Movie Review |Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini

Saturday 6 February 2021

Pengarah : Angga Dwimas Sasongko

Penulis Skrip : Jenny Jusuf, Angga Dwimas Sasongko, Melarissa Sjarief

Pelakon : Rachel Amanda, Rio Dewanto, Sheila Dara Aisha, Ardhito Pramono, Donny Damara, Susan Bachtiar, Oka Antara, Niken Anjani, Agla Artalidia

Syarikat Produksi : Visinema Pictures, IDN Media, Blibli.com, XRM Media 

Pengedar :  Visinema Pictures, Netflix

Genre :  Drama

Durasi Tayangan :  121 minit

Tarikh Tayangan : 2 Januari, 2020

Trailer :

Diadaptasikan dari novel dengan judul Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini hasil karya penulisan Marcella FP menjadi sebutan kerana mendapat 30 pencalonan untuk pelbagai kategori dalam pelbagai award event. Movie yang diterbitkan pada tangga 2 Januari 2020 ni dibawa masuk ke Malaysia pada bulan April 2020 melalui Astro Shaw dan sudah diterbitkan oleh Netflix juga. 

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang mempunyai konflik dalaman sepertimana tagline yang ditekankan oleh team production – Setiap Keluarga Punya Rahsia. Dari awal movie lagi dan diberi hint tentang rahsia tersebut tapi menjadi tanda tanya apa yang berlaku sampai lah kesemua ahli keluarga meledak dengan perasaan yang berpuluh tahun disimpan. 

Dari watak seorang ayah, boleh nampak Narendra (Donny Damara) jadi trauma dan paranoid dengan kejadian hitam tersebut. Dan kerana itu dia mula meletakkan tanggungjawab besar buat anak lelaki sulung dia, Angkasa (Rio Dewanto). Pantang silap sikit mula lah dia bagi amaran pada Angkasa. Aurora (Sheila Dara Aisha) merasa kehilangan bila ahli keluarga dia beri perhatian yang lebih terhadap anak bongsu, Awan (Rachel Amanda). 

Walaupun si ibu, Ajeng (Susan Bachtiar) lebih banyak mengalah, berdiam dan memujuk anak-anaknya tapi dia pun tak dapat kawal keadaan tersebut. Dia pun ada kesedihan yang dia terpaksa simpan supaya semuanya tetap kuat menjalani hari yang mendatang. Bila Awan berjumpa dengan Kale (Ardhito Pramono), perspektif hidup dia mula berubah dan kerana itu dia berani melawan kata-kata Narendra.

 

Sekali lagi perhatian terarah kepada Awan, sekali lagi Angkasa dipersalahkan dan sekali lagi juga Aurora diketepikan walhal dia ada pameran seni yang penting dalam hidup dia. Bagaimana Narendra dan Ajeng selesaikan masalah ni walaupun dah cuba yang terbaik untuk beri yang etrbaik kepada anak-anak?

"Selalu ada yang pertama kali dalam segala sesuatu... termasuk gagal." - Angkasa

Rahsia dalam keluarga ni tak lah membebankan atau sulit sangat pun. Tak tahu kenapa Narendra beria sangat nak rahsiakan dari Aurora dan Awan sampai menjejaskan Angkasa. Bagi Ajeng mungkin sulit lah sebab dia jadi gila meroyan sampai abaikan anak-anak. Bukan rahsia yang jadi beban tapi sebenarnya konflik setiap watak yang disimpan sampai jadi barah dalam keluarga. Mesejnya, komunikasi. 

Sinematografi dari Yadi Sugandi menghidupkan seni visual dengan panorama kota Jakarta yang nampak realistik baik dari kesibukannya ataupun dari keasyikan makanannya. Seni yang dieksperesikan melalui watak Aurora juga nampak cantik dan kreatif. Bilik Aurora paling cantik dengan koleksi seni yang dipamerkan. 

Antara punca masih bertahan tengok movie ni sebab penasaran dengan rahsia keluarga dan dialog yang puitis dilontarkan oleh beberapa watak terutamanya Kale.  

"Nyaman itu memang kadang jadi jebakan. Bikin takut ke mana-mana. Bikin nggak siap sama gagal." – Kale

I guess pengarah cuba tekankan konsep kegagalan yang perlu kita hadapi untuk membesar atau berkembang menjadi lebih baik. Bila watak Narendra cuba yang terbaik sediakan untuk anak-anak dia sedangkan mereka semua perlu juga gagal untuk jadi lebih baik. Scene Ajeng cuba pujuk Angkasa bila anak sulung dia menyesal dengan apa yang terjadi. 

