Short Film Review : Destiny

Saturday 22 June 2019


Director : Vikkramm Chandirramani
Writer : Vikkramm Chandirramani
Cast : Nikita Vijayvargia, Monika Panwar, Bhupendra Singh Jadawat
Production Company : Quest Mercury
Distributor : Quest Mercury
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 14 minutes
Release Date : 28 March 2018

Sambil makan sambil layan short film yang menang banyak award dekat bermacam film festival. Curious lah nak tengok apa yang best dengan short film ni.

Winner of 'Best Foreign Film' at The Ridgewood Guild International Film Festival.
Winner of 'Best Comedy Film' (under 20 mins) at the UK MFF
Winner of 'Best Romantic Comedy Film' at FICOCC.
Winner of 'Best Actress Short Film' at FICOCC.
Winner of 'Best Supporting Actress Short Film' at FICOCC.
Finalist in drama and comedy categories at the NCCC Film and Animation Festival, held at Niagara County Community College, Buffalo, New York.

Mengisahkan tentang Tanya (Nikita Vijayvargia) yang kecewa lepas Derek (Bhupendra Singh Jadawat) reject dia sebagai teman hidup lepas 2 kali berjumpa. Tanya dengan Derek ni berjumpa dalam dating apps.

Tak ada masalah pun dengan Tanya, baik, cantik, ,bijak tapi Derek tak rasa dia boleh ngam dengan Tanya. Derek call minta batalkan perjumpaan kali ketiga dan block Tanya dekat Whatsapp dengan FB.


Tanya geram dengan perangai Derek mula buat plan untuk kenakan Derek. Tanya menyamar guna fake profile dekat semua dating apps yang Derek join. Bila Derek termakan umpan, Tanya ajak keluar tapi perhati dan gelakkan je Derek dari jauh tengok Derek tunggu lama.


Banyak kali jugak Tanya buat Derek macam tu sampai kawan dia, Richa (Monika Panwar) tegur so Tanya decide untuk stop tapi kali ni nak buat special punya. Apa jadi dengan plan Tanya kena tengok sendiri sebab unexpected twist and ending.

I predict Tanya akan muncul depan Derek and confess dia punya angkara ataupun Tanya kantoi dengan Derek tapi jadi yang lain.


Selain mesej yang Tanya tak matang tak boleh terima rejection oleh Derek, director tonjolkan mesej yang tak semua benda dalam dunia kita boleh kawal. Macam Tanya tak percaya dengan luck. For her, semua benda kita kena usaha tapi berbeza dengan Derek yang percaya dengan luck. Mungkin sebab tu dia reject Tanya.

Dekat awal scene ada tunjuk Derek bagitau dia tak jumpa vibe dengan Tanya. Nampak macam alasan tapi dalam dunia ada manusia macam Derek dan dekat hujung nanti you guys boleh nampak vibe yang Derek maksudkan tu.

Recommended to watch for its comedy and simple plot!


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Smoothie Kiwi

Jumaat lepas pergi pasar malam sebab nak mencari buah mata kucing dengan buah bidara tapi dua buah ni tak kena jual lagi. 

Alang dah datang jalan je la cuci mata dari hujung ke hujung. Kebetulan ternampak brader ni jual buah kiwi murah - 2 pek RM10. Satu pek ada 5 biji kiwi. 

Kira murah la kan? 1 pek RM5 je. Kalau dekat supermarket dah cecah RM10. Since dia dah jual combo 2 pek, terus grab 2 pek je lah. Masa makan tu memang sedap la kiwinya. 

Dah beli dah bawa balik rumah, tak sampai 3 hari pun dah start lembik. Bila dah lembik nak makan pun tak syok so buat smoothie je la habiskan stok susu sekali.

Bahan-bahan just kiwi dengan susu je. Blend dua bahan ni sampai hancur.




Tak letak gula pun sebab nak stay healthy gittewww lagipun susu dah ada gula dia sendiri dah. Minum sambil blogwalking. Nyum!

Pokok Bunga Baru

Dah lama tak update pasal pokok dekat rumah ni. Dulu asyik tanam pokok untuk dibuat makan je. Sekarang ni macam eh bosannya tak ada penyeri dekat rumah ni. 

Pernah je beli Cala Lily dengan bunga bawa tuah masa raya cina haritu tapi semua dah mati dah. Habis raya cina je mati. Apoooo


Since nak tanam pokok ros jepun mudah sangat, kerat je batang dekat tepi jalan pastu cucuk dalam pasu dekat rumah. Lepas beberapa minggu tu membiak dengan jayanya. Tapi ambil masa jugak untuk dia keluar bunga. As for now baru ada 3 kuntum bunga itupun berapa kali je kembang bersama. 


