Drama Review | Move To Heaven (2021)

Saturday 6 November 2021

Director : Kim Sung-ho

Writer : Yoon Ji-ryeon

Cast :  Lee Je-hoon, Tang Joon-sang, Lee Jae-wook, Ji Jin-hee, Hong Seung-hee

Production Company : Page One Film, Number Three Pictures

Distributor : Netflix

Genre : Drama

Running Episodes :  10 episodes (50 minutes per episode)

Release Date : 14 May 2021

Trailer : 


Sebelum ni pernah la tahu pasal cleaning service untuk orang yang dah meninggal sebab dekat Jepun memang ramai orang tua yang meninggal tanpa keluarga atau waris sebab kesan dari Perang Dunia Kedua bila ramai yang pergi berperang. Barang yang ada dalam apartment si mati sama ada dijual, dilelong ataupun dibuang. 

Lebih kurang sama lah macam cleaning service oleh syarikat Move to Heaven yang dimiliki oleh Han Jeong-gu (Ji Jin-Hee) di mana dia akan kemas kediaman si mati seperti permintaan oleh landlord, polis ataupun keluarga. Jeong-gu dibantu anak tunggalnya, Han Geu-ru (Tang Joon-sang) yang mempunyai sindrom Asperger, salah satu jenis penyakit autism. 

'People with Asperger syndroms don't know how to give up. Once he is fixated on something, he must get it done.' - Na-moo (Hong Seung-hee)

Selepas kematian Jeong-gu, dia buat kontrak hak penjagaan Geu-ru kepada adik tiri dia, Cho Sang-gu (Lee Je-hoon) yang bakal keluar dari penjara selepas menyebabkan kecederaan parah tanpa sengaja kepada pihak lawan dalam pertarungan haram MMA. Awalnya dia menolak sebab jaga diri sendiri pun tak mampu apatah lagi nak jaga anak kepada abang yang dia menyampah. Perlukan perhatian yang lebih pulak tu. Tapi lepas dapat tahu Geu-ru ada harta yang banyak, dia terus setuju walaupun terpaksa tidur dalam khemah. 

Selain menjadi penjaga kepada Geu-ru, dia juga terpaksa bekerja di Move To Heaven sebagai cleaner dan bantu serahkan barang kepunyaan si mati. Awalnya dia menyampah tapi makin lama dia mula faham apa itu trauma cleaners dan belajar banyak perkara sepanjang dia bekerja. Sang-gu mungkin nampak jahat di mata orang lain tapi seorang yang baik pada pandangan Geu-ru. 

'People don't like it when death occur in their surroundings. Dad and I have been often asked to move our van too.' - Geu-ru

Walaupun drama tayangan Netflix ni merupakan naskhah dengan genre drama tapi disebabkan konsep yang menarik dan setiap episod mempunyai kisah kematian yang berbeza, buatkan drama ni mempunyai kekuatan yang tersendiri. Selain belajar tentang trauma cleaners, dapat juga didedahkan dengan individu yang mempunyai Asperger syndroms. Penulis juga buka sedikit demi sedikit kisah hidup Sang-gu sehingga ke episod akhir. 

Predictable bila watak Geu-ru ubah karakter Sang-gu tapi olahan dari pengarah tu yang bagi impak luar biasa pada penceritaan. Watak Lee Je-hoon dalam drama ni lebih ringan sikit berbanding drama Taxi Driver (2021) walaupun kedua-duanya mempunyai nasib yang sama. Menangis tengok scene dia dengan Su-cheol (Lee Jae-Wook) dan kenapa dia benci sangat dengan Jeong-gu. 

Naskhah yang terinspirasi dari artikel pekerja trauma cleaners yang diterbitkan pada tahun 2005, arahan Kim Sung-ho ni sarat dengan emosi dan melodrama pada setiap episod dengan kisah-kisah sedih yang dialami oleh si mati sebelum mereka pergi meninggalkan dunia. Ada yang meninggal sebab cedera parah di tempat kerja tapi tak layak claim insurans sebab majikan kejam, ada yang dibunuh oleh kekasih sendiri, ada yang mayatnya mereput sebab tiada waris atau keluarga. Ada scene yang meloyakan sebab mayat reput sampai bilik tu penuh dengan ulat. 

Sinematografi drama Move To Heaven mengukuhkan lagi emosi tersebut dengan penggunaan cahaya pada beberapa babak penting, movement camera semasa kerja-kerja mengemas dijalankan dan beberapa teknik lain dan juga visual effects yang tampak menarik setiap kali watak Geu-ru guna kelebihan minda yang tajam dan daya ingatan yang kuat. 

Walaupun drama ni bersifat melankolik tapi visual dia menggunakan warna cerah dan terang. Ada juga beberapa scene menggunakan filter dan tona warna yang cantik. Rumah Geu-ru tu cantik senibina dan interiornya dengan barisan pokok ceri di bahagian tengah jalan. Footage video untuk watak Matthew nampak real sampai rasa macam tengok dokumentari. Penggunaan footage asal mengenai Sampoong Mall yang runtuh pada tahun 1995 dalam episod 10 pun agak mengerikan. 

