Movie Review : Tezz

Saturday 2 January 2021

Director : Priyadarshan

Writer : Robin Bhatt, Aditya Dhar(Dialogue), Ryūnosuke Ono

Cast : Ajay Devgn, Anil Kapoor, Kangana Ranaut, Zayed Khan, Sameera Reddy and Boman Irani.

Production Company : Venus Records & Tapes, United 7 Entertainment

Distributor : Venus Worldwide Entertainment, Eros Entertainment

Genre :  Action / Thriller / Drama

Running Time : 122 minutes

Release Date : 27 April 2012

Trailer :

Diadaptasikan dari novel The Bullet Train karya Junya Satō dan movie The Bullet Train (1975), kisah Tezz bermula dengan perbicaraan mahkamah menolak rayuan Aakash Rana (Ajay Devgn) dan Nikita (Kangana Ranaut) bila perkahwinan mereka tidak sah bila Akash datang ke UK tanpa permit dan visa yang sah. Dia kemudiannya dihantar balik ke India selepas dipenjarakan. 

4 tahun kemudian Akash datang ke UK dan minta bantuan Aadil Khan (Zayed Khan) untuk cari di mana Nikita dan anak dia tinggal. Akash dan Aadil pergi berjumpa dengan Jojo (Dominic Power) untuk beli bom jenis C4. Misi mereka untuk letupkan keretapi ekspres yang menuju ke Glasgow sekiranya Kementerian tak bersetuju untuk bagi wang tebusan sebanyak 10 juta Euros. 

Railway control officer, Sanjay Raina (Boman Irani) cuba sedaya-upaya untuk penuhi permintaan Akash sebab tak ada cara lain untuk diffused bomb tersebut bila keretapi tersebut bersistem automatik. Tak mungkin lah dia akan gadaikan nyawa anak perempuan tunggal dia yang berada dalam keretapi tersebut. Lain pula dengan pegawai polis anti-terrorism, Arjun Khanna (Anil Kapoor) yang cuba pelbagai cara untuk tangkap mereka yang terlibat dan dapatkan balik wang Kerajaan. 

Dalam tempoh masa 10 jam, berjaya tak Sanjay selamatkan anak perempuan dia dan Arjun selamatkan penumpang lain serta bersihkan nama negara India dari tercalar dek kerana misi balas dendam oleh Akash dan rakan subahat dia? 

Ada beberapa scene dalam movie ni lebih kurang sama dengan movie Hollywood, Unstoppable (2010) dan Speed. I think both movies pun diadaptasikan dari novel yang sama tapi impak dia berbeza. Sebab movie Tezz ni intense moment dia kurang sebab nampak tak real baik dari visual mahupun lakonan pelakon ekstra. Dalam movie ni even British citizen pun cakap Hindi, memang kelakar lah cerita dia semua terpaksa cakap Hindi. Tergeliat lidah masing-masing. 

Visual dalam movie Tezz ni banyak menggunakan keretapi yang bergerak laju tapi sayangnya VFX suntingan Tirru nampak lemah macam scene keretapi akan belok tajam guna maintenance track. Dia punya membelok tu kalau ikutkan dah boleh terbalik dah sebab laju dan ambil masa yang singkat sangat. But kudos to Bollywood SFX sebab deliver back-to-back gripping action stunt macam scene Akash dengan Aadil lari dari polis ataupun scene Megha (Sameera Reddy) keluar dari hutan dan pergi ke bandar tu. 

Plot movie ni merepek sebenarnya sebab Akash nak balas dendam dekat Kerajaan UK yang hantar dia balik ke India sebab menetap secara haram. Megha dengan Aadil pula tolong dia balas dendam sebab Akash yang bantu mereka berdua menetap secara haram dan bagi kerja dekat syarikat pembinaan dia. Sepatutnya dia menyesal dengan perbuatan dia tapi lain pula yang dia buat. 

Kalau dia pergi cari Nikita dengan anak dia, diorang bertiga dah boleh balik India hidup dengan aman tanpa perlu rekod jenayah pun. Ataupun Akash boleh je apply citizenship secara sah since dia dah kahwin dengan Nikita. Kesian dekat anak dengan isteri dia jadi mangsa keadaan sebab dapat ketua keluarga yang tak fikir panjang. 

Sayangnya Kangana tak dapat screentime yang panjang pun dan watak dia cuma muncul untuk bercinta dengan Akash je. Bab chemistry tu nampak menjadi lah sebab masing-masing pun memang bercinta in real life zaman tu. Ada part dalam movie Tezz memang bagus tapi sebab dari awal lagi dah tak boleh terima motif Akash, dah hilang mood untuk feel penceritaan pengarah Priyadarshan ni. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 4.4/10

Telemovie Review | Koboi & Vampire (2020)

Pengarah :  Megat Fauzi Isa

Penulis Skrip :  Megat Fauzi Isa

Pelakon :  Khir Rahman, Siti Saleha, Imuda, Didie Alias, Melissa Saila, D'Boy Hamdan 

Genre :  Seram / Komedi

Durasi Tayangan :  85 minit

Tarikh Tayangan : 26 November 2020

Syarikat Produksi :  Kus Semangat Aktor Sdn Bhd

Pengedar :  Astro Boo 404

Berlatarbelakangkan suasana dan kehidupan koboi di negeri Rimpol Rippon, mengisahkan si cantik Cik Masmona (Siti Saleha) yang menjadi kegilaan para lelaki koboi di situ jatuh cinta dengan penyanyi lurus bendul, Budiboy (Khir Rahman). 

