Dari Sudut Pandangan Golongan LGBT

Sunday 22 July 2018

Image result for lgbt

Sejak akhir-akhir ni memang banyak status dan beberapa entri tentang golongan LGBT di Malaysia ni dan kebanyakannya berbaur kecaman dan ketakutan dengan bala yang bakal menimpa. Dulu pun pernah juga gempar beberapa kali tentang golongan ni dan sekarang kembali gempar kerana berubahnya tampuk pimpinan negara yang bersifat lebih terbuka.

Golongan LGBT ialah golongan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender yang secara terang menyimpang dari kehidupan normal manusia dan kontrak sosial masyarakat. Dalam kitab agama juga melarang keras perhubungan sejenis yang wujud. Bukan setakat agama Islam sahaja tapi agama lain juga. Bukan setakat bangsa Melayu sahaja yang menentang tapi bangsa yang lainnya juga sama menentang secara lantang.

Tapi bukan ingin mengulas siapa dan betapa bahayanya golongan ini sebab dah terlampau ramai yang menerangkan dan tanpa henti menaik muat status dan kecaman di semua akaun media sosial. Tujuan entri ni cuma ingin berkongsi pengalaman dan perkenalan bersama golongan mungkar ni.

Masa zaman awal remaja, sama juga seperti manusia lain membenci, mengecam dan menghina golongan ni tapi bila kenal dan memahami golongan ni, berhenti secara total dan lebih menghormati. Bukan disebabkan sudah jatuh cinta ataupun mempunyai hubungan sejenis tapi disebabkan memahami yang ini ujian mereka. Bersyukurlah kalian dilahirkan ‘normal’ dan mempunyai iman tertinggi dalam kehidupan bermasyarakat.

Tak semua golongan LGBT bernafsu serakah hidup hanya mencari lubang jubur atau kepuasan seks semata. Ada yang cuma ingin hidup penuhi impian seperti manusia normal yang lain. Pernah kenal dengan seorang imam gay. Memang tak boleh terima macam mana imam yang mengamal dan menghafal surah-surah yang melaknat manusia seperti dia boleh terjebak dengan kehidupan tersebut. Katanya ini ujian Tuhan dan tak pernah sekalipun dia berhenti berdoa supaya mengubah hidupnya yang satu ni.

Image result for lgbt

Ada juga kenalan gay yang baik budi pekerti, jauh lagi baik dari manusia normal. Walaupun dia dalam golongan tu, hidup dia tak pernah berpaksikan nafsu dan tak pernah pula dia mendorong sesiapa untuk hidup seperti dia. Dia hanya hidup dengan cara dia, suka membaca, suka mengembara dan minat dengan fotografi.

Sedih bila baca golongan ni ditindas, dianiaya, dipukul dan ada juga yang dibunuh hanya kerana jalan cerita hidup agak berbeza dengan manusia normal. Ada yang taknak dedahkan identiti sebenar tapi penat dengan desakan untuk berkahwin lantas memilih untuk berterus-terang. Sudahnya dibuang keluarga, dihalau keluar rumah walhal niat di hati tak ingin lukakan hati bakal pasangan.

Betul, golongan ini membawa bahaya baik dari segi dosa dan masalah sosial tapi adakah dengan membenci, memukul atau membunuh akan selesaikan masalah? Betul, ada yang saja mencuba untuk ikut trend dan mempermainkan agama seperti pengasas kosmetik terkenal tapi yang bersifat ini harus dikecam dan dibenci dan bukan yang ingin hidup seperti manusia lain.

Bukan setakat berkelakuan negatif terhadap golongan ni, tapi berfikiran negatif juga agak memalukan bila ramai yang hentam keromo berkongsi fakta yang salah.

 Related image

Berhenti memalukan diri sendiri dan mula menghormati juga kekurangan manusia lain. Dan tak semestinya yang menghormati tu menyokong tindakan golongan ni. Tidak menggalakkan dan tidak pula membenci sehingga perlunya provokasi ke arah keganasan. 

