Lomo Card iKON Function Teruk

Monday 30 August 2021

Dah lama nak beli lomo card iKON ni sebab murah je, satu box ni dalam 5 hengget lebih je. Lagi murah bila ada Shopee Sale, harga satu box jatuh ke RM3. Sayang lah kalau beli satu box je sebab harga postage lagi mahal dari harga barang. Lagipun Shopee sekarang kan dah kedekut, voucher keluar teramatlah terhad dan tak perlu letak harapan tinggi lah untuk redeem. Jadi kita beli 3 kotak sebab seller tu pun memang jual 3 je :')


Awalnya memang taknak beli sebab tak tahu nak letak mana pun. Tapi bila tengok ada magnet button dengan board kosong, baik isi dengan gambar cantik yang menaikkan semangat. Antara beli 3 kotak lomo card ni dengan print sendiri gambar diorang guna glossy paper, rasanya laaaaaaagi murah beli lomo card sebab material dia keras. Warna pun terang nak dibandingkan dengan print atas glossy paper. Lagipun gambar iKON ni nak letak dekat luar tanpa kaca ataupun plastic cover. Kalau guna glossy paper, alamatnya sebulan dua mula lah pudar.  


Kotak lomo card ni tak besar mana pun dan gambar 30 keping dekat dalam kotak ni pun ada yang repetitive. Agak mengecewakan jugak lah sebab iKON ada baaaaaaanyak gambar. But that's okay sebab I boleh guna dua gambar dekat dua tempat berbeza tapi dengan semangat yang sama gittewww. 


Ni lomo card yang I letak dekat meja laptop di rumah. Asal boleh je guna satu clip untuk lekat semua gambar. Kalau gambar ni pudar nanti boleh lah replace dengan 70 keping lomo card lagi dekat dalam storage tu. By the way thank you seller sebab wrap dengan baik dan hantar dengan kadar yang segera. I harap lomo card dia habis dijual sebab iKON dah tamat kontrak dengan YG Entertainment tahun depan :')

Pengalaman Turunkan Berat Dengan Trufitz

Sunday 29 August 2021

Siapa yang tak kenal Trufitz, produk supplement daripada pelakon terkenal, Fazura kan? Disebabkan selalu nampak IGstory Fazura minum Trufitz ataupun promo sales untuk produk ni, kita pun jadi terjebak sekali lah nak cuba. Betul ke 7-Day Formation seperti yang product ni claim? 


Sebelum tu kita berkenalan dulu dengan produk makanan tambahan yang diluluskan oleh KKM dan mula mendapat perhatian sejak tahun 2017 ni. Trufitz ialah jus gabungan buah strawberry dan buah markisa dengan morosil yang bertujuan untuk menyingkirkan lemak secara detox. 

5 bahan utama yang terdapat dalam Trufitz adalah : 

i. Green Coffee - membantu meningkatkan metabolisme tubuh untuk membakar lemak dengan lebih cepat. 

ii. L-Carnitine - melancarkan peredaran darah dan bagus untuk kesihatan jantung. 

iii. Raspberry Ketone - Meningkatkan penghasilan hormon adinopectin yang membantu membakar lemak dengan lebih cepat. 

iv. Beet Root - Melancarkan sistem pencernaan

v. Hoodia - Membantu untuk mengawal selera makan supaya kenyang lebih lama daripada biasa.


Diperbuat dalam bentuk juice on-the-go di mana boleh diminum tanpa perlu bancuh atau kaedah penyediaan yang lain. Buka je penutup sachet dan minum jus yang berkuantiti sebanyak 35ml sebelum makan, satu hari sekali. Boleh diambil sama ada belah pagi ataupun petang. 

Dalam satu box berwarna pink pastel ni ada 7 sachet yang dijual dengan harga RM59.00 tapi disebabkan beli masa TruDolly buat promo sales, dapat lah beli satu kotak dengan harga RM39.00 je tak termasuk kos penghantaran. 

