Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Movie Review | Major (2022)

Friday 8 July 2022


Director : Sashi Kiran Tikka
Writer : Adivi Sesh, Abburi Ravi (Telugu dialogue), Akshat Ajay Sharma (Hindi dialogue)
Cast : Adivi Sesh, Prakash Raj, Sobhita Dhulipala, Saiee Manjrekar, Revathi, Murali Sharma, Anish Kuruvilla
Production Companies : Sony Pictures International Productions, G. Mahesh Babu Entertainment, A+S Movies
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Biographical / Action / Drama
Running Time : 149 minutes
Release Date : 3rd June 2022
Trailer:



Dari kecil lagi Mejar Sandeep Unnikrishnan tak kenal erti takut dan sentiasa ke depan untuk membantu sesiapa yang memerlukan baik ahli keluarga mahupun orang asing. Dek kerana semangat dan prinsip hidup dia, Sandeep sertai tentera darat setelah permohonan untuk masuk tentera laut ditolak gara-gara daya penglihatan yang lemah.

Tak ambil masa yang lama untuk Mejar Sandeep buktikan kemampuan dan dedikasi terhadap kerjaya bila dia dipandang tinggi oleh ahli pasukan dan juga pihak atasan. Dia merupakan pegawai latihan untuk 51 Special Action Group dalam National Security Guard – skuad elit pertahanan negara India untuk serangan pengganas. 


Malangnya, hidup peribadi Mejar Sandeep goyah kerana tiada masa untuk bersama dengan isterinya, Isha (Saiee Manjrekar) walaupun di saat genting. Isha kesunyian sampai keguguran pun Sandeep tak tahu. Hari yang sama Sandeep ingin pujuk Isha adalah hari di mana pengganas buat serangan di Hotel Taj, Mumbai. 

Memandangkan dah banyak filem dibikin berlatarkan serangan pengganas pada 26 November 2008 sama ada sebelum, semasa mahupun selepas tragedi hitam negara India. Jadi pengarah  Sashi Kiran Tikka lebih tekankan kehidupan peribadi Mejar Sandeep yang diceritakan melalui temubual bersama kedua orang tuanya. Sebab tu juga lah salah satu genre naskhah Major adalah drama.


Masuk second half baru tunjuk macam mana skuad NSG dalam Operation Black Tornado menentang pengganas dipaparkan. Tak kisahlah berapa banyak kali pun tengok movie yang berlatarkan 26/11 pun, setiap kali tu juga lah gerun dan ngeri tengok kekejaman pengganas. Tak boleh bayang macam mana nasib diri kalau ada dalam situasi tu. Lakonan Sobhita Dhulipala menguatkan lagi rasa ngeri sebagai mangsa yang terperangkap di dalam tragedi tersebut. 


Anxious juga masa tengok movie Major ni sebab semua mejar yang ketuai operasi tu tak pakai helmet untuk lindung kepala. Awalnya mengutuk dalam hati juga kenapa hero tak pakai helmet. Takkan sebab nak maintain muka kacak walaupun dalam scene intense macam ni? 

Rupanya ada netizen explain yang kerajaan India zaman tu mana ada duit jadi semua yang berpangkat tinggi berbekalkan kekuatan dan keberanian sahaja. Bila tengok beberapa babak baru perasan yang pangkat bawah je pakai serba-serbi lengkap. 


Scene Major Sandeep bertarung seorang diri dengan pengganas seramai 5 orang tu paling saspen dan paling menarik dalam filem ni. Boleh nampak lah kenapa dia boleh naik jadi Mejar untuk skuad tu. Mesti masa tu ramai anak buah yang kagum dengan dia sebab fight depan mata. Tapi kalau babak ni fiksyen, penonton je lah yang kagum sebab tambah point dengan action stunt and entertainment. 

Tengok pada budget movie Major ni boleh nampak lah hasil dia pun bagus cuma ada beberapa babak dalam Hotel Taj tu nampak macam dekat dalam set. But the rest still believable and beautiful to watch. Music album pun not bad and my personal fav is Oh Isha from Armaan Malik and Chinmayi also Saathiya sung by Javed Ali. 


Sebab filem Major ni lah I kenal Saiee Manjrekar walaupun dia debut dalam Dabangg 3 which I haven’t watch it yet. Cantik sangat Saiee ni walaupun tak banyak screentime dia dengan Adivi tapi chemistry tetap menyerlah. 


Dari awal filem sampai ke hujung filem I enjoy tengok Major sebab lakonan yang digalas oleh Adivi Sesh. Skrip filem ni pun dia yang karang jadi dia tahu lah dekat mana dia nak kembangkan dan masukkan semangat patriotism dalam Major. Muka Adivi pun lebih kurang sama dengan Mejar Sandeep sebenar so bila tengok tu rasa feel lebih sikit. Bila tengok ending berjurai lah air mata. Yang belum tengok Major, boleh layan dekat Netflix. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

Movie Review | Jersey (2022)

Sunday 19 June 2022


Director : Gowtam Tinnanuri
Writer : Gowtam Tinnanuri
Cast : Shahid Kapoor, Mrunal Thakur, Pankaj Kapur
Production Company : Allu Entertainment, Dil Raju Production, Sithara Entertainments, Brat Films
Distributor : Balaji Motion Pictures, Pen Marudhar Entertainment (India), Yash Raj Films (overseas), Netflix
Genre : Sports / Drama
Running Time : 170 minutes
Release Date : 22 April 2022
Trailer:


Official remake kepada movie Telugu, Jersey arahan Tinnanuri mengisahkan tentang kehidupan pemain kriket, Arjun Talwar (Shahid Kapoor) dalam kumpulan Punjab. Kehebatan Arjun menjadi tumpuan ramai sehingga dia terpilih masuk dalam pasukan kriket India tapi Arjun ambil keputusan untuk berhenti kemudian berkahwin dengan Vidya (Mrunal Thakur). 

