Showing posts with label Cadbury Dairy Milk. Show all posts
Showing posts with label Cadbury Dairy Milk. Show all posts

Tindakan Kecil, Pengajaran Besar: Cara Seronok untuk Pupuk Tabiat Snek Bijak di Rumah

Thursday, 13 November 2025

Cuti sekolah sinonim dengan waktu berkumpul bersama keluarga, dan pastinya momen snek yang dinanti-nantikan. Namun, tahukah anda bahawa setiap kudapan kecil itu boleh menyampaikan sesuatu pengajaran kepada kanak-kanak? Selain memuaskan selera atau menghilangkan rasa bosan, waktu snek boleh menjadi peluang untuk memupuk tabiat pemakanan seimbang, kasih sayang dan kebersamaan yang akan kekal hingga dewasa.

Tabiat makan kanak-kanak hari ini banyak dipengaruhi oleh rangsangan luar — daripada cadangan yang muncul melalui algoritma media sosial sehinggalah pengaruh pempengaruh. Menurut Laporan ‘State of Snacking Report’ terkini MondelÄ“z International, 60% pengguna telah mencuba snek baharu akibat pengaruh media sosial, manakala 62% daripada Gen Z dan Milenial mendapat idea daripada selebriti atau pempengaruh.

Sungguhpun kita tidak dapat mengelak arus trend ini, keseimbangan masih boleh dicapai — dan segalanya bermula di rumah. Rumah ialah tempat pertama kanak-kanak belajar berinteraksi dengan makanan. Apabila momen snek dinikmati dengan penuh kesedaran, mereka bukan sahaja belajar tentang apa yang dimakan, tetapi juga mengapa, bila dan bagaimana mereka makan. Kesedaran ini menjadi asas penting dalam membentuk hubungan yang sihat dengan makanan.

Berita baiknya, amalan snek bijak tidak memerlukan perubahan drastik. Malah, ia boleh dilakukan dengan cara yang mudah, menyeronokkan dan bermakna. Berikut lima cara untuk menjadikan momen snek lebih bermakna sepanjang cuti ini.

1. Jadikan masa snek sebagai momen sekeluarga

Momen snek bukan sekadar masa untuk menikmati makanan ringan — ia juga boleh menjadi detik santai yang mengeratkan hubungan keluarga. Cuti sekolah adalah masa terbaik untuk berehat seketika, mengurangkan penggunaan gajet dan berkongsi kebahagiaan sederhana bersama anak-anak. Ajaklah mereka untuk meneroka warna, tekstur dan rasa makanan yang disediakan. Tanyakan juga, snek mana yang membuat mereka berasa gembira, tenang atau bertenaga?

Menurut Laporan ‘State of Snacking’, 71% golongan muda berkongsi snek sebagai cara untuk menunjukkan kasih sayang. Maka, menjadikan waktu snek sebagai ‘ritual bersama’ dapat mengeratkan hubungan anak-anak bukan sahaja dengan makanan, tetapi juga dengan insan di sekeliling mereka.

2. Susunan dan visual snek yang kreatif

Kanak-kanak suka meneroka dengan mata terlebih dahulu. Oleh itu, susunan snek yang berwarna-warni boleh menjadikan ramuan ringkas kelihatan menarik. Gabungkan buah-buahan, bijirin penuh, sumber protein dan sedikit hidangan kegemaran untuk mencipta pinggan seimbang yang menyeronokkan. Anggaplah ia seperti ‘kanvas mini’, di mana setiap bahan memiliki kisah tersendiri.

Kini terdapat pelbagai pilihan snek dengan porsi yang terkawal — daripada bungkusan satu hidangan hinggalah reka bentuk yang menampilkan porsi sebenar secara visual. Apabila kanak-kanak memahami konsep keseimbangan, mereka mula membina tabiat makan yang sihat, misalnya belajar menikmati pelbagai jenis makanan yang memberikan tenaga dan kekuatan. Dengan menggabungkan makanan berkhasiat dan snek dalam porsi kecil, kita mengajar mereka bahawa makan secara bijak bukan tentang sekatan, sebaliknya menikmati makanan dengan kesedaran dan keceriaan.