Music soundtrack Move To Heaven kebanyakannya cuma instrumental music dengan alunan lembut dan menenangkan bila kebanyakannya muncul sewaktu watak-watak utama menjalankan kerja-kerja pembersihan. Macam “Träumerei” - R. Schumann Kinderszenen, Op. 15, “Moonlight” - L,v. Beethoven Sonata Op. 27, No. 2 ataupun lagu Merry Christmas dengan instrument Cello. Daripada tak suka mengemas terus rasa nak kemas sebab rasa lega tengok tempat yang berselerak jadi rapi. Some sort of therapy jugak lah scene mengemas dalam drama ni. 


Setakat ni belum ada lagi berita ataupun official statement dari team production untuk terbitkan Season 2 tapi ada harapan jugak sebab ada urusan Madam Jung (Jung Ae-Youn) yang belum selesai. Scene akhir antara Geu-ru dengan klien Move To Heaven tu pun macam menarik juga untuk dikembangkan lagi pada Season 2. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Raikan Kejayaan Kecil di Eastin Hotel KL

Friday 5 November 2021

Minggu lepas ada makan-makan dekat Eastin Hotel Kuala Lumpur sebagai meraikan kejayaan Ram Reza & Muhammad, branch Petaling Jaya. Tak lah meraikan beria sangat pun just lunch grand sikit je dekat hotel. Saja ambik mood cuti Deepavali, enjoy lunch together sembang-sembang macam tu lah.


Masa tu datang awal sikit sebab nak setup meja dengan seating semua lawyer dan staff yang hadir. Branch PJ tak lah ramai sangat tapi kena jaga lah sebab ada managing partner sekali. Awalnya letak seat En. Nor Hisham dekat hujung tapi macam jauh pulak dia nak bagi ucapan nanti so kitorang ubah letak dekat bahagian tengah meja. Staff hotel, Mr. Vincent pun banyak membantu masa tu. Dia tolong decorate meja dan letak scented candle bagi nampak romantik sikit. 


Ikutkan nak order buffet je sebab senang urusetia tolong bayar untuk per pax je pastu boleh makan semua benda yang pihak hotel sediakan tapi dekat Eastin Hotel ni buffet cuma disediakan masa weekend. Untuk weekdays ada 3 pilihan - Nasi Numb Tongue, Aglio Olio dengan Laksa Johor. Kebanyakan kitorang pilih Aglio Olio sebab ada sharing platter jugak - Flamming Seafood Platter, Beef Short Rib dengan Jamaican Jerk Roasted Chicken.





Ms Dayan dengan Maisarah je pilih Nasi Numb Tongue sebab yang lain tak berani la nak makan menu pedas sangat tapi bila makan, Aglio Olio lagi pedas daripada Nasi Numb Tongue tu. Pedas nasi tu level manjahhhhh. 


Menu Laksa Johor ni unik sikit sebab pasta dia kena rendam dalam squid ink so warna hitam tapi dari segi rasa takde lah berbeza sangat pun dengan Laksa Johor yang biasa tu. Menu ni Ms Fisa je lah yang order sebab dia orang Johor piau.


Sebelum makan tu En. Nor Hisham minta semua yang hadir untuk buka tag nama dekat atas meja sebab dekat dalam tu ada ucapan tulus ikhlas dari Managing Partner untuk semua warga RRM. Sepanjang pandemik memang susah untuk buat makan-makan atau aktiviti dekat luar. Orang lain 'work from home' dekat rumah, kitorang sebagai essential business tetap kerja macam biasa. Tapi masa tu best jugak lah sebab jalan tak jam macam sekarang.


"Kepada ahli Oasis dan Pegasus yang tercinta,
Jutaan terima kasih terhadap usaha kita bersama dalam mengharungi kesukaran sepanjang tahun ini. Semuanya telah berjaya kita harungi sebagai hulubalang terbilang. Jamuan ini adalah ucapan terima kasih En. Nor Hisham Bin Hj. Muhammad kepada setiap dari kita. Kuatkan usaha kita agar kita meraih hasil perjuangan kita tidak lama lagi. InsyaAllah." - En. Nor Hisham Bin Hj. Muhammad, Managing Partner Ram Reza & Muhammad

Sekarang ni dapat lah hasil sikit demi sedikit especially MyIPR yang start dapat klien baru dan Insya-Allah akan berkembang ke Jakarta, Indonesia pulak. Hopefully ada banyak lagi projek akan datang supaya branch PJ makin berkembang seperti yang dirancang. 

Lepas habis ucapan dan bacaan doa makan, En. Hisham bagitahu adat dekat Itali sebelum makan ada disediakan roti untuk pass around sebagai tanda berkongsi. 



Ruang restaurant Eastin Hotel ni cantik jugak lah tapi agak sempit sebab hotel dia pun berhimpit dengan bangunan lain. Kalau tak biasa area ni boleh tersilap masuk ke bangunan lain. Nak bergambar pun tak banyak sangat tempat best sebab gelap satu hal, kecil satu hal. 




Ruang ni nampak cantik dan cerah tapi bila awan gelap datang memang gelap terus jadinya. Even buka lampu pun tak membantu. Masa kitorang datang tu macam pertikai jugak lah kenapa tak makan dekat sini sebab lighting cantik rupanya sebab cuaca tak berapa cun. 



