Roket Pemasaran Momentum 2019 : Nak Tarik Pelanggan Sasar Bantu 50,000 Usahawan

Sunday 26 May 2019

Roket Pemasaran Momentum yang diterajui oleh Najib Asaddok, pakar pemasaran online sejak tahun 2009, trainer dan penceramah, penulis buku motivasi dan pemasaran Roket Emel, Roket Bisnes, Momentum Bisnes, Roket Pemasaran Momentum dan 4 Turbo Copywriting yang berpengalaman dalam dunia jualan sejak tahun 2005 kali ni tampil dengan Roket Pemasaran Momentum : Nak Tarik Pelanggan yang menyasarkan untuk membantu 50,000 usahawan di Malaysia melalui pemasaran online.


Objektif utama kempen ini adalah untuk membantu usahawan memahami strategi bagaimana memasarkan produk atau perkhidmatan secara online, menarik ramai pelanggan dan meningkatkan jualan. Produk Momentum Internet Sdn Bhd merupakan sistem, latihan, coaching, apps, customer management system dan penerbitan bahan-bahan pemasaran online.


Jumlah rakyat Malaysia yang online setiap hari seramai 24 juta orang yang mana merupakan satu peluang besar untuk usahawan di Malaysia mencari target customer dalam membantu mengembangkan business mereka bukan sahaja lebih dikenali malah mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda. 

Angka 50,000 yang disasarkan bersempena ulang tahun ke-5 Momentum Internet Sdn Bhd dan juga fokuskan 5 jenis industri untuk dibantu seperti fesyen, makanan, kesihatan, kecantikan dan juga perkhidmatan.  


Kalau sebelum ni cuma tengok Najib Asaddok bagi tips pemasaran online melalui media cetak dan sosial media sahja, kali ni dapat peluang jumpa depan mata. Betul kata dia, sesi coaching dan dengar tips pemasaran online yang dia share, tak terasa langsung masa berlalu sebab banyak sangat ilmu dan point penting yang dia tekankan dalam satu masa.

Tambah pula bila dijemput untuk berada dalam satu dewan kecil dengan team Ultimate - usahawan yang berjaya di bawah sesi coaching Najib Asaddok, rasa semangat dan aura positif lebih kuat. Momentum Internet menekankan nilai kekeluargaan sebab Najib percaya individu yang menjaga keluarga pasti dapat memimpin dengan baik. Pertama kali jumpa tapi dah rasa mesra. Vibe yang agak susah nak dapat dalam satu komuniti hebat dan besar.


Uniknya seminar Roket Pemasaran Momentum 2019 ni bila Momentum Internet Sdn Bhd menawarkan seat serendah RM1 sahaja dengan nilai ilmu pemasaran online yang hebat dalam masa 6 hingga 12 bulan.

Momentum Internet Sdn Bhd dan Najib Asaddok sendiri dah berjaya membantu 38,000 usahawan di Malaysia dengan produk mereka. Mana tahu angka seterusnya ada nama bisnes anda, jom daftar seminar dekat sini dengan klik dekat gambar di bawah. 


Layari juga untuk lebih info tentang PEMASARAN ONLINE oleh NAJIB ASADDOK di :
www.50Kusahawan.com 

Cannes 2019 Fashion File : Kangana Ranaut

Saturday 25 May 2019

Tahun ni merupakan tahun kedua Kangana datang ke Cannes sebagai duta jenama arak Grey Goose. Kalau tahun lepas ada several outfit yang I fell in love with, jom tengok tahun ni pula macam mana.



1. Forum di India Pavillion


Untuk kemunculan pertama di Cannes, Kangana memilih sari sutera Kanjeevaram dari Madhurya Creations yang dipakai bersama korset blouse tanpa bahu berwarna emas dari dan diserikan dengan tali pinggang peplum rekaan khas Falguni Shane Peacock. 


