Lirik Lagu Kau Takkan Tahu - Zizan Razak ft Melda Ahmad

Saturday 27 October 2018

First time dengar tertarik dengan lirik lagu Kau Takkan Tahu dan keunikan suara Melda Ahmad. Kau Takkan Tahu mengisahkan tentang hubungan suami isteri yang rosak sebab syak prasangka dan kurang komunikasi. 

Image result for kau takkan tahu

At first Zizan kata lagu ni tentang kekasih tapi dalam MV tidur sekali means suami isteri lah kan? Anyway, lagu dan lirik single genre hip hop ni memang best dan ada mesej tersendiri. I really hope Melda Ahmad boleh pergi jauh dalam industri sebab bakat dia cantik, secantik tuan punya badan. 

Currently single ni trending di tangga ke-16 di Youtube dengan 1.5 juta views dan 38k likes! Yang belum dengar, klik video dekat bawah 


Tajuk : Kau Takkan Tahu
Artis : Zizan Razak ft Melda Ahmad
Lagu : Alif
Lirik : Alif for Magic Potions/ Talegas Production


[Verse 1: Zizan Razak]
Uh
Ku selesa sudah berpunya
Dia juga berteman dan khabarnya bahgia
Urusan aku dengannya 8 ke 5 saja
Tidak pernah lebih walau kerja lebih masa
Tidak pernah lebih walau kerja lebih masa

Biar suku hari berbualkan kisah masa
Biarpun kudapan berhadapan dan semeja
Batas sudah jelas tak perlu jelas berjela
Tapi yang berlaku itu ku kurang mengerti
Pandangan berubah merenungnya saban hari

Mungkin ini kisah rasa atau soal hati
Bukan kurang peka perasaan si menanti
Bu-bu-bukan kurang peka perasaan si menanti
Sedar nya setia tika pulang petang nanti
Jangan pernah runsing selagi tidak berlaku
Ku tidak akan runsing
Cuma

[Chorus: Melda Ahmad]
Sayang kau takkan tahu
Apa yang berlaku
Simpan alasan mu
Kau takkan tahu

Sayang kau takkan tahu
Apa yang berlaku
Simpan alasan mu
Kau takkan tahu, tahu

[Verse 2: Zizan Razak]
Kalau ku membanting tulang
Kalau ku menjaga kata
Dan kalau ku lebihkan masa
Dan kalaulah kau begitu juga
Masalah yang tidak dibincang

Di angkasa tapi tiada bintang
Dan hadiah tak semua disimpan
Ku setia tak perlu diiklan (ay)
Mungkin bukan masa yang kau perlu (ay)
Mungkin aku saja yang kau perlu
Boleh diatasi satu-satu
Ku hampir mula, tunggu aku, cuma

[Chorus: Melda Ahmad]
Sayang kau takkan tahu
Apa yang berlaku
Simpan alasan mu
Kau takkan tahu

Sayang kau takkan tahu
Apa yang berlaku
Simpan alasan mu
Kau takkan tahu, tahu

[Bridge: Melda Ahmad]
Jasad hadir tapi hati tak begitu
Firasat akhir bukan aku yang di situ
Ya untuk kamu aku bukan lagi ratu
Tidak cukup sempurna malah hanya buang waktu

Dirundung sepi ku di hurung murung
Cinta agung lepas dari junjung (oh no)
Ku usung hiba, kelam, mendung
Namun kau hanya membiar, biar, biar

[Verse 3: Zizan Razak & Melda Ahmad]
Kadang aku tertanya
Salah-salah kita ada di mana (biar, biar, biar)
Bagaimana harus ini berakhir?
Banyak yang terpendam dari yang terzahir (no, no, no, no, ay)
Nanti dulu sayang (ay), sebentar wahai sayang (ay)
Mungkin seperkara dua ku terlepas pandang (oh no no no)
Ku masih lagi sayang, kau nyawa ku sayang
Biar ku jelaskan salah faham yang kau bayang

[Chorus: Melda Ahmad]
Sayang kau takkan tahu (kau takkan tahu)
Apa yang berlaku (apa yang berlaku)
Simpan alasan mu
Kau takkan tahu (na, na, na, na)

Sayang kau takkan tahu (na, na, na, na)
Apa yang berlaku
Simpan alasan mu
Kau takkan tahu, tahu
Simpan alasan mu
Kau takkan tahu, tahu

6 comments

  1. best jgak kan..

    ReplyDelete
  2. Memang sedap lagu ni. Pelik org bandingkan zizan dan malique, dah sah-sah gaya lain-lain. Apapun kita first time dengar dah tahu pasal husband yang rasa bersalah kat wife sebab salahfaham pasal org kat office, tp komen kt youtube tu mostly pasal zizan dan Mira filzah, hahaha. tak deep betul dorang :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kannn! Apa benda boleh kaitkan sampai Mira Filzah padahal lirik lagu tu terang-terang cerita pasal rosaknya hubungan tanpa komunikasi. Lagipun bukan Zizan yang karang lirik or produce lagu. Tak suka betul jenis suka compare talent orang ni. Zizan ada cara sendiri & lagu-lagu dia pun best.

      Delete
  3. Not bad lagunya.. lirik dia tu menarik.. memang kalau kurang komunikasi boleh merosakkan hubungan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.