Team RRM Oasis

Tapi sempat jugak lah bergambar sekeping dua sebagai kenangan. Bukan selalu dapat keluar macam ni. Minggu tu je macam tak busy sangat itupun ada yang kena bergegas pergi meeting dengan klien. Anyway thanks En. Hisham sebab belanja lunch sebagai tanda penghargaan buat team RRM Scorpions. Semoga bertambah murah rezeki en. Hisham sekeluarga. 

OHSEM LEJEN | Slot Terbaharu Di Awesome TV


Awesome TV dimeriahkan lagi dengan kehadiran sebuah slot terbaharu iaitu slot OHSEM LEJEN yang akan menayangkan filem-filem zaman hitam putih seperti karya filem arahan seniman agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam.

Bersempena sambutan hari perayaan Deepavali 4 November ini, Awesome TV menyajikan dua buah filem terbaik bollywood iaitu filem Taal dan Ishq. Taal merupakan sebuah filem muzikal romatik lakonan Anil Kapoor, Aishwarya Rai dan Akshaye Khanna akan ditayangkan pada jam 2.00 petang.

Manakala, filem Ishq lakonan pasangan sensasi bollywood iaitu Ajay Devgan dan Kajol bersama dua pelakon hebat Aamir Khan dan Juhi Chawla  pada jam 9.00 malam. 

Antara yang menarik November ini, sebuah filem seram klasik berjudul RAHSIA menemui penonton di slot Malar Segar pada hari Selasa, 2 November 2021. Filem yang pernah memenangi lapan anugerah di Festival Filem Malaysia ini sudah lama tidak ditayangkan di kaca televisyen tempatan.

Manakala slot Malar Segar, Hindi Special dan Awesome Movie juga akan disajikan dengan filem filem hebat.

Slot Ohsem Lejen (Khamis, 9.00 malam)

-----------------------------------------------------------------------

Pendekar Bujang Lapok (11 Nov 2021)

Tiga rakan baik menyaksikan sendiri tentang kehebatan Pendekar Mustar menewaskan dua orang samseng di Penambang Sampan Sungai Kemunting. Ramlee, Sudin dan Aziz pergi mencarinya hingga sampai ke Kampung Pinang Sebatang. Tujuan tiga orang bujang lapok ini ialah untuk menuntut ilmu persilatan dengan Pendekar Mustar. Lakonan: P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin

Anak Bapak (18 Nov 2021)


Mengisahkan Harun seorang pengurus ladang yang suka berfoya-foya sehingga menyebabkan dia banyak berhutang antaranya Norma seorang penyanyi kelab malam yang tamakkan duit Harun. Apabila menyedari yang duit simpanannya semakin habis, Harun telah menipu bapanya Dato' Mahfiz mengatakan dia ingin berkahwin dan memerlukan wang. Lakonan: P. Ramlee, Roseyatimah dan A. R. Tompel

Kanchan Tiara (25 Nov 2021)

Kanchan terpegun dengan kemahiran Tirana dalam mempertahankan diri dan sukarela menawarkan diri menjadi anak muridnya. Tirana baru sahaja menetap di kampung itu tetapi disebabkan keengganan membayar duit kopi kepada orang suruhan Sahamboi maka dia kerap menjadi sasaran anak buah Sahamboi. Lakonan: P. Ramlee, Sarimah Ahmad dan Jins Shamsudin


Slot Malar Segar (Setiap Selasa-Rabu, 9.00 malam)

-----------------------------------------------------------------------

Rahsia (2 Nov 2021)

Professor Hamdan dan Ramlah bersama anak-anaknya, Saiful dan Marina berpindah ke sebuah banglo lama yang terletak di tepi laut. Pada mulanya kehidupan mereka sekeluarga di banglo tersebut aman tenteram, namun selepas kematian anak perempuan mereka, Marina yang lemas di laut, mereka mengalami beberapa gangguan aneh. Lakonan: Noor Kumalasari dan Shukery Hashim

Ghazal Untuk Rabiah (3 Nov 2021)

Percintaan Rabiah dan Jamal ditentang oleh ibu bapanya dan Eddy yang telah membantu menyelamatkan Rabiah dan mendapatkan perlindungan. Eddy yang telah berkahwin ingin menjadikan Rabiah sebagai perempuan simpanannya. Lakonan: Jamal Abdillah, Wilma Muhammad, Ridzuan Hashim dan Raja Azura.

Talak (9 Nov 2021)

Talak menceritakan pergolakan domestik diantara sepasang suami isteri, Johan dan Liza. Suatu hari, tanpa disedari, Johan telah melafazkan tiga kali perceraian kepada Liza. Johan akhirnya dia bertemu seorang lelaki yang bersetuju untuk berkahwin dengan isterinya dan bercerai lagi. Lakonan: Dharma Harun dan  Noreen Noor.

