juta tontonan dalam tempoh hanya 12 jam di pelbagai platform digital. Pengaruh Ejen Ali ternyata masih mengagumkan dengan semangat peminat semakin membara untuk menyaksikan misi terbaharu yang lebih mendebarkan!
Peminat setia Ejen Ali membanjiri media sosial dengan pujian terhadap visual animasi yang semakin memukau serta jalan cerita yang semakin matang dan menyentuh emosi. Antara reaksi yang dijumpai, ‘Tak sabar weh, serius! Aku umur 24 pun masih minat,’ ‘Meremang bulu roma tengok trailer ni!’ dan ‘Bangganya as Malaysian jadi saksi kemajuan AniMY ni, boleh hasilkan animation yang hampir sama dengan kualiti antarabangsa…’. Rata-rata peminat jelas tidak sabar menyaksikan perjalanan baharu Ali dengan sut Satria, sambil berteka-teki tentang kejutan yang akan menanti mereka di layar besar nanti.
Kembalinya Ali ke arena perisikan MATA kali ini bakal menyaksikan konflik yang lebih kompleks dengan kuasa teknologi baharu dan musuh yang lebih mengancam. Treler berdurasi 2 minit 45 saat itu bukan sahaja memperlihat peningkatan grafik yang mengagumkan, tetapi turut memberi petunjuk kepada misteri dan cabaran baharu yang menanti Ali.
Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Itulah yang menanti peminat menerusi Ejen Ali The Movie 2, sekuel yang dinanti-nantikan hasil kerjasama Primeworks Studios, WAU Animation dan Komet Productions. Sebagai kesinambungan daripada kejayaan terdahulu, filem ini bukan sekadar sebuah sekuel, tetapi sebagai simbol janji untuk mempersembahkan karya animasi bertaraf dunia. Dengan kualiti produksi yang dipertingkat dan olahan jalan cerita yang menyentuh jiwa, filem ini bukan sahaja dijangka memecahkan panggung, malah menjadi karya animasi tempatan yang wajib disaksikan oleh semua lapisan penonton!
Monsta, penerbit tersohor di sebalik kejayaan filem animasi pecah panggung BoBoiBoy dan Mechamato dengan kerjasama Astro Shaw, kini secara rasmi melancarkan teaser bagi francais filem animasi keempat mereka yang dinanti-nantikan: Papa Zola The Movie. Teaser ini telah mencatat kejayaan luar biasa dengan meraih lebih 2 juta tontonan di seluruh platform digital dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas dilancarkan.
Papa Zola, watak kegemaran ramai sejak kemunculan pertamanya, telah berjaya menawan hati penonton dari Malaysia hingga ke Indonesia dengan gaya jenakanya yang tersendiri dan tagline ikonik "Kebenaran!". Menerusi meme tular, nasihat kekeluargaan dan video sketsa lucu, Papa Zola telah mencipta fenomena di platform media sosial dengan jumlah tontonan melebihi 3 billion.
Kini, Monsta membawa kehangatan watak popular ini dari alam maya ke layar perak. Papa Zola The Movie menjanjikan gabungan aksi, jenaka dan emosi dalam naratif serangan bergamifikasi yang penuh mendebarkan. Bertemakan kekeluargaan dan keberanian, filem ini disasarkan untuk tayangan pada Disember 2025, bertepatan dengan musim cuti akhir tahun.
“Ini merupakan penampilan ketiga Papa Zola di layar perak selepas BoBoiBoy The Movie (2016) dan BoBoiBoy Movie 2 (2019), tetapi buat pertama kalinya beliau menjadi teraju utama,” kata Nizam Abd Razak, Pengarah Papa Zola The Movie. “Papa Zola telah menjadi watak yang dekat di hati masyarakat Malaysia dan Indonesia dari pelbagai latar belakang. Filem ini akan mengupas kisah asal-usul Papa Zola dan menampilkan elemen aksi, drama kekeluargaan serta pencerobohan makhluk asing — satu hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga.”
Filem ini menyertai gelombang kejayaan animasi tempatan yang semakin berkembang di bawah inisiatif #aniMY, serta disokong kuat oleh semangat #sapotlokal dalam kalangan penonton. Industri animasi Malaysia terus berkembang pesat, dan Monsta kekal sebagai peneraju dengan menyampaikan karya bertaraf dunia yang berakar kepada nilai tempatan.
Papa Zola The Movie dijangka menjadi antara acara sinematik paling dinantikan tahun ini — penuh dengan gelak tawa, aksi dan emosi. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Papa Zola The Movie bersama keluarga dan rakan-rakan di pawagam berhampiran anda mulai Disember ini!
******************************
Mengenai MONSTA:
MONSTA adalah syarikat hiburan yang pengalaman dan terkenal dengan penghasilan IP watak-watak fiksyen popular seperti BoBoiBoy, Mechamato, Papa Pipi dan Fly With Yaya. MONSTA berperanan untuk menghasilkan hiburan yang berkualiti tinggi serta bersesuaian untuk seisi keluarga. Pelbagai medium giat diceburi MONSTA seperti penghasilan kandungan video, buku komik, produk permainan dan permainan video dengan matlamat ingin memberikan pengalaman menyeluruh kepada para pengguna. Pelbagai IP MONSTA kini telah menembusi pasaran global di lebih 70 buah negara seluruh dunia melalui siaran seperti Netflix, Cartoon Network, Disney, Tencent Video dan banyak lagi.