3. Bergerak aktif sambil menikmati snek

Snek bukan sekadar makanan ringan yang enak — ia juga sumber tenaga untuk menjalani aktiviti seharian. Menggabungkan waktu snek dengan aktiviti fizikal boleh membantu kanak-kanak memahami hubungan antara makanan dan tenaga. Permainan ringkas seperti ‘Lampu Merah, Lampu Hijau’, tarian TikTok, atau sekadar bermain di halaman rumah selama beberapa minit sudah mampu membawa perubahan besar.

Tidak usah terlalu dirancang. Permainan ringkas sudah cukup membantu kanak-kanak menyedari bagaimana jenis makanan tertentu membuatkan mereka berasa lebih fokus, ringan atau bertenaga. Apabila snek bijak digabungkan dengan pergerakan, waktu snek boleh berubah menjadi ‘ritual kecil’ yang menyegarkan tubuh dan minda.

4. Pilihan baik bukan sekadar tentang rasa

Amalan snek bijak juga bermaksud menghargai asal-usul makanan serta nilai di sebaliknya. Waktu snek boleh menjadi kesempatan untuk berbual tentang bagaimana makanan ditanam, dihasilkan dan dikongsi.

Kanak-kanak sememangnya penuh rasa ingin tahu. Perbincangan tentang buah-buahan berwarna-warni, hasil tempatan, atau pembungkusan mesra alam boleh membuka minda mereka terhadap bagaimana pilihan makanan memberi kesan kepada kesihatan dan alam sekitar. Penemuan kecil sebegini membantu mereka memahami bahawa pemakanan yang baik juga bermakna menjaga diri sendiri, komuniti dan bumi yang didiami.

5. Biarkan kanak-kanak membuat keputusan

Antara cara terbaik untuk memupuk tabiat kekal adalah dengan memberi kanak-kanak peluang membuat pilihan sendiri. Contohnya, ajak mereka memilih ‘snek hari ini’, mencipta campuran snek mereka yang berwarna-warni, atau membantu menyusun snek untuk seisi keluarga. Tindakan kecil sebegini dapat membina keyakinan diri, rasa berdikari dan kreativiti.

Apabila kanak-kanak diberi ruang untuk membuat keputusan, mereka akan menjadi lebih peka terhadap tubuh sendiri — mengenali makanan yang memberi mereka kepuasan, ketenangan atau tenaga. Waktu snek bukan lagi sekadar rutin, tetapi momen dinikmati dan dibanggakan.

Cuti sekolah ialah masa terbaik untuk menyemai tabiat positif ini dalam kehidupan seharian. Setiap snek yang dikongsi, setiap tawa dan setiap perbualan santai membantu kanak-kanak memahami bahawa makanan bukan sekadar untuk dimakan, tetapi untuk dihargai dan dinikmati.

Apabila keluarga meluangkan masa untuk berhenti sejenak, berkongsi dan menikmati snek dengan penuh perhatian, mereka bukan lagi sekadar memberi makan kepada anak-anak — mereka sedang mengeratkan hubungan, mengajar nilai kehidupan, dan membina tradisi yang menghangatkan hati dan jiwa.

Untuk lebih lagi inspirasi dan tip, layari www.snackmindful.com/.

*********************

About Mondelēz International (Malaysia)

MondelÄ“z International (Malaysia) is part of the MondelÄ“z International group of companies which empowers people to snack right in over 150 countries around the world, with a strong presence in Southeast Asia. With 2024 net revenues of approximately $36 billion, MondelÄ“z International is a member of the Standard and Poor's 500, Nasdaq 100 and Dow Jones Sustainability Index. MondelÄ“z International is leading the future of snacking with iconic global and local brands such as Cadbury Dairy Milk chocolate, Cadbury Zip chocolate wafer, Cadbury 5 Star chocolate, Toblerone chocolate, OREO cookies, Chipsmore cookies, Jacob's biscuits, Tiger biscuits, Philadelphia cheese, Kraft cheese, Chacho’s chips, Chipster chips, Twisties snacks and many more. We've been part of Southeast Asia for more than 70 years, with operations in Malaysia, Indonesia, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam. Our +7,000 colleagues work across our ten manufacturing locations (including plants in Shah Alam and Prai), two research and development technical centers and our sales and marketing network to create products that people can truly love and feel good about. From wholesome treats to indulgent bites, consumers can enjoy the right snack, for the right moment, made the right way. 