Tambah unik bila Kangana campurkan elemen vintage dengan sarung tangan panjang berwarna merah burgandy dan cincin berlian hasil inspirasi gaya Audrey Hepburn. Gaya rambut sanggul dan sedikit wave di bahagian depan yang dibiarkan berjuntai buatkan gaya Kangana nampak klasik dan diraja.

Kangana dah bincang selama beberapa minggu dengan team Falguni Shane Peacock untuk hasilkan outfit yang tradisional yang unik untuk tonjolkan kecantikan budaya pakaian tradisional negara India. 

2. Grey Goose Party



Sama seperti Hina Khan, Kangana pun pilih untuk pakai pant suit hitam dengan corak ringkas berwarna krim di bahagian kolar dan hujung lengan blazer dari koleksi Nedret Taciroglu. Bold makeup look dan nude lipstick serlahkan gaya ranggi dan seksi untuk have fun dekat party. 

3. Red carpet 


Potongan gaun gaya fish-cut berwarna putih ivory tanpa bahu yang dihiasi manik dan kain berjela dengan sulaman gaya Baroque dari koleksi Michael Cino buat Kangana nampak bergaya dan dreamy. 


Gaya rambut kerinting halus dan separuh braid untuk lengkapkan lagi gaya ala princess dan dipadankan bersama anting-anting berwarna ungu lilac dari koleksi Chopard. Penampilan ni agak kurang menarik disebabkan solekan lembut yang dikenakan bila kulit Kangana pucat so its better for her team guna solekan yang lebih pekat. 

4. Chopard Party


Berbeza dengan penampilan awal, kali ni Kangana memilih one-shoulder gown berwarna putih rekaan Toni Maticevski buat Kangana nampak ideal dan bergaya. Yang mencuri perhatian ialah sepasang anting-anting berlian berwarna emerald dari Sweta Mehta dan juga solekan mata berwarna biru elektrik dan nude lipstick. 

5. Photoshoot Elle



Hari terakhir Kangana di Cannes agak padat dengan jadual photoshoot which she opted to chose a casual and chic look perfect for summer. Padanan top dan skirt putih dari Alexis, strap heels berwarna oren dari koleksi Jimmy Choo dan sunnies dari Tom Ford dengan gaya rambut kerinting lepas bebas. 

6. Photoshoot 


Tak lengkap photoshoot di perairan Riviera, kalau tak pakai flowy dress untuk nampak lebih drama dalam gambar thence Kangana pilih floral dress dari Ralph & Russo berwarna biru dengan gaya rambut kerinting yang dibiar lepas bebas.

Gaya solek yang tumpu pada bahagian mata dengan gaya winged eyeliner di bahagian bawah mata serlahkan gaya santai yang menarik. Brownie points untuk strap heels berwarna-warni!

7. Airport Look


Bonus untuk fashion file Cannes 2019 ni bila Kangana tampil cantik sebelum balik ke India dengan gaya sofistikated hasil padanan blazer dan skirt bercorak plaid berwarna kelabu pekat dan kemeja pink dengan garisan menegak. Kasut tumit tinggi dan strap di bahagian atas buku lali berwarna pink dan handbag melengkapkan gaya Kangana.

Overall eksperimen fesyen Kangana nampak stylish dan bergaya di Cannes. Walaupun gaya sari Kanjeevaram tak berjaya masuk dalam Cannes Best Look tapi cukup unik dalam usaha menggabungkan gaya vintage dan moden. I hope next year ada lagi gabungan unik dari Kangana dan team dia. 

Cannes 2019 Fashion File : Hina Khan

Friday 24 May 2019

Previous post dah sembang tentang Festival Filem Cannes dan kenapa ramai actress Bollywood pergi Cannes setiap tahun. Kali ni nak sembang santai dan tengok koleksi wardrobe semua actress. Tahun lepas dah buat my fav looks for Cannes 2018 tapi tahun ni nak tambah sikit entri sebab ada banyak masa nak update. 

So first fashion file for Cannes 2019 is Hina Khan sebab dia yang pertama sampai ke Cannes untuk promote movie pendek dia bertajuk Lines. So jom tengok wardrobe Hina Khan untuk tahun ni. 