Jadi berbalik kepada persoalan di atas tadi, betul ke Trufitz ni boleh membantu mengurangkan berat badan dalam masa 7 hari? Jawapannya betul sebab lepas minum jus Trufitz ni rasa kenyang dan minum lebih banyak air dari biasa. Bab membuang atau detox tu pun betul sebab fiber yang ada pada jus buah-buahan tu. 

Tapi turun berat tu tak lah sebanyak macam dalam testimoni yang diiklankan sebab guna pun 7 hari je kan jadi turun dalam 2kg hingga 3kg je pun. Kalau tak minum satu kotak Trufitz ni pun boleh je turun 2kg tu dengan syarat makan fiber dan minum air putih/masak/mineral/kosong 3 liter sehari. RM59.00 agak mahal jugak lah untuk dijadikan rutin harian. 

Mungkin ada yang boleh turun lebih banyak dari pengalaman I sebab jaga makan dan workout. Hasil dia ikut pada cara pemakanan dan lifestyle masing-masing lah. For me, I tak akan repeat dah sebab mahal satu hal, rasa buah markisa tu pun a bit manis dekat tekak. Tekstur jus Trufitz ni cair dan tak sticky, sesuai lah dengan konsep on-the-go tu. Anyway a good product from TruDolly dan Fazura.

Drama Review | Taxi Driver (2021)

Director : Park Joon-Woo

Writer : Oh Sang-Ho (ep.1-10), Lee Ji-Hyun (ep.11-16)

Cast :  Lee Je-hoon, Esom, Kim Eui-sung, Pyo Ye-jin

Production Company : Studio S (SBS), Creative Leaders Group Eight

Distributor : SBS

Genre : Crime / Thriller

Running Episodes : 16 episodes

Release Date : 9 April 2021 – 29 May 2021

Trailer : 


Diadaptasikan dari webtoon berjudul The Deluxe Taxi hasil karya Carlos dan Lee Jae-jin, drama genre crime thriller ni mengisahkan tentang Rainbow Taxi yang menawarkan khidmat balas dendam kepada mangsa jenayah yang ditapis dan dipilih oleh organisasi tersebut. Kesemua ahli yang bekerja di dalam organisasi tersebut adalah mangsa kepada beberapa jenayah yang berlaku di bandar Seoul. 

Pemandu teksi, Kim Do-ki (Lee Je-hoon)menjadi mangsa kepada kekejaman pembunuh bersiri yang membunuh emaknya secara rambang. Selepas tamat military training, Mr. Kim join Rainbow Taxi di samping membantu CEO Jang Sung-chul (Kim Eui-sung) mengendalikan The Blue Bird Foundation. 

Modus operandi mereka mudah selaps mendapat panggilan daripada mangsa, masing-masing akan buat strategi untuk jatuhkan penjenayah terlibat. Selepas klien berpuas hati mereka akan bawa kesemua penjenayah tersebut kepada Godmother Baek Sung-mi (Cha Ji-yeon) untuk dipenjarakan di tempat khas. CEO Jang akan buat eksperimen untuk lihat perubahan mereka sama ada akan bertaubat dengan kesalahan ataupun masih lagi dengan perangai yang sama. 

Dalam masa yang sama Prosecutor Kang Ha-na (Esom) yang menyiasat kehilangan pembunuh bersiri Cho Do-chul (Cho Hyun-woo) mula syak Mr. Kim dan CEO Jang sebab beberapa bukti terarah kepada persamaan aktiviti mereka berdua. Pendirian dia juga berbeza dengan mereka berdua mengenai balas dendam dan sistem perundangan Korea Selatan. 

Menyampah sangat tengok watak Kang Ha-na tu sebab jelas sangat lah sistem perundangan negara tu lemah dengan beberapa loopholes. Semua pun tahu negara Korea Selatan tinggi dengan amalan rasuah jadi kenapa watak Kang Ha-na nak berpegang teguh dengan sistem tersebut? Dia sendiri pun marah bila berjumpa dengan banduan yang hidup selesa dalam penjara hasil duit cukai yang dibayar oleh rakyat Korea. 