"Tidak ada penderitaan sebesar apapun, kesulitan seperti apapun, yang bisa menggantikan kebahagiaan." - Ajeng

Movie ni mungkin agak overrated sebab emosinya tak lah sebeban mana pun dan ada yang lebih teruk lagi. Mungkin dari segi suntingan bijak bermain dengan susur masa bila scene bersilih ganti antara waktu sekarang dengan flashback tanpa rasa lelah. 

Dari movie ni rasa suka dengan watak Kale dan madah puitis dia dan berita baiknya, ada spin-off untuk watak Kale – Story Of Kale : When Someone’s In Love di mana prequel kepada Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini sebab ada scene Kale mention dekat Awan yang dia dulu pernah bahagia tapi dia dah taknak terikat dengan sesiapa untuk merasa bahagia. 

Dan movie Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini dah pun dibikin series tapi tak tahu lah nak tengok ke tak sebab movie pun kurang umpphhh. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 =7.6 /10

Movie Review | June & Kopi (2021)

Pengarah :  Noviandra Santosa

Penulis Skrip :  Noviandra Santosa

Pelakon : Acha Septriasa, Ryan Delon, Makayla Rose Hilli, Tije, Reza Aditya  

Syarikat Produksi :  Aurora Films, Netflix

Pengedar : Netflix

Genre :  Drama  Komedi

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 28 Januari 2021

Trailer :

Masa tengok trailer dah nampak movie yang bertemakan hubungan binatang dan manusia ni akan terarah ke mana sebab dalam trailer pun dah cukup jelas tentang idea pengarah dan penulis Noviandra Santosa di bawah produksi Netflix untuk movie pertama Indonesia yang berkisar tentang anjing. 

Mengisahkan Aya (Acha Septriasa) yang berjumpa dengan seekor anjing putih di jalan semasa membeli sate. Anjing tersebut berlindung di belakang Aya kerana takut dengan sekumpulan budak lelaki yang mengejarnya. Aya mengusir mereka pergi tapi tak nak bawa anjing putih tu pulang ke rumah sebab takut nanti suaminya, Ale (Ryan Delon) tak setuju. Lagipun mereka sudah ada Kopi. 

Tapi disebabkan kasihan, Aya cuba sorok dan sembunyikan di bilik bayi yang kosong. Of course lah kantoi sebab habis satu bilik bersepah dan Ale terdengar suara anjing menyalak. Aya janji akan bawa anjing tu ke kedai Reza keesokan harinya. Kebetulan dia nampak kalendar bulan 6 jadi Aya namakan anjing tersebut sebagai June. Tak lama pun June dekat kedai Reza dan berjaya lari balik ke rumah Aya. 

Nak tak nak terpaksa lah Ale terima dengan syarat June tak boleh nakal atau sepahkan rumah. Nasib baik Aya sentiasa ada di rumah kerana kerjaya dia sebagai pelukis komik. Boleh la dia jaga June dan Kopi. Walaupun Kubis selalu tegur June tapi dia tak pernah berani ke sebelah sebab tuan Kubis adalah seorang budak lelaki. 

Ale makin risau bila dapat tahu Aya mengandung sebab June tak suka dengan budak kecil. Dari awal lagi dia sudah jelaskan yang dia akan buang June sekiranya menjadi ancaman kepada anak perempuan mereka, Karin (Makayla Rose Hilli).

Karakter June dan Kopi diinspirasikan dari anjing-anjing peliharaan pengarah Noviandra Santosa sendiri bila mereka berdua adalah anjing-anjing adoption so salah satu mesej utama dari movie ni ialah ‘adopt, don’t buy’ macam scene Aya adopt June lepas terjumpa dia di tepi jalan dan juga scene Ale temankan Karin pergi ke dog centre. Dekat situ tuan yang menjaga bagitahu kebanyakan anjing dekat situ diambil di jambatan kemudian dirawat dan dipelihara sebelum jumpa tuan baru. 

Kalau movie under Netflix memang sinematografi dia cantik lah dengan kepakaran Budi Utomo menggunakan upside down shot, panorama, dolly ataupun point of view shot. Tone warna yang warm buat kita rasa dekat dengan karakter June dan Aya. Masa tengok movie ni perasan jugak kadang-kadang fizikal June berubah sebab ada masanya akan nampak June seperti anjing husky. Rupanya team production guna body double untuk beberapa stunt. 

