Movie Review | Jawaani Jaaneman

Sunday 5 April 2020


Director : Nitin Kakkar
Writer : Hussain Dalal, Abbas Dalal
Cast : Saif Ali Khan, Tabu, Alaya Furniturewala, Kumud Mishra, Chunky Pandey, Kamlesh Gill
Production Company : Pooja Entertainment, Black Knight Films, Northern Lights Films
Distributor : Pen Marudhar Entertainment
Genre : Family / Comedy
Running Time : 115 minutes
Release Date : 31 January 2020
Trailer :


Jaswinder "Jazz" Singh (Saif Ali Khan) pegang prinsip flying solo, hidup tanpa isteri ataupun anak-anak dan bebas untuk berfoya-foya dengan mana-mana perempuan yang dia jumpa. Mostly dia jumpa di bar kawan dia, Rocky (Chunky Pandey). Mak dia (Farida Jalal) dah risau Jazz sebenarnya gay macam anak jiran dia.

Hidup bebas tanpa komitmen tak semestinya tak ada masalah kewangan, dengan cara hidup dia memang susah untuk bayar sewa rumah atau elektrik on time. Tapi dia yakin dia cuma perlu pujuk Mrs Malika (Kamlesh Gill), tuan rumah dia untuk sign agreement dengan contractor untuk jual tanah kawasan tu. Jazz dan abang dia, Dimpy (Kumud Mishra) mempunyai company kecil sebagai broker di kota London.


Satu malam dia berjumpa dengan Tia (Alaya Furniturewala) yang dah lama perhatikan Jazz untuk mencari persamaan antara mereka berdua. Jazz ajak Tia ke rumah dia untuk bincang hal tu. Jazz sangka Tia suka dengan dia tapi Tia bagitahu yang 33.333% kemungkinan Jazz adalah ayah dia.


Jazz tak percaya langsung kenyataan dia ada anak perempuan sebesar Tia sebab dia sentiasa guna condom sebagai protection. Sudahnya dia ikut Tia pergi buat DNA test. Bila result keluar, bukan setakat dia ayah kepada Tia tapi bakal jadi datuk tak lama lagi bila doktor sahkan Tia mengandung.


Tia buat keputusan untuk jaga anak dia dan bersalin di rumah Jazz sebab dia nak kenal ayah dia lebih dalam since mak dia, Ananya (Tabu) selalu hilangkan diri join hippie camp. Tapi Jazz tak nak hidup terikat dengan tanggungjawab dan komitmen. Tia faham dengan keputusan Jazz dan keluar dari rumah dan sewa di blok hadapan sebab dia nak duduk dekat dengan ayah dia.


Jazz yang rapat dengan Rhea (Kubbra Sait) minta advice untuk masalah dia. Bagi Rhea, Tuhan dah kurniakan anugerah anak dan cucu untuk Jazz so Jazz perlu gunakan peluang ni untuk belajar hidup bekeluarga. Tapi Jazz rasa benda ni akan bawa masalah kepada dia. Dapat tak Jazz hidup dengan Tia sebagai keluarga, kena tengok movie ni.


Jalan cerita movie Jawaani Jaaneman simple je dan cliché macam jalan cerita anak yang mencari ayah atau keluarga tapi yang buat cerita ni menarik bila dialogue yang kelakar dan momentum cerita yang menghiburkan dari awal sampai habis movie. I loved every scene! 

Suka sangat bila Tia datang dalam hidup Jazz sebab watak dia buat hidup Jazz nampak balance and filled with love. Watak Tia jenis yang cool, tolerable dan loveable. Said play Jazz with ease – urban and witty. Sebelum ni pun Saif bawa watak yang sama – Salaam Namaste, Go Goa Gone, Chef, Humshakals, Happy Ending, Cocktail.


Kalau ikutkan watak heroin asal untuk Sara Ali Khan, anak Saif sendiri tapi kalau Sara yang bawa watak Tia mungkin overacting. Tabu join agak lambat dekat second half dan screentime dia tak banyak mana pun tapi dia berjaya tambahkan suasana kelakar dengan prinsip hidup hippie dia.


Not much for visual sebab kebanyakan scene di rumah Jazz, bar ataupun salon Rhea. But I really love how they make effort on every house decoration. Paling cantik rumah family Jazz.


Since movie ni under production Jacky Bhagnani so music album memang best. Remake lagu Ole Ole dari Yeh Dillagi dengan lirik urban dan beat catchy. Suka lagu Mere Baabula sebab lirik dia tambah emosi untuk scene Jazz sedar pentingnya Tia bawa makna keluarga dalam hidup dia. 


Overall I’m in love with this movie, chemistry Saif-Alaiya, dialog yang kelakar dan plot cerita yang menghiburkan. Definitely a must watch! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Hari ni kecoh dengan pengguna CIMB mengamuk dekat Twitter bila dapat transaction 'Direct Debit'. Ada yang ditolak secara berjemaah, ada yang ditolak sekali sahaja tapi dengan jumlah yang besar.

