Drama Review | Melastik Ke Hatimu (2021)

Sunday 12 December 2021

Pengarah : Azmi Hatta

Penulis Skrip : Aqma Dee

Pelakon : Janna Nick, Andi Bernadee, Hafidz Roshdi, Puteri Sarah Liyana, Azizah Mahzan, Jalaluddin Hassan, Wanna Ali, Afifah Nasir, Cassia Iman, Ezzrin Loy

Syarikat Produksi : OrangeTree Production

Penyiaran : TV3, iQiyi

Genre : Romantik / Komedi

Jumlah Episod : 13 Episod (42 minit setiap episod)

Tarikh Tayangan : 21 Januari 2021 – 11 Februari 2021

OST : "Pencinta Setiamu" oleh Usop


Haura Annisa, seorang gadis kilang dengan karakter tomboy jatuh cinta dengan mat despatch, Naim Johari (Hafidz Roshdi). Percintaan mereka terhalang dek kerana Mak Limah (Azizah Mahzan) seorang mata duitan. Anak-anaknya hendaklah berkahwin dengan lelaki kaya sahaja seperti anak sulungnya, Faida (Puteri Sarah Liyana). 

Terkejut dengan permintaan Mak Limah gara-gara wang hantaran sebanyak RM20,000.00, Naim ambil keputusan untuk batalkan hajat bertandang ke rumah Haura untuk merisik. Sebaliknya Ziyyad (Andi Bernadee) yang simpan perasaan pada Haura datang selamatkan maruah keluarga tersebut. Bangga Mak Limah bila dapat bermenantukan anak orang kaya, boss di kilang bayi tempat Haura bekerja. 

Minta lah apa saja, Ziyyad akan cuba tunaikan. Nak sofa baru, dapat sofa RM9,999. Nak renovate dapur, dapat juga duitnya. Dalam masa yang sama Ziyyad cuba bantu ayah Haura (Jalaluddin Hassan) dengan hantar ke rawatan fisio supaya dapat berjalan semula. Lebar senyuman Mak Limah setiap kali Ziyyad pulang ke kampung. 

Tapi tak lama pun kebahagiaan tu bila ayah Ziyyad (Ridzuan Hashim) meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dan mewariskan semua hartanya kepada anak tiri termasuklah rumah banglo yang didiami oleh keluarga Ziyyad dan kilang bayi tempat Ziyyad bekerja. 

Walaupun jalan cerita drama Melastik Ke Hatimu arahan Azmi Hatta ni agak clichĂ© tapi mesej sosial dia kuat bila watak Mak Limah ditonjolkan sebagai watak antagonis yang tamak dengan harta dan suka bandingkan anak dan menantu. Bagi lah harta banyak macam mana pun kalau hati tu dah tamak, seluas lautan pun tak cukup. Menyampah sangat tengok perangai dia. 

Kalau jadi Azzam tu pun tak hamak nak hulur sebab nanti habis dekat benda-benda yang tak berfaedah. Watak Fatin pun sama naik je dengan mak dia, elok sangat lah Wani Kyrie berlakon dengan Azizah Mahzan, sesuai sangat berlakon anak-beranak. 

Masa tengok scene En Kadir tu dah menyampah dah kenapa skrip dia macam merendahkan perempuan bila watak tu cakap perempuan ni bukannya nak mengaku bila dia buat salah tapi bila makin ke episod yang lainnya, baru nampak yang watak dia sebenarnya bermasalah. Menggatal dengan perempuan lain sampai menganiaya isteri dan anak dia. Ni lagi satu masalah nafsu kuda, tak pernah bersyukur dengan yang di depan mata lepastu tambah masalah dengan menipu sudahnya menyusahkan semua orang. Cukup lah ada tiga watak negatif macam ni dah boleh lumpuh satu keluarga dan bagi kesan berpanjangan. 

Pertama kali tengok Andi Bernadee berlakon dan pengarah nampak bijak bagi dia watak boss kayu cengal untuk tutup kekurangan dia sebagai pelakon baru. Bila ada scene dengan Janna Nick baru nampak watak dia hidup sikit. Chemistry Andi dengan Janna pun not bad lah, sama juga Janna dengan Hafidz Roshdi. Sometimes the latter nampak try hard sangat dengan gaya rock diorang tu. But that’s okay lah sebab elemen komedi yang dimasukkan dalam naskhah ni. 

Bila tengok drama ni rasa tertarik pula nak baca novel Melastik Ke Hatimu karya nukilan Aqma Dee sebab terbaca sedikit sedutan yang diletakkan di Goodreads lagi menarik situasinya berbanding yang digambarkan dalam drama. Ye lah drama kan terikat dengan rules syarikat penyiaran, nak pulak TV3 yang penontonnya tergolong dari kalangan orang lebih berusia. Kang tak memasal kena kecam teruk. 

