Sushant Singh Rajput's Death Case : Disha Salian

Saturday 1 August 2020

Disha Salian adalah manager kepada Sushant Singh Rajput tapi pada 8 Jun 2020, Disha dikhabarkan jatuh dari tingkat 14 dari tingkap apartment miliknya. Naratif yang sama digunakan bila Mumbai police bagitahu pada pihak media yang Disha mengalami kemurungan bila dapat tahu teman lelaki dia curang dengan pelakon perempuan di set drama. 


Family Disha tak boleh terima berita kematian ni dan minta untuk pihak polis buat siasatan sama ada Disha terjatuh ataupun memang terjun dari tingkap bilik dia sebab pada malam 8 Jun 2020, ada parti di rumah Disha. Teman lelaki Disha, Rohit Rai bagitahu pihak polis mereka berdua bergaduh selama sejam dalam bilik. 


Yang menjadi pertanyaan netizen bila kematian Disha dan Sushant lebih kurang sama bila malam sebelumnya ada party yang tidak tahu dihadiri oleh siapa dan dua-dua mempunya naratif kemurungan kemudiannya bunuh diri. 

1. Disha Busy Dengan Web Series


Beberapa hari sebelum kematian Disha, Sushant ada berbincang dengan Disha untuk next project which is a web series yang bernilai 14 crore. 

Sushant Singh Rajput condoles demise of former manager Disha ...

Tapi malangnya Sushant dapat berita Disha meninggal dan ucap takziah di IGstory. 

2. Statement berubah-ubah 


Pihak keluarga Disha minta siasatan dijalankan bila polis ubah statement dari terjatuh kepada terjun bangunan. Tapi sampai sekarang masih belum ada apa-apa update dari keluarga Disha. 

3. Disha & Sooraj Pancholi

Pelakon dalam movie Drive bagitahu dia ada contact Disha pada April 2019 dan bagitahu yang Disha tak sihat sebab tengah pregnant. 



Ramesh Khanna bagitahu yang Disha pergi ke parti Sooraj Pancholi di farmhouse dia. Yang menjadi perhatian bila Sooraj dan Sushant dikatakan pernah bergaduh dalam sebuah party. Tambah pula bila Sooraj sepatutnya berlakon dalam movie Drive tapi Dharma buat keputusan untuk ambil Sushant. There might or might not have professional rivalry between Sooraj and Sushant.

4. Update From Family

 

Tak lama selepas netizen persoalkan relationship Disha dan Sooraj, family Disha ambil keputusan untuk hormat perasaan mereka sekeluarga selepas kematian Disha. 

Since then tak ada lagi yang kaitkan kematian Sushant dengan Disha Salian. Tapi semalam ada pendedahan dari kawan Sushant yang kematian mereka berdua berkait rapat. Sebelum Disha, Krish Kapur, casting director movie Jalebi juga meninggal dalam keadaan misteri. 

Awalnya dia dikatakan meninggal disebabkan kemalangan tapi kemudiannya keluarga dia bagitahu Krish dijumpai meninggal di rumah disebabkan pendarahan teruk di bahagian kepala. 


Krish Kapur tak ada sebarang masalah kesihatan. Kenapa dia relate dengan kes ni? Sebab dia terlibat dengan #TheBhatts dan juga Rhea Chakraborty. Dua kematian misteri ni masih lagi menjadi tanda tanya. 
Siddharth Pithani datang bekerja sebagai creative manager Sushant pada April 2019 dan mula rapat dengan Rhea Chakraborty. Sepanjang lockdown bermula Mac 2020, Siddharth Pithani dan Rhea aktif di social media bila dia jadi photographer dan edit semua video Rhea yang diorang shoot di rumah Sushant since both of them are his flatmates. 



Lepas 14 Jun 2020, susah untuk contact Rhea dan Siddharth Pithani bila dua-dua mula hilang dari social media. Beberapa hari lepas kematian Sushant, Mumbai police panggil Siddharth Pithani untuk disoal siasat tapi tak ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan. Yang menimbulkan pertanyaan bila Siddharth Pithani dibenarkan untuk tinggal di Hyderabad sedangkan kes tengah berjalan. 

Image

Pada hari dia dipanggil ke balai polis, kepala Siddharth Pithani injured di bahagian tengah. Tapi tak ada wartawan yang tanya pasal tu langsung. Cuma netizen yang persoalkan tentang Siddharth Pithani. 