June dan Kopi ni memang pandai berlakon baik dari body gesture mahupun ekspresi muka so most of the scene I akan awwww je. Menyampah tengok movie tentang anjing ni mesti rasa nak bela jugak tapi tak boleh. Scene Kopi tolong buka pintu untuk June tu kelakar kot. Sayangnya tak ada dialog yang padu untuk scene drama ataupun dialog dari Karin yang dijaga oleh June sejak kecil. Scene June salam Ale tu memang menangis teruk lah. Ada lagi scene yang lain bikin nangis tapi nanti jadi spoiler pulak. 

Durasi 90 minit tu terasa sangat pendek tambah pula pengarah bazirkan masa dengan scene di hutan. Scene yang predictable jugak lah sebab beberapa kali pengarah cuba create intense moment dengan tayang beberapa kali ‘benda’ tu. Scene Karin masuk ke hutan tu pun lebih menarik kalau dia leka bermain dengan rama-rama ataupun burung sampai tersesat. Tapi pengarah cuma letakkan pendorong tu terhadap budak lelaki yang ganas padahal dia tak kacau Karin dah pun. Boleh je kalau Karin mengadu dekat Aya instead of masuk hutan. 

Anyway movie yang menarik di permulaan 2021 dari Netflix Indonesia. Nak tunggu movie Layla & Majnun pula lakonan Acha Septriasa jugak dengan Reza Rahadian. Hiks! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Movie Review | Sir – Is Love Enough?

Director : Rohena Gera

Writer : Rohena Gera

Cast : Tillotama Shome, Vivek Gomber, Akash Sinha, Rashi Mal

Production Company : Platoon One Films

Distributor : Netflix

Genre : Drama

Running Time : minutes

Release Date : 14 May 2018 (Cannes), 20 September 2018 (Netherlands), 13 November 2020 (India)

Trailer :

Berlatarbelakangkan Mumbai, Ratna (Tillotama Shome) mengemas rumah seperti biasa sementara tunggu Ashwin (Vivek Gomber) balik rumah. Ramai yang datang untuk kuatkan semangat bila perkahwinan antara Ashwin dengan Sabina (Rashi Mal) dibatalkan bila dapat tahu bakal isteri dia curang dengan lelaki lain. 

Ratna jarang bercakap dengan tuan dia tapi dia sentiasa pastikan semuanya cukup lengkap serba-serbi. Bercerita tentang kisah peribadi tuan dia pun tidak pernah. Bila Raju (Akash Sinha) si driver cuba korek cerita, Ratna akan halau atau diamkan saja. Kata Raju, Ratna kena cari tuan yang baru sebab tak manis duduk berdua serumah. 

Ratna tak pedulikan langsung sebab dia kenal tuan dia macam mana. Tambah pula dia sendiri tak pernah melebihi batas. Dia tahu dan sedar dia cuma orang gaji yang perlu cari duit untuk sara keluarga di kampung. Walaupun keluarga tuan dia berkasar pun dia tak pernah ambil hati langsung. Sampai lah tuan dia mengaku yang dia jatuh cinta dengan Ratna. 

Cukup kah sekadar cinta antara Ratna dan tuan dia sedangkan realitinya perhubungan mereka akan dicemuh dan dijadikan bahan jenaka. Keluarga tuan dia pun tak akan terima satu-satunya anak lelaki mereka berkahwin dengan orang gaji. 

Agak lambat juga untuk sampai ke klimaks bila pengarah dan penulis Rohena Gera tunjuk kehidupan dua watak utama tentang bagaimana Ratna yang simpan impian untuk buka butik sendiri. Dan juga kehidupan Ashwin yang cuba move on dengan apa yang jadi di kota besar India tu sedangkan life dia dekat New York sebagai penulis dah cukup membahagiakan. Dalam trailer tu dah dekat hujung dah bukannya dekat first half. Agak tertipu jugak lah dengan trailer ditambah pace yang perlahan sampai ada beberapa part yang rasanya boleh dikembangkan lagi.  

Di kala semua orang di sekeliling dia pujuk untuk move on dengan introduce kenalan wanita baru dan belajar untuk adapt dengan kerjaya sebagai engineer, Ratna pula lebih suka dia jadi penulis. Mungkin sebab tu juga Ashwin jatuh cinta sebab ada yang betul-betul dengar dan faham keadaan dia. 