Anyway I had fun watching Melastik Ke Hatimu di iQiyi dengan lagu tema Pencinta Setiamu – Usop. Lagu tu dah la ada mood komedi dan santai, sesuai lah dengan jalan cerita drama ni. 

1. Team Production + 1, 2. Visual +1 , 3. Audio +1 , 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6  =  8.5/10

Happy Birthday Bangchik!


Bulan lepas lagi dah plan nak celebrate birthday adik dekat Sabak Bernam sebab dah lama tak jumpa sejak dia start praktikal. Kebetulan masa birthday dia tu ada public holiday untuk Birthday Sultan Selangor so boleh lah dia cuti jugak. 

Ngam pulak minggu tu dia habis kuarantin lepas kena covid dekat tempat kerja. Bila tanya nak hadiah apa, dia kata tak tahu nak apa. Bila tanya nak kek apa, kata nak Secret Recipe. Bila tanya nak flavor apa, dia tak tahu nak flavor apa. Nak selamat supaya kek tu habis better ambik Chocolate Indulgence sebab semua outlet Secret Recipe pun ada flavor tu. 

Malangnya bila sampai dekat franchise Sungai Besar, semua whole cake dah kena tempah dah. Tinggal dua je lagi tapi bukan flavor yang kitorang nak. Dia kata boleh je ambil slice cakes gabungkan jadi whole cake tapi mahal sikit lah. Memandangkan ramai ada selera tersendiri, kitorang pilih Chocolate Indulgence, Burnt Cheesecake, Red Velvet dengan White Chocolate Macadamia. Total semua jadi RM130 padahal whole cake RM80 je. 

Lepastu pergi kedai kek sebelah sebab nak beli cake decorations. Asalnya nak beli tag Happy Birthday dengan lilin je tapi ternampak benda lain pulak. Banyak set belon dengan coklat ataupun bouquet dekat sebelah kiri kedai. Belek punya belek harga dia not bad lah, so ambik je beli sekali sebab bajet untuk hadiah ada banyak lagi haha



Tu lah bentuk kek gabung sana sini dari Secret Recipe. Nampak merepek sikit lah sebab tak boleh tulis ucapan dekat bahagian atas tapi lantak lah asalkan semua happy makan. Tak sangka budak kecik ni dah besar tinggi kemain. Dulu masa kecik kemain sikit-sikit nangis, sikit-sikit nak berdukung sebab antibodi dia lemah so tak boleh kena panas sikit dah demam, tak boleh sejuk sikit dah demam. Bila dah besar alhamdulillah tak risau dah. Semoga sentiasa sihat dan dilindungi Allah. Love youuuu

Memborong Makanan Di Baker's Cottage, Sabak Bernam

Saturday 11 December 2021

Lepas Secret Recipe tutup kedai dekat pekan Sabak Bernam, Baker's Cottage pula masuk. Best lah jugak sebab suka dengan ayam panggang dia yang murah tu. Kira ada option lain lah untuk makan ayam. Jelak jugak dengan KFC yang makin lama makin mengecil tu kan?


Harga ayam panggang dia dah naik seringgit akibat pandemik tapi naik seringgit pun masih lagi murah dari ayam KFC. Rasa dia pun okay even my mom yang tak suka masakan kedai pun suka makan jugak so tak ada masalah langsung untuk beli lagi dan lagi di Baker's Cottage ni. Kenapa harga ayam di Baker's Cottage ni boleh dijual murah sebab owner dia ada ladang ternak ayam berbanding KFC yang kena beli ayam dari Ayamas. 



Selain ayam panggang dekat Baker's Cottage ni ada jual whole cake ataupun per slice. Tak ada masalah lah kalau nak makan kek lepas ni sebab pelbagai perisa juga kek dia. Ada Red Velvet, Cheesecake, Kek Coklat, Tiramisu ataupun Black Forest. Harga untuk wholecake di Baker's Cottage ni pun lebih kurang harga standard lah dalam RM71 macam tu. Tapi tengok juga lah sebab lain franchise lain harga dia. 


Bahagian pastry pun meriah dengan tat telur, roti sosej, kepak ayam goreng, popcorn chicken, pie dan lain-lain snek. Ada croissants dan sandwich jugak. Dekat sini pun ada pek kek untuk bake sendiri. 





Dekat Baker's Cottage Sabak Bernam ni boleh dine-in juga untuk pelanggan yang dah lengkap vaksin. My experience dine-in dekat sini agak teruk jugak sebab tak disediakan cutlery set untuk makan. Nasib baik lah tisu bawa sendiri so boleh la cuci tangan ala kadar. 