Boleh nampak kenapa drama ni ada dua penulis untuk episod-episod awal dan episod hujung bila ada perbalahan mengenai jalan cerita. Flow cerita memang berubah sangat dan jadi lemah bila pihak polis dan pendakwaraya terikat dengan protokol dan pengarah biarkan watak Mr. Kim menonjol sangat. Jalan cerita yang predictable bila watak Kang Ha-na mula faham kenapa Raibow Taxi wujud bila dia mengalami kejadian yang sama. Lebih menarik kalau dinamik Kang Ha-na sama cemerlang dengan Mr. Kim ataupun lebih licik dengan ilmu perundangan dia. Malangnya elemen tu tak ada dan berharap sepenuhnya dengan Mr. Kim. 

Geram je tengok bila Kang Ha-na tahu banduan yang dipaksa mengaku oleh polis supaya dapat tutup kes dengan cepat. Lepas 20 tahun tersalah hukum sampai banduan tu hilang keluarga dan maruah, permohonan maaf je yang pihak pendakwaraya boleh buat terhadap dia. Dalam drama ni mungkin happy ending tapi sedih tengok footage sebenar banduan tersebut dekat hujung Episod 15. 

Kecewa juga bila watak Godmother Baek digarap lemah sedangkan dia ada potential untuk jadi antagonis yang licik dengan dua orang sidekick. Tak dikembangkan pula macam mana CEO Jang boleh bersetuju untuk bekerjasama dengan Godmother Baek sedangkan ada backstory tentang macam mana dia mulakan bisnes haram dia. 

Walaupun aspek tu antara kelemahan drama Taxi Driver terbitan Studio S namun kesemua jenayah yang diketengahkan adalah jenayah sebenar yang berlaku di Korea Selatan. Tak mustahil juga kes-kes jenayah yang serupa berlaku di negara-negara lain. 

Hideout Rainbow Taxi yang terletak di basement rumah CEO Jang adalah set sebenar tanpa bantuan CGI sebab director nak tempat tu nampak real. Visual yang digunakan juga cemerlang dengan teknik self-camera dalam babak Mr. Kim berlawan dengan anak buah Godmother Baek. Tona warna kebanyakannya disetkan ala vintage dengan warna hangat. Sama juga dengan music score dengan musik bertemakan trend 80-an. 


Tengok pada ending, ada potential drama ni akan muncul dengan Season 2 tapi kalau penulis Lee Ji-Hyun yang karang cerita, susah nak tarik minat untuk tengok. Kalau biarkan sahaja habis pun okay jugak sebab plot Taxi Driver pun dah mula longgar melainkan ada jenayah menarik untuk dipertontonkan. Suka dengan lakonan Lee Je-hoon dan Ahn Go-eun (Pyo Ye-jin) dengan ekspresi dan lontaran lakonan yang bagus sesuai dengan situasi watak mereka berdua. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 7.7/10

Movie Review | Drive (2019)

Director : Tarun Mansukhani

Writer : Tarun Mansukhani

Cast : Sushant Singh Rajput, Jacqueline Fernandez, Vikramjeet Virk, Sapna Pabbi, Vibha Chibber, Boman Irani, Pankaj Tripathi, Kaustubh Kumar

Production Company : Dharma Productions

Distributor : Netflix

Genre : Action / Thriller

Running Time : 119 minutes

Release Date : 1 November 2019

Trailer :


Ambil masa yang lama juga untuk layan movie Drive ni sebab tayangan movie ni ambil masa yang sangat lama sampaikan pelakon utama, Sushant Singh Rajput perli Karan Johar bila nak release dalam sebuah interview. Sepatutnya ditayangkan di pawagam kemudiannya bertukar method ke OTT platform iaitu Netflix. 