Arjun bekerja sebagai penyelia pembekal makanan tapi digantung kerja kerana disyaki mengambil rasuah. Untuk ikat jamin saja, dia perlu sediakan Rs50,000 kepada pihak peguambela. Mana nak cari duit dengan gaji dia dan Vidya yang cukup makan saja? Nak cari kerja lain pun nama dia dah busuk walaupun dia tak ambil rasuah. 


Jurulatih Arjun, Sir Baali (Pankaj Kapur) datang berjumpa untuk pujuk Arjun bekerja sebagai pembantu jurulatih pasukan kriket Punjab. Arjun dah beberapa kali tolak tawaran tersebut walaupun anak tunggalnya, Kittu (Prit Kamani) berlatih kriket setiap hari selepas waktu sekolah. Akhirnyaa selepas beberapa kali segan meminta duit sana-sini, Arjun buat keputusan untuk kembali ke padang selepas 10 tahun berhenti dari dunia kriket. 

Bukan perkara yang mudah bila usia dia sendiri jauh bezanya dari pemain lain yang lebih muda namun bakat dan kehebatan Arjun tak pernah pudar. Kerana Arjun, pasukan Punjab boleh masuk ke pusingan semi-akhir Piala Ranji.


Lepas nama Shahid Kapoor dipuji kerana lakonan dia dalam movie Kabir Singh (2019), ramai yang tertunggu kemunculan movie Jersey. Mampu tak lakonan Shahid berdiri sama tinggi dengan lakonan Nani dalam Jersey Telugu? Nak buat perbandingan pun I tak tengok Jersey Telugu tapi lakonan Shahid tak pernah gagal menusuk ke hati. 

Bukan Shahid je pandai berlakon malah Prit Kamani pun faham tugas dia sebagai Kittu. Suka tengok babak Arjun dengan Kittu sebab comel sangat watak diorang anak-beranak. Masa dia tengok Arjun keluar padang tu nampak bersinar betul pandangan dia. Terserlah rasa bangga ada ayah yang hebat dalam kriket. Masa Kittu senyum bila kawan dia bagitahu Arjun Talwar masuk surat khabar pun comel.

 
Menangis masa Kittu suruh Arjun main kriket sebab cara dia bagi semangat dekat ayah dia campur dengan pandangan terharu Arjun. Tak perlu orang luar atau peminat untuk bagi kata semangat pun sebab dunia Arjun ada Vidya dengan Kittu. Kalau semangat dia hilang, diorang berdua lah penaik semangat dia. 


Selain dinamik lakonan Shahid dan Prit, chemistry Shahid dengan Mrunal pun nampak cantik sangat onscreen. Terserlah sangat dalam lagu romantik Maiyya Mainu hasil gubahan komposer Sachet-Parampara. Ditambah dengan sinematografi cantik hasil kerja Anil Mehta yang mempunyai pengalaman selama 28 tahun. Dia tahu kelebihan dan kekurangan subjek dia jadi tak hairan kalau hasilnya menawan. Wardrobe dan props team pun main peranan sebab menghidupkan suasana tahun 90-an. Shahid nampak handsome sangat dengan hairstyle panjang, nampak sepadan dengan Mrunal yang manis bila senyum. 



Bila tengok pada tajuk cerita, poster, genre mahupun trailer mungkin ramai yang assume movie Jersey adalah mengenai sukan kriket dan cabaran kehidupan Arjun Talwar sebagai pemain kriket. Sebenarnya mesej Jersey melangkaui semua tu sebab naskhah Jersey adalah tentang pengorbanan ayah terhadap permintaan naif si anak. Sebab tu pengarah lebih memberi ruang kepada watak Kittu dari Vidya. 

Walaupun movie Jersey well-packed dengan elemen drama dan kasih sayang keluarga tapi durasi agak panjang dengan beberapa babak yang tak perlu macam babak Arjun melepak dengan kawan dia. Mungkin emosi akan lebih mendalam kalau penulis karang watak Arjun tanpa serlahkan keburukan dia. 


Watak Kittu dewasa pun tak dilakonkan dengan baik sebab pelakon baru tu nampak kayu dan tak mampu nak pickup impak yang Prit tinggalkan. Huge letdown lah sebab babak dia agak penting di awal dan hujung movie. Sepatutnya boleh menangis teruk tapi jadi mehhhh sebab dia kayu dan tak ada screen presence yang tinggi. Kalau emosi pun sebab berbaki dari lakonan Shahid dan Prit. 

Sayang juga movie Jersey tak dapat moral support dari rakan artis hanya kerana Shahid tak nak berlakon dalam movie Yodha arahan Shashank Khaitan di bawah terbitan Dharma. Kalau Karan Johar all out promote Kabir Singh, malangnya semangat yang sama tak dicurahkan untuk movie Jersey. Just in case you guys nak layan movie ni, boleh la tengok dekat Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10

Excited Tengok Trailer Filem BRAHMÄ€STRA, Tahniah Ayan Mukherji!

Thursday 16 June 2022


Semalam Sony Music India release trailer movie Brahmastra yang akan ditayangkan pada 9 September 2022 nanti. Ramai yang puji kehebatan movie fantasy action hasil karya Ayan Mukherji yang pernah hasilkan movie Wake Up Sid (2009) dan Yeh Jawani Hai Deewani (2013). Kedua-dua movie tersebut mempunyai Ranbir Kapoor sebagai pelakon utama. Sama juga dengan Brahmastra, Ayan sekali lagi bekerja dengan Ranbir selepas mengambil masa selama 9 tahun pembikinan.