Awang Spanar (10 Nov 2021)

Awang dan Salleh berasal dari Terengganu. Salleh bekerja sebagai seorang kelasi sementara Awang Spanar diberi gelaran tersebut kerana mahir membaiki bot. Dalam percutian mereka di Kuala Lumpur, mereka menyaksikan kejadian penculikan oleh sekumpulan mafia ke atas anak seorang hartawan bernama Rahim. Lakonan: Mr. Os, Salih Yaacob dan Connie

Mawar Merah (16 Nov 2021)

Ibu bapa Arti yang risau atas keselamatan Arti memutuskan Arti akan dihantar ke Kuala Lumpur. Arti bertemu dengan seorang lelaki yang membantunya untuk menghubungi neneknya. Lelaki itu sebenarnya bapa saudara Arti. Arti kemudian tinggal bersama sama nenek dan bapa saudaranya Sofyan seorang arkitek yang masih bujang.  Lakonan: Raja Ema dan Mustafa Noor

Kolej 56 (17 Nov 2021)

Anak-anak daripada keluarga bangsawan yang belajar di Putra Kolej iaitu sebuah kolej swasta yang terletak di Cameron Highlands. Rosman, Roslan, Rosli dan Tengku Kamil berasal dari keluarga elite, berlatar belakangkan golongan kelas atasan dan berpendidikan kecuali Rosli yang bapanya bekerja sebagai butler di rumah orang kaya. Lakonan: Ahmad Fauzee, Salwa dan ramai lagi

Oh Fatimah (23 Nov 2021)

Rahmat dan Fatimah bercerai dan membawa haluan masing-masing. Fatimah melarang  anaknya, Jita, untuk berjumpa dengan Rahmat kerana Rahmat adalah seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Rahmat pula ingin membuktikan kepada Fatimah yang dia boleh mencari calon isteri baru yang boleh memberi kesenangan padanya. Lakonan: A. R . Badul dan Raja Noor Baizura

Kembar Siam (24 Nov 2021)

Dua orang pemuda yang mempunyai wajah yang serupa walaupun tidak mempunyai apa-apa perhubungan. Seorang ialah anak kampung yang ingin menjadi pelakon filem terkenal tetapi gagal kerana tidak berkelulusan tinggi, dan seorang lagi ialah pelakon filem terkenal yang sudah bosan dengan dunianya dan inginkan kebebasan. Mereka bertemu dan menukar peranan masing-masing hingga menimbulkan kekeliruan dan kekecohan. Lakonan: Mr.Os dan Ziela Jalil

Pelumba Haram (30 Nov 2021)

Kumpulan bermotosikal sering dianggap sebagai kumpulan liar oleh sesetengah anggota masyarakat. ASP Jeffrie (Jeff) dan Inspektor Ema dari Unit Tindak Khas (UTK) Bukit Aman telah ditugaskan untuk menjejaki kumpulan ini. Kegiatan kumpulan ini diketuai oleh Rizal yang giat menjalankan kegiatan untuk mencari wang secara haram hinggalah Rizal dimasukkan ke hospital kerana kemalangan dalam satu perlumbaan haram. Lakonan: Sabree Fadzil, Noreen Noor dan Azmi Mohamad.


Slot Malar Segar  (setiap hari Sabtu, 2.00 petang)

-------------------------------------------------------------------------

Pak Tam Duda (6 Nov 2021)

Pak Tam, adalah seorang duda dan usahawan yg berjaya dlm kampung. Dia juga dihormati oleh orang-orang kampung kerana kebaikan dan kemurahan hatinya. Apabila muncul seorang gadis bandar serta teman lelakinya, yg mempunyai niat jahat untuk menggoda serta mengikis segala harta Pak Tam, budak-budak kampung yang menghormati Pak Tam tampil memberi bantuan. Lakonan: A. R . Badul dan Kartina Aziz

Si Luncai (13 Nov 2021)

Si Luncai  telah jatuh hati dengan anak ketua kampung, tetapi pinangannya ditolak kerana dia tiada harta. Suatu hari, dia didatangi oleh nenek kebayan yang memberikannya harta yang banyak dan dia membalas dendam kepada ketua kampung. Lakonan: R Jaafar, Azlina Aziz, Yahya Sulong dan Normadiah.

Balada (20 Nov 2021)

Desa sayangkan ibunya dan sebidang tanah pusaka peninggalan arwah bapanya semasa dia melibatkan diri dalam politik tanah air. Desa sedar bahawa kalau tanah itu jatuh ke tangan orang, tiada ertinya hidup sebagai orang Melayu yang telah mewarisi Tanah Melayu ini. Desa perlukan wangnya untuk menebus balik tanah tersebut. Rakannya memberitahu bahawa tempat yang senang mendapatkan wang, terutama dengan bakat seperti Desa, ialah Kuala Lumpur untuk mencari kerja untuk menebus pergaulannya dengan masyarakat kota.  Lakonan: M.Nasir dan Ogy Ahmad Daud

Dewi Cinta (27 Nov 2021)

Dewi cuba membunuh diri ketika teman lelakinya Micky berjumpa dengan gadis lain. Tetapi dia menyedari dia tidak mahu mati sia-sia dan pergi ke tempat Arman untuk meminta pertolongan dan terus menjalinkan hubungan. Mereka sering diganggu oleh Micky yang masih mencintai Dewi. Lakonan: Ogy Ahmad Daud, Azmil Mustapha dan Richie Ricardo dan Winny Aditya Dewi.