Rasanya Baker's Cottage kena improve dekat situ lah kalau nak buat dine-in secara berterusan. Kalau tempat ni cuma ruang menunggu je then it's my mistake lah for eating here haha

Shaadi Mubaraak Vicky Kaushal & Katrina Kaif!

Friday 10 December 2021

Happy bila tengok official wedding pictures dari Vicky dengan Katrina lepas rasmi jadi suami isteri semalam. Tak sangka betul marriage proposal dekat Screen Award tahun 2018 jadi kenyataan. Vicky memang dah lama crush dekat Katrina Kaif sejak zaman dia masuk acting class. Lagu Teri Ore, lagu favorite dia. 


Lepas tengok dia have fun usik Katrina dekat stage Screen Awards, banyak la interviewer suka petik nama Katrina, sama juga dengan Kat bila KJo tanya pendapat dia tentang Vicky Kaushal dekat Koffee With Karan. Masa ni nama Vicky baru nak naik dalam industry then Vicky berlakon under Dharma dalam movie Uri. 

Lagi bertambah mesra bila Film Companion set-up satu interview bila Katrina dengan Vicky sembang with each other berdasarkan soalan-soalan yang disediakan. Dekat situ boleh nampak lah masing-masing shy shy cat lepastu Vicky follow instagram account Katrina  and actively engage with her. 



Sejak dari tu selalu lah nampak Vicky dengan Kat dalam satu event tapi tak ada gambar bersama. Ada nampak diorang berbual tapi kena zoom dari gambar orang lain. Macam gambar perayaan Holi di rumah Priyanka, gambar diorang dekat movie screening Sunny Kaushal ataupun dekat wedding ceremony saudara Vicky. 

Makin bertambah kuat spekulasi Vicky dengan Katrina bercinta bila Katrina kantoi pakai baju Vicky dekat airport ataupun pergi gym. Masa lockdown pulak Vicky update gambar penyapu sama dengan penyapu Katrina. Penyapu dia lain sikit tau, bukan jenis yang biasa jual dekat kedai tapi ala vintage / bohemian. Lepastu both of them kena covid sama-sama. 




Tup tup bulan 11 dah kecoh Vicky dengan Kat nak kahwin padahal baru je dengar spekulasi bercinta. Both sides denied the rumours sampai lah kenyataan rasmi keluar dari kedua-dua keluarga yang Vicky dengan Katrina akan berkahwin di Sixth Sense Barwara Fort, Rajashtan. Special codes akan diberikan kepada tetamu yang datang. 

Antara rakan dari industri yang dijemput ialah kawan baik Katrina sendiri, Anushka Sharma, Anaita Shroff Adajania, Neha Dhupia dan Angad Bedi, Kabir Khan, kawan baik Vicky, Malavika Mohanan.  

Semua ahli keluarga dan tetamu tak dibenarkan rakam atau ambil gambar dekat majlis ni sebab perkahwinan ni terikat dalam kontrak bersama Amazon Prime Video bila hak tayangan eksklusif dijual sebanyak Rs80crore. Tak pernah lagi mana-mana streaming platform dapat tayangan eksklusif ni, kira Amazon paling bertuah lah. 



Sementara nak tunggu gambar rasmi keluar, dapat la jenguk sikit gambar dari pihak media. Dari jauh boleh nampak Kat senyum lebar. Dua minggu sebelum perkahwinan ni dok main guessing games, Vicky dengan Katrina akan pakai busana dari pereka mana. Masa nampak staff Falguni Shane & Peacock bawa baju untuk Katrina tu dah excited dah rupanya baju tu untuk majlis lain. Untuk wedding, Katrina pakai lehenga merah dengan sulaman emas dari pereka terkenal, Sabyasachi. 


Kalira berwarna emas yang dipakai oleh Katrina pula mencuri perhatian kerana kreativiti pereka barang kemas. Kalira 24kt emas ni adalah 100% handmade dengan menggunakan besi terpakai yang terdapat di Lucknow dan Jaipur. Menggunakan idea untuk menyimpan kenangan manis pada kalira tersebut, corak burung merpati digunakan dan memegang coin charm ornaments dengan mesej yang ditulis oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki. Sesuai lah idea burung merpati yang melambangkan penyampai mesej pada zaman dahulu. 

Dekat coins tu ada several words kesukaan Katrina macam Elysian yang bermaksud syurga, Alpaca, Cleep, Mitter dan 15 Jun. Boleh jadi tarikh 15 Jun tu tarikh Vicky propose Kat sebab birth date diorang bukan pada tarikh tu. Awwwdorable!