31 Julai 2020, Siddharth Pithani dipanggil untuk interview bersama Republic TV yang dikendalikan oleh Arnab Goswami. So these are details and some ehh questions arise :

1. Sushant jumpa Siddharth Pithani malam 13 Jun 2020

"He came to my room on the 13th night at around 1 AM and said, 'Budha, you haven't slept yet. Why?'. I asked him, 'Why haven't you slept?' and he said, 'I am just going off to sleep.' We wished each other Goodnight. The next morning, when I went down, Keshav told me that Sir is not opening the door. Dipesh and I, and we tried to knock the door to wake him up. We called the key maker, called his sister also immediately. She also left instantly. And when we opened the door, we found him in that state, hanging." - Siddarth Pithani on Republic TV interview, 31st July 2020. 

2. Siddharth Pithani call Mitu Singh

Dalam kronologi yang dikeluarkan oleh polis Mumbai, Mitu Singh dapat call dari rumah Sushant supaya datang sebab bilik Sushant terkunci dari dalam. So it was Siddharth Pithani yang call Mitu Singh. 

Question is, kenapa Siddharth Pithani tak call Rhea sebab dia menyewa di rumah tu dan supposedly ada kunci pendua. Rhea block number Sushant bukan number Siddharth Pithani so kenapa tak ada yang call Rhea? Mitu Singh dah try call Rhea guna hp Sushant sejak 8 Jun tapi tak dapat sebab Rhea dah block Sushant lepas keluar dari rumah. 

3. Hanya Siddharth Pithani nampak Sushant tergantung 


Siddharth Pithani claim hanya dia yang nampak Sushant tergantung pada hari kejadian. Which is totally nonsense sebab ikut kronologi kejadian, locksmith datang untuk buka pintu jadi kenapa orang pertama yang buka pintu tak nampak sedangkan katil terletak dekat dengan pintu. Buka je pintu terus nampak. Pada hari kejadian, ada Siddharth Pithani, orang gaji, tukang masak dan kakak Sushant. Jadi kenapa Siddharth Pithani sahaja yang nampak?

4. Siddharth Pithani yang turunkan mayat Sushant

Siddharth Pithani claim dia yang bawa turun mayat Sushant pada 14 Jun 2020 tanpa kehadiran sesiapa tapi agak kelakar sebab fizikal Sushant agak berbeza dengan Sid yang lebih kecil. Kawan ayah Sushant bagitahu yang badan Sushant berat sangat masa dia angkat untuk dibakar sebab dia dah mencecah 80kg. 

Lagi satu hal, kenapa masa dia turunkan mayat Sushant, Mitu Singh tak nampak? Kenapa orang lain tak nampak? Kain hijau yang Sushant guna untuk gantung diri dia ada kesan terkoyak dan bukannya dibuka ikatan. Jadi Siddharth Pithani guna alatan apa untuk potong kain tu? Kalau dia guna pisau, tukang masak mesti dah nampak sementara dia pergi ambil dekat dapur. 

5. Siddharth Pithani tak kenal Rhea Chakraborty

This is the most absurd claim made by Siddharth Pithani! 


6. Siddharth Pithani bagi 2 biji ubat kepada Sushant

Walaupun dia kata tak kenal Rhea tapi dia bagitahu yang dia bagi 2 biji ubat kepada Sushant setiap hari. Bila Arnab tanya ubat apa, dia pun tak tahu ubat apa. Dia cuma bagi sahaja ikut apa yang Dr. Kersi Chavda suruh. 


This is the most wtf statement. Duduk serumah, anggap Sushant macam abang tapi ubat apa yang Sushant ambil setiap hari pun dia tak tahu. Dari Mac sampai Jun!

7. Siddharth Pithani tak tahu Sushant depressed

Dalam interview dengan Arnab di Republic TV, Siddharth Pithani tak tahu yang Sushant kemurungan macam yang Rhea claimed sampai dah masuk tahap skizo. Tapi yang peliknya Siddharth Pithani kenal Dr. Kersi Chavda, doktor psikatri Sushant dari 2019? Kelakar kan?

7. Siddharth Pithani kata family Sushant paksa dia jadi saksi


Siddharth Pithani also mentioned that Sushant's family approached him to inquire about Rs. 15 crore transaction made to Rhea and asked him to give a statement. He said, "The family members called me and told me about Rs. 15 crore expense and told me to give the statement. I told the family that with all due respect I will only tell the truth. They asked me to come to Patna and I told them that I am in Hyderabad. Met Sushant the night before death, was with him since April 2019 till June 2020. I have no idea about the 15 crore theory." - Siddarth Pithani on Republic TV interview, 31st July 2020. 

Siddharth Pithani keluarkan statement yang keluarga Sushant harrassed dia by call supaya jadi saksi dalam kes mahkamah. This is a serious allegation sebab bila someone dipaksa dan diganggu untuk jadi saksi, boleh jadi kes jenayah. Tapi selagi Siddharth Pithani tak dapat buktikan kejadian tu, boleh jadi dia menipu. Polis boleh check log panggilan telefon dia kalau betul dia dapat call dari keluarga Sushant. 

