Shopee | Pen Holder Wooden Storage Box Organizer Multifunctional Stationery Shelf
Saturday 12 February 2022
Dulu Restoran Gamelan ni buka dekat Oasis tapi lepas3 kali PKP dekat Selangor, owner pindah ke Dataran PHB sebab sewa lagi murah, ruang yang luas dan ramai orang boleh datang makan dekat sini. Dekat Oasis dulu ruang dia agak terhad jugak lah sebab ada 1 lot je itupun dekat tengah. Peak hour memang tapau je lah sebab tak muat nak makan dekat situ.
Dataran PHB ni agak tersorok di kawasan hotel Saujana. Kalau Restoran Gamelan tak pindah sini sampai bila-bila lah agaknya tak jejak kaki ke kawasan ni sebab dok ingat elite residential area. Buat apa nak masuk kan kalau tak ada tujuan?
Jumaat tu kitorang decide nak lunch dekat sini sebab nak makan nasi campur. Bosan lah asyik order Nasi Goreng Ali Muthu je. Dekat Gamelan ni ada kaunter nasi campur, kaunter makanan special macam laksa, laksam, nasi kerabu dengan nasi dagang. Dekat luar ada black board bagitahu makanan istimewa untuk hari tu - Nasi Goreng Thai dengan Kueyteow Kungfu. Tak pernah try lagi menu ala carte dekat restoran ni.
Memandangkan kitorang lunch pukul 1, banyak lauk dah nak habis dah dekat kaunter tu. Ambik je lah apa yang ada. Lauk dah nak habis pun masih lagi konflik nak ambil lauk apa sebab kaunter dia lagi panjang dari Oasis haha
Dalam konflik tu pun penuh jugak pinggan ambil pelbagai lauk. Tempe goreng is a must, terung berlado favorite menu, pucuk paku masak lemak sebab tamak dan ikan patin masak lemak tempoyak sebab menu tu je yang masih banyak. Air haruslah order teh ais sebab teh ais dekat restoran Gamelan ni kaw. Harga lunch haritu around RM15 lebih.
Lama jugak kitorang makan sambil menyembang pasal office dekat sini. Nak pulak dapat makan menu sedap sebab tukang masak dekat restoran ni memang pandai masak. Syok menyembang sampai tak sedar waktu makan tengahari dah habis tapi sebab hari Jumaat kitorang watlek je lah sebab boss kecik balik pukul 2.30.
DRAMA ADAPTASI POPULAR HOLLYWOOD, ‘GOSSIP GIRL’ VERSI INDONESIA KINI DI ASTRO
Friday 11 February 2022
Tidak lengkap Gossip Girl tanpa suara latar, jadi bagi versi ini pelakon dan penyanyi Ayushita Nugraha mengisi peranan ‘voice over’ dalam Gossip Girl Indonesia. Sementara itu, watak-watak utama dibintangi oleh pelakon muda berbakat besar, seperti Amanda Rawles (yang sebelumnya membintangi filem Jailangkung) sebagai Serena Darsono, Baskara Mahendra (pelakon filem The Way I Love You) sebagai Denny Hakim, Jihane Almira (Ayat-Ayat Cinta 2) sebagai Blair Hadiningrat, Tatyana Akman (Ini Kisah Tiga Dara) sebagai Vanessa, Arya Vasco (Death Whisper) sebagai Nathaniel Siregar, Jerome Kurnia (Photocopier) sebagai Chicco Salim, Rayssa Dynta sebagai Jenny Hakim.
Berbeza dengan siri asal yang menormalkan isu percubaan gangguan seksual menerusi watak Chuck Bass terhadap watak Serena dan Jenny. Versi Indonesia pula memberi fokus lebih mendalam tentang isu kesihatan mental serta kesan kepada mangsa gangguan seksual. Selain itu, babak Sambutan Hari Kesyukuran atau 'Thanksgiving' di versi asal, telah digantikan dengan acara berbuka puasa. Secara keseluruhan jalan cerita dan emosi cukup relevan dengan kehidupan sehari-hari.
