Showing posts with label movie Indonesia. Show all posts
Showing posts with label movie Indonesia. Show all posts

Movie Review | Habibie & Ainun (2012)

Friday 11 December 2020

 

Pengarah :  Faozan Rizal

Penulis Skrip :  Ginatri S. Noer, Ifan Adriansyah Ismail

Pelakon :  Reza Rahardian, Bunga Citra Lestari, Tio Pakusadewo, Ratna Riantiarno, Mike Lucock, Vita Mariana

Syarikat Produksi :  MD Pictures

Pengedar :  MD Pictures / Netflix

Genre : Biografi / Romantik / Drama 

Durasi Tayangan :  118 minit

Tarikh Tayangan : 20 Disember 2012

Trailer :

Tahun lepas lagu Cinta Sejati naik balik sebab lagu dendangan Bunga Citra Lestari yang selalu dinyanyikan dan ditujukan kepada mendiang suami dia, Asyraf Sinclair. Tapi lagu berjiwa cinta ciptaan Melly Goeslaw tu sebenarnya soundtrack kepada movie Habibie & Ainun yang diterbitkan oleh MD Pictures pada tahun 2012 arahan Faozan Rizal dalam menyingkap kisah cinta sejati Pak Bacharuddin Jusuf Habibie dan Bu Hasri Ainun Habibie. 

'Saat aku tak lagi di sisimu, ku tunggu kau di keabadian. Cinta kita melukiskan sejarah, mengggelarkan cerita penuh sukacita. Sehinggakan siapa pun insan Tuhan pasti tahu cinta kita sejati.' - Cinta Sejati

Tak kisah lah tengok pada tahun 2012 ataupun 2020, perasaan dan impaknya masih sama. Mungkin kerana diambil dari kisah cinta sebenar dan mungkin juga kerana kekuatan lakonan Reza Rahardian dan Bunga Citra Lestari. Baik dari gaya percakapan, perbuatan atau reaksi lain, Reza lakukan semuanya mirip seperti Pak Habibie. Bukan setakat cinta mereka berdua sahaja yang dipaparkan tetapi rasa cinta kepada negara dan semangat juang untuk bangunkan negara di mata dunia. 

Rudy Habibie (Reza Rahardian) berjumpa pertama kali dengan Ainun (Bunga Citra Lestari) di sekolah menengah bila cikgu mereka bagitahu yang mereka secocok bersama kerana kepintaran yang tinggi. Tapi Rudy bagitahu Ainun hodoh dan gemuk. Selepas habis belajar kos engineering di Jerman dan sembuh dari Tuberculosis, Rudy pulang ke Indonesia dan berjumpa kembali dengan Ainun yang baru sahaja habis belajar dalam bidang perubatan lalu jatuh cinta. Mereka berdua berkahwin dan bina keluarga di Jerman. 

Selepas Rudy berjaya mencipta koc keretapi dengan material besi yang bagus, dia cuba untuk tunaikan impian dan janji dia kepada Ainun untuk mencipta pesawat di Indonesia. Tapi di bawah pemerintahan Soekarno, impian dia dihalang. 10 tahun kemudian, di bawah pemerintahan Soeharto baru dia dipanggil pulang untuk berkhidmat di Kementerian dan bermula perjalanan karier politiknya di saat negara Indonesia sedang bergolak hebat.  

Penceritaan yang mengambil susur masa dari zaman sekolah sehingga ke zaman tua agak lama dan mungkin masa ni team production tak sangka yang movie ni akan dikembangkan menjadi franchise so ada beberapa scene yang tak sempat dikembangkan dengan lebih mendalam lagi seperti scene Rudy menangis di hadapan pesawat dan Ainun sedangkan impian mereka dah tercapai. Kenapa Rudy perlukan Ainun semasa conference. 

Chemistry Reza dengan Bunga yang patut diberi pujian dan perhatian sebab mereka berdua nampak meyakinkan sebagai pasangan kekasih, suami isteri ataupun sebagai teman walaupun perjalanan kisah mereka cliché seperti yang lainnya. Cemburu sangat bila tengok relationship diorang sebab susah dah nak jumpa pasangan yang setia susah dan senang macam ni. Menangis bila tengok scene Rudy terpaksa lepaskan Ainun dengan soundtrack instrumental Cinta Sejati. Sayunya rasa. 

'Aku tidak bisa janji untuk jadi isteri yang baik, tapi aku janji akan selalu mendampingi kamu. Memenuhi janjimu.' - Bu Hasri Ainun Habibie

Sinematografi dari Ipung Rachmat Syaiful juga menghidupkan mood romantis dan babak emosi di antara pasangan sejoli dengan keindahan kota Jerman dan Bandung, Indonesia. Wardrobe dan props yang tepat menggambarkan suasana era 70-an baik di Jerman mahupun di Indonesia. Suka tengok pakaian Bu Ainun sebab kebanyakannya diperbuat dari corak batik Indonesia. Budaya perkahwinan Jawa pun dipertontonkan dengan shot yang cantik. Cuma scene Rudy berjalan dalam salji dengan sepatu rosak dan scene travel ke Jerman pertama kali nampak kurang kemas suntingan VFX. 