Happy sangat tengok gambar rasmi perkahwinan Vicky dengan Katrina ni sebab banyak happy moments dekat majlis tu. Muka happy Vicky dengan Katrina tak payah cakap lah, memang jelas terserlah sangat kebahagiaan tu. Bila close up nampak eyeliner Kat dah smudgy sebab dia menangis. 

For Katrina's fans like me, this wedding is quite a blessing indeed. Sebelum ni banyak sangat cerita buruk pasal Katrina dengan Salman Khan ataupun Ranbir Kapoor. Of course yang paling teruk bila keluarga Kapoor layan Katrina dengan teruk padahal anak diorang tak lah precious mana pun. Baik fans atau non-fans, layanan tu bagi gambaran buruk terhadap keluarga Kapoor sendiri. Cara Ranbir tinggalkan Katrina pun kejam, tak cukup dengan tu siap sebarkan cerita padahal Kat lebih kepada berdiam diri. 


Bila Vicky datang dalam hidup Katrina sebagai peminat, kenalan ataupun life partner, boleh nampak cara dia hormat dengan Katrina. Keluarga Vicky pun happy dengan Katrina even adik Vicky pun selalu sebut nama Katrina dalam interview. He's such a gentleman and a humble person. I paling suka gambar masa 7 Pheras ni sebab Vicky pegang tangan Katrina sepanjang perjanjian mereka berdua untuk hidup susah senang bersama. 

Dah banyak kali Katrina bagitahu dalam interview yang dia nak hidup dalam keluarga yang harmoni, dia nak anak-anak dia ada ayah yang supportive sebab zaman dia kecil dia membesar tanpa ayah dan perlu travel ke banyak negara. Even dia bercinta dengan Salman pun dia tak dapat berkahwin sebab Salman tak ready. Sama juga dengan Ranbir yang susah nak setia, family Ranbir pun tak suka. 

❝Only love and gratitude in our hearts for everything that brought us to this moment . Seeking all your love and blessings as we begin this new journey together.❞— Katrina Kaif 


Bila tengok gambar kahwin Katrina ni baru perasan yang semua girl crush and superstar actress zaman 2000 dulu dah berkahwin dah. Bebo, Priyanka dengan Katrina masing-masing ada jatuh bangun dalam industri, ada bad relationships dengan exes tapi end up jumpa dengan cinta sejati. 


Their journey makes me believe in happy endings. Have a happy and blessed marriage life Vicky & Katrina. 

Segment Bloglist 2022 Mamapipie

Thursday 9 December 2021

Klik banner untuk join

 Syarat penyertaan mudah aje:

  • Terbuka lepada semua blogger yang ada blog.
  • Buat blog post bertajuk "Segment Bloglist 2022 Mamapipie". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.
  • Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang
  • Jemput Follow Media Social Mama (tak wajib pun)  || Instagram | Youtube | Twitter | FB Page| |
  • Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini..

Klik gambar untuk baca artikel kesihatan lain

Ketuat! Meskipun tidak semua mengalaminya, mungkin masih ramai individu yang ada masalah ini pada kulit lantas membuat mereka berikhtiar tentang pelbagai cara buang ketuat. Selain prosedur seperti pembedahan laser atau pembekuan sejuk, ada satu lagi cara membuang ketuat yang mungkin kurang kos dan tidak sakit iaitu dengan asid salisilik.

Persoalannya, adakah krim buang ketuat ini efektif atau mempunyai kesan negatif ekoran terdapat impak sampingan? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu dengan lebih mendalam lagi!

Ketuat berpunca akibat jangkitan virus?

Untuk pengetahuan anda semua, ketuat atau kutil ini akan muncul akibat pertumbuhan pada lapisan luar kulit atau epidermis yang berpunca akibat jangkitan virus. Ia dikategorikan sebagai tumor kecil yang boleh muncul pada seluruh kulit badan dan disebabkan oleh salah satu daripada 100 jenis Human Papillomavirus (HPV).

Selain itu juga, ia mungkin boleh terjadi pada alat sulit apabila berlaku sentuhan kulit ke kulit atau melalui hubungan seksual bersama dengan individu lain. Ini dinamakan ketuat kelamin dan akan dikategorikan sebagai salah satu daripada penyakit jangkitan seksual (STD) sementara kutil yang biasa adalah tidak berkaitan.

Meskipun ia mungkin tidak berbahaya, ramai orang cenderung untuk membuangnya di atas faktor kebersihan dan kecantikan kulit dengan mencuba pelbagai jenis kaedah.