“Drama siri terkenal Amerika Syarikat, Gossip Girl masih relevan dan menjadi salah satu siri yang diminati sehingga kini. Pihak kami berasa teruja berpeluang membawakan versi adaptasinya untuk dipersembahkan kepada penonton Malaysia buat pertama kali di platform Astro. Meskipun ia adalah adaptasi, namun beberapa elemen telah diubah bagi menyesuaikan dengan era terkini serta menyerapkan identiti lokal seperti nama dan isu sosial. Kami percaya, kehadiran drama siri Gossip Girl Indonesia di Astro mampu memberi keterujaan kepada peminat siri asal, di samping mampu menarik penonton baru terutamanya dari Gen Z. Ini adalah kali pertama kami membawakan karya dari platform strim di Indonesia, GoPlay. Kami harap ini adalah permulaan yang baik buat Astro untuk membawakan karya-karya Malaysia pula menembusi platform strim di Indonesia kelak”- Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad
“Kami rasa amat berbesar hati apabila Top Drama Series 2020 di platform kami temui penonton global. Kemunculan GoPlay Original Series, Gossip Girl Indonesia di negara-negara Asia Tenggara juga membuktikan filem industri Indonesia dan tenaga kreatif kandungan mampu berada setanding dengan konten berkualiti antarabangsa. Kami percaya dengan sokongan pemasaran oleh pihak Astro, Gossip Girl Indonesia dapat dipersembahkan kepada penonton sasaran dan sekali gus menarik peminat baru. Dalam pada itu, sejajar dengan misi Gojek dan GoPlay dalam mendominasi industri kreatif Indonesia di peringkat global, kerjasama ini turut membolehkan industri seni serantau terus berada di landasan yang tepat dalam memacu cita-cita ke arah memberikan pengalaman berbeza kepada penonton serta memperluaskan lagi hasil karya seni dari negara Asia ke tahap lebih tinggi”. - Edy Sulistyo, CEO GoPlay
Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita. Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.
Strim drama siri Gossip Girl Indonesia di On Demand atau Astro GO. Penonton juga boleh menonton di Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam. Anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang drama ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Movie Review | The Tinder Swindler (2022)
Thursday 10 February 2022
Director : Felicity Morris
Writer : Felicity Morris
Cast : Cecilie Fjellhøy, Pernilla Sjöholm, Ayleen Charlotte, Kristoffer Kumar, Natalie Hansen
Production Company : Raw TV, AGC Studios, Gaspin Media
Distributor : Netflix
Genre : Crime
Running Time : 114 minutes
Release Date : 2 February 2022
Trailer :
Bila buka Twitter penuh dengan dokumentari tentang con man, Simon Leviev yang memperdaya ramai wanita di benua Eropah, sampaikan dekat office pun dokumentari ni disebut-sebut maka I pun terpengaruh untuk tekan play di Netflix.
Memandangkan Simon dah berjaya hidup mewah hasil penipuan licik dia, I pun rasa curious lah nak tahu modus operandi melalui dating apps, Tinder. Dekat Tinder kitab oleh swipe kiri untuk reject dan swipe kanan untuk approve. Bila Cecilie Fjellhøy nampak Simon dalam calon Tinder dia, haruslah dia excited untuk swipe kanan sebab profile Simon agak fancy. Leviev pula adalah pewaris billionaire kepada syarikat berlian di Israel.
Memandangkan dia selalu berangan untuk hidup dalam dunia Beauty And The Beast, Simon adalah calon yang terbaik sebagai pasangan hidup. Dari pertemuan pertama di lobi hotel Four Seasons kemudiannya naik jet peribadi dan beberapa momen indah dalam hidup dia bersama Simon buatkan dia rasa he’s the one.
"What happened to me felt like a movie." - Cecilie Fjellhøy
Tak lama lepas tu Simon bagitahu musuh dia serang sampai kena masuk hospital. Simon mula minta duit sebab akaun dia dibekukan atas faktor keselamatan. Cecilie sebagai kekasih yang ingin susah senang bersama mula bagi semua simpanan yang ada sampaikan buat pinjaman di 9 buah bank berbeza untuk bantu Simon.
Bila hutang makin menimbun dan Simon tak ada tanda untuk bayar balik, Cecilie mula minta bantuan dari polis dan pihak AMEX. Rupanya Simon Leviev adalah satu identiti rekaan kepada Shimon Yehuda Hayut. Cecilie berjumpa dengan wartawan untuk bongkarkan penipuan Simon dan selamatkan ramai gadis dari terpedaya dengan cinta palsu.
Sepanjang 114 minit tengok The tinder Swindler ni dok judge mangsa-mangsa Simon sebab mudah sangat percaya dengan apa yang dia cakap. Terlampau banyak red flags terutamanya dalam kisah Cecilie. Susah untuk tutup mata dengan kesalahan mangsa bila tak ada langsung rasa ragu dan bersifat mata duitan. Kalau tengok gambar Simon dengan parents dia pun dah boleh nampak gambar tu hasil Photoshop.