Walaupun movie Habibie & Ainun adalah movie debut kepada pengarah Faozan Rizal tapi dia berjaya membawa penulisan Ginatri S. Noer dan Ifan Adriansyah Ismail dengan baik. Bukan setakat di Indonesia tapi kejayaan kisah biografi romantis ni dijulung di Malaysia. One word, inspirational!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

Movie Review | Bucin (2020)

Monday 7 December 2020

Pengarah :  Chandra Liow

Penulis Skrip : Jovial Da Lopez 

Pelakon : Andovi Da Lopez, Jovial Da Lopez, Tommy Limm, Chandra Liow, Susan Sameh, Widika Sidmore, Kezia Aletheia, Karina Salim

Syarikat Produksi : Rapi Films

Pengedar : Netflix

Genre :  Komedi

Durasi Tayangan :  97 minit

Tarikh Tayangan : 18 September, 2020 

Trailer :

Bucin atau Hamba Cinta mengisahkan 4 sekawan - Andovi Da Lopez, Jovial Da Lopez, Tommy Limm dan Chandra Liow yang join kelas Anti-Bucin supaya tidak lagi dikawal oleh teman wanita. Semuanya ada masalah dengan teman wanita kecuali Chandra yang bujang tapi join jugak sebab takde life. Kelas tu dikawal selia oleh doktor psikologi cantik, Vania (Susan Sameh). 

Tahap bucin paling teruk ialah Andovi yang menurut sahaja kehendak Kirana (Widika Sidmore) sampai dia tak boleh fokus dengan diri sendiri atau buat apa yang dia nak. Tommy pula stuck sama ada nak upgrade lifestyle dia ataupun berkahwin sepertimana yang dia janjikan kepada Julia (Karina Salim). Watak Jo paling brengsek sekali antara semua bila dia tak lagi suka dengan Cilla (Kezia Aletheia) tapi tetap stay sebab taknak nampak jahat dalam hubungan tu. Dia join kelas Anti-Bucin pun sebab nak selamatkan adik dia, Andovi. 

Method yang Vania gunakan agak ekstrem tapi mereka berempat telahpun bersetuju dalam perjanjian sebelum join kelas Anti-Bucin. Makin lama Jo jatuh cinta dengan Vania dan kerap luangkan masa bersama lepas habis kelas. Berjaya atau tak mereka berempat utamakan diri sendiri atau selamanya jadi Bucin, boleh tengok di Netflix movie debut pengarah Chandra Liow ni. 

First half especially scene dalam kelas Anti-Bucin memang kelakar jugak lah walaupun ada babak yang merepek dalam Escape Room tu. Memandangkan diorang semua Youtubers so mimik muka memang menjadi sangat lah untuk filem komedi. Dialog ada yang kelakar ada yang berulang so nampak try hard sangat nak buat lawak. 

Momentum mula mendatar dan merudum bila masuk second half sebab jalan cerita dah mula longgar ditambah pula dengan lakonan yang kurang berkesan untuk babak yang sarat dengan emosi dan tak mampu meninggalkan impak dari keempat-empat pelakon utama terutamanya Jovial Da Lopez. Baik skrip ataupun lakonan, dua-dua dia tak mampu nak deliver. 

Rupanya Andovi Da Lopez, Jovial Da Lopez, Tommy Limm dan Chandra Liow adalah Youtubers terkenal di Indonesia kemudiannya join dunia lakonan. Andovi did great for his role. Watak Jovial dari awal brengsek sampai plot twist muncul pun tetap brengsek. Bukan Jo yang patut pergi kelas Anti-Bucin tapi Cilla sebab senang betul maafkan Jo padahal dia buat kesilapan besar. Mudah betul Jo kata itulah namanya cinta, saling memaafkan. Kalau lupa beli ikan boleh la nak maafkan, ni dia pergi makan luar 2 tahun pulak tu. Dah kantoi pandai pulak sembang I Love You. 

Visual dari Muhammad Firdaus bagus dengan transisi cantik dan lighting on point berbeza mengikut keperluan scene. Music score dari Andhika Triyadi pun not bad, sesuai dengan mood cerita yang santai dan ringan. Ada lagu berjudul Bucin nyanyian dari 4 pelakon utama ni. Hadiah mungkin buat peminat diorang.