Ada jugak pokok bunga lain tapi tak tahu nama dia. Entah masa bila tanam pun tak tahu. Rasanya dia datang sekali dengan pokok lain masa ambil pokok dekat rumah mak. 

Masa nampak macam nak cabut tapi cepat betul dia membesar. Rasa kesian pulak nak cabut so biar je dia dekat dalam pasu tapi jarang la ambil peduli. Sebab tak tahu dia pokok apa. 

Minggu lepas dia keluarkan bunga dia which is sooooo cantik! Dah la warna purple, my fav! Nasib baik tak buang dulu. 



Balik kampung haritu dah kidnap pokok keladi dekat tok. Minggu ni nak balik Sabak nak ambik pokok keladi menjalar nak letak dalam bilik air dengan bilik tidur. I'll update once dah hias okay. 

Magnum Espresso Chocolate Bar

Bulan lepas masa officemate pergi Langkawi, adik kirim chocolate bar dengan dia since dekat sana harga dark chocolate murah kan, bila lagi nak memborong ye dak?


Habis 70 hengget memborong semua ni. Tapi dalam banyak ni tak semua pun kena dengan tekak. Recommended for you guys beli chocolate Berryls!

Bukan Beryls je but this one also a must! 


Not sure 1 bar ni berapa sebab orang yang belikan, datang dekat kita dah harga pukal semua. Kalau murah you guys beli la sebab berbaloi. Darc chocolate made with dinest Ecuadorian cocoa kan, gila tak rasa alang dah murah. 

Kalau ada kawan nak pergi holiday dekat Langkawi, jangan lupa order ni sekali. Rasa dia combination coffee and chocolate. Expectation masa tu ingatkan coffee dia strong tapi biasa je, just nice. Pastu dia macam ada campur dengan kacang. I suka choc campur kacang, so you guys know lah why this one is my fav!

Movie Review : Manikarnika : The Queen of Jhansi (2019)

Thursday 20 June 2019


Director : Kangana Ranaut, Krish
Writer : Prasoon Joshi
Cast : Kangana Ranaut, Atul Kulkarni, Jisshu Sengupta, Vaibhav Tatwawaadi, Mohammed Zeeshan Ayyub, Ankita Lokhande, Kulbhushan Kharbanda
Production Company : Zee Studios, Kairos Kontent Studios
Distributor : Zee Studios
Genre : Biopic/Drama/History
Running Time : 148 minutes
Release Date : 25 January 2019
Trailer :


Movie Manikarnika antara movie yang excited sangat nak tengok sebab 
1) Kangana Ranaut berlakon 
2) Kangana Ranaut jadi pengarah 


Actually movie ni di bawah arahan Krish tapi since dia keluar lepas 70% movie dah siap, Kangana jadi bidan terjun reshoot balik dan siapkan semua. Kangana memang takde experience sebagai pengarah tapi dia memang dah lama nak jadi director cuma dia on hold dulu movie dia sebab nak focus movie lain. Tup tup pengarah asal keluar untuk movie lain and producer bagi kepercayaan kepada Kangana sebagai pengarah. 


Movie biopic Manikarnika (Kangana Ranaut) mengisahkan tentang keberanian Manikarnika ataupun Laxmibai, Ratu Jhansi yang menentang penjajahan British pada kurun ke-18. Dalam diari Sir Hugh Rose ada tercatat yang Laxmibai ni antara yang paling berani dan susah untuk British lawan sepanjang dia berkhidmat di India.


Manikarnika dijaga dari kecil oleh Ketua Menteri daerah Bithoor. Sami dah ramal yang Manikarnika ni jelmaan dewi dan sejarah kehidupan dia akan diingati sampai bila-bila. Dari kecil dia dah belajar seni pedang, menunggang kuda, memanah, membaca dan menjahit. 


Bila dah besar, Manikarnika akan jaga kawasan kampung dari ancaman binatang buas ataupun masalah lain. Dalam diam menteri Jhansi, Dixit (Kulbhushan Kharbanda) tertarik dengan Manikarnika dan lamar untuk dijadikan permaisuri kepada Sultan Gangadhar Rao (Jisshu Sengupta) . 

Hidup Manikarnika sebagai permaisuri sikit pun tak buat dia lupa diri tapi disebabkan dia degil untuk tunduk hormat kepada British, dia hilang suami dan anak bila Sadashiv Rao (Muhammad Zeeshan Ayub) letak racun dalam air minuman sebab nak rampas takhta.