Sungguhpun movie Drive ni adalah terbitan Dharma Production dan ditayangkan di bawah Netflix Originals, malangnya visual adalah kelemahan utama sampai hilang mood nak layan. Susah nak percaya Netflix boleh terima movie seperti Drive untuk ditayangkan.Bila tengok keseluruhan movie boleh nampak ni adalah cara Karan Johar balas dendam kepada Sushant. 

Tak faham macam mana Karan Johar ataupun team production boleh berpuas hati dengan final edit movie Drive ni sedangkan pihak tourism negara Israel berbesar hati jalinkan hubungan diplomatik dengan negara India melalui movie Drive. Bayangkan audience negara Israel layan movie ni sebab it is one of the project involved and turn out to be the worst version of Fast & Furious franchise?  

Pembantu Setiausaha Perdana Menteri, Irrfan (Boman Irani) dihantar ke Jabatan Perakaunan untuk bantu Vibha Singh (Vibha Chibber) menjejak sekumpulan pencuri yang diketuai oleh Tara (Jacqueline Fernandez) dan pembantunya Bikki (Vikramjeet Virk) juga Naina (Sapna Pabbi). Tak susah pun nak locate mereka bertiga ni sebab selalu melepak di kawasan street racing di bandar tersebut. 

Yang susahnya bila nak buktikan mereka bertiga memang terlibat dalam kes-kes rompakan yang berlaku dan bakal berlaku. Jadi Irrfan hantar undercover police, Arjun untuk siasat kegiatan mereka dan kumpul bukti kukuh. Vibha dan pembantu dia, Hamid (Pankaj Triptahi) dah cuak sebab mereka adalah target seterusnya. Tak ada siapa yang tahu selain mereka berdua yang semua duit haram hasil peras ugut dari businessman disimpan di ruang rahsia dalam bangunan tersebut. 

Bangunan tersebut dikawal dengan ketat dan sesiapa yang mencurigakan akan ditembak serta-merta oleh pengawal keselamatan di sana. Nak masuk memang perlukan perancangan yang rapi dan bantuan dari IT personnel, Raj Naik (Kaustubh Kumar). 

Flow penceritaan Drive ni tak ada pun yang unik ataupun fresh sebab dah banyak movie bertemakan rompakan dipaparkan baik dari Bollywood mahupun Hollywood. Ada beberapa twist yang menarik supaya momentum cerita tak terus merudum dan membosankan. 

Sepanjang 110 minit movie ni berjalan, keliru juga dengan genre dia sebab tak rasa thriller atau saspen pun tapi lebih kepada komedi. Plot dia pun tak disusun dengan baik sebab ada beberapa scene yang random je muncul dan hilang macam tu sahaja tanpa penjelasan yang bagus. Nasib baik peneraju utama movie ni ialah Sushant, kalau ambil Ayush Sharma rasanya movie ni elok masuk tong sampah je. 

Selain dari Sushant, music album Drive not bad lah sebab lagu Makhna yang shoot dekat Israel tu best. Dalam music video tu nampak lah diorang semua have fun sebab director pun dah bagitahu ikut suka diorang lah nak have fun macam mana. Lagu Prem Pujari also one of my favorite song jugak dengan choreography dan set yang cantik. Music score dari Qaran je kurang memberi impak dan sometimes out of place. 

No wonder lah Sushant tak pernah promote movie ni bila Karan Johar finally decide untuk tayang dekat Netflix. Siapa tak sakit jiwa tengok end product macam ni? Wasted. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 2.6/10

Movie Review | Ada Hantu (2021)

Saturday 28 August 2021

Pengarah : Hairul Azreen

Penulis Skrip :  Adrian Teh, Amar Amir

Pelakon : Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Henley Hii, Theebaan, Sophia Albarakbah, Dafi

Syarikat Produksi : ACT 2 Pictures 

Pengedar :  Disney+ Hotstar 

Genre : Seram / Komedi

Durasi Tayangan : 100 minit

Tarikh Tayangan : 13 Ogos 2021

Trailer :


Bermula dengan reaction video Alif (Zahiril Adzim) yang mendapat kecaman dari ramai haters sampai dia ambil keputusan untuk pergi ke tempat berhantu walaupun dia tak percaya dengan kewujudan makhluk alam ghaib. 

