Showing posts with label Fashion. Show all posts
Showing posts with label Fashion. Show all posts

Cannes 2022 Fashion Files | Deepika Padukone

Thursday 23 June 2022

Meriah tahun ni sebab Cannes dah kembali untuk meraikan dunia seni layar dari seluruh pelusuk dunia. Bertambah gembira lah industri Bollywood bila Deepika Padukone terpilih sebagai salah seorang juri filem untuk menilai semua filem yang dipertandingkan dalam setiap kategori. 

Walaupun filem Deepika flop back-to-back di box office tapi faham la jugak kenapa Cannes pilih Deepika memandangkan dia antara top actress di India dan juga popular di Hollywood. Tahniah untuk Deepika dan tahniah juga untuk stylist team dia yang revamp appearance Deepika di Cannes. 

1. Cannes Jury Dinner


Penampilan pertama Deepika di Hotel Martinez untuk sesi makan malam bersama juri filem lain ialah multi-coloured sequin dress dari koleksi Louis Vuitton's Fall 2021 yang dipadankan bersama shirt putih di bahagian dalam. 

Walaupun dress nampak kurang menarik baik close-up mahupun long shot, handbag LV dan juga boot tinggi menarik perhatian. Tak kurang juga gaya rambut dengan fresh cut yang dibiarkan bebas mencipta aura yang sesuai di kota Perancis. 

2. Sabyasachi x French Riviera 

Membawakan tema bohemian, Deepika mengenakan dress dari koleksi Tropic of Calcutta Sabyasachi di mana kemeja dari sutera Mysore dipadankan dengan seluar longgar berwarna hijau laut sedang. Deepika juga menggunakan tali pinggang berwarna coklat tembaga dengan logo harimau Benggali di bahagian tengah. 

Kemeja yang sengaja dibiarkan terbuka di bahagian atas memberi ruang untuk choker yang sarat dengan permata pelbagai warna dari koleksi Sabyasachi. Gaya rambut didandan dengan cekak dari material sutera yang sama dengan kemeja yang dipakai. Manakala pump heels berwarna emas dihiasi dengan taburan manik, sesuai dengan perhiasan di bahagian atas. 

Happy betul bila tengok Deepika post gambar ni sebab style ni cantik sangat dan sesuai dengan bentuk badan dia yan tinggi lampai. Perfect!  

3. Cannes 75th Opening Ceremony


“The sari is a story I will never stop telling. No matter where we are in the world, it has its place”-Sabyasachi Mukherjee

Custom made sari oleh Sabyasachi tampak eksklusif dengan corak abstrak melintang menggunakan tiga tona warna yang pekat iaitu putih, emas dan hitam. Sari yang sarat dengan manik dan berkonsepkan retro digabungkan dengan choli berwarna hitam. 

Rambut yang digayakan dengan hairbun tinggi dengan cekak rambut berwarna emas dari koleksi perhiasan Sabyasachi, anting-anting emas dan juga koleksi cincin pelbagai bentuk sebagai pelengkap gaya. Makeup pula lebih heavy pada bahagian kelopak mata dengan eyeliner tebal, sesuai dengan tema yang digayakan. Menariknya looks ni seakan sama dengan salah satu fashion looks watak Shantipriya dalam filem debut Deepika tahun 2008, Om Shanti Om bersama SRK. 

4. From Cartier With Love


Penampilan serba ringkas untuk sesi temu bual pada hari kedua di mana Deepika mengenakan jaket hitam bercorak asymmetry dengan lipatan kecil di bahagian dada. Jaket dari butik ArdAzAei mempunyai hook tersembunyi di bawah lapisan kain dari material sutera tenun mencipta efek stretch kepada si pemakai. Di bahagian bawah pula teknik lipatan longgar untuk keselesaan si pemakai. 

Seluar panjang high waist berwarna hitam dipadankan bersama pointed heels dari koleksi butik yang sama. Tumpuan diberikan kepada necklace Cartier berwarna silver dengan corak kepala panther. Gaya rambut messy bun dengan makeup natural memberikan pesona lady boss. 