Slot Hindi special (setiap hari Jumaat 9.30 malam) 

---------------------------------------------------------------------

Dulhan Hum Le Jayenge (5 Nov 2021)

Sapna dibesarkan oleh tiga orang pakciknya, masing-masing mempunyai jalan hidup yang berbeza.  Sapna jatuh cinta pada Raja yang berusaha mengambil hati ketiga-tiga pakciknya dengan pelbagai cara. Lakonan: Amin Khan dan Karisma Kapoor

Milenge Milenge (12 Nov 2021)

Priya percaya bahawa dia telah bertemu dengan jodoh yang ditakdirkan ketika dia berjumpa dan jatuh cinta dengan Immy, tetapi, mereka berpisah kerana mempunyai perbezaan. Namun, takdir terus membantu untuk menyatukan mereka kembali. Lakonan: Kareena Kapoor dan Shadid Kapoor

Trimurti (19 Nov 2021)

Setelah dituduh dan dipenjarakan, Satyadevi berharap ketiga-tiga anak lelakinya membebaskannya dan membalas dendam terhadap penuduhnya. Namun, dia menyedari bahawa mereka menjalani kehidupan tersendiri dan saling membenci. Lakonan: Jackie Shroff, Anil Kapoor, Shah Rukh Khan, Anjali Jathar dan Priya Tendulkar.

Mera Naam Joker (26 Nov 2021)

Raj menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan hati sepanjang hidupnya. Tetapi sebagai badut dalam sarkas, dia cuba membuat penontonnya tertawa dengan menggunakan kesedihannya sendiri. Lakonan: Raj Kapoor, Simi Garewal dan Rishi Kapoor


Slot Awesome Movies 

----------------------------------------------------------------------

Setiap Sabtu, 10.00 malam

A Knight’s Tale (6 Nov 2021)

Ketika William Thatcher mengetahui bahawa gurunya Sir Ector sudah mati, dia menyamar dengan memakai baju besi milik gurunya itu di kejohanan Jousting dan memenangi pertandingan tersebut. Dia mengambil bahagian dalam lebih banyak kejohanan. Lakonan: Heath Ledger, Mark Addy dan Rufus Sewell

Man of Steel (13 Nov 2021)

Clark mengetahui tentang kebolehan dan asal usulnya ketika dia memasuki kapal Kryptonian di Artic. Namun, musuh lama mengikutinya ke Bumi untuk mencari kodeks dan membawa kehancuran. Lakonan: Henry Cavill, Amy Adams dan Michael Shannon

Wonder Woman (20 Nov 2021)


Puteri Diana dari bangsa wanita Amazon dilatih untuk menjadi pejuang yang tidak dapat dikalahkan. Dibesarkan di sebuah pulau terlindung, Diana bertemu dengan juruterbang Amerika bernama Steve yang memberitahunya tentang konflik besar yang sedang berlaku di dunia luar. Yakin bahawa dia dapat menghentikan ancaman itu, Diana meninggalkan rumah untuk pertama kalinya. Berjuang bersama-sama lelaki untuk menamatkan semua peperangan. Lakonan: Gal Gadot dan Chris Pine

Justice League (27 Nov 2021)

Steppenwolf dan Parademonnya kembali untuk mengambil alih Bumi. Namun, Batman meminta bantuan Wonder Woman untuk merekrut dan mengumpulkan Flash, Cyborg dan Aquaman untuk melawan musuh baru yang kuat. Lakonan: Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Gal Gadot dan Ezra Miller.


Setiap Isnin, 10.00 malam

Dumb and Dumber (1 Nov 2021)

Dua rakan yang baik hati tetapi sangat lembab tersandung sebuah beg bimbit. Tidak diketahui oleh mereka, ia mengandungi wang yang ditujukan untuk penculik yang mempunyai hubungan dengan orang ramai. Lakonan: Jim Carrey dan Jeff Daniels

Get Smart (8 Nov 2021)

Maxwell Smart, seorang penyiasat intelektual tetapi memalukan digandingkan dengan Ejen 99, seorang ejen yang berpengalaman untuk mencegah KAOS, sebuah organisasi pengganas dari menjalankan rancangan jahat mereka. Lakonan: Steve Carell, Anne Hathaway dan Dwayne Johnson

Ocean’s Twelve (15 Nov 2021)

Dalam masa dua minggu, Danny Ocean dan rakan-rakannya harus mengembalikan wang yang mereka curi dari hartawan kasino Las Vegas, Terry Benedict atau Terry akan membunuh mereka. Lakonan: George Clooney, Brad Pitt, Matt Damon, Catherine Zeta-Jones dan Andy García

Contagion (22 Nov 2021)

Kematian Beth Emhoff dan anaknya membawa kepada penemuan virus yang mematikan. Sementara Pusat Kawalan Penyakit AS berusaha untuk mengekang penyebarannya dan telah mencetuskan panik di seluruh dunia. Lakonan: Marion Cotillard, Matt Damon, Laurence Fishburne dan Jude Law

I Am Legend (29 Nov 2021)

Robert Neville, seorang saintis yang merupakan manusia terakhir yang terselamat dari wabak di seluruh New York. Dia berusaha mencari jalan untuk menukar kesan virus buatan manusia dengan menggunakan darahnya yang kebal. Lakonan: Will Smith dan Alice Braga

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV. Layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my atau muat turun aplikasi AwesomeTV di App Store atau Google Play Store untuk menonton siaran ulangan rancangan menarik  di Awesome TV. 