Image

Image

Beberapa hari sebelum pun dah ada yang pelik kenapa jadi macam ni tapi kemuncaknya hari ni lah bila ramai yang nampak tweet dekat atas ni dan terkejut tengok transaction history penuh dengan 'Direct Debit'. Bila call CIMB pulak tak angkat. Ramai yang dah start transfer semua duit yang ada dalam CIMB pergi ke bank lain dan bakal tutup acc dengan CIMB. 

Bila keadaan dah tak terkawal dan CIMB tak mampu nak attend semua call, CIMB keluarkan statement yang 'Direct Debit' ni legit transaction yang dibuat sendiri oleh customer cumanya sejak RMO, semua pending dalam keadaan float dan start aktif pada bulan ni. Means most likely customer pernah pergi luar negara dan buat transaksi dekat sana. 

Image

Ataupun customer yang ada subscribe mana-mana streaming channel macam Netflix, Spotify etc akan dapat kunjungan 'Direct Debit'. Tapi yang menghairankan bila pengguna CIMB yang tak pergi ke luar negara atau subscribe apa-apa pun hadap benda yang sama jugak. BNM advice supaya buat police report dan print out statement jumpa CIMB untuk dapatkan balik duit yang hilang. 

Lagi sakit hati bila tengok perenggan kedua dalam permohonan maaf tu bila CIMB ambil jalan mudah untuk labelkan 'Direct Debit' untuk mudahkan kerja diorang. Sekarang dah susahkan semua. 

Well benda ni bukan jadi semalam je, sebelum ni dah banyak kali system CIMB down dan kes duit hilang ni pun dah banyak kali terjadi pun. Ada yang pergi buat police report dan jumpa CIMB then dalam masa 14 hari dapat balik duit. Ada yang ambil tindakan yang sama tapi CIMB taknak bertanggungjawab. 

Idk what will happened to CIMB but one thing for sure, kes positif pesakit covid-19 dah meningkat ke angka 3,483 dengan 57 kematian. Stay safe people and stop using CIMB.

Resipi Kueytiaw Ladna

Saturday 4 April 2020

Masa RMO ni teringin pulak nak makan kueytiaw ladna sebab senang je nak buat. Bahan pulak semuanya dah ada tapi yang tak bestnya terpaksa replace udang dengan ayam sebab tak boleh pergi NSK. Within 10km je kan. Resipi dia mudah sangat even memasak pun sekejap dalam setengah jam macam tu. 



Bahan-bahan : 


Bahan A : 
- Kuey tiaw
- Kicap [ikut sukatan masing-masing]

Bahan B
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 3 ulas
- Cili padi [ikut level pedas korang]
- Halia
- Ayam
- Air 3 cawan [depends nak kuah banyak mana]
- Minyak [1 sudu besar]

Bahan C
- 2 sudu tepung jagung dibancuh [nak pekat tambah lagi ikut suka]
- Telur
- 1 Kiub pati ayam 
- Mixed Herbs [optional]
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa

Bahan D
- Sayur sawi
- Bunga kobis
- Tomato

*Bahan D ni terpulang nak letak sayur apa. Ada yang letak cendawan, ada letak carrot. 

Cara-cara penyediaan :

1. Tumiskan Bahan B sampai ayam masak dan naik bau kemudian masukkan air. 

2. Kemudian masukkan Bahan B dan biarkan kuah direneh sebentar sampai telur masak. 

3. Sementara menunggu Bahan B, boleh panaskan kuali dan gaulkan Bahan A hingga sebati. Bahan A ni tak perlukan minyak sebab kueytiaw dah ada minyak dia sendiri. 

4. Balik kepada kuah tadi, masukkan Bahan D kemudian tutup api. Dah siap, boleh hidang untuk dimakan!


Bila buat kueytiaw ladna sengan ayam ni tak sesedap kueytiaw ladna seafood la but still happy makan dapat hilangkan craving. Makan pula dengan air lemon asam boi, memang bertambah la cerita dia. Happy cooking! 

Day 17 Quarantine : Angka 3

Agak menarik jugak angka 3 untuk hari ke-17 dikuarantin ni sebab 3 April ada 3,333 kes positif covid-19. Tak lama lagi mungkin kita akan nampak 1,000 pesakit covid-19 sembuh dan discharge dari hospital.

Image

Jumlah kes positif hari ke-17 ni agak tinggi jugak lah dengan 217 kes baru. 138 pesakit terdiri daripada anggota kesihatan KKM bila sebahagian besarnya menghadiri majlis perkahwinan yang turut sama dihadiri tabligh Sri Petaling. 

Image

Btw petrol dah turun harga kepada RM1.30 seliter. Angka 3 lagi. I tengah tunggu petrol jatuh harga RM1.20 baru pergi beli. Jangan tanya kenapa, I don't even know why either. It just popped in my head to do such thing. 

I did my groceries again but this time at Tesco sebab nak beli seluar. Masa kuarantin ni lah baru nampak yang seluar dengan baju dah kena rembat dengan adik-adik. Lucky for me, Tesco tengah buat sales beli 2 dapat harga murah. Dah la selesa bila pakai. Nice! 