5. Louis Vuitton Red Carpet 


Full set attire berwarna merah dari Louis Vuitton dipilih untuk hari ketiga penampila Deepika sebagai juri di Cannes. Dress satin custom-mademenyerlah untuk di bahagian atas tapi tak berapa gemar dengan bahagian skirt yang kembang di bawahnya. Mungkin cantik kalau kain tu lebih terletak mengikut bentuk kaki Deepika supaya tak mengganggu cape di bahagian belakang dress. 

Outfit ni nampak cantik kalau off red carpet tapi bila berjalan di karpet merah, nampak tak ada beza lah dengan karpet tu. Kalau close up shot boleh nampak Yianni Tsapatori bagi perhatian pada gaya rambut Deepika yang menggayakan stail pony tail dengan twist yang ketat di bahagian tengah. Kalung berlian dari Cartier serlahkan kejelitaan Deepika. 

6. Street Look


Deepika memilih turtleneck hitam dengan lengan panjang dan dipadankan bersama seluar pendek berwarna kelabu. Anting-anting bebola hoops berwarna emas dan Spring Gold Bracelet with Diamonds dari Estaa Gems sebagai perhiasan. Hairstyle bun dan loafer hitam untuk melengkapkan gaya feminin dalam persalinan kasual dari Louis Vuitton untuk berjalan-jalan di kota Perancis! 

7. Classic Black


Tak lengkap majlis kalau tak peragakan gaun berona hitam dan sama juga dengan Deepika bila dia memilih untuk berdandan serba ringkas dalam persalinan gaun hitam dari Alex Perry. 


Antara tumpuan terbesar pada majlis makan malam tersebut adalah koleksi perhiasan dari Cartier di mana pereka menggunakan bentuk abstrak yang sama untuk juntaian rantai leher, anting-anting dan juga cincin bersaiz besar. Gaya rambut diikat kemas dan kuku dicat merah sebagai penyeri. 

8. Summer Chic


No wonder lah ramai yang kata wardrobe Deepika dekat Cannes ibarat katalog butik ternama dunia bila dia banyak guna pakaian dari butik Louis Vuitton but who can blame her for that? Deepika adalah actress India pertama yang terpilih sebagai duta butik berjenama ni. 

Sekali lagi Deepika memilih pakaian kasual dari Louis Vuitton dengan kemeja printed dalam filter B&W dipadankan bersama skirt pendek berona pink fuchsia. Hairstyle masih lagi sama, bun yang diikat tinggi dengan makeup look neutral dan heavy di bahagian mata. 

9. Urban Cool


Salah satu favorite outfit I masa Deepika dekat Cannes! I was like wowwww, she looks hot! Mungkin sebab gaya rambut dia sesuai dengan outfit dari Louis Vuitton. Tona warna pun mainkan peranan juga bila jacket dengan zip tebal dan poket bersaiz besar ni menggunakan warna coklat tortilla. 

Top floral printed mewujudkan konsep spring yang sesuai dengan tema makan malam Louis Vuitton X Vanity Fair. I find it cute bila Deepika guna balik boot tinggi yang dia pakai masa dinner dengan para juri. Senyuman dia pun cantik, jadi aset berharga juga pada fashion looks ni. Gahhhhh perfect!

10. Polka Dot Peeps!


Walaupun gabungan dua warna ni kita selalu nampak di tepi jalan setiap kali PRU muncul tapi tetap nampak berseri dan cantik bila dipakai oleh Deepika. Gaya ringkas dari padanan top dan seluar dengan material satin, corak dan warna yang sama menghasilkan unsur retro dan feminin. I wish she opted  something new for her hairstyle. By the way, it's Louis Vuitton.

11. Hey Veronica....


Kalau sebelum ni Deepika create balik looks dia dalam filem Om Shanti Om, kali ni watak Veronica dari filem Cocktail (2012) muncul di red carpet Cannes untuk tayangan perdana filem ‘Decision to Leave’. Veronica antara watak yang menaikkan nama Deepika dalam karier dia di Bollywood. 