Sepatutnya Ranbir dah start prep role sejak tahun 2014 lagi sebaik saja selesai berlakon dalam movie Yeh Jawani Hai Deewani tapi Ranbir dapat offer untuk berlakon dalam Sanju (2018). Brahmastra juga perlu olahan dari segi vfx dan faktor lain. Masa tengok motion poster dengan teaser pun dah kagum dengan visual yang ditayangkan. 


Selain Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt sebagai watak utama iaitu Shiva dan Isha, pelakon terkenal Amitabh Bachchan, Nagarjuna dan Mouni Roy juga memegang watak penting. Tapi bila tengok trailer macam ada hint ramai pelakon lain. Tak percaya? Cuba tengok trailer Brahmastra dekat bawah ni. 


Mungkin kalau tengok sekali je tak perasan ada pelakon lain sebab banyak watak sengaja disorok untuk kekalkan misteri pada jalan cerita. Selain pelakon, kecoh juga semalam cuba untuk teka jalan cerita Brahmastra. Of course it is so obvious kumpulan pelindung yang diketuai oleh Amitabh Bachchan akan berjumpa dengan Shiva yang mempunyai kuasa api supaya dapat kalahkan raksasa atau kejahatan yang dikumpulkan oleh Mouni Roy. Tapi kenapa dan bagaimana tu yang belum tahu. 

1. Jal Devi (Dewi Air)


Dekat awal trailer pengarah sorok siapa yang pegang watak Jal Devi sebab tu ramai yang tertanya-tanya siapa pelakon tersebut. Ada yang kata Deepika sebab ada khabar angin bahawa Deepika ada cameo dalam Brahmastra. Tapi watak tu macam Isha (Alia Bhatt) sebab watak air antara elemen kuasa yang kuat juga selepas api. 

Mungkin sari merah yang dipakai tak lah sama dengan watak Isha di kuil tapi dalam teaser yang Sony Music release masa birthday Alia ada setitik air jatuh dekat muka dia. Dalam trailer pun Shiva ada tanya Isha 'What are you?' lepastu Shiva peluk Isha masa dia keluarkan kuasa api. Hanya air yang boleh bertahan dengan panasnya api. It's a great chemistry between these elements/astra. 


Dalam trailer juga watak Isha pakai jam tangan berwarna hitam dan jam tu lebih kurang sama dengan gelang emas yang Nagarjuna pakai. Boleh jadi Isha yang tarik Shiva untuk pergi jumpa kumpulan pelindung. 

2. Sanjay Dutt

Dekat minit 1:36 ada watak villain sama macam Sanjay Dutt. For sure team Mouni Roy

3. SRK 

Antara watak yang menjadi persoalan juga semalam sebab pengarah dedahkan watak ni melalui effect CGI tapi senang sangat nak cam tu Shah Rukh Khan sebab hidung dia. Ada satu je hidung macam tu dalam dunia ni. Cara dia depa tangan tu pun sama. Karan Johar pun pernah bagitahu dalam interview dengan Film Companion yang SRK ada massive cameo dalam movie Brahmastra. 



Tengok pada trailer watak dia agak confusing sebab dia ada kuasa Dewa Hanuman tapi dekat hujung macam jahat sebab warna merah sama dengan Mouni Roy. 

4. Burung

Dekat babak Shiva di gunung bersalji tu ada imej burung terbentuk dari api yang Shiva hasilkan. Tak sabar nak tahu sejauh mana kuatnya Shiva. 

Mungkin ada banyak lagi eaaster eggs yang Ayan sorok dalam movie tapi belum dapat jumpa. Sebagai orang luar dan tak tahu sangat pasal Indian mythology, tak banyak lah yang boleh jumpa dalam trailer atau teaser. Ayan kata untuk part dua dan tiga akan ditayangkan selepas part one. Entah berapa lama untuk Ayan develop franchise ni tak pasti lah but hopefully tak lah lama sampai nak sedekad. Anyway I will watch Brahmastra for sure!

Movie Review | The Adam Project (2022)

Saturday 11 June 2022


Director : Shawn Levy
Writer : Jonathan Tropper, T.S. Nowlin, Jennifer Flackett, Mark Levin
Cast : Ryan Reynolds, Mark Ruffalo, Jennifer Garner, Walker Scobell, Catherine Keener, Zoe Saldaña
Production Company : Skydance Media, Maximum Effort, 21 Laps Entertainment
Distributor : Netflix
Genre : Science Fiction / Adventure / Action
Running Time : 106 minutes
Release Date : 11 March 2022
Trailer :


Bertemakan time-travel, The Adam Project arahan Shawn Levy menggunakan dystopia 2050 di mana juruterbang tentera udara, Adam Reed (Ryan Reynolds) pergi ke tahun 2022. Di sana dia mendarat di kawasan hutan di belakang rumahnya. Adam berjumpa dengan Adam (Walker Scobell) yang berumur 12 tahun bersama anjing peliharaannya, Hawking. 

Adam dewasa jelaskan yang dia perlukan ruang untuk berehat dan rawat kecederaan sebelum Maya Sorian (Catherine Keener) gagalkan misi untuk hancurkan mesin perjalanan masa. Mesin tersebut merupakan kejayaan terbesar dalam sejarah ilmu fizik dan kejayaan tersebut dicipta oleh ayahnya sendiri, Louis Reed (Mark Ruffalo). 


Walaupun Adam bangga dengan kejayaan tersebut namun dia hilang seorang ayah dan Maya mengubah dunia menjadi tempat untuk dia berkuasa. Adam perlu berpatah kembali ke tahun 2018 untuk mencari isterinya Laura Shane (Zoe Saldaña) dan mesin perjalanan masa. Tapi pengiraan dia kurang tepat dan berpatah ke tahun 2022. Nak kata masalah pun tak juga sebab dia boleh gunakan DNA Adam kecil untuk terbangkan jet dia. 