Nak kata billionaire tak main Tinder tu tak boleh jugak lah sebab T20 bersepah je dekat social media sekarang ni. Tapi apa red flags yang I jumpa lepas tengok dokumentari arahan Felicity Morris ni bila Cecilie setuju untuk jumpa sebaik saja swipe kanan. Sesiapa pun boleh masuk lobi hotel dan pakai pakaian berjenama. Tambah pula sekarang ni ada khidmat sewa pakaian untuk majlis keramaian. Barang copy ori sekarang pun dah sama level dengan barang original kot.
Red flag kedua bila Cecilie setuju untuk naik jet peribadi dengan Simon dan dedahkan maklumat peribadi dalam passport. Tak rasa takut ke masa first time jumpa terus pergi sana sini dengan stranger? Kalau dia psycho killer macam mana? Masa dalam jet peribadi tu punyalah happy sampai terus jatuh cinta padahal Simon bawa anak dengan bekas isteri. Siapa yang bawak ex partner masa dating? Merepek je nak YOLO pun.
Kalau Cecilie boleh buat profile check dekat Instagram account kepunyaan Simon, sama juga lah dengan Simon dan team dia boleh belek semua maklumat peribadi Cecilie. Zaman sekarang tak susah pun nak tahu apa yang individu tu suka sebab semua perkara dah dimuatnaik di laman sosial media. Observe je dalam masa seminggu dah boleh nampak hal personal dan professional. Dari pagi sampai ke malam update pasal personal life. Tambah pula bila join game dekat Instagram bila ada sticker yang tanya tentang maklumat sendiri. Pergi je mana-mana IGstory mesti akan nampak maklumat yang didedahkan dengan mudah.
Modus operandi Simon mudah sangat bila dia Cuma dengar cerita mangsa-mangsa dia. Pernilla Sjöholm bagitahu dia suka dan selesa dengan Simon bila lelaki tu dengar semua cerita dia sepanjang mereka berbual. Tak ramai lelaki yang buat benda ni. Even my ex never listen to my stories and even labelled it as bosan.
Last week I baca pasal kajian tentang wanita berdikari yang selalu terjebak dengan lelaki toxic bila punca utamanya adalah ekspetasi. Macam mana wanita yang bijak pandai boleh tertipu ataupun dapat pasangan hidup yang teruk. Rupanya sebab bila kita dah pandai serba-serbi, kita mula set the bare minimum dalam mencari pasangan hidup.
Selalu je kan kita dengar ayat ‘Dapat yang baik dan pandai jaga hati pun dah cukup dah.’ Sama macam Cecillie atau Pernilla bila both of them nampak Simon sebagai pelengkap hidup sedangkan Simon cuma bagi telinga je. Serendah dan semudah itu untuk tawan hati wanita ni.
Simon tu tak lah handsome mana pun, suara dia annoying, tak cakap banyak dan tak ada backstory yang gah pun tapi cukup dia dengar curhat mangsa dia je. Dalam 3 orang mangsa dia tu, Ayleen lah yang macam susah sikit Simon nak tipu duit dia sebab hubungan mereka berdua pun agak lama dalam 14 bulan. Itupun dah berjumpa keluarga dan kenalan rapat Simon tapi masih lagi tak pinjamkan duit.
Ada yang kata ending dia macam tak adil tapi kalau ikutkan mangsa-mangsa Simon pun dah berjoli sakan atas kesengsaraan orang lain. Diorang sendiri juga yang rela hati pinjamkan duit sebanyak tu jadi tak bolehlah salahkan Simon 100%. Takkanlah billionaire tak minta tolong ayah sendiri lepastu tak ada kabel untuk jaga dia daripada musuh perniagaan. Nak kesian dengan Pernilla pun macam susah sebab dia samakan perempuan dekat parti tu dengan lalat. Dia pun sama jugak masalahnya, nampak Simon tabur duit kemain bersinar mata dia.
Dokumentari The Tinder Swindler ni straightforward dan guna perbualan asal antara mangsa dan Simon. Gambar dan video semuanya dari mangsa dan media sosial kepunyaan Simon jadi kebanyakan babak tampak real. Music score dan editing yang menarik pada second half buatkan penceritaan tentang con man ni boleh difahami dengan mudah. Suka tengok cara wartawan buat kerja dalam membongkarkan penjenayah cinta ni sebab lagi pantas dan cekap buat kerja dari pihak polis.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5/10