Instagram : @awesometv.my

Facebook: Awesome TV

Tik Tok: @awesometv.my

Twitter: Awesometv_my

Youtube: Awesome TV

Google Play Store: AwesomeTV

Director : Lee Jang-hoon

Writer : Lee Jang-hoon, Son Joo-yeon

Cast : Park Jeong-min, Im Yoon-ah, Lee Sung-min, Kim Kang-hoon, Ko Chang-seok, Choi Jong-Yoon

Production Company : Blossom Pictures

Distributor : Lotte Entertainment

Genre : Romantic / Drama

Running Time : 117 minutes

Release Date : 15 September 2021

Trailer :


Diinspirasikan dari kisah benar, movie Miracle: Letters to the President berlatarkan tahun 1988 di mana Joon-Kyeong (Park Jung-Min) tinggal di wilayah Gyeongsang Utara yang tidak mempunyai jalan darat yang selamat untuk digunakan oleh penduduk di sana. Satu-satunya jalan ialah menggunakan laluan landasan kereta api. Laluan tersebut berbahaya kerana mempunyai 3 buah terowong gelap dan 3 buah jambatan. Untuk pergi ke sekolah sahaja ambil masa selama 2 jam. 

Sejak kecil lagi, Joon-kyeong (Kim Kang-hoon) tulis surat kepada Presiden Korea untuk membenarkan sebuah stesen dibina di kawasan tersebut. Selama bertahun dia menulis surat setiap hari namun masih belum dapat jawapan. Ra-Hee (Yoona), kawan sekelas yang juga merupakan anak kepada Congressman bantu Joon-kyeong perbaiki kesilapan tatabahasa dan ejaan supaya surat tersebut lebih bagus dibaca dan difahami. 

Malangnya hasil tetap sama, masih tiada jawapan dari Presiden berkenaan permintaan tersebut. Ra-Hee cadangkan supaya Joon-kyeong masuk pertandingan Matematik sebab Presiden sendiri yang akan bagi hadiah kepada pemenang. Sekali lagi mereka kecewa bila timbalan sahaja yang datang. 

Naskhah yang berkisar tentang kehidupan ni tak mempunyai watak antagonis tapi mereka semua berperang dengan takdir dan nasib. First half ada banyak momen kelakar dan romantik antara watak Joon-kyeong dengan Ra-Hee tapi bila masuk second half dah mula emosi sebab watak si ayah (Lee Sung-min) bagitahu hal sebenar kenapa dia selalu mengelak bila masuk hal anak-anak. Masa ni memang bergenang lah air mata sebab konflik diorang memang konflik tipikal keluarga Asia. Sama juga dengan watak Bo-kyung (Lee Soo-Kyung) yang sentiasa bagi sokongan penuh kepada adik dia. Dari Joon-kyeong kecil sampai besar dia jaga sementara ayah dia keluar bekerja. 

Bak kata pengarah dan juga penulis Lee Jang-hoon, naskhah yang bertemakan family drama ni mungkin nampak biasa tapi sepertimana makanan yang tampak biasa namun mempunyai rasa yang luar biasa dari kebiasaannya, begitu lah juga movie Miracle : Letters to the President yang mendapat jumlah kutipan lebih tinggi dari movie Marvel : Sang Chi. 

Walaupun Park Jeong-min nampak lebih tua dari watak budak sekolah yang dibawa tapi casting director pandai cari pelakon kanak-kanak yang seiras dengan dia. Awalnya dia pun tak yakin boleh lakonkan watak pelajar sekolah menengah tapi okay je bila dah tengok full movie. Chemistry dia dengan Yoona pun not bad lah sebab tak banyak pun scene diorang. 

Watak Yoona pun cuma penyeri dalam movie ni dengan watak yang ringan tapi comel. Untuk movie ni both of them kena guna accent di wilayah tu, tak pasti Yoona guna dubbing artist ataupun tu memang suara dia. Kalau memang dia, she’s improving a lot in acting sejak movie Exit (2019). Expression muka dia pun mainkan peranan especially masa scene dia tengok movie dengan Joon-kyeong atas katil tu. 

Sinematografi dari Kim Tae-Soo memaparkan keindahan wilayah Gyeongsang Utara dengan geografi yang terletak berdekatan kawasan pergunungan. Suka scene Joon-kyeong dengan Ra-Hee dekat landasan keretapi sebab ada kelip-kelip. Walaupun nampak penggunaan vfx tapi tetap cantik suntingannya. 

Selain dari mesej kekeluargaan, pengarah juga tekankan tentang impian anak muda melalui kisah Joon-kyeong dengan semangat dia untuk tambah baik kehidupan penduduk di kampung tersebut menggunakan skills dan ilmu dia. Tapi impian milik anak muda ni tak mungkin tercapai kalau orang sekeliling dia tak bagi sokongan dan bantu. 