Happy tengok movie The Adam Project ni sebab pengarah bagi ruang dan peluang untuk Ryan Reynolds keluar dari karakter Deadpool dia. Masih ada karakter kelakar tu tapi lebih dewasa dan tenang, sesuai lah dengan watak Adam yang kehilangan ayah dan mengalami beberapa episod trauma dalam hidup dia sepanjang dia membesar di bawah jagaan Ellie Reed (Jennifer Garner). 


‘I think... I think it's easier to be angry than it is to be sad. And I guess, when I get older, I forget that there's a difference.’ – Adam Reed

Plot movie The Adam Project pun tampak menarik dan segar walaupun bersifat santai dan mudah dijangka perjalanannya. Kekuatan movie terletak pada dinamik dan chemistry Ryan Reynolds dengan Walker Scobell bercerita tentang kekurangan dan masalah hidup. Tak lah banyak sangat kreativiti yang ditonjolkan untuk mereka serlahkan kekuatan lakonan sebagai watak Adam remaja dan Adam dewasa tapi masih menarik untuk ditonton. 

Sinematografi Tobias Schliessler menggunakan teknologi dan kreativiti imaginasi untuk wujudkan suasana masa hadapan, tahun 2050. Mungkin ambil inspirasi dari Star Wars dengan kemunculan lightsaber. Babak stunts dan aksi antara highlights dalam movie genre sci-fi aksi terutamanya babak di hutan dengan makmal sains Maya Sorian. 


Ada beberapa tribute yang dimasukkan oleh pengarah Shawn Levy macam beberapa dialog yang diambil dari movie Deadpool. Watak pasangan Reed juga buat reunion bila Mark dengan Jennifer pernah berlakon dalam movie 13 Going on 30 (2004). Dekat hujung movie ada sticker Hulk dengan Deadpool dekat tong sampah. 

Selain dari tribute ni juga, kebanyakan pelakon merupakan pelakon utama dan sampingan untuk siri Marvel bila Ryan Reynolds adalah pelakon utama Deadpool, Mark sebagai Hulk, Zoe Saldana sebagai Gamora dan Jennifer pernah muncul dalam movie Daredevil. Well, I don’t know about anyone else but for me all these details got me smiling ear-to-ear.


Walaupun syok layan tapi ada beberapa kelompongan pada jalan cerita macam babak pistol ditarik ke arah magnet padahal pistol tu sepatutnya ditarik lebih awal lagi. Sama juga dengan babak Adam pergi ke tahun 2018 depan mata Maya sedangkan tujuan Laura stay sebab nak alih tumpuan. Kalau ikutkan bukan patutnya Adam dewasa pergi ke tahun 2017 sebelum mesin tu dicipta supaya lebih ada banyak masa untuk hancurkan mesin perjalanan masa? Kenapa pergi waktu mesin tu dah siap dibina dan tunggu beberapa tempoh masa yang singkat untuk lancarkan je? Kenapa Adam muncul di tahun 2022 tapi tak ada langsung mention pasal Covid-19? Hshshs


Despite all of that, this movie is cool and totally recommended to watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

Director : Pandiraj
Writer : Pandiraj
Cast : Suriya, Priyanka Arul Mohan, Vinay Rai
Production Company : Sun Pictures
Distributor : Red Giant Movies, Netflix
Genre : Action / Thriller
Running Time : 150 minutes
Release Date : 10 March 2022
Trailer :


Diinspirasikan dari kes jenayah gangguan seksual di Pollachi tahun 2019, Etharkkum Thunindhavan (Daredevil) mengangkat watak peguam jenayah Kannabiran (Suriya) yang cuba membantu ramai gadis dan keluarga mereka di kawasan perkampungan tersebut.
 
Tradisi sejak zaman dahulu, mereka percaya bahawa dewa Shiva dan dewi Shakti berasal dari kedua-dua kampung tersebut lantas berkahwin dan penyatuan mereka diraikan dengan meriah. Sama juga dengan mana-mana pasangan dari kampung Thennadu ataupun Vadanaadu yang berkahwin akan diraikan dengan meriah sampai lah tragedi berlaku bila ada perempuan dan lelaki dari kedua-dua kampung bunuh diri. Sejak dari itu, kedua-dua kampung saling bermusuhan. 


Kannabiran yang berasal dari kampung Thennadu pula jatuh cinta dengan Aadhini (Priyanka Arul Mohan) yang membesar di kampung Vadanaadu. Sementara Kannabiran cari jalan untuk berkahwin dengan idea licik dia, kawan Aadhini, Yazhnila pula dibawa ke farm house untuk tidur dengan lelaki asing. Permintaan tu dibuat oleh teman lelaki dia tapi Yazhnila berjaya lari dari tempat tersebut dan minta bantuan Kannabiran supaya tidak dibunuh dengan kejam seperti gadis-gadis yang lain. 


Teman lelaki Yazhnila merupakan orang suruhan kepada Inbasekharan (Vinay Rai) yang kejam dan sentiasa dipengaruhi oleh dadah. Modus operandi dia adalah dengan perdayakan mana-mana gadis sebagai teman lelaki kemudian bawa ke farm house dan rakam aktivti mereka. Mana-mana yang enggan dengan arahan tersebut akan dibunuh dengan kejam. 

Movie Etharkkum Thunindhavan adalah movie Tamil kedua yang I layan menggunakan pelakon yang sama sebagai antagonis dan jarak untuk kedua-dua movie tu pun tak jauh sangat. Sayang betul muka segak tapi jadi watak jahat je. Kalau Bollywood ada Sonu Sood, Tamil pula ada Vinay Rai. 