Tapi watak Veronica lebih cantik dan daring sebab gaya rambut dia dibiarkan lepas beralun sementara Deepika masih dengan hair bun tinggi. Dress custom made dari Louis Vuitton mencuri tumpuan dengan penggunaan manik hitam seakan pelepah burung. 

12. Over Dramatic Saffron


Setiap kali tengok dress custom made dari Ashi Studio ni teringat video Brut bila Deepika struggle nak berjalan dekat red carpet sebab juntaian dress dia . But still she looks gorgeous with different summer tone. Details pada bahagian bahu dan dada antara tarikan utama dress ni. Lebih cantik kalau anting-anting batu kuarza berwarna emerald dari Farah Khan World ni lebih panjang dan bersaiz ekstra besar, sama level dengan drama pada baju Deepika. 

13. French Floral


Kembali lagi dengan bun tinggi untuk dress Richard Quinn yang sarat dengan corak bunga mawar bersaiz besar. Kombinasi warna yang digunakan memang cantik tapi bila heels pun menggunakan corak dan warna yang sama, nampak tak sesuai. Anting-anting dari koleksi Superstar Burst oleh Estaa Gems sebagai pelengkap gaya. 

14. Straight of the Runway !!!!!


Sebagaimana epiknya filem Elvis di Cannes, sama juga lah dengan penampilan Deepika Padukone sebagai juri filem pada tahun ni. Bow to the Queen I must say. Persalinan busana berona hitam dan emas dari Louis Vuitton diberi tumpuan yang sarat di mana kolar bersaiz besar mempunyai sulaman tersendiri sebagadi bahagian bahu dan hiasan bulu hitam di bahagian lengan. 

Hairstyle yang berbeza dari semua penampilan Deepika dengan perhiasan anting-anting berwarna hitam dan juga cincin mengikut konsep yang sama dari Amaris. Tatarias menggunakan smokey eyes melengkapkan lagi gaya menawan pada majlis tersebut. 

15. Bid Adieu


Majlis makan malam terakhir Cannes yang ke-75 ditaja oleh Chopard dan Deepika memilih custom made Ashi Studio dengan sepasang pantsuit dengan design yang unik di bahagian bahu dan dada. Kreatif untuk bahagian atas tapi lebih menarik kalau Ashi Studio but fit atau skinny untuk bahagian seluar. Nampak tak cantik bila seluar tutup pointed heels tu. 

16. Regal White


Abu Jani Sandeep Khosla sekali lagi memukau mata dengan rekaan dia selepas kemunculan terakhir Sonam Kapoor di Cannes pada tahun 2019. Kali ni saree custom made berwarna putih gading yang sarat dengan renda bermotifkan organza dalam lipatan bersaiz besar ni diberikan kepada Deepika Padukone. Baik dalam studio mahupun di luar studio, saree ni tetap memukau pandangan. Bila tengok bahagian belakang pula renda organza tu mainkan peranan sangat bila nampak fluffy. 




Bukan saja saree malah choli yang dipadankan juga cantik bila ianya diperbuat dengan hiasan berlian pada setiap garisan tulang. Choker dari himpunan mutiara direka seperti kolar membawa elemen konservatif dan seimbangkan pakaian Deepika pada majlis tersebut. Moden tapi masih lagi terikat dengan sifat tradisional. 

Personally I tak suka dengan hairstyle bun dengan belahan tengah sebab bahagian belakang kosong jadi tak salah kalau Deepika buat semi ponytail ataupun Indian braid. Nampak lebih feminin jugak lah kalau guna hairstyle ni. 

17. Minting French


Finally Deepika saying goodbye to Cannes after a week with stylish appearances. Nampak comel sangat Deepika pakai suit dan seluar berwarna hijau mint dan padankan bersama sneakers putih. Hairstyle dia pun biar lepas buatkan Deepika tampak lebih muda, segar dan berseri. Kalau dah semedang kena puji dekat sana, siapa tak happy sampai berseri kan? 