1. Interview pertama di Cannes

Hari pertama di Cannes, untuk first appearance pun Hina dah tampil cantik dengan blouse berwana pink pucat dipadankan dengan seluar berwarna pink dan juga blazer dari koleksi Shail Kochar dihiasi set aksesori dari Sapna Mehta Jewellery dan juga sepasang kasut berwarna kuning air. 


Untuk makeup, Hina going for a subtle look dan memilih gaya rambut ikal berombak. Looking great for a summer and vintage look!

2. Red Carpet Film Screening - Bacurau

Untuk penampilan pertama kali di karpet merah Cannes, Hina memilih untuk menggayakan gaun 'Orion' berwarna kelabu cerah yang dihiasi dengan manik dari koleksi Spring Summer 2019 Ziad Nakad. 


Kecantikan gaun Orion ni bila lengan dibelah di bahagian siku dan dibiarkan labuh berjuntai sehingga ke lantai sarat dengan manik hiasan berkilauan. Gaya Hina dilengkapkan dengan gaya rambut sanggul dan sepasang anting-anting berlian Azotiique yang direka khas oleh Varun Raheja. 

3. Photoshoot


Hari ketiga di Cannes, Hina memilih dress berkolar warna ungu lavender dengan corak geometri dari koleksi 'Deep Harmony' oleh butik Armine Ohanyan Paris . Dipadankan bersama strap heels dari Truffle Collection. Gaya Hina dihiasi dengan subtle makeup dan anting-anting berbentuk geometri dari koleksi Aquamarine Jewellery. Bersanggul kemas dan makeup look yang minimal buat gaya Hina nampak ringkas dan elegan.

4. Interview bersama Anupama Chopra

Fesyen hari keempat pula Hina mengenakan kemeja berkolar bersaiz besar bercorak potongan berwarna biru langit cerah dipadankan bersama palazo high waist dengan corak garisan hitam dan corak berpotong. Dilengkapi heels bertutup berwarna silver metallic dari Christian Louboutin dan juga sepasang anting-anting biru. 


Gaya rambut ikal diikat rendah dan juga makeup nude nampak selesa untuk dipakai pada waktu petang sambil menikmati bayu di pantai Riviera. I personally love this look!

5. Majlis Pelancaran Poster Filem Pendek 'Lines'

Berpakaian ringkas dan selesa dengan dress bergaya labuh tanpa lengan berwarna hijau rekaan Rami Al ali Midi untuk majlis pelancaran poster filem pendek lakonannya di India Pavillion Cannes. 


Dipadankan bersama gaya rambut ikal dibiarkan lepas bebas dan juga sepasang kasut tumit tinggi bertutup berwarna hitam yang dihiasi dengan manik berwarna perak.

6. Red Carpet Short Film Screening Lines

Sama dengan kemunculan di karpet merah kali pertama, Hina tampil catik dengan strapless gown berwarna perak gelap metalik rekaan Allin Le'Kal dengan belahan di paras peha dan . Masih lagi mengekalkan gaya makeup yang ringkas dan dilengkapi bersama sepasang subang berlian dari Azotiique. 

Menyerlahkan lagi penampilan Hina Khan di karpet merah, sepasang heels bertutup dari koleksi Dech Barrouci dan juga gaya rambut ikat lepas hasil dandanan Sayed Saba. 

7. Chopard Party

Penampilan terakhir Hina Khan di Cannes diserikan dengan pant suit berwarna hitam dengan jalur emas di bahagian tepi rekaan Alin Le Kal. 


Dandanan rambut ikat rendah, sepasang subang berlian dan dipadankan bersama heels hitam emas buat Hina nampak bergaya dan glam. 

For me, Cannes look Hina agak ringkas dan santai sesuai dengan musim panas dekat sana. Overall Hina nampak cantik dan berjaya buat fans dia happy dan curi tumpuan dengan summer chic look di kota Paris.