Berbalik kepada plot naskhah action thriller yang bertemakan gangguan seksual di mana gadis di kampung tersebut diganggu atau dibunuh kerana perbuatan jahat lelaki, movie Etharkkum Thunindhavan membawa mesej masyarakat yang berat. Boleh kata movie ET ni sama dengan movie Jai Ho (2014) yang mengajar tentang kebaikan kepada 3 orang tapi paparkan masala entertainment dengan beberapa loopholes di mana plot mengikut imaginasi penulis. It works only for that character and for that movie only macam babak mak Kannibaran dapat panggilan telefon bagitahu anak dia tengah bunuh orang sedangkan pemanggil tu tak ada di tempat kejadian. 

"Why do you need to be ashamed when none of it is your mistake?" – Kannibaran


Pengarah Pandiraj masukkan elemen komedi dalam movie Etharkkum Thunindhavan tapi tak semua babak tu menjadi. Yang kelakar pun dekat majlis kahwin Kannibaran dengan Aadhini. Sama juga dengan thriller bila terganggu dengan cara pemikiran Kannibaran dan flow movie. 

Lakonan Suriya sebagai Kannibaran meyakinkan dari awal hingga ke hujung movie bila watak dia mengalami perubahan karakter. Dari seorang yang penyayang berubah kepada kejam dengan bunuh semua anak suruhan Inba. Tapi kalau penulis kembangkan lebih lagi dengan ilmu perundangan supaya nampak dia peguam yang berkaliber dan bukanlah hanya untuk nampak sebagai watak yang gah dalam persalinan jubah hitam. Priyanka Arul Mohan pula selesa dengan flower pot role. 


Bab sinematografi dalam movie ni dipaparkan dengan cantik dan menarik oleh R. Rathnavelu bila kawasan perkampungan ada tanaman padi dan sungai juga senibina tradisional yang memaparkan budaya dan seni masyarakat di sana. Babak aksi yang menggunakan choreography stunts juga unik dan menarik. Kalau genre masala tak boleh komen banyak sangat lah dekat terbang melayang dan debu beterbangan tu. Bab music album tak boleh nak komen apa sebab layan movie ni dalam Bahasa Hindi. Bila lagu dia akan berubah kepada Tamil dan I akan skip. Sorry not sorry. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 5.8/10

Movie Review | Radhe Shyam (2022)


Director : Radha Krishna Kumar
Writer : Radha Krishna Kumar
Cast : Prabhas, Pooja Hegde, Krishnam Raju, Sathyaraj, Jagapathi Babu, Sachin Khedekar, Priyadarshi, Murali Sharma, Kunaal Roy Kapur, Riddhi Kumar, Sathyan, Jayaram, Beena Banerjee
Production Company : UV Creations, T-Series Films
Distributor : AA Films (Hindi), Red Giant Movies (Tamil), RD Illuminations (Malayalam)
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 138 minutes
Release Date : 11 March 2022
Trailer :


Berlatarkan era 70-an, filem Radhe Shyam mengisahkan tentang Vikramaditya (Prabha) yang terkenal dengan tilikannya. Dia mempunyai kebolehan membaca takdir seseorang melalui garis tapak tangan dan ramalannya tidak pernah salah. Walaupun hidup dengan kekayaan dan kemasyhuran, Aditya tidak mempunyai garis cinta pada tapak tangan sekaligus membuatkan dia seorang yang tidak percaya pada cinta dan cuma mengamalkan flirtationship. Lebih sama macam bercinta tapi tiada komitmen. 

Pertemuan Aditya dengan Prerana (Pooja Hedge) mengubah perspektif hidup gadis tersebut tapi dia tetap tak boleh ubah kenyataan yang dia bakal mati kerana tumor otak. Aditya bagitahu Prerana akan hidup lama dengan dua orang anak comel. 


Pak cik Prerana (Sachin Khedekar) sakit hati dengan kata-kata Aditya kerana seolah mempermainkan hati anak perempuan yang dijaga sejak kecil. Kematian bukan perkara main-main dan sains adalah fakta. Aditya juga bertegas bahawa ramalan dia tepat dan fakta yang belum disanggah oleh mana-mana pihak. 

Jalan cerita Radhe Shyam ada tema yang unik bila ramalan bertemu dengan fakta sains, yang mana manusia akan berpegang dalam kehidupan mereka. Tapi sebelum nak sampai dekat percanggahan atau pertemuan tu pengarah dan penulis, Radha Krishna Kumar ambil masa yang lama dengan backstory tentang Aditya. Mungkin watak Aditya digunakan sebagai fan service kepada peminat Prabha tapi kebanyakan peminat dia lebih suka genre action bukan romance drama. 


Introduction scene untuk watak Prerana memukau dengan aksi thrill dia dalam keretapi. Pooja Hedge memang cantik ditambah pula dengan visual yang sepenuhnya menggunakan VFX, makin bertambah cantik sesetengah babak. Wardrobe untuk watak Prerana pun mengikut suasana pada era tersebut, sama juga dengan hairstyle dan makeup. 

Tapi ada masanya penggunaan VFX agak keterlaluan sampai mencacatkan visual yang terlihat seperti dalam studio. Tak hairan lah kenapa bajet Radhe Shyam mencecah Rs300 crore tapi sayang lah sebab audience bukan terhibur dengan visual semata. Ada lagi faktor lain yang perlu diambil kira. Mungkin Prabha suka berlakon dalam movie yang heavy dengan VFX sebab Saaho (2019) pun ada masalah yang sama. Fokus pada visual saja dan bukan pada jalan cerita. 


