Rawatan Akar (RCT) Di Klinik Pergigian Bangsar

Thursday 11 October 2018

Lepas dah tampal tapi naik bernanah, nak taknak kena lah pergi buat appointment untuk RCT. Nak cabut tapi nak kena tunggu lama pulak. Paling cepat pun bulan Disember. Takut pulak bila tunggu lama nanti gigi tu meragam teruk sangat so guna option paling cepat tapi renyah.

RCT ni ada 4 kali appointment, setiap bulan akan jumpa dengan doktor sebab tu dia masuk kategori renyah sebab nak kena mintak cuti tiap bulan. Nak ambil half day tapi malas sebab takut sakit lepas rawatan. Kalau rawatan belah petang lagi lah malas sebab nanti penat takut tertidur pulak masa jumpa doktor. Alasan sangat uolllsss?

Untuk RCT kali pertama ni doktor akan buka tampalan lama lepastu drill untuk keluarkan bakteria dengan urat saraf dekat gigi tu. Satu dah infected dengan bakteria so lagi 3 kena matikan. Since my tooth already badly infected since lubang agak besar, doktor kena bukak kitab balik cari jalan macam mana nak selamatkan gigi ni.

Doktor kata dia taknak cabut sebab sayang dengan gigi. Rasa syahdu pulak orang lain yang sayang gigi kita tapi kita buat sambil lewa je jaga dia.


Bila tak jumpa jugak akar untuk keluarkan, dia suruh masuk bilik X-ray sebab nak tengok dengan lebih jelas lagi sebab dia taknak drill dalam sangat. Part nak X-ray ni agak seksa sebab dia letak negative filem tu dalam mulut. Memang kena nganga luas gila sampai sakit rahang dengan bibir sebab negative tu agak tajam. Nasib x-ray sekejap je.

Dah dapat x-ray pun sama, lama jugak doktor tu belek mana nak cari akar gigi. Rawatan tu sepatutnya kurang dari sejam tapi jadi sejam setengah sampai lenguh belakang baring dekat kerusi tu. Bab nganga mulut tu tak payah sembang lah, bersyukur rahang tu boleh tutup balik je lepas rawatan.
Walaupun RCT ni tak sakit tapi kena stay awake lah nak elakkan daripada tertidur kang terdrill bahagian lain mau jadi final destination dekat klinik ni. Over kan? Hewhewhew

Tapi seriouslah memang mengantuk tunggu rawatan ni nak habis. Sebab bosan sangat, main dengan penyedut air liur tu je pastu terhibur sendiri. Habis je rawatan ni lidah rasa masin sikit sebab 2 botol sodium habis untuk rawat gigi ni je. Tapi yang paling tak bestnya lidah rasa pahit sangat sampai nak termuntah sebab doktor buat tampalan baru campur ubat untuk gigi.

Pahit pahit pun 4 jam jugak lepak Seoul Garden melantak segala makanan yang ada hahaha
Sekarang ni kena jaga gigi rosak ni sampai rawatan kedua. Lepas gosok gigi memang wajib kumur dengan Listerine sebab tak boleh nak brush beria sangat plus nak hilangkan rasa pahit ubat tu. Hari kedua dan masih lagi pahit. Fuhhhhh iolls redho.

6 comments

  1. Aiyakkk gigi mana yang problem tu? Kinah pulak appointment hujung bulan ni cabut gigi. Tak boleh nak selamat dah huhu

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi...
    pernah dgr bos cerita dia buat rawatan akar ni..

    ReplyDelete
  3. Allah.. Faham sangat perasaan bila berkaitan dengan gigi ini.. Semoga dipermudahkan semuanya buat Farhanna..

    ReplyDelete
  4. bila mana gigi sakit, mood memang ke laut dalam. haha. lagi teruk berbanding period pain kot :D

    ReplyDelete
  5. Saya pergi scaling pun dah rasa tak senang duduk walaupun sekejap je. Lagilah awak yang ada masalah macam ni. Kalau saya ada masalah gigi macam awak ni, tak tahulah macam mana nak tempuh.

    ReplyDelete
  6. Part terhibur main dgn air liur dan melantak kat seoul garden, mmg legend lah 🤣🤣🤣 sengih2 aku baca

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.