You guys rasa penampilan mana yang menawan di mata dan hati? Jangan lupa komen dekat bawah tau ;)

Thar Promotion Fashion Files | Fatima Sana Shaikh

Saturday 7 May 2022


Fatima kembali dengan movie baru, Thar yang bergenre action thriller. Walaupun genre agak lasak tapi watak Sana lebih kepada watak sampingan. Movie Thar yang diberi hak eksklusif kepada Netflix tak lah memerlukan promo events yang banyak. Jom tengok Fashion Files Fatima sepanjang promo events berlangsung. 

1. Yellow Rawr


First time jumpa jenama pakaian Summer Somewhere yang mengetengahkan pakaian mesra alam dan merupakan salah satu butik tempatan di India. Fatima mengenakan one sleeve dress berwarna kuning dan putih dengan corak abstrak. Bahagian bawah dengan ropol dan juntaian pendek di bahagian paha. Stylist team Fatima padankan dress dengan strap heels transparent which I think they need to spend more on that heels sebab nampak kosong. 

Makeup dengan rona jingga yang bersesuaian dengan tema musim panas dan koleksi anting-anting berbeza bentuk dari Minerali Store. Aksesori cincin berwarna emas dari Radhika Agrawal Jewels dan Aquamarine Jewellery sebagai perhiasan. 

2. Dove Grey


Plaid blazer dari studio Moonray yang dipakai oleh Fatima ni pernah dipakai oleh Mrunal Thakur sebelum ni cuma bezanya Mrunal padankan dengan jeans denim manakala Fatima lebih selesa dengan plaid skirt yang sama warnanya dengan blazer dan top. Blazer dengan corak plaid ni ringkas tapi nampak elegan dengan tema vintaj dan elegan. 

Tambah menaikkan aura pada Fatima bila dia mengenakan sepasang pointed heels berwarna hitam dan hairstyle sanggul belah tengah. Aksesori cincin dari Mozaati dan pewarna kuku berona hitam. Nampak lagi cantik kalau Fatima pakai anting-anting berjurai panjang ataupun stylish earclip untuk tingkatkan gaya kasual sekaligus menarik perhatian. 

3. Shimmering Screening



Wardrobe terakhir Fatima untuk movie Thar ialah sari berwarna kelabu dengan dupatta yang meriah dihiasi manik berkilau yang bertemakan disco ball dari House of Neeta Lulla. Walaupun sari ni nampak cantik dalam studio tapi off studio, nampak biasa saja. 

Penampilan Fatima pula ringkas dengan ponytail tinggi, anting-anting panjang dari Diosa Paris dan koleksi cincin dari Anayah Jewellery juga Diosa Paris. 

Bila tengok wardrobe Fatima untuk promotion events movie Thar, nampak dia lebih memilih jenama tempatan yang juga menjadi medium untuk membantu golongan memerlukan. Fatima lebih suka mengenakan pakaian serba ringkas jadi tak hairan lah kalau pakaian dia nampak biasa. Tambah pula sekarang musim panas. Tapi tak ada salahnya kalau tambah drama pada penampilan kalau cuma promote di beberapa tempat kan?

Gehraiyaan Promotion Fashion Files | Ananya Panday

Friday 18 March 2022

Ni kali kedua I buat Fashion Files Ananya Panday sebab I makin suka dengan style dia sekarang. She keep it simple, stylish and chic walaupun ramai yang troll sepanjang dia promote movie Gehraiyaan. Troll sebab dia pakai skirt masa winter tapi kalau dia happy, kenapa yang lain pulak panas hati ye dak?

Untuk Gehraiyaan promo events ni Ananya guna wardrobe yang simple dan trendy sebab watak dia dalam movie tu pun ialah Mumbai elites. 