Sama macam watak Joon-kyeong bila penduduk kampung datang bantu bina bersama stesen kereta api ataupun cikgu fizik sekolah Joon-kyeong yang sentiasa monitor dan cari peluang untuk anak murid dia capai cita-cita untuk belajar alam angkasa lepas. Pendek kata movie ni memang sesuai untuk tontonan keluarga terutamanya yang ada anak muda supaya dapat tiup semangat untuk pergi lebih jauh dalam kehidupan. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Hantu Ke Lima

Thursday 4 November 2021

Pengarah : Azhari Zain

Penulis Skrip : Azhari Zain

Pelakon : Raysha Rizrose, Izzue Islam, Elly Mazlein, PU Man, Aisar Khaled, Choki, Adibah Noor, Shiha Zikir

Syarikat Produksi : AT Movies

Pengedar : Astro First

Genre :  Seram / Komedi

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 7 Oktober 2021

Trailer :


Baru je lepas tengok movie Korea, Show Me The Ghost (2021) dah layan pulak movie Hantu Ke Lima yang menggunakan konsep yang sama apabila rumah yang didiami berhantu. Tapi kualiti kedua-dua movie jauh berbeza sampai termenung panjang fikirkan kenapa skrip dia teruk sangat.

Movie ni ada masalah utama pada skrip bila fakta bercanggah. Watak Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) pulang ke Puncak Mahligai miliknya selepas dituduh gelapkan duit syarikat oleh ibu tiri, Puan Sri Zaleha (Adibah Noor). Dia tak tahu yang ibu tiri dia nak jual rumah tersebut kepada hartawan dari negara India. Tak memasal dia kena maki dengan Cik Kam (Elly Mazlein) sebab jadi punca hilang tempat tinggal. First of all, Cik Kam tu cuma penjaga jadi kenapa dia beria nak emo? Lepastu dia ajak Ashman Shah (Choki) buat video hantu untuk viralkan supaya tak ada yang berani beli. 

Dalam masa yang sama, Puan Sri Zaleha lantik TKO Studio – Taufiq (Aisar Khaled), Dya (Shiha Zikir) dan videographer Kent (Izzue Islam) untuk buat video korporat supaya boleh viral dengan tujuan untuk buang persepsi negatif dan khabar angin tentang betapa puakanya rumah tersebut. Macam kelakar jugak kenapa Puan Sri Zaleha beria upah influencer dengan harga yang tinggi cecah ratus ribu sedangkan dia dah ada pembeli hartawan dari India? 

Sebab timeline dia macam ni tau :

Day 1 : TKO Studio sampai di Puncak Mahligai waktu petang

Day 2-6 : Shoot video, edit video

Day 7 : Puan Sri Zaleha sampai bersama hartawan India untuk tunjuk video yang viral. 

Tujuan utama pengarah Azhari Zain buat movie ni sebab nak perli influencer yang kejar content viral padahal Puan Sri Zaleha yang upah diorang buat kerja. Macam mana team production beria dengan objektif diorang untuk perli influencer sedangkan tak tahu pun prosedur influencer bekerja? Memang nampak sangat penulis skrip tak tahu sebab tak ada dialog, babak yang tunjuk step by step. Tak ada plan untuk story board ataupun persiapan sepanjang mereka bekerja, tahu-tahu dah siap. 

Ataupun watak-watak pekerja TKO Studio yang memang bodoh? Dah tahu rumah tu ada hantu tapi tak buat persiapan atau back-up plan langsung. Shoot video pun low quality masa present dekat client. Dah la tenaga kerja TKO Studio tu Aisar Khaled yang memang selalu viral dengan content bodoh. Macam perli diri sendiri je? Dah la berlakon pun over, buat lawak tapi hambar. Bukan Aisar sorang je tapi the whole cast try hard kemain. Diorang tak rasa merepek ke bila lontarkan dialog? 

Dah la movie ni tak ada hala tuju lepastu genre dia sekejap berubah tiba-tiba kelakar, tiba-tiba masuk drama. Elemen drama yang beria lah dia paksa untuk kita terima babak tu babak sedih. Dari awal sampai habis I tak boleh nak hadam watak Cik Iskandar (PU Man) sekeluarga yang marah sangat dengan Puan Sri Zaleha padahal diorang penjaga je. Rumah tu bukan diorang punya. Dah la suka hati je Cik Kam buat pemujaan dalam rumah tu tiba-tiba dekat hujung movie baru nak larang isteri puja syaitan? Auni pun bila tahu Cik Kam puja syaitan, dia pun join sekali bela Eyang. Apa benda ni? Mesej apa yang pengarah nak sampaikan ni? 

Bab sinematografi dia ada part yang cantik lah sebab lokasi rumah resort tu memang cantik tapi bila tengok gambar keluarga Auni dekat dinding tu aduhai nampak sangat lah edit pakai Photoscape. Selalu orang pakai Photoshop kan, haa ni tak sebab nampak sangat tempeknya asal siap. I mean look at the poster! Transition teruk. Dah la tu, yang berlakon jadi hantu pun sedih. Cik Iskandar jadi Dracula, Cik Kam jadi Valak, kalau buat video pun orang tahu lah hantu fake. Beli kostum masa Halloween ke apa? Gigi hantu pun pakai gigi palsu main tikam tu. 

Dah la tu, ada satu scene masa Taufiq pergi rakam video dekat belakang rumah, dia macam tak nampak ada kostum hantu bersidai dekat ampaian. Siap ada rambut palsu lagi. Tulisan dekat dinding tu pulak yang dia kisahkan padahal tulisan tu dah kabur dah. Dia tak boleh congak ke? Semalam dia kena kacau hantu 4 ekor lepastu ada kostum hantu 4 pasang dekat situ. Dalam rumah tu pun ada 4 orang. Dia main babi air banyak sangat ke? 

