Movie Review : Go Go Song (2019)

Thursday 20 June 2019


Director : Hong Hyeon-jeong
Writer : Ko Eun-nim
Cast : Yoon Eun-hye, Ji Il-joo, Yoon Yoo-sun, Sung Ki-yoon
Production Company : NA
Distributor : CGNTV
Genre : Romance / Drama
Running Time : minutes
Release Date : Jan 25, 2019 - Jan 26, 2019
Full drama: 


Masa blogwalking nampak entri KakSha pasal drama Gogo Song ni. Lepas baca terus tengok sebab drama ni pendek sangat, ada dua episod je. Plus full drama dengan English sub ada dekat youtube. Tinggal nak tekan play je.

Mengisahkan tentang Gong Seon Hwa (Yoon Eun-hye) yang bekerja sebagai social worker di Welfare Centre jatuh cinta dengan chef Kang Won Hyung (Ji Il-joo) masa buat aktiviti di rumah orang tua.


Both dah decide nak kahwin dan beli rumah bersama tapi lagi beberapa bulan nak kahwin, Seon Hwa ragu-ragu nak teruskan hubungan dengan Wong-hyun ataupun tak sebab personality diorang berdua tak sama.

Lagi buat dia stress bila ayah dia datang balik. Seon Hwa tak suka dengan ayah dia sebab panas baran dan jarang luangkan masa dengan keluarga tapi lebih pentingkan muzik dan tour.


Dari perspektif ayah dia, dia terlampau sibuk cari duit untuk isteri dan anak dia. Tak sangka pula cara dia effect kepada mental health Seon-hwa sampai takut dengan perkahwinan.

Wong-hyun cuba pujuk dan sabar dengan perangai Seon-hwa tapi tak berjaya. Sudahnya diorang cancel untuk kahwin dan putus. Seon-hwa sibukkan diri dengan kerja di Welfare Centre dan persiapan kahwin pasangan down-syndrome dekat situ.


Dalam pergaduhan dia dengan Wong-hyun, ayah dia, uruskan majlis kahwin dan benda lain yang jadi buat dia sedar sebenarnya perkahwinan bukan sesuatu yang menakutkan tapi buka mata dia untuk nampak dari perspektif lain.

Since ada dua episod je drama ni, jalan cerita dia tak lah berat sangat tapi mesej yang director sampaikan tu agak mendalam. Setiap manusia ada kekurangan dan keadaan pun antara faktor manusia buat pilihan. Tak semua benda kita dapat achieve dalam satu masa tapi masa yang kita ada tu kita hargai dan syukur apa adanya.


"A man can live as he likes but a father can't live as he likes. He lives to give everything."

'Love is nothing if not everything'


Konflik Seon-hwa dengan ayah dia tak lah teruk mana pun kalau nak compare dengan officemate dia bila kena tinggal dengan suami sebab anak dalam kandungan dia mungkin akan jadi cacat. Kalau director highlight watak officemate dia lepastu panjangkan scene kenapa dia pilih untuk stay dengan anak dia, mungkin lagi memberi impak kepada judgement Seon-hwa.


Visual dalam drama ni cantik, some scenes nampak dreamy lah sebab genre dia romantic kan. Lagu dekat hujung drama tu comel sangat. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

Sunny Deol, SRK & Darr

Wednesday 19 June 2019

Kecoh bila video interview Sunny Deol dalam Aap Ki Adalat sembang pasal perang dingin Sunny Deol dengan SRK selama 16 tahun. Ramai yang tak tahu SRK dengan Sunny Deol ada sejarah lepas berlakon dalam movie Darr.


Movie pertama dan mungkin yang terakhir SRK dan Sunny Deol berlakon bersama, movie psycho-trhriller, Darr tahun 1993 di bawah arahan Yash Chopra.

Movie Darr antara movie yang naikkan nama SRK dalam industry filem Bollywood bila lakonan dia sebagai lelaki yang obses dengan crush dia sampai sanggup membunuh dipuji oleh critics dengan audience.