1. Trailer Launch Event

Untuk trailer launch event, Ananya pilih cross wrap halter-neck top dari butik Tiger Mist berwarna hijau pucuk pisang dan padankan dengan seluar kulit berwarna coklat cerah. Selain cross wrap top yang mencuri perhatian dengan potongan yang unik dan kreatif, boot bercorak ular batik juga antara highlight pada wardrobe pertama Ananya. 

Hair stylist, Ayesha DeVitre guna style wavy sederhana dan biarkan lepas bebas untuk tampil menarik. Anting-anting koleksi Chanel Madame dari Viange Vintage berwarna emas dengan figura Coco Chanel menjadi aksesori tambahan.

2. Summer Tone

Pilihan kedua merupakan korset Sunset Flora bercorak bunga dengan warna ala summer yang dipadankan dengan Cuanrved Hem Shorts dari butik Polite Society. Korset yang digayakan mempunyai details di bahagian tepi dengan juraian tali berwarna merah. Ananya padankan outfit dengan open toed pump heels dari butik Kat Maconie. Cincin emas dari butik Radhika Agrawal Studio

3. Floral Inspired

Sesuai dengan bulan Februari yang terkenal dengan Valentine's Day, outfit berwarna merah memang wajib ada dalam koleksi. Ananya pilih mini dress LA VIE EN ROSE dari koleksi Pre-Fall 2022 jenama Magda Butrym. Untuk koleksi ni semua rekaan ada bunga ros bersaiz besar. Mini dress berwarna merah hati ni mempunyai V neckline dan belt dengan warna yang sama. 

Menggunakan aksesori dari Viange Vintage dengan rambut lepas bebas dan dipadankan bersama pointed heels berwarna hitam dari Christian Louboutin. Gorgeous!

4. Color Block

This one is one of my favorite outfit from this promo events! Fun fact semua pakaian ni adalah hasil dari mix and match dari beberapa label. Strapless top ala korset dari With Jéan ada detail yang menarik pada bahagian bawah. Top berwarna putih krim ni dipadankan dengan mini skirt dengan warna yang sama dari butik Cult Gaia. Uniknya skirt pendek ni dipotong dengan potongan menyerong untuk menghidupkan elemen asymetry. 

Ananya padankan outfit dia dengan extra size blazer berwarna biru muda dan pointed heels berwarna hijau neon dari Ajio Luxe. Memandangkan pakaian dia serba ringkas, Ananya pilih anting-anting berbentuk gelung tak sekata, Chunky Chain dan padankan dengan koleksi cincin berwarna biru, Juicy dari butik MISHO. Loved it when Ananya choose to do ponytail for this outfit so those hoops gained their spotlight.

5. Sunset Hue

Menggunakan konsep Candy Crushing, Ananya mengenakan mini dress Gigi berwarna peach dan oren terang pada bahagian dada dari butik terkenal UK, The Dolls House. Di bahagian tali mini dress tu ada besi berwarna emas tembaga dilekatkan sebagai penaarik. Blazer oren terang dari The Attico dipadankan dengan mini dress tersebut. Strap heels berwarna oren dengan hiasan manik dipadankan dengan cincin enamel pink dari Ineze dan anting-anting dari Ayana Silver Jewellery.

6. Floral Stamped

3 perkataan - Padanan Tak Sesuai. I suka dengan mini skirt material kulit berwarna hijau pekat dari butik Revolve tapi top dengan corak bunga dari With Jéan is a big no. Lagi cantik kalau Ananya pilih loose blouse berwarna putih Boho atau Gypsy untuk tema musim panas. I suka hairstyle ponytail tinggi untuk serlahkan kecantikan anting-anting Vision hoops dari Shoplune. 

Of course dalam gambar ni nampak cantik ala 90s girl next door but once she stepped outside, you guys boleh nampak how horrible this mix and match outfit. 

7. Denim Vibe

Padanan crop top, mini blazer dan high waist jeans dihiasi dengan butang berwarna emas dari butik  Alice McCall mencuri perhatian. Outfit ni dipadankan dengan pointed pumps bercorak harimau bintang dengan aksesori anting-anting gegelung dari MNSH. Hairstyle Ananya pun menambahkan drama pada wardrobe ala 90s ni. 