Tak banyak yang Arnab dan Republic TV boleh dapat dari interview dengan Siddharth Pithani sebab dia lari lepas kena grill dengan Arnab. Dia buat macam tu lagi la orang syak. So sekarang ni ada dua statement bercanggah sebab Sandeep Singh kata dia yang pertama nampak bila pintu bilik dapat dibuka. Siddharth Pithani pun claim benda yang sama. Dua-dua penipu. Kenapa sushant hidup dengan manusia tak kenang budi macam ni :(

Pengat Pisang, Resipi Mudah Sebagai Dessert Bersama Keluarga

Friday 31 July 2020

Selalunya penghujung musim buah akan digantikan dengan musim tengkujuh. Tahun ni ramai yang tak termakan buah tambah pula sales pun menurun sebab PKP. Tahun ni nampak banyak je buah ada lagi dekat pokok. Kalau tahun sebelum ni dah hilang dah masa awal musim buah. 

Sebab tahun ni Raya Aidiladha meriah kan sebab dah boleh rentas negeri, boleh la habiskan buah yang ada dekat pokok. One of the easiest desserts recipe - Pengat Pisang. Dah la senang nak buat, bahan pun mudah je nak cari. Murah pulak tu. Makan panas-panas time hujan ni memang ummpphh! 


Resipi ni untuk 2-3 orang makan okay...

Bahan-bahan :

A:
- Pisang emas sesikat
- Gula Melaka 2 ketul
- Daun Pandan 2 helai
- Susu segar / santan (Ikut sukatan sendiri, nak pekat letak banyak)
- Air 2 cawan


B :
- Sagu
- Air 3 cawan

Cara Penyediaan : 

1. Panaskan pan untuk masak Bahan B. Didihkan air kemudian masukkan sagu sampai warna jernih. Kemudian basuh dan biarkan dia kembang.

2. Sementara tunggu Bahan B siap, didihkan air untuk sediakan Bahan A. Masukkan gula melaka dan daun pandan.

3. By the time gula melaka larut, pretty sure sagu pun dah kembang elok. So masukkan pisang dengan sagu. Tunggu dalam 5 minit supaya pisang serap air gula melaka.



4. Masukkan susu segar ataupun santan. Kalau masukkan santan, it is totally fine kalau masuk time suhu tengah panas atau menggelegak. Tapi kalau masuk susu segar kena kecilkan api dan biar suhu turun dulu. Sebab nanti susu pecah dan tak cantik.



5. Kacau sekejap then dah boleh hidang!


My close-up wasn't that nice sebab I gelojoh letak susu so don't repeat my mistake okay? Senang je kan nak buat? Kalau ahli keluarga ramai, tambah je lagi bahan. Tapi pencuci mulut ni bukannya orang nak makan banyak sangat.

Happy holiday everyone :)

Lirik Lagu Boneka - Ernie Zakri

Makin lama makin suka dengan lagu-lagu Ernie Zakri bila dia bersuara tentang penindasan terhadap wanita dalam lagu-lagu dia. 


“Ia berkisar tentang seorang wanita yang ditinggalkan kekasihnya tetapi dia sangat kuat dan tabah dalam menghadapi perpisahan tersebut kerana dia bukanlah ‘boneka’ yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh mana-mana lelaki." - Ernie Zakri

Kudos to her team sebab berjaya bawa tema ni. Apart from lyric and song, MV dia pun kreatif dan bermain dengan warna. Untuk lagu kali ni Ernie siap ada dance. Teringat pulak dulu ada orang kata taknak pakai tudung sebab tak boleh menari lewlz Wany Hasrita & Ernie Zakri nailed it. 


LIRIK LAGU BONEKA 
Penyanyi: Ernie Zakri
Lirik : Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat
Komposer : Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmay
Studio : Rocketfuel Network


Aku bukan mainan tuk kau permainkan sesuka hati mu sahaja
Aku bukan wanita yang mudah kau cela
Yang mudah kau dera jiwa

Prechorus:
Biarkan tertutup
Pintu kamu yang telah rapuh
Bukalah matamu
Takkan mekar bunga yang layu

Chorus:
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau inginkan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup
Tak perlu kau menyeksaku
Bukan boneka 
Seperti apa yang engkau mahukan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup tak perlu kau terus membunuhku

Aku takkan mengalah
Dihempas godaan
Dihembus bisikan halusmu
Aku takkan berdiam
Membiar kau rasuk
Membiar kau ragut mimpiku

Bridge:
Takkan aku terikat
Dengan jari jemarimu 
Meracunkan cinta
Takkan aku lepaskan
Jiwaku yang selamanya
Mengharapkan cinta sempurna

