Telemovie Review | Kisah Seram Hostel (2019)
Tuesday 4 February 2020
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Amalina & Seri Dewi
Pelakon : Janna Nick, Yuna Rahim, Wafariena, Rita Nadira, Sharul Kamal
Genre : Seram
Durasi Tayangan : minit
Tarikh Tayangan : 28 Disember 2019
Syarikat Produksi : FI Pictures Sdn Bhd
Pengedar : Astro Citra
Trailer :
Telemovie genre seram ni gaya cerita lebih kurang sama dengan jalan cerita novel Asrama tapi cerita asrama semua lebih kurang sama je. Baik dari segi seramnya atau hantunya. Cuma asrama dalam telemovie ni berlatarbelakangkan asrama di kolej.
Anissa (Yuna Rahim) selalu dibuli di asrama lama sampai kemurungan dan ambil keputusan untuk berpindah ke asrama baru. Di situ dia berkawan dengan Cempaka (Rita Nadira) dan Orkid (Wafariena) yang dia kenal sejak hari pertama. Dia kurang bercakap dengan kawan yang lain disebabkan pandangan serong dan judgement terhadap dia.
Cempaka dan Orkid nasihatkan Anissa supaya abaikan sebab diorang berdua boleh temankan Anissa. Malam tu Anissa ponteng kelas prep atas saranan kawan barunya dan mengikut mereka berdua ke bilik kosong dan berjumpa dengan kakak senior, Maya (Janna Nick) yang berpakaian serba merah.
Pertemuan malam tu untuk mereka berempat bercerita tentang kisah-kisah seram yang berlaku di hostel antaranya makcik hantu jual karipap, pocong, hantu di tandas dan lain-lain. Tanpa Anissa sedar yang kisah-kisah seram tu semua betul-betul terjadi dan bukan rekaan semata.
Like I said earlier, tak ada apa yang unik ataupun fresh dari jalan cerita kisah seram asrama ni pun sebab semua yang pernah kita dengar dan alami sendiri di hostel. Untuk yang tak pernah tinggal di asrama mungkin nampak baru lah tapi untuk yang stay di asrama, boleh kata lame lah.
Even lakonan Janna Nick pun tak berjaya menghidupkan elemen seram tu walaupun dia watak utama dalam telemovie ni. Ditambah pula dengan plot yang tak logik dek akal. Kalau Maya mati terkurung dalam loker tu, kenapa parents dia tak datang cari? Sedangkan dia dah bagitau nak balik rumah esok pagi tu. Pelik sebab tak ada langsung kawan dia yang cari? Warden tak check? Rita Nadira did better in this telemovie.
Overall it's a miss. Kalau bosan boleh la kot tengok tapi better tengok benda lain lah. Btw, kesian Anissa sebab dekat asrama lama kena buli dengan kawan, dekat asrama baru kena buli dengan hantu.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.5/10