Misi Mencari Strawberry Di Cameron Highlands

Friday 19 October 2018

Hah sambung balik cerita jalan-jalan dekat Cameron Highland bulan lepas. Previous entry boleh baca dekat SINI

Disebabkan kes sesak di Cameron Highland sampai viral masuk FB tu kannnn, effect dia adalah KEHABISAN STRAWBERRY! Kau rasa nak menangis ke tak bila pergi semua tempat, strawberry kebanyakannya yang muda hijau baru nak masak? Syahdu lepas pening kepala dalam perjalanan naik, dapat tahu pulak strawberry habis. 


Hari Sabtu naik ikut Simpang Pulai, cadangnya turun balik ikut Tapah. So dari Brinchang cari strawberry ke Tanah Rata, Tringkap sampai masuk Habu tau tak?!! Ada je sebenarnya tapi charge per entry tu mahal lah. Sebak rasa hati nak bayar. 

Sebelum turun ke Habu tu, kitorang singgah dekat satu kedai ni tapi I lupa apa nama kedai dia. Terletak tepi jalan, depan sikit dari ladang teh tak silap. Dekat sini nampak je macam kecil kedai dia tapi tingkat bawah ada kedai cenderamata, kedai pokok bunga, kedai sayur, kedai teh dengan cafe. Bahagian atas pulak kebun strawbeery dia tapi sayangnya dah out of stock dah masa datang ni. 



Kedai cenderamata dia macam -macam ada jual tinggal you guys nak pilih je apa nak. Harga tak murah dan tak mahal sangat macam tempat lain. Dekat tempat ni ada jual aneka teh pelbagai perisa, dried strawberry, sayur-sayuran yang diorang tanam sendiri tapi tak banyak lah stok dia. 


Cafe dia pun not bad jugak sebab ada banyak menu yang rare antaranya pudina milkshake, chicken chop strawberry, chicken strawberry rice, nasi lemak strawberry, waffle ice cream strawberry dan banyak lagi lah yang strawberry base. Deco cafe pun agak nice ditambah pulak ada air terjun dengan kolam buatan dekat hujung cafe tapi air dia tak lah aktif sangat, kang banjir pulak. Walaupun tak cukup staff, kedai ni bersih tau!




Masa dekat sini tak sempat nak makan walaupun bau waffle dia ya tuhannn, dari hidung terus jatuh ke perut. Rasanya tarikan utama kedai ni pasu seramik comel dan pokok bunga dia yang cantik belaka. Nak pulak tengah buat promosi memang menggeletar je tangan nak beli pokok. 




 










Tapi dalam banyak-banyak pokok bunga, paling jatuh cinta dengan pokok bunga Azalea! Cantik sangat bila dia kembang mekar dalam pasu. No wonder lah my partner nak letak nama anak Azalea nanti. Okay, now I'm the one yang excited!


Sudahnya dalam nak beli 1 pokok tu berjaya jugak lah beli 3 pokok. 2 pokok bunga ros dengan 1 pokok cili kontot. Tapi jangan tanya mana dah pokok bunga ros tu sebab dah mati kejung bila turun dari Cameron so tak payah berangan nak tengok dalam entri ni. Hanya pokok cili yang survive dan masih lagi berjaya berbuah seperti tak ada apa yang berlaku dalam hidup dia. 


Rasanya kalau pergi lagi dekat Cameron ni memang tak beli dah kot segala pokok sebab perubahan cuaca yang agak ketara. Ada pokok mampu survive, ada yang tak. So sekarang ni tengah gigih cari benih pokok azalea! Siapa ada, tolong pos dekat rumah I! Nowwwww!

7 comments

  1. Adeh..Terliur tengok strawberry..Cicah plk dgn madu...Layan sgt...Trbau2 jgk bau teh earl grey...huhu

    ReplyDelete
  2. cantiknya bunga-bunga tu kembang mekar ja..

    ReplyDelete
  3. waffle , bunga, waffle , bunga ...
    ok ... kak pip pilih waffle ...
    tapi bunga azalea memang cantik ..

    ReplyDelete
  4. Strawberi ni sedap kalau makan kat CH kan, kalau dah sampai kat umah kemain masam.. hehe

    ReplyDelete
  5. Lawanya.. selawa nama dia Azalea.. teringin pula nak cari..

    ReplyDelete
  6. sedapnya stoberi.. nak sikit boleh

    ReplyDelete
  7. memang sesak sungguh cameron highlands sampai viral. terbukti cameron highlands pilihan utama penduduk malaysia untuk jalan2 cuti2 malaysia ^_^

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.