Harapnya kuarantin tak extend sebab I dah tak sanggup duduk rumah tanpa kerja. Work from home ni susah sebenarnya sebab tak ada limit masa bekerja. Pukul 1 pagi pun bersengkang mata siapkan kerja can you even imagined that? Hmmm please jangan extend.....

Breakfast Package Hard Rock Desaru Coast

Dalam entry Hard Rock Hotel, ada mention kitorang dapat package breakfast untuk dua hari berturut-turut. So entry ni untuk membebel pasal breakfast experience di Hard Rock Desaru.


Suka tengok deco dekat dining hall dia sebab cantik. Boleh duduk dekat dalam atau luar. Kalau duduk dekat luar dapat merasa angin natural. Tapi bukan angin laut lah sebab nun jauh di sana lautnya. 


Dekat sebelah tangga ni ada disediakan playground mini khas untuk parents yang bawa anak-anak so sambil makan boleh jaga anak-anak bermain dekat sebelah. Tempat duduk pun selesa. No worries sini kawasan larangan merokok. 


So selection breakfast dekat sini tak lah banyak mana even fruits pun sikit je. First day breakfast je ada buah naga pastu second day dah takde dah. I syak sebab kitorang dah habiskan stok buah naga masa dinner. Next entry kita sembang pasal dinner pulak 


They got cereal, milk, juices, kopi panas tapi my absolute choice haruslah teh tarik!


Tapi tu kemudian lah, sebab teh tarik bersusu so kita minum jus jambu dulu alas perut supaya tak pedih ulu hati sebab angin makan lambat. Ada perut mengada susah sikit nak bawak bincang. 


Disebabkan I pergi breakfast lambat gara-gara spend time dekat gym dulu membakar lemak padahal exercise tak banyak mana pun, banyak makanan yang dah habis. 


I tak tahu lah siapa yang makan jeruk untuk breakfast. Not for me sebab pedih perut nanti. Not a fan of jeruk actually. Dah lama tinggal sejak sekolah rendah rasanya. Idk why I stop eating all jeruks and asam. Orang lain crave for Jeruk Pak Ali sampai sanggup pergi Penang borong bagai.


Got Roti Bom and mee goreng here. Ada kari ayam, rendang daging, dhal ayam, nasi impit, lontong, nasi lemak pandan. 


Who's up for pastries?


I tak tahu apa ni tapi dia tulis Lo Mai Gai. Tak berani nak try.


Tengok selection makanan dia jadi hilang selera haha I tak tahu lah kenapa, nampak tak menarik. Maybe sebab baru lepas pergi gym lagipun I bukan jenis breakfast yang heavy. Ada mood baru makan nasi lemak ataupun bihun goreng tapi tu lah bihun goreng pun takde. Nasi goreng apatah lagi. 


So I ambik roti dengan ham je. Tapi third round I makan nasi lemak pandan dengan rendang ayam HAHAHA

Ni semua Hilmi punya pasal lah makan macam sedap sangat so jadi curious nak rasa jugak.


This is not mine okay? Ni Danish punya breakfast ala Japanese makan raw salmon dengan perahan limau lepastu dia kembang tekak. Nasib salmon tu nipis je. Cuka terlampau banyak sangat so rasa tu macam tak ngam dekat lidah kitorang. Well I had a bite since he can't describe what it taste like hshshs


This is also not mine! Ni Hilmi punya jugak. Dia kata pancake dengan toast ni sedap. Bila tak habis I dengan Danish kena paksa makan. Okay sebenarnya kitorang malas nak ambik so kitorang 'merasa' pancake dia hahaha

Hari kedua pergi breakfast macam langkah terpijak sebab dapat bergambar dengan Fify Azmi dan Josiah Hogan. Well, hello I minat gila dengan lakonan Fify dalam Wira. I'm so excited bila dapat jumpa depan-depan like wow


Farid told me Fify ada dekat luar so I approach lah nak ambik gambar tapi tak sangka pulak Josiah pun ada sekali like whattttt! Josiah memang baik sangat sebab dia offer untuk ambik gambar tapi pffttt ada ke nak bagi dia ambik gambar sebab dia patut ada dalam gambar?

I sempat sembang kejap promote law firm kot diorang ada movie baru boleh sign agreement dengan firm kitorang lol

I tak tahu diorang stay situ sebab vacation or ada shooting ke apa. Tak sempat nak tanya tapi yang pentingnya both of them baik sangat. Memorable experience lah dapat jumpa selebriti baik macam ni. 


I upload gambar tu dekat Instagram, tengok siapa yang like. JOSIAH!! 


Okay so all in all makanan sini okayish lah tapi untuk harga Hard Rock, hmmmm hahaha even baca review pun ramai yang kata tak berapa sangat. Ramai yang prefer Hard Rock Penang. So I guess we can go to Penang pulak lah lepasni. Hewhew