Ramai pesaing kuat Budiboy masa tu antaranya Bad Boy yang akan tembak sesiapa sahaja yang mengorat Cik Masmona, Sunny Boy (D'Boy Hamdan) yang suka melepak di kafe koboi minum air soya malah ayah dia sendiri, Jessy Man (Imuda) yang dah lama kematian isteri, Medina tapi miang tak sedar diri. 

Tapi nenek Cik Masmona iaitu Cik Maskona (Didie Alias) pilih Budiboy jadi suami kepada cucu kesayangan dia sebab itu pilihan Masmona sendiri walaupun Budiboy tu bongok orangnya. Pengarah dan penulis Megat Fauzi Isa yang cakap macam tu eh, bukan I pepandai tambah rencah. 

Disebabkan makin banyak fitnah, khabar angin dan perangai pelik dari sebilangan lelaki yang frust tak dapat berkahwin dengan Masmona maka Maskona kahwinkan cucu dia dengan Budiboy lebih awal dari perancangan asal. Sayang betul Masmona dengan Budiboy kahwin koboi, kalau tak boleh tengok majlis kahwin bertemakan koboi haha. 

Lepas dah berkahwin pun fitnah tak berhenti disebarkan oleh Sunny Boy sebab iri hati Budiboy dapat kahwin dengan Masmona. Dia bagitahu Budiboy yang Masmona dan Maskona tu sebenarnya vampire dan tahi lalat di pipit u adalah paku. Sebab tu lah tahi lalat mereka berdua licin tak ada bulu langsung. Terpengaruh dengan cerita tahyul Sunny Boy, Budiboy paksa Masmona cabut tahi lalat tersebut. Masmona mati sebab terlampau sakit bila tahi lalat dicabut dan Maskona pula mati sebab terkejut. 

Actually tak tahu lah kenapa mereka berdua boleh mati serentak sedangkan darah dari tahi lalat Masmona tu tak banyak pun keluar. Ramai je yang buang tahi lalat tapi tak ada pulak yang mati. Dekat awal scene ada tunjuk Masmona nampak kelibat mahkluk berpakaian putih dalam rumah dia tapi tak dikembangkan pun part tu. 

Ada juga scene tulang ayam penuh di bahagian belakang rumah Jessy Man tapi tak dikembangkan juga walhal nampak ada sesuatu tengah menyorok di belakang reban ayam dan pandang Jessy Man siap baling tulang ayam lagi dekat dia. Scene Maskona tarik Masmona nak bagitahu rahsia keluarga pun tak diberitahu apa isinya. Dibiarkan tergantung macam tu sahaja. 

Kekuatan telefilem ni pada lakonan Khir Rahman dan Imuda lah dengan slang Texas tapi bila Budiboy over sangat asyik sebut ‘ay’ tu dah macam orang Australia pun ye jugak. Kafe koboi paling mencuri perhatian sebab memang interior dia bertemakan koboi dan lokasi ni di Gombak Horse Riding Club, Sg Pusu, Gombak. Ada kafe koboi dan boleh menunggang kuda sekali. Kostum dari Zaimaliza Zainal pun on point habis. Melaram sakan la semua pelakon dekat dalam telefilem ni. Visual dari Izham Kamaruddin nampak kemas suntingannya dengan effects dan transition menarik. 

First half telemovie Koboi & Vampire ni kelakar lah dengan kerenah masing-masing tapi bila masuk second half, jalan cerita dah mula hilang arah tuju dah. Lawak pun hambar bila scene Sunny Boy dengan Maskona keluar. Watak Puan Syerif (Melissa Saila) agak pointless sebab muncul untuk tembak orang je. Saja nak buat cameo kot sebab movie ni under production house dia, Kus Semangat Aktor Sdn Bhd.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.8/10


Memandangkan tahun 2020 aktif sangat update banyak entry sampai cecah 620 entry dari pelbagai kategori, jadi nak tengok jugak la entry mana yang perform sangat dan menyumbang kepada pageview blog. 

My blog more to entertainment jadi kebanyakan dalam list ni memang relate dengan entertainment je lah walaupun ada beberapa entry yang luar dari main niche. Sayangnya movie atau drama Bollywood tak ada pun yang masuk dalam list. 

Anyway jom tengok list Top 10 Entry ni : 


2. Telemovie Review : Kisah Seram Hostel 


3. Movie Review : M4M4


4. Telemovie Review : Shiba Shiba Doo


5. Lirik Lagu Tak Tahu - Harith Zazman feat TUJULOCA, MFMF.


6. Harold's Bread


7. Lirik Lagu : Aku, Kau Dan Muzik - Akim & Stacy


8. Hotel Hard Rock Desaru Coast, Johor


9. Telemovie Review : Dah Mati Pun Cantik


10. Lirik Lagu Payung Terjun - FML ft Faizal Tahir


Susunan ni mengikut pageview masing-masing lah, yang paling tinggi dekat atas sekali sampai lah paling rendah. Daripada list ni boleh nampak lah untuk tahun 2021 kena banyak update Telemovie Melayu tapi tu lah, sebab tak ada Astro kan so kena tengok dekat Youtube ataupun Telegram je lah. Yang tak syoknya tak ada english subtitles sebab dialogue delivery agak lemah. But we'll see how it goes and hopefully ada jalan untuk tambahkan pageview untuk next target.