Pasal plan diorang tu lagi lah tah pape. Boleh je kot kalau diorang buat je video korporat tunjuk positive side dekat hartawan India lepastu collect payment. Sebelum hartawan tu nak sign SPA, baru lah 4 ekor hantu ni kacau diorang. TKO Studio dapat payment, rumah pun selamat. Ini tidak, buat plan bodoh serupa tak pergi sekolah. Memang sah-sah la kantoi busuk. 

Masa Kent tanya mana payment tu paling tak boleh brain. Kau buat video pun tidak, lepastu kau nak payment. Kau dah kenapa? Astaghfirullahalazim mengucap panjang sis tengok movie ni. Hantu kelima tu muncul tapi takde motif pun. Sama lah dengan movie ni, takde motif pun. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.1/10

Movie Review | Show Me the Ghost (2021)

Director : Kim Eun-kyoung

Writer : Kim Eun-kyoung

Cast : Han Seung-yeon, Kim Hyun-mok, Hong Seung-bum, Leem Chae-young

Production Company : Indy Story Co., Ltd

Distributor : Indy Story, IPTV

Genre : Horror / Comedy

Running Time : 83 minutes

Release Date : 10 July 2021 (BIFAN), 9 September 2021 (South Korea)

Trailer :


Filem yang dapat tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival ke-25 mengisahkan tentang Yeji (Han Seung-yeon) dan Hodoo (Kim Hyun-mok) diganggu oleh hantu perempuan. Mereka baru sahaja berpindah ke rumah sewa tersebut dengan harga yang murah dan lengkap dengan perabot tanpa menyedari penyewa lepas telah membunuh diri. Jiran di blok sebelah pun terkejut dengan kehadiran mereka berdua. 

Setiap hari mereka diganggu dengan teruk sehinggakan terpaksa mencari jalan untuk menyewakan kepada orang lain. Malangnya usaha mereka tidak berjaya kerana roh hantu tersebut gagalkan rancangan mereka sebaik sahaja ada yang bersetuju untuk menyewa. Nak upah dukun untuk halau hantu tersebut, mereka berdua tak mampu dari segi kewangan sebab dah habis dah buat bayar deposit rumah. Nak beli barang untuk menghalau hantu pun mahal juga. Tabur kacang merah dengan garam pun tak menjadi. 

Sampai lah mereka bertemu dengan Kidoo (Hong Seung-bum) yang menawarkan harga diskaun untuk menghalau hantu di rumah. Kidoo merupakan cucu kepada bomoh tapi tak belajar ilmu menghalau hantu dengan baik sebab tu dia bagi harga diskaun je. Dia pun tengah struggle nak cari duit untuk bayar sewa rumah sama macam Yeji dengan Hodoo. 

Hantu perempuan (Leem Chae-young) dalam movie Show Me The Ghost ni menyeramkan jugak lah setiap kali dia muncul dengan suara creepy macam Ju-on tu rasa meremang je bila tengok. Jalan cerita dia cliché dan predictable tapi disebabkan olahan Kim Eun-kyoung menggunakan template komedi membuatkan movie ni menarik untuk ditonton.

Pace movie terbitan Indy Story Co., Ltd ni boleh tahan laju dan penulis kembangkan watak dengan baik pada first half movie. Boleh faham lah kenapa Yeji dengan Hodoo terbeban dengan masalah kewangan walaupun mereka berdua adalah pelajar cemerlang dalam pelajaran. Dapat gred tinggi pun belum tentu ada jaminan dapat kerja lepas grad sebab Korea Selatan pandang tinggi dengan graduasi lepasan Seoul National University. 

‘It’s no big deal to fail? 4.24 GPA, proficient in English and Chinese, 6 licenses, 3 internships, 5 contest wins! What more do I have to do?! Is it a crime to be a graduate of a non-Seoul university? Is it a crime?!’ – Yeji

Sinematografi movie Show Me the Ghost menghadirkan rasa seram dan ngeri walaupun bila hantu berehat bak kata Hodoo, rumah tu nampak cantik interiornya dengan konsep retro dan vintage. Make-up pada hantu perempuan dan hantu-hantu lain biasa je sebab touch up bagi pucat dan apply eyeshadow hitam pada mata tapi setiap kali muncul tetap seram jugak sebab music background. 

Lakonan Han Seung-yeon dengan Kim Hyun-mok sebagai kawan baik dari kecil antara kekuatan movie Show Me The Ghost sebab masing-masing pun penakut walaupun awalnya acah berani sebab dah tak ada duit. Scene diorang menggeletar lepas kena kacau dengan hantu tu kelakar walaupun kesian juga pada masa yang sama. Sampaikan pakcik yang homeless tu pun kesian dengan nasib diorang. Ada rumah tapi lepak kedai serbaneka 24 jam macam dia jugak. 

Walaupun naskhah ni mempunyai cerita yang santai tapi mesej sosial yang diketengahkan sebenarnya berat juga bila masalah stalker yang berleluasa di Korea dipaparkan pada second half. Sama juga dengan masalah alam pekerjaan yang mempunyai kadar pengangguran yang tinggi sampaikan kes bunuh diri di Korea Selatan setiap hari adalah sebanyak 12 kes. Kelakar tapi menyedihkan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10