Cara buang ketuat guna krim buang ketuat

Antara cara membuang ketuat yang paling popular adalah dengan menggunakan krim yang terkandung asid salisilik yang boleh diperoleh daripada klinik, hospital atau farmasi. Asid ini adalah sejenis bahan kimia daripada keluarga asid beta hidroksi dan berfungsi menguraikan liang pori kulit yang mempengaruhi sel kulit mati serta hidup.

Selain digunakan untuk membuang kutil pada kulit, asid salisilik juga biasa ditemui di dalam produk kulit yang lain untuk tujuan yang berbeza termasuklah:

  • Sabun muka untuk rawat masalah jerawat
  • Syampu rambut untuk rawat masalah kelemumur
  • Losen kulit untuk rawat masalah penuaan

Para doktor juga telah melabelkan asid ini sebagai sejenis ‘keratolitik’ ekoran kesannya yang mungkin mampu untuk mengelupas serta membuang sel kulit rosak.

Adakah cara buang ketuat ini alternatif yang efektif?

Sekiranya anda mahu cuba menggunakan krim buang ketuat dengan asid salisilik, anda mungkin perlu bersabar memandangkan ia bersifat jangka masa panjang. Kebanyakan daripada individu yang mencuba krim ini telah berjaya untuk membuang kutil pada kulit badan mereka namun tidak semuanya sukses kerana ada juga yang gagal.

Dalam pada itu juga, wujud kesan sampingan yang mungkin boleh terjadi kepada individu seperti kerengsaan, keradangan, kegatalan, kesakitan serta perubahan pada warna kulit. Ini bermakna cara buang ketuat dengan krim terkandung asid salisilik mungkin adalah alternatif yang efektif namun masih ada kesan negatif di sebaliknya.

Jadi lebih baik untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang cara untuk membuang kutil pada kulit badan.

Ia bergantung kepada jenis ketuat pada kulit?

Sebenarnya, salah satu daripada punca krim buang ketuat ini tidak berjaya adalah anda mungkin tidak tahu akan jenis-jenis kutil pada kulit yang sedang dirawat. Ada beberapa jenis ketuat dan tidak semua mampu untuk dibuang menggunakan krim iaitu:

  • Ketuat plamar – muncul di tangan
  • Ketuat plantar – muncul di kaki
  • Ketuat datar – muncul di dahi dan muka
  • Ketuat kelamin – muncul di sekitar alat sulit
  • Ketuat subungual dan periungual – muncul di bawah kuku

Krim dengan asid salisilik mungkin adalah selamat dan efektif untuk digunakan bagi ketuat jenis plamar serta plantar, namun tidak bagi jenis yang lain. Lebih-lebih lagi bahagian kulit yang sensitif seperti di dahi, muka dan sekitar alat sulit yang mungkin memerlukan alternatif lain sebagai cara buang ketuat.

Ini adalah apa yang anda mungkin boleh buat!


Tahukah anda bagi masalah kutil yang agak kurang serius, ia mungkin boleh dihilangkan dengan hanya menggunakan beberapa ramuan semula jadi di rumah sendiri?

Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh cuba amalkan sebagai cara buang ketuat yakni:

  • Cuka epal
  • Bawang putih
  • Kulit oren
  • Lidah buaya

Cara penggunaan ramuan semula jadi ini adalah sama iaitu dengan mengekstraknya ke dalam bentuk cecair dan kemudian menyapunya pada kawasan kutil. Jika ia masih tidak menimbulkan hasil setelah sekian lama mencuba, anda mungkin perlu mendapatkan rawatan yang memerlukan kos belanja lebih besar.

Wordless Wednesday | Art Berat

Wednesday 8 December 2021


Movie Review | Avengers: Endgame (2019)

Tuesday 7 December 2021

Director : Anthony Russo, Joe Russo

Writer : Christopher Markus, Stephen McFeely

Cast : Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Don Cheadle, Paul Rudd, Brie Larson, Karen Gillan, Danai Gurira, Benedict Wong, Jon Favreau, Bradley Cooper, Gwyneth Paltrow, Josh Brolin

Production Company : Marvel Studios

Distributor : Walt Disney Studios, Motion Pictures

Genre : Sci-fi / Action / Drama

Running Time : 181 minutes

Release Date : 22 April 2019 (Los Angeles Convention Center), 26 April 2019 (United States)

Trailer:


Lepas layan movie Venom 2 baru datang mood nak layan movie Avengers : Endgame ni sebab tak sanggup nak menangis lagi lepas Spiderman dok menyebut ‘Mr Stark, I’m not feeling so good’ angkara Thanos petik jari. Trauma bila tengok balik lepastu terus sambung movie kedua terakhir dalam Fasa Ketiga Marvel Cinematic Universe. Banyak lagi movie Marvel yang tak sempat nak layan dalam fasa ni tapi boleh je faham kalau dah layan Infinity War (2018)

5 tahun selepas kejadian petik jari tu, Scott Lang / Ant-Man (Paul Rudd) muncul dari kuantum masa dan bawa alternatif juga teori kuantum ni kepada Avengers yang pada masa tu diketuai oleh Captain America (Chris Evans). Tony Stark / Iron Man (Robert Downey Jr.) pula bawa diri ke kabin di tepi tasik bersama Pheobe, Morgan, anak perempuan dia dan kenangan bersama Peter Parker (Tom Holland). 