Keadaan mereka berdua sama bila terpaksa bekerja dalam bidang yang jauh menyimpang dari minat dan impian untuk jaga hati keluarga. Kedua-duanya juga pernah merasa kehilangan orang tersayang bila Ratna adalah seorang balu yang kematian suami dia dek kerana sakit kronik lepas 4 bulan berkahwin. Ashwin pula kehilangan abang disebabkan kanser sebab tu dia diminta pulang ke Mumbai. 

Visual dari lensa Dominique Colin mainkan peranan yang sangat besar untuk menghidupkan screenplay dalam menerangkan perbezaan yang ketara antara dua watak sedangkan tinggal sebumbung. Macam scene Ashwin tengok news dengan TV LED besar dalam bilik yang selesa dibatasi dengan dinding tebal kemudiannya bawa ke bilik Ratna yang leka menonton drama TV dalam bilik yang sempit. 

Masa awal movie boleh nampak jarak mereka berdua agak besar tapi makin lama makin rapat menunjukkan mereka berdua makin selesa bercerita sampai tahap Ratna boleh tunjukkan marah bila Ashwin tanya tentang impian dia di dapur. Bila scene ada perbezaan antara mereka, Dominique shoot dari perspektif yang menunjukkan jurang antara mereka berdua macam scene dekat rooftop berbicara tentang Tuhan dan agama. 

Lepas Ratna keluar dari rumah tersebut baru nampak keadaan bilik air dia yang bersih, cantik dan selesa untuk dia guna kemudiannya beralih kepada scene di mana Ratna perlu beratur untuk guna bilik air. Jelas sangat yang Ratna berpegang dengan prinsip dia dan berani macam tuan dia gambarkan pada first half movie. 

Banyak lagi realiti kehidupan yang ditunjukkan melalui perspektif dan permainan panorama dalam menonjolkan perbezaan kehidupan dua darjat dan kasta. Kudos to the team for the details. Movie Sir ni terpilih untuk ditayangkan di Cannes tahun 2018 dan menariknya dalam movie Sir tak ada langsung bahasa-bahasa kesat yang dikeluarkan cuma ayat yang kasar sahaja. Satu mesej yang besar juga untuk buktikan bahasa kesat bukan penanda aras kualiti sesebuah movie. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 8.6/10

Lirik Lagu | Mansau - Adam Shamil

Friday 5 February 2021

Selalu ternampak lagu ni di Youtube tapi nda pernah mau play. Bila autoplay nahhhh siok pula bha lagu ni! Terus rindu mau pigi Sabah tapi bila la tu kununnn. 2 kali PKP suda ni. 

Adam Shamil ni youtuber Sabahan tapi tak pernah la tengok vlog dia. Kalau bukan sebab lagu Mansau karya Benn Simon Bukag ni memang tak kenal siapa dia sebab jarang layan vlog. Lirik dia konsep bercerita macam lagu-lagu Atmosfera, Marsha dan Velvet. 

Nice la bila nampak makin ramai penyanyi Sabah memeriahkan industri dengan dialek Sabahan. Lagi ramai la yang buka mata dan boleh bezakan Sabahan dengan Indonesian. Anyway yang belum tengok atau dengar lagu Mansau boleh tengok video cute ni


LIRIK LAGU MANSAU

Penyanyi : Adam Shamil

Komposer : Benn Simon Bukag

Lirik : Benn Simon Bukag

Studio : Adam Shamil Studios


 Sia jalan-jalan teringat kamu

Pusing-pusing satu orang ndak tentu

Paling siok yang ada kamu

Kita raja mansau nombor satu


Teringat jajal kita selalu

Pasal makan bosou kamu yang dulu

Tapi sekarang kita berjauh

Saya di sini kamu di situ


Balik-balik sia bilang rindu sama kamu

Fikiran melayang macam tinggi langit biru

Sekarang kita jauh memang saya mau

Pulang sabah dulu


Sia jalan jalan teringat kamu

Pusing pusing satu orang ndak tentu

Paling siok yang ada kamu

Kita raja mansau nombor satu


Teringat jajal kita selalu

Pasal makan bosou kamu yang dulu

Tapi sekarang kita berjauh

Saya di sini kamu di situ


Chorus:


Balik balik saya bilang rindu sama kamu

Fikiran melayang macam tinggi langit biru

Sekarang kita jauh memang saya mau

Pulang sabah dulu


Sudah kan saya bilang rindu juga kamu

Melayang limpas tu puncak gunung kinabalu

Sekarang saya tunggu kamu pulang dulu

Kita jumpa situ


Terimbas muka yang besar pipi

Paling kuat suara malar selpie

satu urang sunyi dan sepi

saya di siring yang tidak happy


Sorry gaman jangan ungkit bah

Ni kali kita selpie dua orang la

Jangan merajuk nanti saya susah

Mau pujuk kamu saya yang payah


Balik balik saya bilang rindu sama kamu

Fikiran melayang macam tinggi langit biru

Sekarang kita jauh memang saya mau

Pulang sabah dulu


Sudah kan saya bilang rindu juga kamu

Melayang limpas tu puncak gunung kinabalu

Sekarang saya tunggu kamu pulang dulu

Kita jumpa situ


Bridge:


Memang tidak tahan tinggal jauh di negeri orang,

Sumpah saya pun rasa begitu...


Balik balik saya bilang rindu sama kamu

Fikiran melayang macam tinggi langit biru

Sekarang kita jauh memang saya mau

Pulang sabah dulu


Sudah kan saya bilang rindu juga kamu

Melayang limpas tu puncak gunung kinabalu

Sekarang saya tunggu kamu pulang dulu

Kita jumpa situ.


Sekarang saya tunggu kamu pulang dulu

Kita jumpa situ..



Maksud Perkataan 


sia = saya

ndak = tidak 

siok = syok

mansau = jalan-jalan

jajal = nakal

bosou = Bosou ialah makanan tradisi Sabah. Isi ikan mentah atau daging yang dijadikan jeruk.

limpas = lalu

malar = berulang kali 

selpie = selfie

urang = orang

siring = tepi

gaman = lelaki/encik

Giveaway by ejulz & atiehilmi

 


Klik banner untuk join :)

Segmen Drop Your Link!

 


Movie Review | InsyaAllah Sah 2

Thursday 4 February 2021

Pengarah :  Anggy Umbara, Bounty Umbara

Penulis Skrip :  Anggy Umbara, Herry B Arissa, Achi TM

Pelakon : Pandji Pragiwaksono, Donny Alamsyah, Luna Maya, Miller Khan, Ray Sahetapy, Nirina Zubir, Tanta Ginting, Meriam Bellina, Titiek Sandhora, Henki Solaiman, Ingrid Widjanarko, Tarsan, Rifnu Wikana

Syarikat Produksi : MD Pictures, Umbara Brothers Films

Pengedar : MD Pictures, Netflix, iflix, WeTV

Genre : Drama / Komedi

Durasi Tayangan : 91 minit

Tarikh Tayangan : 15 Jun 2018

Trailer :

Walaupun menyampah dengan jalan cerita InsyaAllah Sah tapi layan jugak sequel dia dekat Netflix sebab pendek je kot so sesuai la tengok masa lunch hour. Walaupun satu franchise tapi jalan cerita dia tak sama tapi masih mengekalkan watak Raka (Pandji Pragiwaksono) yang polos dan kuat agama.

Lepas berhenti sebagai manager di syarikat Dion, Raka kemudiannya ingin berhijrah ke Jakarta untuk mencari kerja baru. Dalam perjalanan, bas yang dinaiki Raka rosak di tengah jalan. Dia pilih untuk naik e-hailing transport sebab tak jauh pun. Masa pemandu berhenti untuk buang air kecil, kereta tersebut kena hijack dengan banduan penjara, Gani (Donny Alamsyah) yang dikejar oleh anak-anak buah Freddy Coughar (Ray Sahetapy) sebab mencuri 250 juta rupiah. 

Raka menjadi saksi Gani bernazar untuk bertaubat dan berubah menjadi insan yang lebih baik kalau dia selamat dari gangster tersebut. Bila dia dah selamat, Gani mengamuk bila Raka ingatkan tentang nazar dia sebab Gani sakit hati Tuhan letakkan dia dalam situasi sukar. Ditipu oleh kawan baik sendiri sampai dipenjarakan, ibu dia jatuh sakit dan crush dia, Mutia (Luna Maya) hamil dan ditinggalkan oleh Yoga (Miller Khan). 