Rancangan dia gagal bila Manikarnika ambil anak angkat dan halau Sadashiv Rao keluar dari Jhansi. Sebelum Gangadhar Rao mati, dia tinggalkan amanat kepada Manikarnika untuk jaga Jhansi daripada dijajah British. Di Jhansi semua balu akan dihantar ke daerah lain tapi Manikarnika langgar upacara tu dan naik sebagai pemerintah Jhansi.


Disebabkan jumlah tentera Jhansi tak ramai untuk berperang dengan British, Manikarnika panggil semua kaum wanita yang ada di Jhansi untuk berlatih seni pedang dan meriam. Barang kemas dan besi dicairkan untuk dibuat senjata. 



Serangan pertama boleh ditepis dengan mudah tapi sayangnya Sadashiv Rao bocorkan rahsia kelemahan tembok istana sampai semua rakyat Jhansi mati. Manikarnika terpaksa larikan diri dengan anak dia untuk selamatkan satu-satunya pewaris takhta Jhansi. 


Lepas Manikarnika lari selamatkan diri ni ada lagi serangan yang dia rancang dengan kawan-kawan dia, Nana Sahib dan Tatya Tope (Atul Kulkarni) dibantu oleh geng rebel yang lain dan Mangal Pandey. Kalau semua nak cerita dekat sini tak syok lah, kena tengok sendiri lah macam mana Laxmibai jaga Jhansi dan lawan British. 


I am totally impressed dengan hasil kerja Kangana sebagai director sebab cara dia deliver cerita sejarah ni cantik sangat. Sepanjang 148 minit tu tak rasa bosan pun walaupun music album dia just average. 

Visual Manikarnika top notch I must say. Minus VFX part especially scene Manikarnika panah harimau dekat hutan dengan scene lompat dari tingkat atas istana dengan kuda tu sebab nampak sangat rekaan but still boleh tutup mata je part tu. Masa serangan kedua Laxmibai tu ada tunjuk slo-mo macam dalam trailer and it was well-portrayed. Great job Prime Focus!


Kalau movie sejarah atau period drama ni dah boleh agak dah mesti meriah dengan keindahan set dan kostum. Kudos to Nandita Lulla and her team sebab berjaya sediakan wardrobe Rani Laxmibai yang cantik dan mewah. Dari sari, pakaian perang dan set barang kemas yang dia pakai setiap hari sebagai seorang permaisuri istana.


Lakonan Kangana sebagai Manikarnika/Laxmibai memang tak boleh nak dipertikaikan dah. The way dia emote the character, deliver dialogue, body language semua cantik! Lepas 3 National Award dia bolot, kemungkinan besar dia boleh dapat yang keempat untuk watak ni. 
'This throne doesn't make me a Queen. Its the love and faith of Jhansi's people that does. You want Jhansi, so does I. The only difference is you want to rule it whereas I want to serve my people'
Gaya dia main pedang, memanah, horse-riding semua nampak cantik macam well-trained padahal dia baru start training bila dapat offer untuk movie ni. 


Supporting role dalam movie ni pun ramai yang bukan jenis calang-calang pelakon sebab kebanyakannya memang terkenal dengan bakat lakonan be it in film or TV series. Ankita Lokhande nampak menyerlah dalam kebanyakan scene dan tak tenggelam pun walaupun watak dia sebagai Jhalkari bai, penduduk kampung yang banyak bantu Laxmibai. 


Selalunya penulis akan glorify watak utama dengan tenggelamkan beberapa peristiwa penting ataupun ubah sejarah supaya nampak cantik onscreen tapi Prasoon Joshi memang stick dengan sejarah Rani Laxmibai ni so you guys boleh tengok Manikarnika untuk tambah ilmu Sejarah Dunia.

Ada yang kata movie Manikarnika ni tenggelamkan watak lelaki di sekeliling Manikarnika tambah pulak bila pelakon asal, Sonu Sood yang sepatutnya berlakon sebagai Gangadhar Rao keluar bila tak puas hati dengan olahan watak dia. Betul apa yang diorang claim tu tapi movie ni untuk serlahkan watak Manikarnika, so isu tenggelam tu mesti ada tapi kalau semua nak cerita duration movie ni confirm jadi 24 jam.

Special mention to Danny Denzongpa yang berlakon sebagai Ghulam Gaus Khan, penasihat utama dan penembak utama dalam perang yang banyak bantu Rani Laxmibai. Energy Danny sama level je dengan Kangana buat scene diorang nampak hidup.


As for now movie Manikarnika dah terpilih untuk ditayangkan di Bucheon Film Festival – largest film festival di Asia so all the best untuk team Manikarnika and congrats to the team! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10