 

Mungkin content Youtube sesuai la kot untuk skrip Jovial tapi untuk menjayakan sesebuah movie nampak banyak lagi yang perlu dibaiki. Nasib baik movie Bucin tak ditayangkan di panggung gara-gara covid-19. kalau tak sakit team production nak cover kerugian. Mesej yang disampaikan tu jelas tapi disebabkan ending nampak seperti lelaki yang masih tersekat dalam idea chauvinist, egois dan inginkan wanita yang bucin untuk melengkapkan kehidupan mereka serba-serbi. Definisi cinta Chandra dan Jovial agak berbeza so I don’t think this movie suits me well. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10

Movie Review | Perempuan Tanah Jahanam (2019)

Sunday 6 December 2020

Pengarah : Joko Anwar

Penulis Skrip : Joko Anwar

Pelakon : Tara Basro, Marissa Anita, Christine Hakim, Asmara Abigail, Ario Bayu

Syarikat Produksi :  Rapi Films, Base Entertainment, CJ Entertainment, Ivanhoe Pictures

Pengedar : Shudder

Genre :  Seram

Durasi Tayangan :  107 minit

Tarikh Tayangan : 17 Oktober 2019 

Trailer :

Movie bermula dengan perbualan Maya (Tara Basro) dan kawan baiknya, Dini (Marissa Anita) yang bekerja di pondok toll pada shif malam. Maya bercerita tentang lelaki creepy pada malam semalam memandang dia dengan aneh. Dini nasihatkan supaya pandang tangan sahaja tapi Maya geli dengan tangan lelaki tu sebab kotor. Seusai habis bercerita, lelaki tersebut muncul tapi kali ni lebih agresif. 

Dini membantu dengan memanggil pegawai bertugas supaya selamatkan Maya. Lelaki tersebut bertanyakan Maya tentang Rahayu. Kemudiannya dia pergi ke kereta dan keluarkan parang. Nasib Maya baik bila polis sempat datang dan selamatkan dia. Tapi siapa Rahayu? Apa kaitan Maya dengan Rahayu. 

Maya dapat tahu dari makcik dia yang dia adalah Rahayu semasa kecil tapi selepas ibu bapanya meninggal dunia, makcik dia bawa datang ke kota dan tukar nama kepada Maya. Cuma ada satu-satunya gambar berlatarbelakangkan rumah pusaka mereka yang besar di Harjosari, Mandiraja. Selepas tragedi diserang lelaki berparang tersebut, Maya dan Dini buka butik tapi ada masalah kewangan. Maya suggest untuk jual rumah pusaka dia. 

Mereka berdua pergi ke rumah tersebut tapi penduduk kampung agak aneh dan sepi. Semua memandang dengan pandangan tajam. Baru dua hari mereka di situ, sudah ada dua kematian. Maya dengan Dini minta izin untuk berjumpa dengan Ki Saptadi (Ario Bayu) untuk bertanyakan perihal rumah pusaka tersebut. Tapi Dini yang mula ambil kesempatan mengaku diri dia sebagai Rahayu akhirnya dibunuh dengan kejam. Darahnya dikumpul, kulitnya pula disiat dan dikeringkan kemudiannya dijadikan patung wayang kulit. 

Maya yang keluar mencari makanan berjumpa dengan Ratih (Asmara Abigail) kemudiannya bercerita tentang kampung dan bagaimana sumpahan bermula. Maya dapat tahu yang lelaki creepy di toll booth rupanya suami Ratih. Apa nasib Maya dan kenapa penduduk kampung mahu Rahayu mati kena tengok sendiri movie Indonesia yang dipilih untuk dihantar ke Oscar tahun ni. 

Walaupun penceritaan Perempuan Tanah Jahanam menggunakan template yang sama dengan movie seram yang lain tapi idea fresh dengan suntingan yang menarik. Menggambarkan juga bagaimana manusia sewenangnya menurut kata ketua tanpa berfikir dengan waras sampai sanggup membunuh tanpa belas. Movie Joko Anwar ni tak lah seseram Pengabdi Setan tapi lebih kepada thrill atau saspen bila Maya cuba lari dari roh yang mengganggu ataupun penduduk kampung. Hantu yang muncul pun tak seram. Mungkin sebab kelemahan CGI.

Penduduk di Harjosari ni suka dengan wayang kulit dan hiburan tradisional ni makin lama makin ditelan zaman so it’s a nice thing to watch dalam movie zaman sekarang supaya warisan tak dilupakan. Kostum zaman tu pun cantik dengan beberapa props yang digunakan. Tak didedahkan tahun bila mungkin around 80’s atau 90’s. Music score pun menarik sebab guna runut bunyi lagu-lagu lama. 

Perempuan Tanah Jahanam ni bagus dari sutradaranya, lakonan, visual, tone, dialog, music score tapi ada beberapa loopholes bila Joko Anwar letak scene lelaki tanpa kulit di dalam hutan tanpa sebarang cerita atau dikembangkan lebih lagi. Penduduk di situ pun tak rasa nak keluar ke lepas sumpahan tu berlaku? Kenapa nak try ada anak lagi kalau semua pun kesudahannya mati? Tak tahu kenapa letak scene Maya berjumpa dengan pensyarah tua sebab habis dekat situ je. Dari mana suami Ratih tahu pasal Maya sebenarnya Rahayu pun masih menjadi persoalan besar.Ada juga beberapa scene serlahkan kebodohan Maya, entah untuk apa. 