Ramai yang terkesan dengan lakonan SRK dalam movie Darr especially dialog KKKKKiran masa tu sampai tak perasan ada yang tengah sakit hati dengan movie Darr ni. Sunny Deol pula lakonkan watak seorang komando laut dan suami kepada Juhi Chawla.


Masa pembikinan movie ni, Sunny Deol tak puas hati dengan scene SRK tikam dia sebab watak dia seorang yang fit, well-trained commando tapi senang je kena serang dengan budak. Lagi sakit hati bila dia kena tikam bila dia memang aware dengan kehadiran SRK.


Dia bincang hal ni dengan Yash Chopra minta ubah scene tu sebab dia taknak watak commando dia nampak lembik onscreen tapi Yash Chopra tetap dengan keputusan dia.

Tak mampu nak yakinkan Yash Chopra untuk ubah skrip, Sunny genggam tangan sebab marah sangat dan masukkan dalam kocek seluar sampai tak perasan yang seluar dia terkoyak gara-gara tahan marah. Sebab kejadian ni staff dekat set Darr pun tak berani nak tegur Sunny Deol.


Dalam interview Filmfare dia kata dia tahu jalan cerita movie Darr tapi dia tak sangka director glorify watak SRK sampai ke tahap tenggelamkan watak hero bila Yash Chopra dengan SRK delete beberapa scene penting Sunny dalam movie tu.

‘I believe working with trust. Unfortunately we have many actors and stars who don’t function in this manner. Maybe that’s the way they want to get their stardom’

‘SRK got scared of me because he did wrong’

Masa dapat offer movie Darr, Sunny baru je lepas menang National Award, SRK pula baru berlakon dalam 2 movie –Deewana & Baazigar. Bila YRF approach Sunny untuk movie Darr, dia boleh pilih sama ada nak berlakon watak hero ataupun villain since dia antara top & highest paid actor.

SRK pulak terima watak villain tu lepas Aamir Khan dengan Ajay Devgn reject since both of them taknak tenggelam bila berlakon dengan Sunny Deol.


Lepas dari movie Darr, Sunny Deol tak pernah ditawarkan untuk berlakon dalam mana-mana movie di bawah produksi YRF sampai sekarang gara-gara pertikaikan scene SRK tikam dia tu.

Sunny pun tak nak bekerja dengan Yash Chopra sebab bagi dia Yash seorang yang mungkir janji dan khianat kepercayaan Sunny. Dia menyesal berlakon dalam movie Darr tapi dia terpaksa teruskan sebab dia respect kerja semua yang terlibat dalam movie tu.


Even dengan SRK pun Sunny dah tak bertegur sapa sebab Sunny kata dia dah malas nak bersosial dengan orang lain. Habis kerja dia balik rumah spend time dengan family.

Masa success party Yamla Pagla Deewana 1, Sunny invite semua top actor except SRK. Lepas 16 tahun perang dingin, Sunny dengan SRK berbaik balik.

Listerine Total Care Mouthwash

Dah lama dah beli mouthwash Listerine Total Care ni sebab ada promosi dekat Guardian. Selalunya pakai yang biasa punya tapi sebab harga murah kan, try la alih angin. 

Alih angin dia boleh buat menangis jugak lah sebab strong gila mouthwash ni. Kalau kumur lepas gosok gigi memang perit kemain mulut. 


Lama jugak lah nak habiskan satu botol besar ni nak pulak promosi tu ada dua botol besar. Memang redho dan hadap je lah kumur guna flavor ni. 

Bab long lasting fresh breath tu betul la kot sebab mulut pijar lepas kumur, memang tak daya nak makan lepas pijar tu beransur reda. 

Kalau ada ulser ataupun luka memang cari nahas kumur mulut dengan flavor ni. Not recommended at all untuk beli flavor ni tapi kalau yang suka jenis berangin mencucuk macam ni boleh la try. 