Tertarik nak tengok movie Radhe Shyam ni gara-gara lagu Jaan Hai Meri sebab lirik dia sweet dengan suara Armaan Malik. MV untuk lagu tu pun comel sebab watak Vikram dengan watak Prerana memang ditakdirkan untuk berjumpa. Slogan pula ‘Witness love changes destiny’ so curious lah nak tahu macam mana dua watak ni berjumpa sebab zaman 70-an mana ada smartphone lagi. Lagu Soch Liya pun best. 



Selain kelemahan jalan cerita yang mengangkat cinta mengatasi segalanya, durasi naskhah ni juga agak panjang dengan pace yang perlahan. Scene Aditya bertarung di atas kapal kerana tsunami tu antara scene yang perlu dipendekkan ataupun dibuang terus. Mungkin lebih menarik kalau penulis perbanyakkan lagi episod sains dan ramalan sebab pengarah kata dia dapat inspirasi dari kisah benar bila keretapi hilang secara misteri di Eropah boleh muncul di Mexico. Baik misteri mahupun sains, kedua-duanya tak wujud dalam naskhah ni. 


Nak sembang sains banyak sangat pun penulis tak mampu gamaknya sebab ada scene Aditya kena langar dengan bas, hilang banyak darah pun boleh berjalan sendiri pergi hospital. Agak kelakar dekat scene ni sebab team production dah bazirkan duit yang banyak dekat VFX tapi tak mampu dapatkan warna darah yang tepat dan pekat untuk watak Aditya. Overall, Radhe Shyam quite nonsense. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4/10

Movie Review | Senior Year (2022)

Sunday 22 May 2022

Director : Alex Hardcastle

Writer : Andrew Knauer, Arthur Pielli, Brandon Scott Jones

Cast : Rebel Wilson, Sam Richardson, Zoë Chao, Mary Holland, Justin Hartley, Chris Parnell, Angourie Rice, Avantika Vandanapu, Michael Cimino, Jeremy Ray Taylor, Brandon Scott Jones, Alicia Silverstone

Production Company : Paramount Pictures, Paramount Players, Broken Road Productions, Belle Hope Productions

Distributor : Netflix

Genre : Comedy

Running Time : 111 minutes

Release Date : 13 May 2022

Trailer :


Stephanie Conway (Angourie Rice) mempunyai kehidupan remaja yang sempurna. Popular di sekolah, ketua pasukan sorak Harding High dan mempunyai teman lelaki yang kacak. Malangnya dia koma selepas jatuh semasa persembahan dan bangun 20 tahun kemudiannya. Tak mungkin lah Stephanie nak teruskan kehidupan seperti biasa sedangkan kehidupan dia terhenti pada umur 17 tahun. 

Stephanie guna kuasa veto Martha (Mary Holland) sebagai pengetua sekolah untuk benarkan dia masuk ke Harding High semula. Dia perlu dapatkan balik populariti, jadi kapten pasukan sorak dan tiara Prom Queen. Sangkanya mudah untuk kehidupan sempurna dari perspektif dia tapi banyak benda yang dah berubah dalam zaman Gen Z. Pelajar paling popular dipegang oleh Bri (Jade Bender) dan cheerleding team cuma pasukan sorak tanpa stunts atau tarian mengghairahkan. 

Walaupun naskhah komedi arahan Alex Hardcastle mempunyai banyak momen tribute pada zaman 90-an tapi kecederaan Stephanie agak besar untuk tutup mata begitu saja. Tambah pula bila video dari tahun 1990 muncul dan viral di socmed. Jadi persoalan utama kenapa ayah Stephanie (Chris Parnell) tak failkan saman untuk percubaan membunuh. 20 tahun jangka masa yang lama untuk pesakit koma dan bil hospital mesti melambung tinggi. Masa Tiffany Balbo (Zoe Chao) bagitahu admission fee untuk prom dah naik harga pun Jim dah murung. 

Lagi merepek bila Stephanie sendiri tak mengamuk bila dia koma gara-gara konspirasi Tiffany untuk dapatkan title Prom Queen? Takkan lah dia terlampau obses dengan prom sampai macam tu sekali? Watak Tiffany dengan Blaine (Justin Hartley) pun lebih kurang je tak matang walaupun dah ada anak besar. 

Plot Senior Year sepenuhnya ikut formula movie komedi zaman 90an dan predictable sangat dari awal sampai habis. Tapi yang buatkan movie ni seronok ditonton secara santai bila Rebel Wilson perlu lakonkan watak 17 tahun yang cranky. Angourie pun lakonkan watak Stephanie dengan cemerlang bila dia kena hidupkan watak Stephanie ikut karakter Rebel Wilson. Vintage wardrobe dengan hairstyle pelbagai gaya pun membantu dia nampak sebagai pelajar sekolah yang cool dan menyerlah antara semua. 

Happy betul bila Alex Hardcastle masukkan playlist 90-an terutamanya lagu Crazy – Britney Spears dengan lagu Kelly Clarkson. Sambil layan movie sambil karok depan Netflix. Makeup Rebel Wilson masa menari lagu Crazy tu mirip betul dengan Britney Spears. Cuma macam merepek lah cheerleading team dia tak pandai menari langsung walhal Gen Z ada TikTok dan Instagram Reels yang penuh dengan dance challenge setiap minggu. 


Personally for me movie Senior Year ni mungkin lebih menarik kalau Stephanie jumpa boyfriend muda dekat sekolah tu selain dari jatuh cinta dengan Seth (Sam Richardson). Baik Seth ataupun Blaine kedua-duanya hambar untuk jadi watak kekasih Stephanie yang popular dan hyper. Senang sangat Stephanie suka dengan Seth padahal bukannya diorang rapat sangat pun masa sekolah dulu. Nak kata dia terharu sebab Seth selalu ada pun, dia tak kisah pun siapa yang datang jenguk dia dekat hospital. 

