Kek Pasar Malam Subang Perdana

Sunday 28 October 2018

Entri ni dah lama tapi selalu teringat-ingat kek sedap akak yang jual dekat pasar malam Subang Perdana ni. Jarang nak pergi dekat pasar malam ni sebab sesak sangat, nak cari parking memang menangis jugak kadang. Pernah sampai 2,3 kali pusing sebab tak mampu la nak park jauh sangat since nak memborong dekat situ. 

Pasar Malam Subang Perdana ni agak besar jugak lah dan sesak so kena datang awal kalau tak banyak yang habis dijual nak pula kalau makanan. Tengah mencari buah masa tu sebab tengah musim buah tapi lain pulak yang kitorang jumpa.

Gerai kek akak ni ada dekat bahagian buah-buahan and gadget, kebetulan je terjumpa tapi sebab kebetulan ni, gatal pulak tangan nak ambil kek dia dekat dalam bekas tester. Dah rasa satu cubit terus nak rasa kek yang lain pulak sampai decide nak beli 3 bekas kek.

Nampak tak perangai?


Bila dah beli banyak memang tak mampu la nak habiskan semua dalam masa singkat lagipun akak yang jual tu kata kek dia boleh tahan seminggu tapi dua minggu baru habis tapi rasa dia okay je lagi. Habis teruk pun sakit perut je kalau dah basi/rosak.

Siapa yang pergi Pasar Malam Subang Perdana tu try lah rasa kek akak ni sebab murah je dia jual. 1 bekas RM8 je. Sedap pun sedap.

5 comments

  1. Tgk kek terus rasa nak mkn kek 😀

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...rambang mata bila pegi mana2 nampak peniaga yg jual kek.

    ReplyDelete
  3. RM8 saiz tu? Murah sangat tu.. kat sini paling murah pun RM10, campur campur tu dah jadi belas belas..

    ReplyDelete
  4. Rasa macam nak pi je pasar malam subang perdana ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.