Drama Review | Black (2019)
Sunday 19 January 2020
Pengarah : Razaisyam Rashid & Kroll Azri
Penulis Skrip : Bernice Low, Alfie Palermo, Eenaz Mokhtar, Nik Naemah Mahir, Azhar Amirulhisyam
Pelakon : Kamal Adli, Siti Saleha Mohd Baharum, Nabila Huda Suhaimi, Khir Rahman, Namron, Zoey Rahman, Rashidi Ishak, Zahim Albakri, Pablo Amirul, Riz Amin, Josiah Hogan
Genre : Thriller/Aksi/Komedi
Durasi Tayangan : 8 episod
Tarikh Tayangan : 17 Disember 2019
Syarikat Produksi : Studio Dragon Corporation
Pengedar : Viu
Trailer :
Diadaptasikan dari drama popular Korea, dengan tajuk yang sama, Black mengisahkan tentang Detektif Malik (Kamal Adli) ditembak mati di sebuah mall namun hidup balik selepas makhluk bunian bernama 444 (Rashidi Ishak) mengambil alih tubuh badan dia. Tujuan utama ejen tersebut turun ke dunia manusa adalah untuk selesaikan misi memburu ejen 419 yang berkahwin dengan manusa. Menjadi satu kesalahan besar bila manusa bercinta dengan bunian. Ejen 419 antara ejen terbaik kepada Sultan di dunia bunian.
Di dunia manusa, Detektif Malik terjumpa Sofia Farid (Siti Saleha) yang mempunyai kebolehan istimewa di mana dia dapat melihat bayang hitam yang menandakan ajal seseorang akan dekat. Sofia cuba untuk selamatkan stranger yang cuba untuk bunuh diri tapi Detektif Malik pula yang menjadi mangsa gara-gara dia tersalah orang.
Nasib dia baik bila Lokman (Zoey) sempat selamatkan daripada cubaan bunuh diri tersebut. Berita bakal suami dia hidup semula sampai ke pengetahuan Doktor Aisya (Nabila Huda) yang ditugaskan di wad kecemasan. Walaupun dia pelik sebab dia sendiri yang sahkan kematian Detektif Malik, rasa syukur dengan keajaiban yang berlaku melebihi segalanya.
Sayangnya kebahagiaan tu tak lama bila Malik tak ingat pun siapa Dr. Aisya, keluarga dia ataupun kawan-kawan dia, apatah lagi Sofia gara-gara ejen bunian 444 ambil alih. Ditemani ejen bunian 007 (Azman Hassan) dan 416 (Juzzthin), 444 belajar untuk adapt dengan kehidupan manusa.
Detektif Malik disifatkan sebagai hati kering dan pantang bila ada bunian yang melanggar kesalahan kelas A iaitu mengambil alih badan manusa inikan pula berkahwin dengan manusia. Tapi bila dia ambil alih badan Malik dan kenal dengan Sofia, pandangan dia mula berubah. Walaupun hati dia jatuh cinta dengan Dr. Aisya tapi perasaan sebenar dia tertumpu pada Sofia.
Dalam misi dia mengejar ejen 419, Detektif Malik juga diekori dan diserang dengan lelaki bertopi hitam. Beberapa perkara aneh yang beri petunjuk aktiviti Detektif Malik beberapa jam sebelum mati ditembak juga kerap muncul. Awalnya dia tak ambil peduli tapi bila kebanyakan kes melibatkan Seri Setia, Detektif Malik faham yang dia perlu selamatkan badan Malik dan guna kelebihan Sofia dalam kedua-dua misi tersebut.
Walaupun jalan cerita drama Black ni lebih terarah kepada genre thriller dan aksi tapi genre komedi pun sama naik je especially scene team detektif. Penat nak gelak tengok perangai Detektif Borhan (Khir Rahman) dan Daud melayan kerenah hilang akal Malik.
Lakonan Kamal Adli dan Khir Rahman antara faktor kekuatan drama ni terutamanya scene kelakar ditambah dengan dialog bagus yang berjaya hidupkan watak Detektif Malik dan Detektif Borhan. Episod awal agak menyampah tengok watak Sofia sebab lakonan Siti Saleha tak lah bagus mana tambah pula bila watak dia suka bitter tak memasal.
Tak perlu rasanya nak sakit hati sangat sebab dia boleh ignore je bayang hitam tu sebab dia cuma nampak bayang yang tak mengganggu hidup dia pun. Tawaran Lokman pun tak menindas macam yang dia pertikaikan sebab gaji dia dapat lumayan lah sampai RM10,000. Kalau menindas, gaji macam rakyat marhaen ni haa RM1,200 je itupun tak boleh cuti public kerap sangat. Claim pun lambat nak bayar.
Tak perlu rasanya nak sakit hati sangat sebab dia boleh ignore je bayang hitam tu sebab dia cuma nampak bayang yang tak mengganggu hidup dia pun. Tawaran Lokman pun tak menindas macam yang dia pertikaikan sebab gaji dia dapat lumayan lah sampai RM10,000. Kalau menindas, gaji macam rakyat marhaen ni haa RM1,200 je itupun tak boleh cuti public kerap sangat. Claim pun lambat nak bayar.
Suka tengok bila Detektif Malik mula show off fighting skills dia sebab action stunt dalam drama ni cantik dan nampak kemas. Even choreography pun nampak baru dan berbeza dengan movie ataupun drama lain. Great job for Razib Salimin and his team for creating a beautiful visual experienced.
Sekali lagi pengarah Razaisyam berjaya hidupkan sebuah jalan cerita yang dikarang oleh 5 penulis dengan bantuan Kroll Azry. Lepas Pusaka, drama Black jadi karya tempatan wajib tonton sebab garapan memang cantik dengan visual, editing dan music score yang bagus. Brownie points for team drama Black bila scene flashback dengan masa sekarang bersilih ganti dengan baik tanpa mencacatkan momentum jalan cerita.
Tak sabar nak tunggu Season 2 nanti sebab misteri Seri Setia ni belum habis lagi walaupun dekat hujung drama dah boleh nampak perkaitan antara semua watak tapi masih lagi ada persoalan besar yang belum terjawab especially lelaki jam kerawang, ayah Sofia dan rahsia silam Doktor Aisya dan Wawa.
Tak puas sebenarnya tengok lakonan Kamal Adli dalam drama ni sebab dia selalunya berlakon watak hero romantik atau melodrama. Nampak Kamal Adli selesa dengan watak Detektif Malik ni. Ada gaya boleh berlakon lagi genre thriller dan aksi. Special appearance dari Mimi Lana pun sekejap sangat. Hopefully team Black kembangkan watak dia dan ada pertalian dengan watak pelakon terkenal, Leo (Josiah Hogan) sebab chemistry diorang nampak cantik.
Watak abang Lokman pun nampak strong as villain character dalam drama terbitan Studio Dragon Corporation ni walaupun belum nampak kaitan dia dalam benang pertalian semua watak. Mungkin dia kunci utama dalam Season 2 nanti. Screentime dia tak banyak tapi bila dia muncul, dia berjaya buat kita nak tahu lebih lagi pasal watak dia. Do watch this drama supaya season 2 boleh muncul di Viu. Definitely recommend this drama sebab best!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10