8. Absolute Stunner

Sekali lagi Ananya memilih mini dress berwarna warna merah hati untuk promotion Gehraiyaan. Kali ni Ananya memilih dress dengan juraian lipatan dan zip hitam sebagai penarik tambahan dari butik Australia, C/MEO COLLECTIVE. Dress merah ni serlahkan potongan lansing badan Ananya dan padanan strap heels berwarna hitam jenama Christian Louboutin dengan manik pada strap buatkan Ananya tampak seksi. Koleksi aksesori seperti cincin halus dari butik Ayana Silver Jewellery digunakan sebagai pelengkap gaya. 

9. Mini Frills


Stylist Ananya bagitahu pelakon ni ada obsesi baru iaitu korset. Kali ni dah masuk yang ketiga dia guna top ala korset untuk promo events. Bezanya korset dari Mixedgals yang dipadankan dengan denim dari Vis A Via, ada ropol berwarna putih pada bahagian dada. Ada ropol ataupun tidak, top tu tak berjaya mencuri perhatian. Sama juga dengan heels bercorak riben berwarna pink neon dari Christian Louboutin. I suka bun hairstyle dengan juntaian helaian rambut dan padanan aksesori rantai leher halus dari MISHO. 

10. Sporty Casual

This one needs to go. Padanan top dengan belahan di bahagian tengah dipadankan dengan baggy pants berwarna coklat tanah dari jenama Lioness. Sneakers berwarna putih dan coklat melengkapkan gaya tersebut. Nothing much to talk about. 

11. Monochrome


Antara gambar studio dengan outside, I prefer outside sebab nampak lagi cantik tanpa filter dan real. Untuk outfit dari House of Doll, Ananya padankan bralette top berwarna hitam dengan material kulit dan skirt pendek dengan corak abstrak gabungan dua warna hitam dan putih. Gabungan yang tepat bila dia menggunakan pumped stilettos dari Christian Louboutin berwarna hitam. 

Hairstyle lepas bebas dengan wavy halus dan layered necklace dari Ella Stein Jewelry. Ananya nampak lebih cantik kalau dia padankan outfit ni dengan leather jacket.

12. Dazzling Denim


Walaupun musim panas tapi tak menghalang Ananya untuk memilih denim dan padanan jacket denim dan seluar dengan corak abstrak marble gabungan warna pink cair, putih dan grey dari Stella MacCartney adalah denim kedua untuk promo events Gehraiyaan. 

Walaupun full outfit tapi Ananya menggunakan konsep seksi dan stylish di mana zip jaket dibiarkan separuh terbuka dan hairstyle messy dengan makeup nipis untuk tampak natural. Melengkapkan gaya dengan strappy heels dari Ajio Luxe dan koleksi aksesori dari Misho. Perfect!

13. Standout Yellow


Outfit terakhir untuk Gehraiyaan promo events adalah padanan corset top dengan mini skirt berwarna kuning dari butik Rozie Corset. Mencuri tumpuan bila corset top tersebut mempunyai sleeve pendek di bahagian lengan. Sama juga dengan mini skirt yang mempunyai zip timbul di bahagian tengah. Hairstyle ponytail diikat tinggi dengan anting-anting vintage berwarna emas dari RISN Jewels menjadi tarikan tambahan untuk gaya ni. 

Ananya tampak lebih cantik kalau tukar strap heels berwarna putih tu kepada wedges atau pumped heels berwarna emas. Looks tacky bila jari kaki dia terkeluar dari tapak heels tersebut. 

All in all Ananya nampak menawan walaupun ada beberapa outfit yang mehhh. Looking forward for her next promo events!! 

Meenakshi Sundareshwar Promotion Fashion Files | Sanya Malhotra

Monday 8 November 2021

Suka sangat tengok style Sanya Malhotra masa promote movie Meenakshi Sundareshwar (2021) di beberapa tempat. Walaupun tak banyak sebab movie tu ditayangkan masa Diwali, tapi stylist Sanya bagi beberapa fashion look tradisional yang cantik. 

