Drama Review : Cross

Saturday 21 April 2018


Director : Shin Yong-hwi
Cast : Go Kyung-pyo, Cho Jae-hyun, Jeon So-min, Kim Ji-han, Yang Jin-sung, Jang Gwang, Kim Jong-goo, Heo Sung-tae, Yoo Seung-mok
Genre :  Medical Thriller
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : 29 January 2018
Trailer :


Cross mengisahkan tentang Dr. Kang In-gyu (Go Kyung-pyo), doktor bedah yang memohon untuk bekerja di Penjara Shingwang. Permohonan bekerja di penjara menaikkan tanda tanya kepada Dr Baek Ji-nam di situ kerana kehebatan Dr. Kang sepatutnya menempatkan dia di hospital besar dan ternama tapi disebabkan Dr. Kang dapat selamatkan banduan semasa interview, dia dapat lah bekerja di situ.


Tapi keraguan Dr Baek tak berhenti di situ je so dia gali lebih dalam lagi kenapa & akhirnya jumpa jawapan nak pula bila Dr Kang sendiri mengaku yang dia datang untuk balas dendam kepada Kim Hyung-beom (Heo Sung-tae) yang telah membunuh ayahnya 15 tahun lepas dalam kes pemindahan organ secara haram. Walaupun ditegah oleh ayah angkatnya, Chief Centre Dr. Go (Cho Jae-hyun) tapi Dr. Kang tetap dengan dendam dia untuk membunuh sendiri Kim Hyung-beom.


Suku awal drama ni agak bosan sebab strategi Dr Kang untuk bunuh Kim Hyung-beom pun melalui ubat dan effect tu pun effect biasa. Lagi menarik drama di Hospital Sunrim yang penuh dengan pesakit yang memerlukan organ baru untuk teruskan hidup.

Lepas dah kantoi niat Dr Kang untuk balas dendam, baru plot nampak cantik sikit and curious sangat nak tahu apa strategi Dr Kang dengan Kim Hyung-beom ni sebab walaupun Kim Hyung-beom meringkuk dalam penjara, bisnes organ trafficking still berjalan macam biasa under penyeliaan anak suruhan dia yang setia. Ditambah pula dengan demand dari VIP untuk pastikan bisnes dia sentiasa top in market.


What I hate in this drama is authorities looks weak just to highlight the abilities and heroic character of Dr. Kang. Memang dari awal ada beberapa kali je lah boleh nampak campur tangan pihak polis itupun bila Dr. Kang call and perlukan diorang. Lepas Kim Hyung-beom ni lari dari penjara, tak gigih sangat pun polis cari dia. Baik polis mahupun warden penjara padahal warden tu dah nak cecah tempoh bersara dah tu.

Semuanya hasil usaha Dr. Kang. Kind of mehhh jugak la sebab watak Kim Hyung-beom dalam cerita ni penjenayah yang pernah gemparkan negara suatu ketika dahulu dan dia masih lagi aktif so bila polis buat relaks ni rasa macam pelik jugak lah.


Tapi yang bestnya drama ni dia bagi pendedahan tentang organ transplant, dari start isi borang menjadi penderma organ sampai lah ke bilik bedah. Bila tengok scene bilik bedah rasa happy & lega bila darah mengalir di organ baru and penerima organ baru boleh teruskan hidup. Terus rasa nak pergi sign borang jadi penderma sebab dekat Malaysia ni statistik penderma organ cuma 0.6% dari sejuta penduduk je berbanding pesakit yang memerlukan organ.


Kalau ramai yang menjadi penderma organ mungkin lagi banyak nyawa yang boleh diselamatkan nak pulak penderma hati sebab bahagian hati cuma ambil separuh je dari badan and the rest akan tumbuh balik kepada bentuk normal lepas setahun. Perks watching this drama hewhew.

Dua episode hujung drama ni memang teruk sangat menangis sebab watak dekat Hospital Sunrim tu most likely related dengan Dr. Kang dan ayah angkat dia. Tapi dalam drama ni banyak flashback so boleh cepat je habis sebab flash back dia repetitious. Drama ni pun slow pace jugak so I used 1.7 for video speed.


Dalam drama ni tak ada scene bercinta pun, kalau ada pun cuma beberapa saat takat have crush macam tu je. Life doctor kan mana sempat nak fikir pasal diri sendiri sangat pun. Patient dekat Emergency Room pun tak pernahnya surut. Watak dalam drama ni semuanya berkait so tak pening sangat nak fikir dia ni siapa sebab most likely watak-watak ni akan disebut dari awal sampai habis.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.9/10

12 comments

  1. kte pun tgk drama ni laju giler sbb ada part macam bosan dan slow tp still nak tgk smpai habis.
    try tgk kdrama Prison Playbook pula..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha even guna speed 1.7 pun rasa macam slow sebab ada part yang dia menung & syahdu sendiri. Nak lajukan lagi takut pening pulak. Haaaa dalam list jugak tu :D

      Delete
  2. tak berapa minat drama yang bergenre macam ni, so mmg skip drama ni hehe

    ReplyDelete
  3. Bila tengok drama Korea mesti kita dapat something sebagai ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu! Sebab tu suka layan walaupun jalan cerita lebih kurang sama tapi ilmu dia mahal

      Delete
  4. Minat cerita camni tapi bila kat part authorities yg macam xbuat pape tu jadi malas nak tengok..hurm

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik. Baru cm terfikir nak layan drama apa pulak kalini sebab baru habis tgk Oh My Venus. Hee. Thanks for the review awak.
    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.my/2018/04/movie-review-belco-experiment-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la layan drama ni pulak sebab mostly rating tinggi. No biggie ika :)

      Delete
  6. Tengok cerita ni tak sampai separuh jalan, lepas tu tinggal sebab busy. Sampai la ni, tak habis tengok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambung la balik sebab yang hujung memang best, serious

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.