Mee Gila, Subang Bestari

Dah banyak kali dah dengar officemate dok menyebut pasal Mee Gila ni bila sembang pasal nak makan dekat mana. Bukan sorang tapi dua orang dok pot pet pasal best makan dekat Mee Gila. 


Since hari ni tak tahu nak makan apa, my sister Waze la Mee Gila ni dekat mana. Dekat je rupanya, tepi jalan dekat dengan Caltex. 

Kitorang pergi lepas Maghrib so kedai kosong, boleh la nak mengada sembang itu ini dengan staff restoran tu. Sebab nama menu dia unik jugak lah. 



Tengok dekat FB ramai yang recommend Mee Gila ni so kitorang order la 2 pax Mee Gila, Teh Madu Buih dengan Green Tea. 

Well the decoration quite nice tapi bab nak bergambar tu kena pandai lah cari port ada lighting cantik. Kalau siang mungkin ngam nak bergambar. 



Tak payah tunggu lama pun la sebab tak ada customer lain plus kitorang order pun satu menu je. Takut nak order banyak sebab officemates dah cakap portion dia banyak. 


Mee gila dia sebesen dia bagi dengan senduk sekali. Mee dia biasa je, nothing special pun. Kalau nak sedap, letak sambal berlada tu tapi hujung sudu je la sebab pedas kemain. 



Kuah kicap dia just nice, tak la pekat sangat kicapnya. Bahan lain ada ayam, meatball, kacang tumbuk, taugeh dengan sawi. Okay lah not bad lah cuma tak tahu apa yang gila. Mungkin sebab dia serve dalam bekas besar.

Paling best, Teh Madu Buih dia sebab pekat sedap cumaaaa I bukan peminat aiskrim vanilla. Nasib aiskrim tak sempat nak cair sebelum habiskan teh tu.


 Overall not bad lah nak lepak santai makan dekat sini sebab kawasan dia bersih, parking lot banyak, staff service pun terbaik cuma menu je lah kena banyakkan lagi sebab mee gila tak la ummph mana sampai orang nak tergilakan untuk datang balik.

Lirik Lagu Bukan Cinta Aku - Dinie & Khai

Monday 17 June 2019

Siapa yang layan drama Bukan Cinta Aku lakonan Janna Nick, Baim Wong, Syafiq Kyle dan Mimi Lana mesti syok layan OST under production Kelarai Sakti dengan Fizo Omar Creative ni.


Lagu genre balada yang dicipta oleh L.Y dan Baiduri, dinyanyikan oleh penyanyi duo baru Dinie & Khai. Lagu best, suara Dinie pun best. Music part awal macam lagu Kehilangan - Firman which is my fav song as well.

Yang belum dengar, boleh dengar dekat sini


Artis : Dinie & Khai
Tajuk Lagu : Bukan Cinta Aku
Komposer :  L.Y. (Kelarai Sakti Publishing Sdn Bhd) 
Penulis Lirik : Baiduri (Kelarai Sakti Publishing Sdn Bhd)

Andai kau cinta kepadanya
Jagalah dia sepenuh jiwa
Doakan ku juga bahagia
Lebih terbaik waktu bersamamu

Namun jika cintamu kerna
Engkau tertekan keterpaksaaan
Beranikan kembali padaku
Aku pertahankan seluruh nyawaku

Cinta kita anugerah yang terindah
Seribu tahun tak mungkin berubah
Kita telah berjanji  
Sehidup semati 
Sehingga ke syurga

Dia hanya ingin kita berpisah
Namun tak mudah ku lepas menyerah
Percintaan ini pasti
Milikku selama-lamanya

Cinta kita anugerah yang terindah
Seribu tahun tak mungkin berubah
Kita telah berjanji 
Sehidup semati sehingga ke syurga

Dia hanya ingin kita berpisah
Namun tak mudah ku lepas menyerah
Percintaan ini pasti Milikku selama-lamanya
Percintaan ini pasti miliku selamanya
Hadiah Tuhan untuk kita berdua