Ending agak mengecewakan tapi justified lah kot sebab malu dengan keluarga sendiri. Tapi scene setahun selepasnya tu boleh dijadikan signal kepada penduduk kampung supaya tutup dan keluar dari tanah jahanam tu. Tak berkembang sampai sudah gamaknya nanti. Thanks to Ical Tanjung for his great cinematography. Tahniah Joko Anwar dan team dapat hantar karya mereka ke Oscar. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.8/10

Movie Review | Mahasiswi Baru (2019)

Pengarah :  Monty Tiwa

Penulis Skrip :  Jujur Prananto, Monty Tiwa

Pelakon :   Widyawati, Morgan Oey, Mikha Tambayong, Umay Shahab, Sonia Alyssa, Slamet Rahardjo, Karina Suwandi, Iszur Muchtar, Ence Bagus.

Syarikat Produksi :  MNC Pictures

Pengedar :  Netflix

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan :  96 minit

Tarikh Tayangan : 8 Ogoos 2019 (Indonesia)

Trailer :

Diinspirasikan dari kisah benar dengan harapan dapat menyuntik harapan dan semangat kepada golongan warga emas untuk sambung pengajian di peringkat lebih tinggi, penulis dan pengarah Monty Tiwa persembahkan naskhah Mahasiswi Baru dalam template komedi drama. 

Lastri (Widyawati), berusia 70 tahun baru sahaja merasai kehilangan behasrat untuk mendaftarkan diri di Cyber University Indonesia. Keputusan dia dianggap merepek oleh anak perempuannya, Anna (Karina Suwandhi) tapi dia tetap berdegil. Dalam major yang sama dia berkawan baik dengan si cantik Sarah (Mikha Tambayong), Reva (Sonia Alyssa) yang selalu tidur di kampus, Erfan (Umay Shahab) yang suka berdemonstrasi dan bekas boy band juga instafamous Danny (Morgan Oey). 

Kehadiran Lastri juga tak disenangi oleh dekan En. Chaerul (Slamet Rahardjo) sebab beberapa aduan dari pensyarah dibuat lantas dianggap akan merosakkan imej dan nama universiti. Lagi bertambah parah bila result final exam Lastri paling teruk so diorang come up dengan idea untuk tackle dekan dan bagi peluang kedua supaya Lastri boleh sambung belajar. 

Plan berjalan dengan bagus tapi kantoi pula sebab Danny yang suka update semua benda kepada followers dia. En. Chaerul mengamuk sampai keluarkan arahan supaya Lastri berhenti datang ke kampus. Apa yang Lastri buat kemudiannya, kena tengok la movie Mahasiswi Baru dekat Netflix. 

Penceritaan yang berlatarbelakangkan dunia kampus memang aka nada banyak ragamnya tambah pula kalau dua generasi berbeza bertembung. Banyak scene kelakar gara-gara zaman Lastri yang berbeza dengan sistem pembelajaran sekarang. Dekat awal movie kita nampak Lastri bersedih dengan kematian seseorang tapi pengarah simpan rahsia tu sampai lah masuk second half. 

Sayangnya plot twist tu kurang menimbulkan impak sebab kita tak didedahkan apa amanatnya, apa perjanjian antara mereka sampai Lastri sanggup masuk ke universiti. Lagi cantik atau feel connected untuk genre drama kalau ada flashback dengan si mendiang. Rahsia dari watak Reva pun predictable dari awal lagi dan tak dikembangkan lagi supaya bertambah emosi dengan penerimaan rakan kampus atau pihak atasan. 

First half kita tengok Lastri tak mengerti apa-apa langsung tentang misi dan visi negara ataupun tentang major dia. Kalau ikutkan komedi boleh lah tapi kalau realistiknya, macam menyusahkan juga lah sebab smartphone dekat kampus tu penting. Apa sahaja info ataupun discussion dibikin secara online sahaja. Kebingungan Lastri jelas terserlah pada keputusan exam dia tapi second half dia makin busy dengan rencana lain dan tak ada langsung scene dia study hard sampai boleh dapat pointer tinggi. Bahaya jugak la movie ni sebab dia letak scene meniru dan guna kabel untuk stay walaupun pointer teruk. 

Anyway, suka tengok scene Lastri dengan En. Chaerul sebab memaparkan scene romantis antara warga emas sebab jarang kita dipertontonkan scene ni sedangkan cinta tu tak mengenal usia kan? Bertambah cantik bila Jimmy Opa shoot dari angle yang menaikkan mood dan menonjolkan keindahan beberapa tempat. Dengan lagu Cinta Luar Biasa dari Andmesh Kamaleng untuk scene romantik dan Gemu Fa Mi Re nyanyian Nyong Franco untuk mood yang ceria dan kelakar.