CADBURY PURPLE TRUCK BRINGS MALAYSIANS TOGETHER WITH A NATIONWIDE PURPLE TRUCK EXPERIENCE

Monday, 22 September 2025

CADBURY PURPLE TRUCK BRINGS MALAYSIANS TOGETHER WITH A NATIONWIDE PURPLE TRUCK EXPERIENCE | The iconic truck is travelling to 90 locations across 8 states, surprising communities with richer, more chocolatey Cadbury Dairy Milk moments and creating meaningful experiences for everyone.

SHAH ALAM, 22 September 2025 – In the spirit of generosity and joy, Cadbury Dairy Milk is hitting the road with its Cadbury Purple Truck, a nationwide initiative bringing richer, more chocolatey chocolate experiences to Malaysians. Running from 1 August to 1 November, the truck will visit 90 locations across 8 states, creating authentic connections in cities and neighbourhoods nationwide.

Building on Cadbury’s July announcement of its richer, creamier and more chocolatey recipe, the Purple Truck invites Malaysians to savour the upgraded chocolate firsthand. Crafted at the Shah Alam plant with more cocoa and a refined chunk shape, the new recipe offers a more indulgent bite while staying true to the brand’s beloved heritage.

Designed to bring people together in fun and meaningful ways, each stop of the Purple Truck offers opportunities to sample the improved chocolate, join interactive activities, and take home keepsake memories, turning everyday places into joyful community gatherings.

“We wanted to bring the generosity of Cadbury Dairy Milk directly to Malaysians in a fun, meaningful and inclusive way,” said See Mei Sin, Marketing Head of MondelÄ“z International (Malaysia & Singapore). “The Purple Truck is about bringing people together to enjoy memorable experiences and celebrate the joy and generosity that Cadbury Dairy Milk represents.”

The Cadbury Purple Truck will be travelling across Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Pahang, Penang, Kelantan and Terengganu. Fans are encouraged to follow the journey, catch the truck at a stop near them, and share their moments on social media.

Stay tuned to Cadbury Malaysia’s Facebook and Instagram pages for live updates on the Purple Truck’s next destination.

RASAI KEHEBATAN BARU: CADBURY DAIRY MILK LEBIH BERKRIM, BERCOKLAT & PENUH NIKMAT!

Wednesday, 2 July 2025

RASAI KEHEBATAN BARU: CADBURY DAIRY MILK LEBIH BERKRIM, BERCOKLAT & PENUH NIKMAT! | Daripada bar coklat klasik kegemaran ramai hinggalah format ‘King Size’ 200g baharu, Cadbury menggabungkan tradisi dengan inovasi bagi mencipta pengalaman coklat yang serasi dengan cita rasa generasi hari ini.

Cadbury mengajak semua peminat untuk jatuh cinta sekali lagi dengan coklat! Sebagai jenama coklat paling disukai di Malaysia, Cadbury memberi nafas baharu kepada rasa ikonik Cadbury Dairy Milk yang digemari sejak turun-temurun , kini dengan resipi baharu yang lebih kaya, berkrim dan penuh nikmat. Pembaharuan ini turut menampilkan bar ‘King Size’ 200g dan bentuk ketulan baharu bagi memberikan lebih kepuasan dalam setiap gigitan.


Dihasilkan dengan penuh kasih sayang oleh lebih 250 para pekerja coklat di kilang Shah Alam, Cadbury Dairy Milk mencerminkan komitmen terhadap kualiti dan inovasi. Kilang ini telah mendapat pensijilan Halal daripada JAKIM sejak 1994, dan sentiasa menepati piawaian keselamatan makanan dan kualiti tertinggi. Dengan sokongan inisiatif global ‘Cocoa Life’ MondelÄ“z International, ia juga mengangkat amalan lestari dengan pembungkusan boleh kitar semula, penggunaan tenaga boleh diperbaharui, serta sumber koko lestari.