Watak Janet Singh (Avantika Vandanapu) dan Yaz (Joshua Colley) tak dikembangkan dengan baik walahal mereka adalah substitute kepada Martha dan Seth di zaman 2022. Nak rasa kesian dengan Martha dan Seth pun agak susah sebab watak diorang tak dikembangkan dan momen Stephanie lepak dengan diorang pun tak banyak sangat. 

Secara santainya boleh tahan lah nak layan comeback movie Rebel Wilson selepas perubahan badan yang drastic tapi kalau sebagai naskhah komedi dan teen flicks, I lagi seronok ulang balik movie Mean Girls. Booooo!

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 6.3/10

Movie Review | RRR – Rise, Roar, Revolt (2022)

Saturday 21 May 2022


Director : S. S. Rajamouli
Writer : V. Vijayendra Prasad
Cast : N. T. Rama Rao Jr., Ram Charan, Ajay Devgn, Alia Bhatt, Shriya Saran, Samuthirakani, Ray Stevenson, Alison Doody, Olivia Morris
Production Company : DVV Entertainment
Distributor : Pen Studios (North India), Lyca Productions (Tamil Nadu), KVN Productions (Karnataka), HR Pictures (Kerala), Netflix
Genre : Action / Drama
Running Time : 182 minutes
Release Date : 25 March 2022
Trailer :


Kisah fiksyen yang berlatarkan zaman penjajahan British di India pada tahun 1920 di mana dua orang ketua puak mempunyai misi dan strategi tersendiri untuk tumpaskan Gabenor Scott Buxton (Ray Stevenson) yang kejam. 

Komaram Bheem (N. T. Rama Rao Jr.,) menyamar sebagai Akhtar untuk menyelamatkan Malli, kanak-kanak yang diculik oleh Gabenor Scott kerana bakatnya yang mahir melukis inai dengan cantik. Kedatangannya memang sudah dijangka oleh pegawai khas Edward (Edward Sonnenblick) jadi Catherine Buxton (Alison Doody) tawarkan pangkat Special Force kepada mana-mana pegawai polis yang berjaya tangkap Bheem hidup-hidup. 


Tawaran ni tak selalu datang dan tak mudah untuk dapat walaupun tonjolkan prestasi cemerlang kerana Gabenor hanya akan naikkan pangkat orang British sahaja. Sebab tu Alluri Sitarama Raju (Ram Charan) sahut cabaran tersebut. Dalam dia mencari Bheem, dia berjumpa dengan Akhtar semasa menyelamatkan seorang budak yang hampir mati dalam kebakaran. Dari situ mereka menjadi kawan karib sampai lah Raju dapat tahu siapa sebenarnya Akhtar. 

Sebagaimana Rajamouli berjaya cipta naratif pemimpin yang bijak dan perkasa untuk Prabha dalam Bahubaali (2015), begitu juga dengan Ram Charan dan NTR Junior. Karakter mereka berdua jauh berbeza bila Raju digambarkan sebagai api bila karakter dia tegas dengan prinsip yang dipegang manakala Bheem lebih bersifat seperti air yang tenang dan jernih. 


Walaupun kisah RRR adalah fiksyen namun watak yang ditonjolkan diambil dari watak pejuang kemerdekaan yang sebenar. Rajamouli menggunakan imaginasi bagaimana jika kedua tokoh besar ini berjumpa di zaman yang sama dan di tempat yang sama dengan misi yang sama. 

Dari penghujung tahun 2018 lagi dah tahu mengenai pembikinan movie RRR ni bila pengarah Rajamouli mencari pelakon wanita dan pelakon sampingan dari Bollywood. Kecoh bila ramai dapat tahu Karan Johar promote Alia Bhatt untuk watak Sita. Walaupun screentime sedikit tapi watak Sita agak penting dan pengarah Rajamouli terkenal dengan franchise Bahubali. Muncul sekejap dalam movie pun boleh tarik perhatian banyak pihak. 


Memandangkan filem RRR adalah filem bergenre aksi drama jadi tak lah fokus sangat dengan penceritaan sebab banyak je babak yang defy logic. Sains tak wujud dalam naskhah ni dan tak perlu pun asalkan impak dia kuat menerusi spektrum visual. Tak hairan lah kalau Rajamouli habiskan bajet sebanyak Rs500 crore untuk RRR sebab banyak babak bergantung sepenuhnya dengan khidmat CGI. Ada masanya CGI nampak lemah tapi kebanyakan masanya nampak cantik terutama babak Bheem dengan Raju berlawan di istana. Sepanjang masa tu kagum dengan kreativiti team production. RRR selayaknya ditayangkan di panggung wayang ataupun ditonton menggunakan kualiti 4K HD. 


Menariknya untuk RRR, Ram Charan dengan NTR Junior dub suara dalam Hindi untuk ditayangkan kepada penonton belah India Utara. Sebab tu bila tengok RRR Hindi di Netflix, feels tu sampai sebab audio sama dengan pergerakan mulut. Kedua-dua pelakon pandai guna tona suara yang sesuai dengan emosi dalam babak tertentu. 


Salah satu kekuatan RR juga pada karya M. M. Keeravani yang berjaya hasilkan lagu menarik dengan koreografi tarian menerusi lagu Naacho Naacho. Masa lagu Nacho Nacho keluar memang ramai selebriti yang buat dance challenge dekat social media sampai trending. Tapi satu lagu je lah yang digunakan untuk marketing sebab lagu yang lain lebih terarah pada penceritaan bila liriknya menjelaskan lagi situasi dalam babak tersebut macam lagu Dosti ataupun Raamam Raaghavam. 



