Drama Review : Pengantin 100 Hari

Saturday 28 July 2018



Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Sharifah Abu Salem
Pelakon : Aiman Hakim Redza, Aishah Azman, Amelia Henderson, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato’ Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhan Amir, Shariza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan, Yusri Salleh, Faiz Izzat
Genre : Drama/Cinta
Jumlah Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 25 Jun 2018
Syarikat Produksi : Suhan Movies & Trading
Penyiaran : TV3 Slot Samarinda
OST : Sulit – Aman Aziz
Trailer : N/A

Drama Pengantin 100 Hari yang diadaptasikan dari novel tajuk yang sama hasil karya ditayangkan di TV3 Jun lepas. Mengisahkan tentang Amar (Aiman Hakim Redza) jatuh cinta pada Sofia (Aishah Azman) dan berkahwin selepas mendapat persetujuan dua belah keluarga tapi sayangnya Yasmin (Zila Bakarin) mempunyai agenda lain untuk mengembangkan syarikatnya bersama Dato’ Fahmi (Dato’ Rahim Razali) . Gagal rancangannya untuk megahwinkan Amar bersama Erina (Amelia Henderson), dia menipu Sofia akan mengadakan majlis resepsi di hotel ternama dengan jemputan terhad.

Sofia pelik bila keluarganya belum mendapat kad jemputan untuk majlis resepsi tersebut tapi mendapat tahu majlis resepsi tersebut adalah majlis akad nikah Amar bersama Erina. Amar yang dibelasah dua orang lelaki misteri disalah anggap sengaja menghilangkan diri untuk mengelak dari menjawab persoalan Sofia lantas ambil keputusan untuk tinggalkan rumah dan membawa bersama barang kemas dan juga geran butik yang pernah dihadiahkan oleh Yasmin. 


Selesai majlis akad nikah, abang Sofia, Iqbal (Fazreen Rafi) menumbuk Amar kerana menganiaya adik dan keluarganya. Dato' Fahmi yang terkejut dengan berita ni membatalkan perjanjian bersama Yasmin untuk menggabungkan syarikat mereka lantas membuang Erina dari keluarganya kerana memilih untuk setia bersama Amar.

Amar melayan Erina acuh tidak acuh kerana baginya, Erina punca Sofia lari walhal Erina juga mangsa keadaan yang dicipta oleh Yasmin. Bila Erina gagal memujuk atuknya untuk bergabung dengan Yasmin, Yasmin melayan Erina dengan teruk walaupun dia sayang Erina sebagai anak angkat dan juga menantu tapi berubah rasa sayang bila Erina tak punya apa-apa.


Erina meminta 100 hari untuk hidup bersama Amar dan menjaga makan minumnya selepas Amar kemalangan dilanggar van semasa mencari Sofia. Selepas 100 hari, Erina akan terima apa saja keputusan Amar sama ada untuk ceraikan atau memilih untuk hidup bersama kerana bagi dia perkahwinan perlu berdasarkan cinta dan Erina tahu kenyataan Amar mencintai Sofia.

Amar pula ambil keputusan untuk ceraikan kedua-dua isterinya kerana masalah kesihatan yang dialami dan tak akan mampu memberikan zuriat baik kepada Sofia mahupun Erina. Yasmin pula semakin runsing dengan pembatalan penggabungan syarikat malah syarikatnya semakin merudum bila suaminya, Rusdi (Edika Yusof) berhenti dan berkerja di syarikat lain kerana bercinta dengan Sherry. Lagi parah bila syarikatnya muflis lantas dibeli oleh Dato’ Fahmi yang dah lama intai peluang.


Dalam ramai watak yang ada ni, paling kesian dekat si Erina lah sebab ditipu oleh Yasmin tentang perkahwinan padahal Yasmin guna Erina untuk bergabung syarikat je. Dah lah dibenci Amar, dibuang keluarga, dihina pulak oleh Yasmin tapi dial ah paling matang dan sabar dalam semua masalah yang jadi dalam drama ni walhal dia paling muda antara semua watak.

For me, Amar dengan Sofia masing-masing bertindak melulu lepastu paksa semua orang ikut keputusan diorang. Masing-masing rasa masing-masing ada hak untuk tentukan hidup orang lain. Kalau dari Amar faham juga kenapa dia jadi macam tu sebab satu keturunan dengan mak dia tapi Sofia ni entah ikut siapa sebab parents dia jenis lembut, husnuzon dan redho je. Mungkin sebab berjodoh dengan Amar kot so jodoh cerminan diri kita ye dak?