5 tahun di Bumi cuma 5 jam di dunia kuantum jadi mereka hanya perlukan beberapa saat di dunia kuantum untuk kumpul kesemua batu sebelum Thanos muncul. Tony Stark awalnya tolak mentah-mentah idea kuantum masa sebab dia dah tawar hati lagipun dia dah ada Morgan. Kemudiannya dia berjaya cipta mesin kuantum dan propose kepada Avengers untuk bahagikan kepada beberapa kumpulan. 

‘It's not about how much we lost. It's about how much we have left. We're the Avengers. We gotta finish this. You trust me?’ – Tony Stark

Hulk (Mark Ruffalo), Ant-Man, Captain America dan Iron Man pergi ke New York semasa Loki serang Bumi pada tahun 2012 untuk ambil Batu Masa, Batu Minda dan Batu Ruang. Hawkeye (Jeremy Renner) dengan Black Widow (Scarlett Johansson) pergi ke Volmir untuk dapatkan Batu Nyawa. Rocket dan Thor (Chris Hemsworth) ke Asgard untuk dapatkan Batu Realiti sementara Nebula (Karen Gillan) dan Rhodes (Don Cheadle) curi Batu Kuasa sebelum Quill yang jumpa. 

‘Five years ago, we lost. All of us. We lost friends. We lost family. We lost a part of ourselves. Today, we have a chance to take it all back. You know your teams, you know your missions. Get the stones, get them back. One round trip each. No mistakes. No do-overs. Most of us are going somewhere we know, that doesn't mean we should know what to expect. Be careful. Look out for each other. This is the fight of our lives. And we're going to win. Whatever it takes. Good luck.’ – Captain America

Walaupun movie Avengers : Endgame ni selama 3 jam tapi pace dia laju so tak lah terasa bosan sangat. Berbeza template dengan Infinity War, penceritaannya diadun dalam mood dramatik sebab kesemua watak merasai kehilangan orang tersayang. Happy betul bila tengok Spiderman datang jumpa Mr. Stark kesayangan dia. Happy kejap je lah pastu menangis dua kali. 

Jarang nak suka dengan watak Captain America sebab dia sejenis yang diplomatik dan sopan tapi everytime dia take lead dalam movie ni, terserlah betul aura dia sebagai ketua. Meremang bila dia sebut ‘Avengers! Assemble!’ haha orang lain dah habis layan, kita baru nak naik keretapi. 

Masa tengok team Avengers masuk ke dunia kuantum tu ingatkan kostum yang diorang pakai tu real rupanya hasil kerja VFX je sebab costume team tak sempat nak siapkan dalam masa yang Russo Brothers nak. Smart betul kostum tu, no wonder lah fit perfectly je untuk semua cast termasuklah Thor walhal badan dia dah berubah saiz sebab kemurungan. Sama juga dengan kostum Hawkeye bila pengarah bagi peluang untuk solo screen dia masa bawa lari sarung tangan Thanos. 

Masa tengok movie Spiderman : Far From Home (2019) dah nampak life Spiderman tanpa Mr. Stark tapi tetap juga sedih bila tengok scene funeral tu. Ni bukan spoilers kan? Hashtag #ThanosDemandYourSilence dah habis dah kan? Dah nak masuk 2022 dah bahaha even eternals pun dah release bulan lepas. Bila dah tengok movie Endgame ni mula lah rasa nak tengok balik semua movie under Marvel Studios sebab dah dapat list turutan yang betul supaya kepala tak pusing haha. Anyway, I Love You 3000 Mr. Stark. Comel betul Morgan tu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Kungfu Hustle (2004)

Monday 6 December 2021

Director : Stephen Chow

Writer : Stephen Chow, Huo Xin, Chan Man-keung, Tsang Kan-cheung

Cast : Stephen Chow, Danny Chan, Yuen Wah, Yuen Qiu, Eva Huang, Leung Siu-lung, Tze-Chung Lam, Chi Ling Chiu