Pernah juga ada yang menyindir nanti kahwin lah dengan kaum sejenis sebab tak sehaluan dengan yang sentiasa mengecam. Last time I checked, my partner is a man and straight. Like I said earlier, tak bermaksud menghormati tu menyokong tindakan tersebut tapi tak pula membenci sehingga perlu mengganas. 

Anehnya suara-suara lantang ni hanya lantang apabila isu perkauman dan golongan ni tapi tak pula lantang untuk isu pemimpin berjoli dengan duit rakyat, isu-isu rasuah, isu-isu produk berbahaya ataupun isu pedofil yang semakin ramai di Malaysia walhal isu-isu ni menganiaya manusia lain. Boleh pula suara-suara lantang ni mengambil langkah untuk berdoa supaya manusia-manusia ni berubah dan mendapat hidayah. Aneh.

Cukup kita kuatkan iman sendiri dan bataskan diri dari terjebak. Berperang dengan nafsu memang susah untuk menang tapi tak layak kita berlagak menghukum seperti Tuhan tambah pula dosa yang tak menganiaya manusia lain, dosa yang tertutup hanya dia dan Pencipta yang tahu. We sinned differently.

11 comments

  1. nauzubillah jauhkan lah dr keturunan kita semua...

    ReplyDelete
  2. Masalah rakyat kita suka menghukum dari menasihati. Suka mencerca dari menolong. Memang wajib kita membenteras gejala sosial tapi biarlah dengan cara berhemah dan bukan dengan cara memalukan atau menjatuhkan maruah.
    Saya setuju setiap insan berbeza tahap ujian dari Nya. Kena faham untuk bawa mereka kembali kepangkal jalan haruslah ada kesabaran dan kemahiran yang tinggi. Ibu bapa adik beradik dan masyarakat semua harus memainkan peranan. Bukan lepas tangan kat pihak berkuasa saja.

    ReplyDelete
  3. isu ni makin berleluasa sgt, kalau tengok kat ig dah bercambah golongan-golongan ni yang dah tak segan lagi buat salah secara terbuka. Yang menegur pun tak nak kalah, kadang bila terlalu mengecam ni depa lagi seronok nak buat salah. huhu

    ReplyDelete
  4. UJIAN ALLAH INI PELBAGAI KPD HAMBA-HAMBANYA MOGA GOLONGAN LGBT DIBERI TAUFIK HIDAYAH-NYA KEMBALI KE JALANNYA YG DIREDAI

    ReplyDelete
  5. Lihat sekarang golongan LGBT dah semangkin Berani menyuarakan hak mereka dengan alasan kebebasan Dan juga hak asasi manusia.. Apapun dakwah pada mereka perlu ada hikmah

    ReplyDelete
  6. Mudah2an ada jalan yang lurus untuk mereka(LBGT) dan kita2 juga

    ReplyDelete
  7. moga mereka diberi kekuatan untuk terus berubah

    ReplyDelete
  8. moga diorang sedar dengan perbuatan diorang. sebab skrg terlampau terbuka dan dapat sokongan dari fans, tu jang jadidorang tinggi melangit tanpa pikir teguran yg lebih berilmu.

    ReplyDelete
  9. kak pip dulu kecik2 ada sorg kawan tu mmg jenis pondan ... tp dia tak kacau org , baik budaknya, cuma tu lah bila hujung minggu dia berubah jadi pondan, pakai baju gegirl, pakai make up mak dia ... tp kita still main sama sama, tak ckp pun dia pondan ... sampai remaja pun he still pondan ... tapi habis ja high school, dia kerja kat Singapore, dan kat sana dia jadi lelaki sejati dan till now tak pernah tukar jd pondan balik ...so, bab2 LGBT ni, kak pip doa yg baik2 saja utk semua ...

    ReplyDelete
  10. Kepada yang menghadapi ujian ini (LGBT), Sha doakan semoga mereka diberikan hidayah Allah untuk kembali berubah kepada fitrah sebenar.. sokongan dari keluarga dan kawan-kawan juga amat mereka perlukan..

    ReplyDelete
  11. Supaya mereka semua mendapat petunjuk dari Allah

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.