 

Movie ni menarik sebab idea fresh tapi ada beberapa loopholes yang mengganggu penceritaan. Emosi kurang walaupun lakonan dari para pelakon bagus. Kalau watak dah ditulis sebegitu, tak banyak yang pelakon boleh buat kan? For one time watch, Mahasiswi Baru menarik ditonton dengan keluarga. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.2/10

Movie Review | Toko Barang Mantan (2020)

Saturday 5 December 2020

Pengarah :  Viva Westi

Penulis Skrip : Titien Wattimena

Pelakon : Reza Rahadian, Marsha Timothy, Iedil Putra, Dea Panendra, Roy Marten, Widi Mulia, Fendy Chow

Genre :  Romantik / Komedi

Durasi Tayangan :  97 minit

Tarikh Tayangan : 20 Februari 2020

Syarikat Produksi :  MNC Pictures

Pengedar :  Netflix 

Trailer :

Selalunya barang-barang dari ex kita akan buang atau bakar kan? Tapi Tristan (Reza Rahadian), owner Toko Barang Mantan akan jual barang bersama sejarah putusnya sesuatu hubungan tu supaya ada sentimental value dia. Kedai tu juga untuk membantu mereka yang putus cinta untuk move on. Tristan dibantu oleh Amel (Dea Panendra), yang bekerja sambil belajar dan Rio (Iedil Putra) membantu sepenuhnya di situ sebab Tristan tak pandai sangat deal dengan customer. 

Satu hari Laras (Marsha Timothy), ex yang paling bermakna dalam hidup Tristan datang untuk menjemput Tristan ke majlis pernikahan dia. Hidup Tristan mula hilang arah gara-gara Laras bila kenangan lama muncul semula. Bertambah yakin yang Tristan ada harapan untuk muncul balik dalam hidup Laras bila pertunangan bersama Nino putus. 

Tristan mula fokus dengan kedai dia dan cuba jual semua barang di media sosial walhal idea dari Amel dulu ditolak mentah kerana prinsip dia yang mahukan organic selling. Tristan mula reka cerita untuk barang jualannya supaya laku keras. Semua ni gara-gara Tristan nak Laras nampak yang dia ada masa depan walaupun tak grad dari kolej. Dia nak Toko Barang Mantan ada masa depan dan boleh pergi jauh. 

Tapi tak semudah itu Laras akan terima Tristan dalam hidup dia sebab bukan kerana masa depan atau kerjaya Tristan tapi sebab sikap Tristan yang tak percaya dengan cinta. Nak ungkapkan sayang pun susah sampai Laras ragu-ragu dengan cinta Tristan dan takut dia cuma akan jadi statistik atau angka dalam hidup Tristan. 

First half karya Viva Westi penuh dengan gelak tawa dek kerana customer diorang yang bermacam ragam. Ada yang nak jual barang ex sebab sakit hati diduakan, ada yang jual sebab dah jumpa cinta baru, ada yang nak jual tapi tak jadi pulak sebab masih sayang. Tapi bila masuk second half dah mula tegang dengan ego dan emosi Tristan terhadap Laras. 

Keserasian Reza Rahadian dan Marsha Timothy antara kekuatan movie romantik komedi ni dengan dialog yang puitis dari Titien Wattimena. Tumpuan lebih kepada Iedil Putra sebenarnya sebab dia pelakon Malaysia yang dapat peluang berlakon di Indonesia. Dialogue delivery dia jelas dan tak kekok pun bertutur dalam bahasa Indo. Convincing enough for me. 

Shooting location untuk movie Toko Barang Mantan pun cantik dan urban. Bukan kedai Tristan je yang menjadi tumpuan dengan dekorasi dan mural kreatif, tapi kedai kopi, dental clinic dan florist pun menghidupkan suasana kota yang sibuk. Yagi Sugandi juga paparkan kehidupan metropolis bandar Jakarta dari lensa dia dengan shot yang menarik. 

Music score dalam movie Toko Barang Mantan sesuai dengan mood rom-com dan tema kisah cinta anak muda. Lagu Dari Kata Turun Ke Hati nyanyian Dea Panendra dengan lirik dari Titien Wattimena sesuai dengan scene Tristan walang dan keliru dengan keputusan Laras. 