Production Company : Columbia Pictures Film Production Asia, Star Overseas, Beijing Film Studio, Taihe Film Investment, China Film Group, Huayi Brothers

Distributor : Huayi Brothers (China), Columbia TriStar Film Distributors International (International), Netflix

Genre : Comedy / Action

Running Time : 98 minutes

Release Date : 14 September 2004 (TIFF), 23 December 2004 (Hong Kong)

Trailer:


Berlatarkan bandar Shanghai pada tahun 1940 di mana Geng Kapak yang diketuai oleh Brother Sum (Danny Chan Kwok-kwan) bermaharajalela dan menganiaya ramai orang awam di situ. Sing (Stephen Chow) dan kawan baiknya Bone (Tze-Chung Lam) nak sertai Geng Kapak sebab Sing rasa orang baik tak pernah menang ditindas oleh orang jahat. 

Dia menyamar sebagai Geng Kapak sementara Bone jadi orang atasan kemudian serang Pigsty Alley untuk minta duit pengeras. Malang nasib mereka berdua bila tuan tanah (Yuen Qiu) ada teknik Kungfu - Lama Pai Lion's Roar. Kebetulan semasa bertarung, Sing tanpa sengaja tertembak mercun ke arah salah seorang ketua Geng Kapak. Nak selamatkan diri, dia tuduh penduduk di situ yang punya angkara.

Tanpa dia tahu di kediaman tersebut ada 3 orang yang tahu ilmu Kungfu sama hebatnya seperti tuan tanah di situ. Sudah lah plan dia gagal, kena tangkap pula dengan Geng Kapak. Nasib dia baik bila hebat ilmu melepaskan diri dan mereka berdua lari ke bandar. Di sana dia gagal pula untuk merompak penjual aiskrim. 

Sing kemudiannya ditawarkan instant membership dalam Geng Kapak kalau dia berjaya bawa keluar The Beast (Leung Siu-lung) dari penjara. The Beast adalah pembunuh upahan dan akan berkhidmat secara percuma sekiranya dia gagal laksanakan tugas yang diberikan. 

‘In the world of kung fu, speed determines the winner.’ – The Beast

Entah kemaruk apa nak layan Kungfu Hustle dekat Netflix minggu lepas. Movie ni memang selalu keluar dekat TV tapi jarang tengok sampai dah lupa jalan cerita dia macam mana. Layan jugak lah bila tengok masa weekend lepas dah lemau buat kerja dekat office. 

Jalan cerita Kungfu Hustle straightforward dengan dialog yang minimal sebab genre dia action comedy jadi banyak lah babak berlawan Kungfu. Kebanyakannya bergantung banyak kepada CGI dan surprisingly visual hasil kerja Poon Hang-sang terlihat cantik walaupun diterbitkan pada tahun 2004. My favorite scene bila The Beast tangkap peluru guna dua jari. Props dan set design pun mempunyai unsur-unsur Barat, sama juga dengan cara berpakaian. 

Kebanyakan babak dalam movie ni bersifat tribute ataupun homage kepada beberapa movie lama which I’m not familiar of sebab jarang layan movie dari negara China tambah pula kalau movie klasik, tahun 80-an ke bawah. Boleh nampak cara dia tribute tu melalui props yang diletakkan dalam beberapa babak macam babak Sing berdiri di hadapan poster ataupun babak tuan tanah menari Cha-Cha padahal dari awal movie asyik bergaduh saja kerjanya.

Ada plot yang nampak merepek lah macam scene Sing berjumpa dengan gadis bisu, Fong (Eva Huang) lepas terpisah masa zaman kecil dulu. Macam mana Fong boleh cam Sing tu tak tahu lah tapi sub-plot ni tak dikembangkan sangat pun. Chemistry diorang pun terasa canggung bersama. Not a big deal lah sebab muncul tak lama sebab scene kelakar dari Stephen Chow dah tampal yang lompong tu. Part dia kena scam beli manual guide book tu kelakar. 

‘I was saving to become a doctor or lawyer... but this was a chance for world peace.’ – Sing

Movie Stephen Chow ni macam biasa lah, lawak bila tengok sekali je lepastu 5 tahun kemudian baru tengok balik sebab lawak slapstick yang bukan selera I sebagai penonton. Tapi sekali tengok memang berdekah teruk sampai hilang stress. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 7.8/10 

Movie Review | Venom 2 : Let There Be Carnage (2021)

Sunday 5 December 2021

Director : Andy Serkis

Writer : Tom Hardy, Kelly Marcel

Cast : Tom Hardy, Michelle Williams, Naomie Harris, Reid Scott, Stephen Graham, Woody Harrelson

Production Company : Columbia Pictures, Marvel Entertainment, Avi Arad Productions, Matt Tolmach Productions, Pascal Pictures

Distributor : Sony Pictures Releasing

Genre : Sci-fi / Action

Running Time : 97 minutes

Release Date : 14 September 2021 (London), 1 October 2021 (United States)

Trailer :


Second installment untuk simbiot Venom yang datang dari angkasa lepas dan jadikan Eddie Brock (Tom Hardy) Sebagai perumah di Bumi mula jadi masalah biala dia sentiasa lapar tapi Eddie bagi dia makan coklat dan ayam goreng. Venom nak makan kepala manusia sebab dia pemangsa tapi Eddie tak nak tambah lagi jejak untuk pihak polis. 