‘Syukurlah kerana hidup yang serabut. Syukurlah kerana masuk penjara. Syukurlah kerana ada ayah tiri yang suka mendera. Syukurlah kerana sentiasa miskin. Tidur di jalanan. Makan dari tong sampah setiap hari. Itu namanya Tuhan sayang saya?!’ – Gani

Berbeza dengan olahan yang pertama, pengarah Anggy Umbara dan Bounty Umbara berjaya menambat hati dengan kisah penuh berliku sehingga menjadikan seseorang yang baik berubah jahat dan tak lagi percaya dengan Tuhan. Sama seperti yang pertama, InsyaAllah Sah 2 adalah adaptasi dari novel dengan judul yang sama dari karya Achi TM. 

Watak Raka digarap cantik supaya tak nampak try hard dan kali ni lebih faham dengan situasi kehidupan seseorang. Bila dia terdiam dengan dialog dan keperihan kehidupan Gani tu nampak dia pun turut bersimpati dengan ujian dan lebih pandai berhemah dalam mengeluarkan kata-kata atau ucapan dakwah dia. 

Elemen drama pun berjaya dihidupkan dengan watak Gani dan Mutia yang terkesan akibat perbuatan kawan baik yang mementingkan diri. Voice modulation, body language and facial expression delivered perfectly from Alamsyah. Screentime Luna Maya mungkin tak panjang tapi kehadiran dia menambah mood emosi dan kelakar di second half. Scene Gani akhirnya berjumpa dengan Yoga tu nampak benar amarah yang lama terpendam. Kalau jadi Gani pun tak mampu nak maafkan tapi Tuhan dah balas dah kejahatan Yoga. Tak banyak yang Miller Khan boleh deliver untuk watak Yoga tapi sebab dia pelakon Malaysia kan so excited lah tengok haha

Sinematografi mungkin tak berapa cantik macam previous movie sebab banyak scene dalam kereta bergerak so boleh nampak lah yang diorang shoot dalam studio je dan guna bantuan CGI. Background music paling membantu menambahkan elemen yang sesuai dengan mood penceritaan. Kelakar scene mak Yoga datang dari tingkat atas. Tribute untuk movie Pengabdi Setan (2017) yang tengah famous masa tu. 

Disebabkan skrip dan jalan cerita yang lebih baik dari InsyaAllah Sah, rasa macam nak follow franchise ni pulak sebab dah bertukar team production. Tak pasti ada installment InsyaAllah Sah 3 ataupun tak tapi kalau sambutan lebih baik dari sebelumnya tak mustahil franchise drama komedi ni akan mendapat tempat di hati audience. Kudos to team! 

1. Team Production +0.9, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Movie Review | InsyaAllah Sah (2017)

Pengarah :  Benni Setiawan

Penulis Skrip :  Benni Setiawan

Pelakon :  Pandji Pragiwaksono, Titi Kamal, Richard Kyle, Donita, Ira Maya Sopha, Joe Project Pop, Lidya Kandau dan Deddy Mizwar

Syarikat Produksi :  MD Pictures

Pengedar : MD Entertainment, Netflix, Iflix

Genre : Drama / Komedi

Durasi Tayangan :  83 minit

Tarikh Tayangan : 25 Jun 2017

Trailer :

Tengok movie ni dekat Netflix pun sebab ada cameo dari Reza Rahadian lagipun durasi movie Insya-Allah Sah arahan Benni Setiawan di bawah syarikat produksi MD Pictures ni agak pendek – 83 minit. Mengisahkan tentang Silvi (Titi Kamal) yang terperangkap dalam lif bersama Raka (Pandji Pragiwaksono) dan dalam keadaan panik, dia bernazar. 

Silvi bernazar dia akan solat 5 waktu, berpuasa, bersedekah kepada anak yatim dan menutup aurat kalau dia selamat keluar dari lif tersebut. Raka merupakan pengurus nasyid di syarikat perusahaan milik Dion (Richard Kyle), tunang Silvi. Bila dia dengar nazar tersebut dia merasakan tanggungjawab sesama muslim untuk sentiasa mengingatkan Silvi untuk tunaikan nazar. 

Tapi kehadiran Raka membuatkan Silvi rimas dan menyampah sebab dia bukannya serious pun bernazar. Lagipun Silvi busy dengan majlis perkahwinan dia pada tanggal 17 Julai yang kebanyakannya tarikh perkahwinan pasangan lain juga jadi dia terpaksa berebut dewan sana sini. Malah Silvi kena scam dengan wedding planner dan butiknya dirompak. Raka rasa ujian yang datang bertimpa kerana menuntut nazar yang belum ditunaikan. 