RRR muncul sebagai naskhah yang mengangkat sejarah, hiburan dan juga action stunt yang diceritakan dengan baik dan mempunyai unsur juga elemen saspen, thrill dan drama yang sesuai dan cukup rencahnya. RRR agak panjang durasinya tapi tempoh masa tersebut perlu untuk perkembangan watak dan latar belakang kedua-dua watak utama. Tak hairan lah RRR berjaya kutip pulangan tinggi sepanjang tahun 2022 untuk filem komersial. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.5/10

Movie Review | The Kashmir Files (2022)


Drector : Vivek Agnihotri
Wriiter : Vivek Agnihotri, Saurabh M. Pandey
Cast : Mithun Chakraborty, Anupam Kher, Darshan Kumar, Pallavi Joshi, Chinmay Mandlekar, Prakash Belawadi, Puneet Issar
Production Company : Zee Studios, Abhishek Agarwal Arts
Distributor : Zee Studios
Genre : Drama
Running Time : 170 minutes
Release Date : 11 March 2022
Trailer :


‘No. Not exodus.... Genocide.’ 

Propaganda atau kebenaran yang disembunyikan, naskhah The Kashmir Files memaparkan kekejaman pengganas berlatarkan tragedi perpindahan kaum Hindu beramai-ramai dari Kashmir pada tahun 1990. Slogan Raliv Galiv ya Chaliv ("Masuk agama Islam, keluar atau mati") dilaungkan berulang kali dan ditulis di merata tembok serta rumah penduduk Kashmir pada ketika itu. Malah di sekolah juga slogan tersebut disebut berkali-kali oleh para pendidik. 


Kashmir tak asing lagi dengan perang perebutan tanah antara negara India juga Pakistan sejak Partition 1947. Walaupun Kashmir kepunyaan India namun militant pengganas yang diketuai oleh Araqi masuk dan merampas kebanyakan kawasan di sana. Sesiapa yang dianggap kafir akan dibakar, dirogol ataupun dibunuh tanpa belas. Muslim yang dianggap kafir juga menerima nasib yang sama. 


Selepas kejayaan filem The Tashkent Files (2019) yang memaparkan kisah misteri pembunuhan Perdana Menteri Lal Bahadur Shastri, pengarah dan penulis Vivek Agnihotri angkat pula isu yang lebih gerun dan sensitif untuk dibincangkan. Ramai yang melabelkan The Kashmir Files sebagai alat propaganda oleh Perdana Menteri Narendra Modi sehinggakan banyak negara memilih untuk sekat tayangan. 

Lakonan Darshan Kumar sebagai Krishna, cucu kepada Pushkar Pandit (Anupam Kher) antara mangsa kepada keganasan militan tersebut. Bukan sahaja dihalau keluar, hidup di kem pelarian malah membesar dengan tipu daya ahli politik seperti Prof Radhika Menon (Pallavi Joshi). Pada first half movie watak Krishna lebih banyak berdiam tapi berubah secara drastik untuk babak ucapan di penghujung movie. Boleh kata watak Krishna represent watak audience yang banyak mendengar,  melihat dan mempersoalkan. 


‘Look, every system has a hierarchy. Just like college have Vice-Chancellor, Dean, Professors, Assistant Professors, clerical staff. Similarly, there is hierarchy in oppression as well. Everyone in this world has faced some kind of oppression. Some have a voice and have followers. The ones who don’t have a voice have support. Those who don’t have support, have money. Some have the Government supporting them. But there are some who don’t have any of these things. They are just a number. Hear their voice, be their voice.’ – Prof Radhika Menon


Kebanyakan pelakon sampingan dalam movie The Kashmir Files adalah pelakon yang sama dalam movie The Tashkent Files jadi masing-masing tak susah pun untuk hidupkan semua watak. Perbincangan dan perdebatan mengenai isu sensitif pun nampak meyakinkan dengan tona suara yang berubah mengikut kehendak situasi. 

Geram bila tengok watak Radhika sebab dia sentiasa brainwash pelajar dengan ucapan dia. Fakta yang dipaparkan adalah fakta dari perspektif dia. Tak perlu senjata pun untuk ubah pendirian individu tapi cukup dengan pujukan dan sogokan cerita dari Radhika sampai berjaya tarik sejumlah pengikut yang besar. 


Menariknya The Kashmir Files ni bila pengarah paparkan dua golongan dari dua latar masa yang berbeza. Penceritaan juga bersilih ganti antara tahun 1990 dengan tahun 2020. Golongan Hindu Kashmir walaupun hidup tapi lebih banyak berdiam diri sebab trauma dengan insiden tersebut tapi golongan millennial yang hidup pada zaman 2020 lebih kuat bersuara tentang kebebasan sedangkan golongan ni dah hidup selesa sampai sewenangnya minta perkara yang lepas biar dilpaskan saja. Bak kata Brahma Dutt (Mithun Chakraborty), bukan dia tak nak buka cerita tapi dunia yang belum bersedia untuk mendengar. 


The Kashmir Files diklasifikasikan sebagai tontonan dewasa kerana kekejaman yang dipaparkan dan juga dialog yang membicarakan isu sensitif. Banyak babak yang menggunakan CGI dan memandangkan production house kecil terikat dengan dana maka visual pun kurang meyakinkan. Tak boleh bayangkan macam mana penduduk Kashmir yang tengok sendiri pembunuhan kejam di depan mata sedangkan visual yang guna CGI ni pun dah cukup ngeri. 

Naskhah The Kashmir Files tak sesuai untuk semua kerana insiden yang dibawa namun penceritaan, lakonan dan impak yang ditinggalkan tampak cemerlang. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10