From Left to Right:
Abdallah Habib, Director of Manufacturing, Mondelēz International (Malaysia), Raja Zalina Raja Safran, Head of Corporate and Government Affairs, Mondelēz International (Malaysia & Singapore) and See Mei Sin, Marketing Head of Mondelēz International (Malaysia & Singapore), unveiling the Cadbury King Size 200g bar that features a richer, creamier, and more indulgent recipe for its classic Cadbury Dairy Milk.

Menurut Ketua Pemasaran MondelÄ“z International (Malaysia & Singapura), See Mei Sin, “Cadbury Dairy Milk mempunyai sejarah dan tempat istimewa dalam hati rakyat Malaysia selama lebih 75 tahun. Ia telah menjadi sebati dengan kehidupan harian kita, serta membantu mengeratkan hubungan, meraikan detik istimewa, dan mencipta kenangan yang berkekalan. Sepanjang perjalanan ini, kami akan terus mendengar dan berkembang bersama pengguna kami. Hari ini, kami berbangga untuk meneruskan hubungan ini bersama peminat melalui pelancaran Cadbury Dairy Milk baharu yang lebih kaya dan pekat dalam setiap hidangan.”

BUKAN SEKADAR SEBATANG COKLAT

Semangat ‘Glass and a Half’ Cadbury berakar daripada nilai kemurahan hati dan falsafah untuk menyokong insan lain secara bermakna. Semangat ini dizahirkan menerusi pelbagai inisiatif seperti “For You I Would” dan “Cadbury Kuih Raya Dari Hati”. Program amal “Kuih Raya Dari Hati” anjuran bersama Yayasan MyKasih, bertujuan memperkasakan wanita daripada komuniti kurang berkemampuan dengan menyediakan peluang untuk mereka menyerlahkan bakat, menjana pendapatan tambahan, serta membantu komuniti lain yang memerlukan sempena musim perayaan.

Attendees took part in a hands-on chocolate-making session at the Cadbury Dairy Milk media event, where they had the chance to customize their own chocolate bars.

Sejak dilancarkan pada 2021, program ini telah berkembang menjadi satu gerakan nasional yang menyatukan sambutan kebudayaan dan impak sosial. Pada 2024, ia diiktiraf oleh Malaysia Book of Records atas pencapaian menghasilkan 150,000 tart coklat Cadbury yang telah diagihkan kepada lebih 30 rumah kebajikan dan komuniti kurang bernasib baik menerusi Food Aid Foundation. Ia bukan sekadar sebuah usaha kebajikan, malah turut mencipta peluang pendapatan yang sebenar menjelang musim perayaan serta menyemarakkan semangat komuniti.

Cadbury Dairy Milk is spreading joy across Malaysia with its Purple Truck, traveling nationwide from 1 July to 31 August 2025 to connect with communities and celebrate the simple pleasures of chocolate through interactive activities, indulgent treats, and unforgettable experiences.

Cadbury Dairy Milk yang lebih kaya dan berkrim, termasuk bar ‘King Size’ 200g, kini boleh didapati di seluruh negara. Dengan resipi baharu serta misi untuk menyebarkan lebih keceriaan, Cadbury mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama jatuh cinta sekali lagi dengan coklat.

Selain itu, Cadbury Dairy Milk bakal membawa keceriaan ke seluruh negara dengan jelajah ‘Purple Truck’ yang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2025. Inisiatif yang mengujakan ini bertujuan merapatkan hubungan dengan komuniti serta meraikan keindahan momen-momen sederhana bersama coklat — melalui pelbagai aktiviti interaktif, snek lazat, dan pengalaman yang sukar dilupakan. Rakyat Malaysia boleh menantikan peluang untuk merasai kebaikan coklat Cadbury Dairy Milk yang kaya dan penuh nikmat, sambil menghayati detik kebersamaan di setiap lokasi persinggahan jelajah ini.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan aktiviti Cadbury Dairy Milk, sila layari laman Facebook rasmi kami di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.