Aku terpecah jadi jutaan rasa

Dari kata turun ke hati

Dari lidah pindah ke nadi

Sayangnya penulis tak kembangkan sangat scene Tristan dengan ayah dia walhal kisah mereka berdua yang jadi punca utama kenapa Tristan mula tak percaya dengan cinta dan mempunyai perspektif berbeza dengan Laras. Lagi cantik kalau ada scene ayah Tristan bagitahu kenapa dia stop jadi player selepas berjumpa dengan Bu Mety supaya Tristan lebih faham dengan situasi ayah dia bukan setakat dari pandangan Amel dan Rio yang masih muda. Ending nampak cepat nak habis walaupun sweet tapi tak ada depth. Overall, nice to watch for weekend. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8/10

Movie Review | Guru-Guru Gokil (2020)

Saturday 31 October 2020

Pengarah :  Sammaria Simanjuntak

Penulis Skrip :  Rahabi Mandra, Dian Sastrowardoyo, Tanya Yuson

Pelakon : Gading Marten, Faradina Mufti, Boris Bokir, Dian Sastrowardoyo, Kevin Ardilova, Arswendi Nasution, Ibnu Jamil, Kiki Narendra

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan :  101 minit

Tarikh Tayangan : 17 Ogos 2020

Syarikat Produksi :  Base Entertainment

Pengedar :  Netflix

Trailer :

Taat Pribadi (Gading Marten) tak suka dengan guru sekolah dan dia pun tak ada cita-cita untuk jadi seperti ayah dia, seorang guru yang disayangi oleh anak muridnya. Kerana bagi dia, ayah dia, Pak Purnama (Arswendi Nasution) cuma pentingkan murid di sekolah lebih daripada anak sendiri. Lalu dia ke kota untuk mencari kerja. Apa sahaja kerja dia akan buat. 

10 tahun berlalu dan dia masih lagi tak berjaya kumpul kemewahan yang diimpikan. Sudahnya dia pasrah dan pulang ke rumah ayah dia jugak. Dia cuba cari kerja di kampung pula dan terjumpa iklan untuk bekerja di atas cruise. Person in charge tu dah bagitahu yang Taat perlu keluarkan modal yang agak besar sebab perlukan duit untuk uniform, passport dan juga visa. 

Sementara dia mencari duit, dia dapat bekerja sebagai guru ganti di SMA Asri, sama sekolah dengan ayah dia dan yes of course, sekolah lama dia dulu. Dia mendaftar sebagai guru ganti selama sebulan. Sekolah tu agak daif. Guru Matematik, Cikgu Rahayu (Faradina Mufti) adalah orang yang sama in charge untuk bahagian pengurusan. Pernah juga jadi security guard. Taat diterima masuk sebagai guru Sejarah walhal sijil diploma dia palsu. 

Ayah dia dah pesan jangan buat malu keluarga tapi dia endahkan saja. Hari pertama dekat situ pun dah mula pinjam duit dengan Cikgu Gagah Perkasa (Ibnu Jamil). Pada hari gaji pula Taat cuba untuk mencuri duit pencen ayah dia yang disimpan bersama duit gaji semua guru di perpustakaan. Tapi duit tu dah terlebih dahulu dicuri oleh gangster anak buah Pak Le’ (Kiki Narendra). Taat, Cikgu Rahayu, Cikgu Manul (Boris Bokir) dan Cikgu Nirmala (Sastrowardoyo) cuba ambil kembali hak mereka setelah mereka dapat tahu polis pun bersekongkol dengan kejahatan Pak Le. 

Tak pasti lah kalau sekolah di luar bandar memang tak terjaga langsung infrastruktur sekolah sampaikan transaksi pembayaran gaji pun dibuat melalui tunai. Kalau ada pun kenapa semua duit disimpan di tempat yang senang diketahui? Jumlah tu agak besar sebab ada duit pencen juga. Duit yang dicuri tu pun macam tak logik lah tak digunakan langsung oleh Pak Le’ kalau diikutkan plot masa dalam movie ni dalam dua minggu lebih. Tak ada siapa pun yang cuba siasat macam mana pencuri tu boleh tahu lokasi sebenar duit tu disimpan dan pada hari dan waktu apa Cikgu Rahayu dengan Cikgu Gagah ambil duit dari bank. 

Nasib baik movie ni lebih terarah kepada genre komedi so kelompongan yang ada ni tak lah dititikberatkan sangat. Comic timing Gading Marten sebagai pelakon utama menjadi. First time rasanya tengok Dian Sastrowardoyo berlakon watak komedi sebab sebelum ni lebih kepada watak sendu sebabak dan terjaga penampilannya. First time untuk I lah sebab jarang tengok movie Indonesia. Untuk watak Cikgu Nirmala, Dian guna khidmat MUA untuk makeup effect supaya muka nampak berjerawat teruk gara-gara kehamilan. Berdekah scene dia membebel dalam kereta bila lelaki tu minta dia bagi laluan. 

Momentum movie ni ada masanya menaik kemudiannya menurun bersilih ganti dan ending dia agak draggy dengan unnecessary scene and drama. Boleh dipendekkan dan buang scene di mana watak Pak Le, Taat dengan Ipang (Kevin Ardilova) di bumbung. Patut dikembangkan lagi scene Taat confront ayah dia bila dia tuduh ayah dia tak pernah peduli dengan dia. Dekat situ mungkin script writer boleh tambah drama bila Pak Purnama jelaskan yang kerja guru ni tak mudah. 

