Short Trip To Cameron

Tuesday 16 October 2018

Cuti bulan September lepas ramai sangat yang menapak ke Cameron, scroll socmed penuh gambar kawan-kawan blogger pergi Cameron tapi tak terjumpa lah pulak. Maybe sebab bercampur dengan throwback post kot hihu


Lepas company trip dekat Bukit Merah, menyinggah kejap di Cameron sebab dah dekat dah lagipun kempunan nak makan strawberry fresh atas bukit. Bertolak dari Taiping agak lewat petang sebabnya ada kerja kena settlekan dulu sebelum keluar dari Taiping. Jalan tak jam pun tapi ya tuhaannnn peningnya hadap jalan berliku. Memang tak celik langsung sepanjang naik ke Cameron.

Dah sampai baru buka mata memasing, syok sungguh jadi passenger ni. Last time pergi ke Cameron masa sekolah rendah. Memang tak ingat dah suasana dekat Cameron ni. Tapi betul lah kata orang Cameron dah tak sejuk macam dulu, pakai baju biasa dengan selipar jamban pun relaks je rasa panas. Maybe lemak banyak sangat kot.

Sepanjang dekat Cameron ni memang banyak kebun pertanian segala jenis tanaman tapi paling best nak tengok haruslah strawberry dengan salad. Cantik sangat membesar dekat Cameron! Best betul orang Cameron ni hari-hari makan strawberry.




First stop kitorang dekat Last Stop tapi cuma tumpang tandas je sebab  dah lewat so kitorang rush ke homestay dulu. Jalan memang tak jam sebab ramai dah menghala turun dari Cameron. Kalau jam pun polis akan jaga kawasan supaya tak sesak teruk terutama dekat Kea Farm.


Dah check-in dekat homestay kitorang turun ke Ladang Teh Sungai Palas. Tbh, tempat ni overrated. The tak sedap mana pun, mahal pulak tu. Better you guys beli Ahmad Tea je daripada beratur panjang dekat kaunter dan kecewa. Tak beli pun makanan dekat situ sebab ladang teh so nak rasa teh dari ladang dia je lah. Kawan beli waffle ice-cream tapi hmmm syahdu terasa menusuk di jiwa. Waffle dia tebal sangat, bila makan memang muak. 


Turun dekat ladang bawah tu kena charge RM2 per entry tapi tak boleh turun sampai bawah pun macam Ladang Teh Bharat. So ambil gambar tangan je lah lepastu balik sebab dah nak malam dah pun. Even nak turun bawah pun agak bahaya actually sebab tanah merah dan agak licin. Kalau jatuh sia-sia je untuk keindahan yang tak seberapa.





Aktiviti malam, kitorang jalan-jalan dekat Pasar Malam Golden Hill since homestay kitorang dekat area tu je. Tak banyak benda best pun untuk dibeli. Keychain, teh pelbagai perisa, makanan bergoreng and dekat Cameron memang banyak sangat gerai jual poncho pelbagai design.

Balik rumah lepas sesi menyembang sampai lebam terus tidur. Pening naik Cameron pun berbisa lagi so untuk orang macam kita ni memang tak layak naik Cameron balik hari. Bila dapat katil dengan comforter cuaca sejuk malam memang tidur nyenyak kemain lah sampai pagi esoknya. Siapa pernah pergi Cameron pening macam kita jugak faham lah kot perasaan ni. Okay then, till next entry!

16 comments

  1. sg palas pun dah berbayar ye, farhanna?
    aduhai. ari tu akak ke cameron valley jer. memang kena byr la.
    sebelum2 ni ke sg palas free. dah berbayar plak.
    hmmmmm amik untung sesgt ekk diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah pasalnya. Bukannya dapat turun jauh pun, suku je dari atas. Sebab dah jadi must-visit place untuk honeymoon & vacation sebab tu kaut untung selagi boleh

      Delete
  2. Rindu nak pergi sana. Last pergi tahun lepas dgn members. Paham perasaan pening tu. Time naik cameron tu tak terasa sgt. Time turun tu masha allah. Kita dah get ready tido dulu. punya lah tak nak termuntah nanti :p

    ReplyDelete
  3. Teringin nak pergi, so far belum bpeluang lg

    ReplyDelete
  4. i last pegi cameron dlm 2@3 months ago. nak pegi lagiii

    ReplyDelete
  5. Dah 2 blog singgah cter psl CH...
    cemburunyaaaa...dah lama x pergi ni...
    skrg ni x leh nak pergi takut tanah runtuh musim ni x mengizinkan

    ReplyDelete
  6. ramainya pergi cameron.cameron memang tempat favourite airah tapi tak cukup masa kalau balik perak tu nak pergi sana

    ReplyDelete
  7. lama sgt tak pegi CH.... tp baru2 ni yg kata ada tanah runtuh kt CH, alahai seram lak nk ke sana...tp kt CH lah tanah tinggi yg best blh cuti2... blh rht2 n supink2.... tempat lain takde yg best camtu kt semenanjung nih... klu nk ke kundasang jauh pulak

    ReplyDelete
  8. Awak mesti lalu jalan Tapah kan.. Sebab kalu ikut jalan Simpang Pulai, jalannya dia pun berliku jugak tapi takdelah pening sangat.. Akak tak sempat nak pegi mana-mana aritue sebab masa terlalu pendek untuk dikunjungi.. Masa akak pegi aritue, cuaca memang sejuk sebab kebetuulan masa tue musim hujan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak lah, lalu ikut simpang pulai. Masa tu tengah period so badan pun tak berapa nak sihat sangat. Sama lah kita, tak sempat nak pergi banyak tempat pun. Tidur sana pun tak cukup masa nak jalan sana sini sebab malam tak ada tempat boleh pergi. Banyak tempat tutup pukul 6.30

      Delete
  9. kita 1st and last pergi pon masa hneymoon ritu.lama dah tak pergi cameron.memang pening nasib baik tak muntah2 jer.

    ReplyDelete
  10. Kak ana kalau nak naik Cameron prefer jalan simpang pulai. Much better. Jalan luas dan x berapa nak pening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut situ lah kak ana tapi apakan daya, tewas juga akhirnya hahaha

      Delete
  11. Lama gila tak pergi genting... Bertahun dah.. Teringin gak nak gi sana lagi..

    ReplyDelete
  12. Kalau badan tak berapa sihat memang boleh pening naik Cameron.. Dah pernah kena dan faham perasaan tu.. Lama juga tak naik Cameron.. Kalau semua tempat dah berbayar memang tak bestlah..

    ReplyDelete
  13. Lama dah tak pergi Cameron Highland. Cameron Highland ni tiba-tiba macam naik balik.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.