*******************************

About Mondelēz International (Malaysia)

Mondelēz International (Malaysia) is part of the Mondelēz International group of companies which empowers people to snack right in over 150 countries around the world, with a strong presence in Southeast Asia. With 2024 net revenues of approximately $36.4 billion, Mondelēz International is a member of the Standard and Poor's 500, Nasdaq 100 and Dow Jones Sustainability Index.

MondelÄ“z International is leading the future of snacking with iconic global and local brands such as Cadbury Dairy Milk chocolate, Cadbury Zip chocolate wafer, Cadbury 5 Star chocolate, Toblerone chocolate, OREO cookies, Chipsmore cookies, Jacob's biscuits, Tiger biscuits, Philadelphia cheese, Kraft cheese, Chacho’s chips, Chipster chips, Twisties snacks and many more. We've been part of Southeast Asia for more than 70 years, with operations in Malaysia, Indonesia, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam. Our +7,000 colleagues work across our ten manufacturing locations (including plants in Shah Alam and Prai), two research and development technical centers and our sales and marketing network to create products that people can truly love and feel good about. From wholesome treats to indulgent bites, consumers can enjoy the right snack, for the right moment, made the right way.

Visit mondelezinternational.com and follow us on social media: facebook.com/mondelezinternational, instagram.com/mondelēz_international, linkedin.com/company/mondelezinternational and twitter.com/MDLZ

MEMASAK, BERKONGSI & MEMBERI: MONDELÄ’Z INTERNATIONAL SEMARAKKAN KEBAIKAN DI BULAN RAMADAN

Wednesday, 19 March 2025

MEMASAK, BERKONGSI & MEMBERI: MONDELÄ’Z INTERNATIONAL SEMARAKKAN KEBAIKAN DI BULAN RAMADAN | Cadbury Dairy Milk menyatukan rakan kongsi, warga kerja dan rakyat Malaysia untuk menyebarkan harapan dan sokongan kepada komuniti yang memerlukan

Sempena bulan Ramadan yang sinonim dengan belas ihsan, masyarakat akan bersatu hati membantu mereka yang kurang bernasib baik. Bagi menjiwai semangat ini, Mondelēz International (Malaysia), melalui jenama ikoniknya, Cadbury Dairy Milk, menyatukan rakan kongsi, warga kerja, dan rakyat Malaysia untuk menghulurkan sokongan kepada komuniti yang kurang berkemampuan di seluruh negara.

Menerusi pelbagai inisiatif di bawah kempen #MDLZPrihatin, Cadbury Dairy Milk membawa perubahan yang bermakna sepanjang bulan suci ini dengan membuat kuih, memasak dan berkongsi rezeki. Daripada menyediakan juadah bagi golongan memerlukan sehingga memperkasakan usahawan kuih kecil-kecilan, inisiatif ini akan memberi manfaat kepada ribuan individu dari keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara.

#MDLZPrihatin merupakan komitmen jangka panjang Mondelēz International (Malaysia) dalam memperkasa komuniti yang kurang berkemampuan, didorong oleh dedikasi warga kerja, pelanggan, dan rakan kongsinya. Inisiatif ini memberikan bantuan bersasar dalam bentuk kebajikan, pendidikan, pembangunan kemahiran, pemerkasaan wanita, serta keusahawanan. Sejak dilancarkan tahun lalu, ia telah memberi manfaat kepada lebih 45 komuniti dan 4,800 individu di seluruh Malaysia.

Antara teras utama kempen ini ialah ‘ Kuih Raya Dari Hati ’, program tahunan Cadbury Dairy Milk yang diteruskan dengan kerjasama Yayasan MyKasih. Tahun ini, kumpulan wanita dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai dan Lembah Subang sekali lagi berpadu tenaga untuk menghasilkan kuih raya demi tujuan kebajikan sambil menjana pendapatan tambahan menjelang Raya.