‘Nazar itu janji yang harus dibayar dan Raka tak akan pernah bosan lelah untuk mengingatkan teteh.’ – Raka

Diadaptasikan dari novel InsyaAllah Sah karya Achi TM, garapan pengarah penulis Benni Setiawan untuk movie drama komedi ni kurang menarik. Komedi dia pun diletakkan di bahu Raka yang naïf tapi kebanyakan masanya nampak try hard dan ada kalanya nampak merimaskan macam scene Raka jadi manager band rockers tapi paksa untuk berubah kepada penyanyi nasyid. 

Kata Dion, watak Raka adalah manager yang sukses tapi tak ada scene yang menunjukkan Raka pakar dalam bidang dia pun. Kebanyakan masanya cuma terarah kepada Silvi yang belum tunaikan nazar. Scene Raka bawa band rockers dia pergi ke rumah Silvi pun agak menjengkelkan sebab tak jaga adab langsung di rumah orang. Ada beberapa scene lain di second half movie tapi nanti jadi spoiler pula.

Lakonan Richard Kyle sebagai Dion pun nampak agak kaku padahal dia hero kedua. Bila watak Raka try hard, kita diselitkan pula dengan watak Dion yang lebig bergantung harap dengan paras rupa yang kacak semata. Kehadiran Reza yang sebentar tu lebih meyakinkan dan menghidupkan suasana komedi dan drama. Haihhhh

Chemistry Richard dengan Titi Kamal pun nampak awkward sebagai pasangan yang nak mendirikan rumah tangga bersama. Scene Dion macam acuh tak acuh layan Silvi tu rasa macam Silvi better off alone sebab dia wanita yang bekerjaya, cantik dan kaya. Tak mustahil akan jumpa pengganti yang lebih baik. 

Suka dengan sinematografi dan panorama dari lensa Angela Andreyanti especially bila dia dalam kawasan rumah Silvi sebab dekorasi dengan interior dia stylish dan modern. Wardrobe Silvi pun cantik, sesuai lah dengan dia sebagai seorang fashion designer. 

Sayang movie yang dipasarkan sebagai komedi tak lah berapa kelakar pun dengan dialog yang hambar baik dari pelakon utama mahupun pelakon sampingan seperti Polis Sabar Ikhlas (Tanta Ginting). Pengarah bagi statement yang ramai cameo dalam movie ni tapi macam tak perlu pun sebab screentime pendek. Nampak macam team production tak yakin dengan karya sendiri pun ye jugak sebab mengharapkan kehadiran stars lain untuk tarik perhatian audience. 

Overall, movie InsyaAllah Sah ni just one time watch dan tontonan santai sahaja. Dua hari tengok movie Benni Setiawan ni jadi lemau pulak sebab olahan dia tak kena dengan citarasa. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0 = 5.3 /10

Movie Review | Twivortiare (2019)

Tuesday 2 February 2021

Pengarah :  Benni Setiawan

Penulis Skrip :  Alim Sudio, Benni Setiawan

Pelakon : Reza Rahadian, Raihaanun Soeriaatmadja, Arifin Putra, Denny Sumargo, Citra Kirana, Anggika Bolsterli, Dimas Aditya, Boris Bokir, Ferry Salim

Syarikat Produksi :  MD Pictures

Pengedar :  MD Pictures

Genre :  Romantik / Drama

Durasi Tayangan :  103 minit

Tarikh Tayangan : 29 Ogos 2019 (Indonesia), 7 November 2019 (Malaysia)

Trailer :

Diadaptasikan dari novel romantik karya Ika Natassa dengan judul yang sama di mana bertemakan kehidupan alam rumah tangga di antara Beno Wicaksono (Reza Rahardian), seorang doktor kardiologi yang mengutamakan pesakitnya dan juga Alexandra Rhea (Raihaanun), banker berjaya kebanggaan majikannya, Pak Randy (Ferry Salim). 

Dari awal movie lagi dah nampak konflik antara mereka berdua bila Alex minta untuk bercerai sebab dia dah tak tahan dengan Beno yang suka pulang lewat setiap malam dan mengabaikan perkahwinan mereka. Geram dengan perangai Alex yang tak cuba langsung memahami kerjaya dia dan sering melarikan diri, marah dan minta bercerai, Beno setuju dengan kehendak Alex. 