Alif sebenarnya tak kisah pun dengan haters channel dia sebab kebanyakannya yang menyampah ni lah yang subscribe dan sedekah views untuk Youtube videos dia. Shasha (Elvina Chua) yang cadangkan dia buat content untuk bidas kecaman netizen sementara Bariah (Shiqin Kamal) pula cadangkan mereka bermalam di rumah banglo yang berhantu di kampung dia, Kampung Teluk Panglima Perang. 

Sebelum sampai ke rumah tu pun dah ada insiden bila Talha (Hairul Azreen) hampir terlanggar seekor kucing hitam tapi bila mereka semua turun cari, tak ada langsung kesan kucing tersebut. Sebelum masuk ke rumah banglo tersebut, Jimmy (Nafiez Zaidi) cuba scan aura positif dengan berbekalkan ilmu fengshui yang dipelajari. Entah ye entah tidak sampai Alif naik meluat dengan perangai dia. 

Rumah banglo tersebut adalah milik jeneral askar Jepun yang kejam tapi sayang pada isteri yang cantik dan pandai bermain piano. Setiap malam dia akan dengar isteri dia main piano sehinggalah pada malam terakhir sebelum mereka berdua melakukan kamikaze. Sejak dari hari itu, rumah tersebut mempunyai banyak kejadian aneh dan misteri sehinggakan tak ada yang berani tinggal di situ. 

Movie sulung arahan pelakon terkenal Hairul Azreen ni menggunakan template seram komedi di mana pendekatannya lebih santai dan menghiburkan. Kalau ada yang concern dengan lakonan Hairul, boleh nampak dia dah improve banyak lepas movie Wira (2019) dan Pasal Kau (2020)

Kalau ada yang concern dengan arahan dia, pun rasanya tak ada masalah sebab naskhah santai ni walaupun tipikal tapi banyak plot twist yang menghiburkan. Lagipun movie ni adalah hasil penulisan Adrian Teh jadi tak perlulah risau dengan kualitinya. Boleh kata I dah jadi peminat karya Adrian Teh. Kagum lah dengan dia bila dia boleh polish daripada seorang pelakon kayu seperti Hairul menjadi bagus dan tampil sebagai pengarah. Mungkin lepas ni ada movie aksi pula sebab tu strong point Hairul dalam industri. 

Berbalik kepada naskhah Ada Hantu terbitan ACT 2 Pictures ni mempunyai barisan pelakon yang bagus terutamanya Zahiril Adzim sebagai watak utama. Lakonan Shiqin Kamal pun bagus dan nampak selesa dengan watak Bariah cuma keliru dengan karakter dia yang mempersoalkan tindak-tanduk Alif sejak sampai di rumah tersebut sedangkan motif utama ke situ adalah untuk buat video. Pelik jugak tengok diorang berlima ni sebab main redah je semua benda. 

Masa first half tak lah banyak sangat komedi sebab diorang baru nak explore tempat tu tapi bila masuk second half tak larat nak gelak dengan cerita masing-masing. Terdiam bila tengok kejadian cadar kempis tu sebab real betul. Sekali dengan kita jadi terkesima bila tengok babak tu. Polis yang datang untuk siasat pun terdiam. Teringat-ingat lagi scene Alif dok sengih tu. 

Visual dari Danny Lala paparkan keindahan panorama kawasan tersebut dengan baik. Scene waktu malam pun tak terlampau gelap sampai tak nampak apa yang berlaku. Suka tengok scene dekat tangga sebab lighting dekat situ cantik sangat. Tapi kalau nak pergi vacation dekat rumah tu memang tak lah sebab jauh dari pekan. Kalau orang kata ada hantu pun memang percaya. 

Walaupun movie Ada Hantu ni pada awalnya dikritik sebab poster yang cincai tapi jalan cerita dia menghiburkan dan sesuai ditonton bersama keluarga. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 7.7/10