‘You have got to get control of your aggression, or you will be pulled down into Area 51! You live in my body, you live by my rules!’ – Eddie Brock

Kalau sebelum ni Venom berlawan dengan Riot, dalam sequel dia kena berjumpa dengan Carnage yang lebih kuat dan mempunyai banyak senjata. Sesuai sangat dengan perumah Carnage iaitu Cletus Kasady (Woody Harrelson) seorang pembunuh bersiri yang dipenjarakan sejak tahun 1989. Cletus buat permintaan untuk berjumpa dengan Eddie supaya cerita dia disiarkan dalam akhbar padahal dia ada agenda supaya kekasih dia, Francess Barrison (Naomie Harris) tahu yang Cletus masih lagi hidup. 

Dalam sequel ni karakter dan kuasa Venom diceritakan dengan lebih banyak lagi. Antaranya bila Venom boleh scan semua lukisan di dinding bilik Cletus kemudian lukis semula. Ingatan Venom juga kuat sehinggakan Eddie tak perlu guna perakam untuk rakam semua sesi temubual. Kelemahan simbiot masih lagi sama – api dan air. 

Jadi masalah pada Carnage lah sebab perumah dia ada kekasih yang mempunyai kuasa suara jeritan Sonic. Susah untuk Carnage bekerjasama dengan Cletus walaupun mereka mempunyai banyak kelebihan bila bergabung. Sementara Venom dan Eddie sering berbalah tentang makanan dan lifestyle. Lagi satu kelemahan Venom ni bila dia sejenis yang emosi. Minda dia macam kanak-kanak pun ye jugak. 

Dalam previous review untuk movie Venom (2018), I keliru jugak lah bila Venom akan bertemu dengan Spiderman sebab dalam komik dan movie Spiderman 3 zaman Toby dulu dah pernah tunjuk pasal pertembungan ni. Dalam Venom pun Eddie berdendam dengan Dr. Drake sebab jadi punca dia hilang kerja walhal kalau diikutkan kisah asal, Eddie hilang kerja sebab Spiderman. Lega bila tengok credit scene sebab pengarah bagi hint bila dan macam mana tiga watak ni akan berjumpa nanti. 

Naskhah Venom 2 ditulis oleh Tom Hardy bersama Kelly Marcel jadi tak hairan lah kalau watak dia selesa lakonkan watak Eddie Brock. Movie Venom 2 juga merupakan movie kedua Marvel yang mempunyai durasi masa lebih singkat berbanding movie superheroes yang lain. Bila singkat sangat pun tak syok jugak sebab watak Francess tak dikembangkan dengan baik. Sama juga dengan watak Detektif Mulligan (Stephen Graham) yang berkemungkinan besar akan cipta watak baru sebab pengarah macam bagi hint. 

Kalau ditambah lagi babak Eddie dengan Venom selesaikan misteri dan kisah lampau Cletus mungkin lebih menarik. Lemau tengok babak Eddie dengan Venom bergaduh pasal Anne (Michelle Williams) dan konflik perasaan sama ada nak pilih Dan atau Eddie. Kenapa Venom syok sangat dengan Anne sampai nak sailang pun tak diceritakan langsung. 

“Emotional pain — it hits much harder and lasts much longer. You just need to pull up your big boy pants and take it.” 

Sinematografi oleh Robert Richardson pun melemahkan kualiti Venom 2 bila kebanyakan fight scene dibikin dalam suasana yang gelap. Venom tu dah memang gelap, bila bergerak di tempat yang gelap memang nampak tak nampak je lah. Tapi bab CGI memang gempak lah sebab tu pengarah Venom berundur untuk bagi laluan kepada Andy Serkis yang lebih berpengalaman. 

Both installments ada high and low moments so for a Marvel fans like me, I hadap je walaupun tahap average sebab I excited nak tengok Spiderman vs Venom je nanti. Sebelum tengok yang tu kena la faham jalan cerita dulu ye dak? Yeayyy can’t wait! 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10