Kesemua pembuat kuih ini merupakan ibu tunggal daripada keluarga berpendapatan rendah. Kali ini, mereka berazam menghasilkan 454,400 keping Tart Coklat Cadbury – tiga kali ganda jumlah yang membawa mereka ke dalam ‘Malaysia Book of Records’ pada tahun lalu. Sebahagian kuih Raya ini akan disumbangkan kepada komuniti kurang bernasib baik, manakala selebihnya akan diedarkan sebagai sampel dan hadiah bersama setiap pembelian coklat Cadbury Dairy Milk, bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati air tangan kasih sayang mereka.


“’Kuih Raya Dari Hati’ telah menjadi satu tradisi bermakna bagi kami bagi meraikan semangat Ramadan dan Raya. Selama lima tahun ini, program ini telah melahirkan banyak kisah inspirasi, yang mengingatkan kita bahawa kemurahan hati bukan sekadar satu nilai murni, tetapi juga kuasa yang menyatukan kita semua,” kata Ketua Pemasaran MondelÄ“z International (Malaysia), See Mei Sin.

“Selama 75 tahun, Cadbury Dairy Milk telah menjadi sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia, berkongsi kegembiraan, dan memperkaya kehidupan dari generasi ke generasi. Dedikasi dan ketabahan para pembuat kuih inilah yang memberi inspirasi kepada kami untuk melangkah lebih jauh tahun ini. Jadi, kami akan meningkatkan usaha dan mengukuhkan kerjasama kami untuk mencapai komunti yang lebih luas,” tambah beliau.

Menghidangkan Juadah, Menyuburkan Harapan

Selain menyokong pembuatan kuih Raya, Cadbury Dairy Milk turut berganding tangan dengan pelbagai organisasi sepanjang bulan Ramadan untuk menyediakan hidangan panas kepada mereka yang memerlukan. Bagi ramai orang, terutamanya yang kurang berkemampuan, satu hidangan panas ketika berbuka membawa makna yang cukup besar.

Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, Cadbury Dairy Milk bekerjasama dengan Pertiwi Soup Kitchen untuk menaja penyediaan 10,400 hidangan, bagi memastikan golongan yang memerlukan di sekitar Medan Tuanku, Jalan Raja Laut, Anjung Kembara, dan Chow Kit dapat menikmati juadah berkhasiat ketika berbuka dan sahur.

Selain itu, Cadbury Dairy Milk turut memberi sokongan padu kepada acara #KitakanJiran Ramadan Cookout anjuran Lotus’s Kajang, di mana sukarelawan dari kalangan kakitangan MondelÄ“z International (Malaysia) akan turut serta menyediakan dan mengagihkan juadah berbuka, serta beg cenderahati yang berisi coklat kepada 100 kanak-kanak.

Dalam semangat kebersamaan, Cadbury Dairy Milk mengajak rakyat Malaysia untuk turut serta dalam usaha kebajikan menerusi program Cadbury Kongsi Berkat. Bersama MYDIN dan Lotus’s, jenama ini memudahkan orang ramai untuk berkongsi rezeki dengan cara yang mudah namun bermakna.

Pelanggan boleh membeli dan menyumbangkan makanan tahan lama di Stesen Kebaikan #CADBERI, yang dilengkapi dengan tong derma di 24 cawangan MYDIN dan 23 cawangan Lotus’s terpilih di seluruh negara. Semua sumbangan akan disalurkan kepada Food Aid Foundation dan MYDIN Prihatin bagi memastikan ia sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Sebagai tanda penghargaan, setiap penderma yang berkongsi gambar sumbangan mereka akan menerima coklat Cadbury Dairy Milk secara percuma – sebagai peringatan manis bahawa setiap kebaikan, walau sekecil manapun, mampu mencetuskan keceriaan.

Untuk maklumat lanjut tentang Cadbury Kongsi Berkat dan rangkaian peruncit yang mengambil bahagian, sila layari: bit.ly/cadburyxlotus or bit.ly/cadburyxmydin.