Overall movie ni not bad lah sebagai light entertainment dengan tema yang mengangkat jasa guru yang sanggup berkorban untuk anak-anak murid walaupun cuma bekerja sebagai guru ganti. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 5.5/10

Movie Review | Malik & Elsa (2020)

Monday 12 October 2020


Pengarah :  Eddy Prasetya, Edy Mandala

Penulis Skrip : Nana Mulyana, Media Kita

Pelakon : Endy Arfian, Salshabilla Adriani, Joshua Pandelaki, Muhamad Yahya Nur Ibrahim, Hendra Lesmana, Nina Rahma

Genre : Romantik / Drama

Syarikat Produksi : Max Pictures

Pengedar : Disney+ Hotstar

Durasi Tayangan : 88 minit

Tarikh Tayangan : 9 October 2020 (Indonesia)

Trailer :

Diadaptasikan dari novel laku keras karya Boy Chandra dengan tajuk yang sama, mengisahkan tentang kisah percintaan yang bermula dari persahabatan di antara Malik (Endi Arfian) dan Elsa (Salshabilla Adriani). 

Elsa kalah dengan Malik untuk soalan berkenaan sejarah Indonesia, jadi sebagai denda dia perlu belanja Malik makan tengahari selama 7 hari. Dan dalam masa yang sama, Malik cuba buat Elsa jatuh suka dengan dia. Tak lah susah mana pun untuk Elsa suka dengan karakter Malik sebab dia seorang kawan yang baik. Kacak pulak tu. 

Elsa pun tak kisah nak belanja Malik makan selama seminggu sebab dia anak orang kaya, berbeza dengan Malik yang perlu bekerja sambil belajar untuk tampung kos pengajian di kolej. Sebelum ke kolej dia akan ambil upah mengangkut barang di pasar basah. 

Impian Malik adalah untuk berjaya dalam hidup dan buat ibu bapa dia bangga kemudiannya bayar budi kepada yang dah tolong dia. Tapi dalam semua kisah cinta mesti ada cabarannya kan? Ibu Elsa tak suka Elsa berkawan dengan Malik sebab Elsa selalu balik lewat malam. Sudahnya ibu Elsa (Nina Rahma) bagi amaran keras supaya jauhkan diri dari Malik. 

Sama juga dengan Malik bila dapat amaran dari senior Liandra (Muhamad Yahya Nur Ibrahim) untuk berhenti jadi pengaruh buruk kepada Elsa. Tak faham sangat watak senior Liandra ni sebab tiba-tiba je nak sibuk dengan life Elsa dan Malik. Mungkin dia suka Elsa atau mungkin dia anggap Elsa macam adik dia sendiri. Entah lah, tak dikembangkan sangat. 

Jalan cerita movie romantik ni simple sangat, mungkin target audience dia remaja sekolah kot. Drama dia pun tak lah berat sangat pun so lakonan kedua pelakon utama ni ala kadar je lah. Tak heavy mana pun. Chemistry tu ada lah tapi sebagai kawan. Scene Elsa menangis tu nampak sangat try hard. 

Pelik dengan definisi pertemuan kawan baik Malik, Lubis (Hendra Lesmana) dengan Elsa sebab both of them dah berjumpa dua kali dah pun. First time bila Elsa tanya tempat Malik bekerja, second time pula masa Elsa drop Malik ke rumah. Kali ketiga Lubis dengan Elsa berjumpa baru Lubis clarify tu pertemuan mereka padahal Lubis hantar barang je dekat Elsa. Tak sembang banyak pun. Goof? Idk.

Berlatarkan keindahan kota Padang, Indonesia, movie Malik & Elsa dipenuhi dengan keindahan pantai-pantai di Padang. Tapi camera shot nampak pelik masa scene Malik dengan Elsa berjalan dekat Pantai Cinta. Nampak macam edit sangat tapi kalau dari angle tepi, elok je pulak scene tu. Bila camera berhadapan dengan Malik dengan Elsa terus jadi kartun. Sama juga dengan scene diorang atas bot tu. Kemain memancar lagi matahari tu sampai nak tenggelam muka pelakon. 

Music score dan soundtrack movie ni not bad lah untuk menaikkan mood romantic antara watak Malik dan Elsa. Dekat hujung movie ada lagu Cinta Luar Biasa dari Andmesh Kaleng. Watak sampingan banyak membantu dalam movie ni supaya tak jadi hambar di samping kehebatan masing-masing bercakap dalam bahasa Padang untuk nampak real. Pelakon utama tak pandai okay. 