Bukan setakat main outfit je, set perhiasan dan dandanan rambut pun berbeza setiap kali Sanya buat penampilan untuk promosi. Disebabkan watak Meenakshi memang kebanyakannya mengenakan saree jadi Sanya pun stay dengan pakaian tradisional tersebut. Sesuai jugak lah dengan musim perayaan, boleh jadi inspirasi sekali kan.

1. Trailer Launch


Untuk trailer launch, Sanya memilih sari sutera berwarna royal blue dari Raw Mango dengan hiasan border tebal berwarna silver. Dari jauh memang menyerlah lah sebab warna dia terang tapi sayang lah bila hujung sari tu tertarik benang sampai crumpled macamtu. Kain sutera memang senang tertarik benangnya kan. 

Sanya nampak ayu dengan rambut disanggul besar di bahagian belakang dan mengenakan makeup nipis dengan rona merah jambu, sesuai dengan warna kulit dia yang cerah. Anting-anting dan bangle besar yang bermotifkan corak tradisional dari Curio Cottage Jewellery padan dengan main outfit. 

2. Hello Sunshine!


Suka sangat dengan lehenga yang sarat dengan manik di bahagian choli dan border dupatta berwarna coklat cerah yang dipadankan bersama warna kuning bunga matahari. Set Sunshine Yellow Lehenga ni dari butik Ridhima Basin dengan harga  Rs 62,000 sepasang. Warna kuning ni nampak padan dengan tona warna kulit Sanya buatkan dia nampak berseri dan tampilkan aura gembira walaupun material dupatta menggunakan cotton dan tak lut dek iron. 

Set anting-anting jhumka berwarna silver pula dari Minerali Store. Dalam gambar lain ada nampak dia pakai bangle bermotifkan corak tradisional dengan warna yang lebih kurang sama dengan corak baju. Rambut didandan dengan style braid longgar dan juntaian rambut untuk tambahkan drama pada stail. 

3. Black Abstract


Sebelum ni nampak Kiara Advani pakai lehenga dengan kain bermotifkan monochrome bersaiz besar dari butik yang sama, JJ Valaya. Kali ni untuk promo events movie Meenakshi Sundareshwar, Sanya juga pakai lehenga yang sama dari The Rumeli Collection Fall Winter 2021 (The Turks of Balkan). Ikshita choker dengan hiasan besi bercorak tradisional dipadankan bersama bangle besi dan Dayamai jhumka bersaiz kecil. Melengkapkan gaya dengan gaya rambut semi ponytail. 

4. Elegance Emerald


Lehenga sari dari label Ritika Mirchandani berwarna emerald ni mempunyai perhiasan yang sarat sebenarnya bila di bahagian dupatta dihiasi dengan jalur sequin dan corak segi empat  berbucu di bahagian border. Bahagian choli mempunyai corak yang sama manakala bahagian kain dibiarkan kosong supaya tak nampak sarat dan juga berat kepada si pemakai. 

Rambut Sanya didandan dengan sanggul longgar dengan juntaian rambut untuk menyerlahkan set anting-anting dengan batu permata berwarna hijau zamrud dari koleksi Riwaayat oleh butik Mozaati. 

5. Floral Printed


Criss cross halter neck flowy maxi dress dari koleksi Navras Red oleh label Anushree menjadi pilihan Sanya Malhotra. Kali ni Sanya cuma tampil serba ringkas dan minimal sebab dia cuma pakai earrings dengan corak bunga berwarna silver. Suka dengan metal earrings dia tapi tak pasti dari butik mana. Kali ni rambut dia disanggul tinggi dan mengenakan makeup yangg lebih gelap supaya nampak sepadan dengan main outfit. 

