Movie Review | Kurup (2021)

Saturday 8 January 2022

Director : Srinath Rajendran

Writer : K. S. Aravind, Jithin K. Jose, Daniel Sayooj Nair

Cast : Dulquer Salmaan, Indrajith Sukumaran, Sobhita Dhulipala, Shine Tom Chacko, Sunny Wayne, Bharath Srinivasan, Shivajith, Surabhi Lakshmi, Vijayaraghavan, Tovino Thomas

Production Company : Wayfarer Films, M Star Entertainments

Distributor : Dream Warrior Pictures (Tamil), Aditi Enterprises, (Telugu and Kannada), UFO Moviez (Hindi), Netflix

Genre : Crime / Thriller 

Running Time : 155 minutes

Release Date : 12 November 2021

Trailer :


Berlatarkan bandar kecil Cheriyanad, Alappuzha pada tahun 1946 di mana Gopalakrishna Kurup (Dulquer Salmaan) dipaksa untuk masuk Tentera Udara kerana perangainya yang nakal. Di sana dia berjumpa dengan Peter (Sunny Wayne) yang juga senasib bila dipaksa masuk oleh keluarga. Mereka berdua selalu didenda kerana sukar untuk patuh dengan arahan dan peraturan di kem tentera. Gopi dan Peter juga mudah rapat sebab mempunyai minat yang sama, bermain muzik dan pandai menyanyi. 

Tak lama kemudian mereka berdua dipindahkan ke Bombay. Bandar baru, persekitaran baru dan juga hala tuju yang baru. Di sana Peter perasan Gopi selalu berdiam diri dan termenung kemudiannya sering jatuh sakit. Tanpa disangka Gopi akhirnya bunuh diri. Peter kuatkan diri untuk sampaikan berita buruk ni kepada kekasih Gopi, Sharadamma (Sobhita) yang bekerja sebagai kerani. 

Belum sempat Sharadamma dapat terima berita ni, dia berjumpa pula dengan Sudhakara Kurup. Muka saling tak tumpah dengan Gopi. Rupanya, Gopi buat plan untuk matikan Gopi dan hidup dengan watak baru kemudiannya berpindah ke Persia. Di sana kehidupan mereka jauh lebih baik dan berharta. Sekali lagi Gopi berdiam diri dan ambil keputusan untuk pulang ke India seorang diri. Gopi minta Sharadamma percaya dengan tindakan dia sebab dia tak akan abaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah. 

Movie Kurup arahan Srinath Rajendran ni mengangkat kisah sebenar penjenayah Sudhakara Kurup yang hangat diperkatakan sekitar tahun 1970-an hingga 1980-an. Kenapa dia sering tukar identiti dia, kena tengok dekat Netflix lah. Tengok sendiri modus operandi dan jenayah yang dilakukan oleh Kurup sampai Inspektor Krishnadas (Indrajith Sukumaran) catit dalam jurnal sebagai kes terbesar dia pernah kendalikan sepanjang berkhidmat. 

Sejak KGF dengan Baahubali dapat pulangan tinggi di box office Bollywood, movie dari industri filem India Selatan akan terbitkan movie khas dalam Bahasa Hindi. Even dekat Netflix akan tayang dalam 3 bahasa – Tamil, Telugu dan Hindi. I lah yang beruntung sebab boleh layan dalam Bahasa Hindi. Kalau movie bajet besar, ada la lagu dalam Hindi jugak. Movie Kurup ni tak banyak lagu sangat tapi music score dari Sushin Shyammembantu menghidupkan penceritaan kecuali pada babak peralihan masa sekarang dengan flashback. 


Bab lakonan memang tak perlu dipertikaikan pun sebab Dulquer Salman antara salah seorang pelakon top dalam industry Tamil sebab tu syok nak layan. Dia banyak berlakon guna facial reaction dia. Bila kita rasa dia akan ditangkap, watak Kurup ni akan buat smirk walaupun kita tak boleh agak apa tindakan dia tapi bagi assurance yang dia akan terlepas. Bahaya kalau pengarah buat franchise movie untuk Kurup sebab takut terjatuh suka pula dengan watak penjenayah ni. Watak Kurup juga ada signature pose yang dia selalu buat setiap kali dia stuck. 

Sinematografi dari Nimish Ravi dipaparkan dengan cemerlang bila suasana retro dihasilkan melalui props, wardrobe, gaya mahupun interior beberapa lokasi yang terdapat dalam movie Kurup. Tertarik juga dengan poster movie Kurup bila dihasilkan mengikut template 70-an dengan tona warna yang menarik. 

Walaupun movie Kurup diceritakan dengan olahan dan skrip yang menarik tapi tak banyak kisah sebenar dimasukkan macam watak sebenar Kurup agak boros berbelanja dengan belanja kawan-kawan di kampung dan saudara-mara dia sebab tu dalam movie boleh nampak kenapa ramai saudara Kurup cover line baek punya bila polis tanya. 

Kurup in real life

Rumah kedua Kurup yang tak sempat dibina akibat boros berbelanja

Sama juga bila Kurup mula buat pemalsuan polisi insurans menggunakan nama dia. Dalam movie ditunjukkan sebabnya tapi kalau ikutkan kisah sebenar, Kurup terdesak ke arah tu bila Persia dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1980. 

Boleh faham kenapa ramai yang marah dengan team production masa trailer keluar sebab ada babak Kurup nafi untuk tuduhan bunuh sebab dia tak pernah keluarkan arahan tu. Hakikatnya, dalam kisah sebenar idea tu datang dari Kurup sendiri. Sebab tu I cakap awal tadi bahaya kalau Kurup ni dijadikan franchise movie sebab boleh menyimpang jauh untuk glorify criminal. 

Anyway, untuk entertainment movie, naskhah Kurup cukup rencah dengan kekuatan lakonan dari Dulquer dan pelakon sampingan. Tahniah kepada team production Kurup sebab naskhah crime thriller ni dapat sambutan hangat baik di pawagam mahupun di Netflix. Recommended!  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.7 = 8/10

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.