Betul juga cakap Farah (Jasmine Suraya), kawan baik Sofia bilamana dia tak boleh salahkan Amar ceraikan dia. Puas Amar cari sampai accident, risau sampai serabai, pujuk nak explain tapi Sofia taknak jumpa dan sembunyi di rumah Farah buat semua orang risau sampai mak dia meninggal. Benda boleh settle kot kalau berbincang. Boleh je hidup harmoni berpoligami sebab Erina bukan sejenis dengan Izreen. Ehhhh

Paling suka scene Dato’ Fahmi terkejut Erina pilih untuk stay dengan Amar lepas akad nikah walaupun tahu Amar dah ada isteri. Style gila Dato’ cakap ‘What?’. Reaction Dato' sama dengan my reaction throughout this drama. Terhibur jugak dengan perangai Yasmin bila dia suka melawan cakap suami dia. Betul cakap Yasmin bila Sofia lari tinggalkan Amar, tak pernah kisah pun Amar dekat hospital padahal lama Amar masuk wad. Mak mana tak bengang tengok orang yang kata cinta sangat dengan anak dia tapi bila anak dia sakit hilang entah ke mana. Kalau bukan mata duitan, kenapa ambil semua harta yang Yasmin bagi?


Tak payah nak bede’ah la kata nak mulakan hidup baru, Sofia tu takkan lah tak ada kelayakan nak kerja sendiri? Kalau dia duduk dengan parents dia, jaga mak dia yang sakit pun elok daripada hilang buat mak dia tak tidur malam mengigau meracau mimpikan dia. Kata benci tapi harta dia ambik pulak. Lepastu happy buka butik walhal butik Yasmin. Memang patut lah Yasmin menyampah. Taknak Yasmin tahu dia dekat mana tapi buka butik dia. At least cerdik lah sikit jual butik tu, hasil jualan tu buka butik dekat tempat lain.

Berbulan jugak lah Sofia terperap dalam rumah Farah tak buat apa pun. Erina yang kena buang keluarga, tak ada yang support dia, penat jaga Amar pun boleh bangkit lepas kena cerai. Siap plan lagi apa nak buat in future kalau Dato’ Fahmi tak terima dia, cari kerja lain dan hidup happy.


Walaupun tak suka banyak benda dengan drama ni tapi have fun jugak lah tengok sebab ada Erina. Ingat tak penat ke hadap Aiman yang kayu, nasib ada Zila Bakarin atau Erina almost in every scene sebab kalau dia seorang memang gagal betul. Scene nangis pun macam scene air dari siling jatuh setitik dekat mata. Ayah dia pulak dok hah tak habis-habis. Oh god.

Soundtrack drama ni kena lah dengan konflik Amar yang tension nak selesaikan drama mak dia cipta lepastu kusut sendiri. Thanks to Poplook outfits sebab cantik dan padan dengan Erina yang vogue and stylish. Sofia tak payah lah sebab dia punya wardrobe mostly t-shirt je sebab terperap dekat rumah dan menangis. Tapi puji lah duduk rumah tak pakai makeup, sakit pun muka memang nampak pucat. 


Oh selain Amelia Henderson, watak yang hiburkan mata dan hati ialah Jasmine Suraya. Minat betul dengan dia lepas tengok drama Hero Seorang Cinderella. Bila entah dia nak jadi heroin. Geram je tengok karakter dia. Dah la cantik comel, stylish lepastu pandai berlakon pulak tu. Hopefully lepasni boleh tengok Jasmine atau Amelia jadi heroine because they deserve that role. 


1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.9, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 6.7/10

6 comments

  1. complicated sangat drama ni. apa endingnya? tak sempat nak tengok last episode..hihi

    ReplyDelete
  2. Mgu lepas.. Tertggal plak.. Nnt kena tgk online balik ni

    ReplyDelete
  3. sebenarnya drama ni siapa yang watak utama sebenarnya. konfius

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sorry, Aiman dengan Aishah. Amelia heroin kedua.

      Delete
  4. Tengok jugak drama ni.. .Tapi kejap2 jela. Hehe... Paling kesian tgk watak Erina.

    ReplyDelete
  5. Ala, tak sempat pun tengok...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.