Outfit ni sebenarnya agak bahaya sebab dalam studio nampak cantik tapi dekat luar dia mengembang sampai Sanya nampak tenggelam dan berisi. Mungkin lagi cantik kalau Sanya pakai belt berwarna emas supaya boleh kawal maxi dress ni. 

Anyway, I happy tengok semua style Sanya Malhotra untuk promo events Meenakshi Sundareshwar sebab semua pun cantik belaka dan kebanyakannya diambil dari koleksi perayaan. Credit to Sukriti Grover dan Natasha Mathias!

Fashion Files | Aishwarya Rai at Paris Fashion Week 2021

Tuesday 5 October 2021

Tahun 2021 dan Aishwarya Rai Bachchan masih lagi bertahan sebagai duta jenama kepada produk kecantikan terkenal, L'oreal dan tahun ni merupakan tahun keempat outdoor ramp walk diadakan untuk menyebarkan kempen kepada wanita. Tema pada tahun ni ialah pemerkasaan wanita dan anti-street harassment. 

Selain Aishwarya, duta yang lain pun turut serta juga dalam event ni macam Katherine Langford, Helen Mirren, Liya Kebede, Cindy Bruna, Marie Bochet, Camila Cabello dan lain-lain. Tapi taknak sembang banyak pasal event tu sebab nak fokus dekat style Aishwarya Rai dekat sana. Untuk ramp walk ni, Aish pilih gaun berwarna putih dari Le Défilé L’Oréal Paris 2021 Womenswear Spring/Summer 2022 Collections. Tak pasti lah inner putih tu datang sekali ataupun Aish yang sengaja alter supaya tak mengundang kontroversi dari media. 


The dress actually looks great tapi bila pakai dengan inner tu nampak gabungan tu tak menjadi dan buatkan tubuh badan Aish nampak berisi. Pleated dekat dress tu pun nampak tenggelam. Makeup Aish not bad lah sebab stylist dia guna warna terang memandangkan dress dia plain dan basic. Haistyle just average dengan wave bersaiz sederhana. 

The only saving grace for her looks is the pleated dupatta. Bukan setakat bagi dramatic effect pada si pemakai, malah stand out dari main outfit. Tak kisah lah pose apa pun yang Aish buat, pleated dupatta tu jugak yang mencuri perhatian. Kalau tengok video ramp walk ni lagi nampak awkward sebab Aish macam dah kekok nak berjalan dekat stage. Mungkin rehat lama sangat dekat rumah kot. 


Dalam ramai-ramai yang join tu, I paling suka outfit Amber Heard sebab warna yang compliment skin dia, main outfit yang sarat dengan details macam feathers dekat bahagian bahu dan lengan, belahan panjang di lengan, belahan V di bahagian dada, belt dan lebihan kain di bahagian kaki. Walaupun outfit dari Elie Saab tu guna satu warna je tapi gabungan beberapa details yang berbeza buatkan outfit tu menarik. 


Even strap heels dia padan elok je dengan jumpsuit pink yang dipakai. Makeup dengan hairstyle dia ringkas je tapi nampak menyerlah dan berseri dekat ramp walk tu. 


Untuk last appearance di Paris, Aishwarya memilih coat berwarna ungu yang sarat dengan hiasan manik bermotifkan landskap alam semulajadi dari koleksi Rahul Mishra. I tak faham kenapa stylist dia suggest untuk padankan kot labuh tu dengan oversized jeans yang terbelah di bahagian hujung. Lebih cantik kalau dia pakai skinny fit jeans ataupun seluar kulit berwarna hitam. 

Lagi bertambah pelik bila dia padankan dengan boot dengan tapak rata sedangkan dia boleh guna plump heels ataupun wedges supaya tak nampak tenggelam dalam kot yang sarat tu. I personally don't like the makeup and hairstyle sebab looks average satu hal, dia dah biasa dengan looks tu satu hal. Buat apa pergi Paris jauh-jauh kalau dia tak bereksperimen dengan fesyen dia? Dia patut cari stylist baru sebab dah berapa tahun Aish gagal menyerlah everytime pergi ke event luar negara.