Pengarah : Faisal Ishak & Shafiq Yusof
Penulis Skrip : Nazri Annuar
Pelakon : Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Hasnul Rahmat, Nabila Huda, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Daniella Sya, Amerul Affendi, Fezrul Khan, Jasmine Suraya Chin, A. Galak, Fikhree Bakar, Ridzuan Hashim, Tony Eusoff, Sharifah Sakinah
Genre : Aksi / Drama / Jenayah
Tarikh Tayangan : 19 September 2019
Syarikat Produksi : Skop Productions
Penyiaran : iflix
Trailer :



Spin-off dari drama KL Gangster Underworld menampilkan Madam Wong (Dynas Mokhtar) dengan flashback scene 10 tahun lepas dan menceritakan bagaimana Madam Wong dapat takluk Kuala Lumpur dan digelarkan “Ratu Bangsar” walaupun ramai lelaki yang kuat dan ganas terutamanya King (Ridzuan Hashim). Kalau dalam drama cuma ada mention nama sahaja, kali ni team production letak scene King yang berkuasa di Kuala Lumpur, sama seperti dalam filem KL Gangster 1. Ada juga cameo dari Mustapha Kamal dengan Zamarul Hisham. Mungkin watak-watak ni akan ada dalam musim kedua nanti. 


Movie KL Gangster Underworld - Rise to Power mengisahkan perebutan pengedaran arak di Lembah Klang antara kongsi-kongsi dan gangster di Kuala Lumpur. Kita dibawa untuk mengenal lebih sedikit tentang keluarga Madam Wong dan network yang dia guna untuk asah kuku supaya tajam. 

Ayah Zan (Hasnul Rahmat) pula masih muda lagi dalam dunia kongsi gelap ni. Perangai dia saling tak tumpah macam Shah (Beto Kusyairy) dalam drama. Kita tahu la macam mana Ayah Zan kenal benar dengan perangai anak dia yang sorang tu. Adi (Zahiril Adzim) pun macam ada ikut perangai gelojoh Ayah Zan waktu muda. Mungkin sebab tu Ayah Zan rapat dengan Adi. 


Rahsia yang Madam Wong bagitahu Ayah Zan di hujung episod dalam drama KL Gangster Underworld pun didedahkan dalam movie spin-off ni. Mark Francis, Pengarah Original Programming iflix kata team dia dah decide untuk buat series kedua dengan explore lebih lagi hubungan Ayah Zan dan Madam Wong. Mungkin spin-off movie ni cuma untuk test water dan bagi teaser untuk musim kedua. 


Bagus juga bila team production keluarkan movie ni sebab peminat franchise ni tak lupa watak-watak dan jalan cerita franchise KL Gangster Underworld. Since movie ni cuma ketengahkan kisah hidup Madam Wong, maka tak banyak lah scene Shah, Adi, ataupun Belut (Amerul Affendi). Tapi masing-masing tetap lakukan yang terbaik setiap kali muncul. 


Dalam movie KL Gangster Underworld - Rise to Power ada kemunculan Sharifah Sakinah sebagai Liyanna yang diamanahkan untuk jadi pengganti sementara Madam Wong sebab dia perlu ke Manila untuk selesaikan rahsia yang dia simpan dari semua orang. Dan rahsia ni mungkin akan dibawa ke Malaysia dalam drama musim kedua nanti supaya takhta dan kuasa Madam Wong kekal di atas. 


Jalan cerita yang jelas dengan lakonan mantap dari semua pelakon menghidupkan lagi suasana kehidupan kongsi gelap. Memang tepat pilihan director untuk letak Dynas sebagai central character bila dia mampu galas sepenuhnya dan immerse dalam karakter Madam Wong. Suka tengok Dynas converse dalam dialek Mandarin, English even Tagalog. Tak pasti diksi dan slang tu kena ataupun tak but for me, she did her best!


Oh brownie points for her gun fighting scene. Hopefully dalam drama musim kedua nanti dikembangkan lagi action stunt. Pakai body double pun okay sebab nak tengok kehebatan watak Madam Wong. Facial reaction and body language from Dynas pun mantap!

Kalau belum layan drama, jangan layan movie ni sebab pengarah bersilih ganti antara flashback dan present. Dan mungkin akan pening bila ada certain scene mention tentang strategi perang ataupun beberapa watak utama.


Overall team production did their best for this spin-off and yes taak sabar nak tunggu drama musim kedua walaupun mungkin terpaksa tunggu lama dari schedule asal dek kerana Covid-19. I wish franchise ni boleh wujudkan balik watak-watak dalam movie KL Gangster macam Ajib, Jai, Shark, Fadil, Malek, Zeti, Dragon dan lain-lain. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.8 = 8 /10