Walaupun sudah dua tahun mereka berpisah, Beno belum dapat melupakan Alex dan selalu pergi ke rumah mereka yang dijaga rapi oleh Mbok Siti (Inggrid Widjanarko). Alex cuba move on dengan menjalinkan hubungan bersama Denny (Denny Sumargo) yang romantic, ciri-ciri lelaki yang dia selalu idamkan tapi hati dia tetap memilih Beno. 

Bila dia tahu Beno nak rujuk kembali, dia dengan mudahnya bersetuju tapi masalah yang sama juga melanda mereka berdua. Win (Anggika Bolsterli) dan Ryan (Boris Bokir) nasihatkan Alex supaya sabar dengan perangai Beno sebab dah jelak dengan masalah dan drama yang sama. 

Twivortiare diambil dari perkataan Bahasa Romania, divortiare (di-vor-ti-a-re) bermaksud penceraian dan tema ni antara masalah milenial yang meruncing. Jadi dalam movie di bawah produksi MD Pictures ni pengarah dan penulis Benni Setiawan cuba menerapkan banyak pengajaran untuk pasangan suami isteri tentang perkahwinan. Walaupun dah belajar dari kesilapan dalam perkahwinan pertama, tak semestinya dah bersedia untuk hadap masalah yang sama. Mungkin berjaya atau mungkin gagal. Yang pentingnya, komunikasi. 

Tapi dalam movie Twivortiare, elemen drama tu tak berapa ditekankan sangat sedangkan boleh dikembangkan lagi macam scene Alex dengan Denny. Watak Denny tak diberi peluang untuk pertahankan Alex walhal nampak dia yang beria dari awal relationship. Penulis boleh tekankan drama dekat situ. Ataupun intense scene bila Alex minta cerai dari Beno di awal movie. 

Lakonan Raihaanun Soeriaatmadja nampak agak kaku even chemistry dengan Reza Rahadian tak nampak serasi dan meyakinkan sangat. Susah nak connect dengan watak Alex sebab kita memang sedia maklum doktor memang sepenuh masa dekat hospital. Drama Korea pun dah tunjuk busy life seorang doktor even in reality pun macam tu. Tak faham kenapa dia nak perhatian dari Beno dan compare dengan Denny dan Adrian yang berpangkat CEO. 

Dialog pun tak banyak yang padu atau menusuk baik dari segi drama atau romantiknya. Dialog atau quotes dari novel nampak lebih mendalam dan puitis. Mungkin sebab novel dikarang oleh wanita dan movie hasil sutradara seorang lelaki? 

Watak sampingan seperti Denny dan Adrian (Arifin Putra) cuma datang tanpa menambahkan apa-apa impak atau kesan terhadap perhubungan Alex dan Beno. Setakat datang untuk ingatkan audience yang Alex adalah pujaan ramai jejaka kacak. Tapi untuk watak Rani (Citra Kirana) walaupun screentime dia pendek pun dah cukup untuk kita rasa insecure dengan Beno. Adakah sebab Rani faham dan mesra dengan Beno punca dia selalu spend time dekat hospital sampai balik lambat setiap malam? Beno pun lebih pandai bergurau bila spend time dengan Rani. Chemistry Reza dengan Citra lagi sweet onscreen. Watak Wina pun menghilangkan kesenduan dengan karakter dia yang kelakar.  

Mungkin lagi menarik kalau pengarah olah dari perspektif Beno sebab nampak kekuatan pengarah-penulis dekat situ. Apa salahnya kan kalau lari dari novel tapi masih guna content yang sama. Nama juga berkarya. Kalau dekat Bollywood, satu novel Devdas tu boleh dibikin dari pelbagai perspektif dan berbeza ending. Kisah cinta Laila Majnu juga diadaptasi dari pelbagai negara dengan olahan yang berbeza. 

Walaupun cuma shoot di bandar Jakarta tapi sinematografi tetap menarik dari lensa kamera Yudi Datau ditambah dengan soundtrack romantik balada, Kembali Ke Awal lirik dan nyanyian merdu oleh Glenn Fredly. 

Berikan ku alasan

Untuk tetap bersamamu

Setelah lelah berharap

Lepas movie Antologi Rasa, movie Twivortiare adalah movie kedua yang diadaptasikan dari novel Ika Natassa tapi tak mencapai expectation. Tengah mencari Critical Eleven sebab Reza Rahadian jugak yang berlakon tapi macam tak boleh letak harapan tinggi sangat lah sebab dah dua kali kecewa. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.7 /10