Tak tahu lah ada sequel ke tak nanti sebab movie dia habis macam tu je. Kalau ada sambungan, hopefully skrip dia lebih strong. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.6/10

Movie Review | Cinta Itu Buta (2019)

Sunday 27 September 2020


Pengarah : Rachmania Arunita
Penulis Skrip : Sigrid Andrea Bernardo, Fanya Runkat
Pelakon :   Dodit Mulyanto, Shandy Aulia, Chae In Woo, 
Genre :  Romantik / Komedi
Durasi Tayangan :  86minit
Tarikh Tayangan : 10 Oktober 2019 (Indonesia)
Syarikat Produksi :  MM2 Entertainment, Reflection Pictures, Timeless Pictures
Pengedar : Netflix
Trailer :


‘Nik, kamu tu benar-benar ganteng ya, bisa jadi actor Korea’
‘Diah, kamu itu memang benar-benar buta’

Diah (Shandy Aulia) bekerja sebagai tourist guide di Busan, Korea Selatan dan kemudiannya berjumpa dengan Jun-Ho (Chae In Woo) di sebuah restoran. Sejak dari situ mula berkawan mesra dan jatuh cinta kemudiannya bertunang. Diah dah simpan impian untuk berkahwin dengan Jun-Ho dan pergi cuba wedding hanbok walhal dia dah nampak tanda-tanda Jun-Ho mula menjauh. 


Malang nasib Diah bila dia ternampak Jun-Ho dating dengan kawan baik dia sendiri di restoran. Disebabkan terlampau kecewa dan stress, pandangan Diah mula kabur dan pengsan. Kata doktor, Diah mengalami buta sementara disebabkan terlampau stress. Tapi kalau stress makin teruk, possibility Diah untuk buta kekal makin besar. 


Kecewa dengan nasib hidup, Diah mula menyendiri dan berkurung dalam rumah tapi bila stok makanan dia habis, somehow Diah kena keluar juga. Di supermarket, Diah jumpa Nik (Dodit Mulyanto) yang baik hati belikan barang dan hantar dia pulang. Nik juga sama seperti Diah, kecewa kerana cinta. Sejak Nik tahu alamat rumah Diah, setiap pagi dia akan hantar makanan dan ajak ngobrol. 


Tapi Diah tak suka dipandang kesian oleh orang lain so dia selalu tolak penerimaan Nik dan halau dia balik. Disebabkan kegigihan Nik setiap pagi datang ke rumah dan juga sisi kelakar dia, Diah buka hati untuk berkawan dengan Nik dan banyak habiskan masa bersama di Busan sehingga jatuh cinta.  

Basically tajuk Cinta Itu Buta dipilih sebab team production ketengahkan rasa cinta tanpa mengenal rupa tapi kalau tengok kepada timing pertemuan Dian dengan Nik tu lebih kepada jatuh budi. Sebab Diah dan Nik berjumpa masa masing-masing tengah kecewa dengan kehidupan. 


Ada masa I terhibur lah dengan jenaka Nik tapi ada masa lawak dia macam pervert and cringe. Dialog Diah pun macam skema sangat bila dia converse in English. Tak pasti lah dia guna suara dia sendiri masa berbahasa Korea ataupun dubbed sebab bila dia converse in Hangeul, ada slang Indo haha but A+ for the genuine effort! 

Movie romantic komedi ni bukanlah karya original sebab karya asal dari negara Filipina berjudul Kita Kita yang diterbitkan pada tahun 2017. Skrip memang diambil sama seperti filem asal cuma latar tempat sahaja diubah kepada Korea sementara dalam filem Kita Kita berlatarbelakangkan panorama keindahan negara Jepun. 





Sinematografi di Korea memukau dibantu oleh aerial shots dan kreativiti art team memaparkan budaya penduduk Korea. Suka sangat tengok konsep rumah Diah walaupun tak berapa selamat untuk wanita bujang sebab pervert dekat Korea agak scary. Pintu pun tak ada semata mengharapkan pintu kayu dekat luar. For a movie memang nice lah all the setup and decoration. 


Tak pasti berapa banyak saving Diah sampai dia boleh berkurung lama di rumah lepas disahkan buta sedangkan dia baru habiskan duit beli wedding hanbok yang mahal. Kos perubatan pun tak didedahkan sedangkan dalam drama Korea memang mengelak benar memasing kalau kena admit ward. Sama juga dengan Nik yang tak pernah didedahkan pekerjaan dia tapi boleh habiskan banyak duit tanpa bekerja. Director bagi hint dia middle class bila dia book ticket ke Korea sebab ada offer 70%. Tapi dia mabuk setiap malam sampai boleh sewa rumah lagi dekat Busan. 


I tak suka ending movie arahan Rachmania Arunita ni bila ikut template drama petang. Lagi kuat mengatakan yang perasaan cinta masing-masing wujud dek kerana rasa budi dan simpati. Untuk scene komedi movie ni berjaya buat kita terhibur tambah pula dengan kehadiran pelawak Dodit yang sememangnya famous di Indonesia tapi untuk genre romantic tu tak berapa nak menjadi sebab nampak fiksyen sangat. Movie ni boleh ditonton di Netflix. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 7.8/10