Kari Sotong

Tuesday 23 January 2018

Dah lama beli sotong tapi tak tahu nak masak apa. Nak buat sotong sumbat sebenarnya tapi daun ketumbar asyik out of stock je jadi malas pulak. Next time je lah buat. Tengah fikir nak masak apa nampak serbuk kari. Cun jugak kalau masak kari. Tapi kari sotong ni tanpa santan tau. 

Hidangan : 2-4 orang makan 

Bahan-bahan :

A
- Bawang besar 2 biji
- Cili padi 5 biji
- Bawang putih setengah labu
- Halia 1/2 inci
- Ikan bilis segenggam

B
- Kayu manis 1 batang 
- Bunga lawang 2 kuntum
- Bunga cengkih 3 batang
- 4 biji buah pelaga
- 1 sudu kecil halba campur
- Daun kari 1 tangkai

C
- Sotong 3-4 ekor
- Tomato 1 biji belah 4
- Serbuk cili 1 sudu besar
- Serbuk kari ikan 2 sudu besar
- Asam jawa 1 sudu kecil
- Air 2 cawan
- Garam secukup rasa
- Minyak masak 


Cara-cara masakan:

1. Kisar bahan A.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau kemudian masukkan bahan A yang siap dikisar tadi. 

3. Serbuk kari ikan dibancuh bersama asam jawa dimasukkan ke dalam kuali. Masukkan serbuk cili. Masak sehingga naik minyak. 

4. Masukkan sotong dan air. Biarkan sehingga sotong lembut kemudian masukkan tomato dan garam. 

Siap! Lebihan kuah kari sotong ni buat nasi goreng untuk makan malam memang bahagia je perut. 

 

Udang Masak Lemak Cili Api Labu

Masak lemak labu ni fav sebenarnya tapi susah betul nak ada jual dekat kedai makan area rumah ataupun tempat kerja ni. Ada hari tertentu je. Masa beli barang rumah hari tu nampak labu on clearance. Dia dah potong sikit ngam la untuk sekali makan. Tak pernah lagi try masak labu nasib first time cuba terus jadi. Senang je uolls. 

Hidangan : 2-4 orang

Bahan-bahan :

A
- Bawang besar 1 biji
- Cili padi 10 biji
- udang geragau 2 sudu besar
- halia 1 ruas ibu jari

B
- Labu potong kecil
- Air 
- Garam secukup rasa

C
- Gula secukup rasa
- Asam keping 1 keping
- Udang 
- Santan
- Serbuk kunyit 1 sudu besar

*Untuk air dengan santan tu ikut suka tekak masing-masing sebab ada yang suka cair, ada yang suka pekat. 

Cara-cara memasak :

1. Tumbuk bahan A kemudian tumis sehingga naik bau. 

2. Masukkan bahan B dan biarkan sehingga labu empuk. 

3. Masukkan bahan C dan biarkan sehingga udang dan santan masak. 

Siap! Senang kan? Lepasni nak try masak lemak cili api dengan nenas pulak. 

Movie Review : Tumhari Sulu

Monday 22 January 2018

Image result for tumhari sulu review

Director : Suresh Triveni
Cast : Vidya Balan, RJ Mallishka, Neha Dhupia, Manav Kaul
Genre : Drama/Comedy
Running Time : 2 hours 30 minutes
Trailer : 

Tumhari Sulu mengisahkan tentang kehidupan seorang suri rumah kelas sederhana di bandar Mumbai yang tinggal bersama suaminya Ashok dan seorang anak lelaki. Walaupun selalu dipandang rendah oleh ayah dan kakak kembarnya disebabkan tiga kali gagal dalam pelajaran, Sulu tetap bangga dengan pencapaian hidup walaupun cuma menang dalam acara sukaneka di sekolah anaknya. Tuah berada di pihak Sulu bila secara tak sengaja dia mendapat tawaran untuk menjadi DJ radio semasa menuntut hadiah cabutan bertuah di syarikat radio WOW di Mumbai. 

Daripada kehiduan seorang suri rumah biasa kepada DJ radio yang glamour jadi taruhan plot daripada Suresh. Bermula dengan angan-angan dan keyakinan diri, kehidupan Sulu berubah walaupun mendapat tentangan dari ayah dan kakak kembarnya. 

Lakonan Vidya Balan sebagai Sulu memang cantik dan natural sama macam filem dia yang lain. Sama juga dengan lakonan Manav Kaul sebagai Ashok, suami yang penyayang dan bekerja keras untuk family. Walaupun leading cast cuma average looks & there's no fancy makeup or lifestyles tapi chemistry Vidya-Manav buat kehidupan suami isteri ni nampak cantik sangat onscreen and it gives us warm moments to be happy with marriage although living as a middle-class life in urban area like Mumbai. Not to mention how perfect Tumhari Sulu team to stay as real as possible to portray their life onscreen. Stick to comedy genre, I find it amusing and entertaining layan keluarga kecil & kerenah Sulu dengan kehidupan dia. It just light and perfect as well.

Image result for tumhari sulu review

Tapi tu sembang first half of the movie, masuk je second half TS dah mula hilang tujuan asal. Dari ceria tiba-tiba bertukar jadi huru-hara. Memang second half yang sarat dengan drama & emosi nampak okay je sebab movie ni ketengahkan feminisme and women progression tapi Suresh took it too far bila dia ubah karakter Ashok dari suami penyayang kepada suami tipikal kurung bini di rumah supaya ego dia tak tercalar bila tak mampu jadi breadwinner of the family. Kalau Suresh just keep it chill maybe movie ni nampak cantik je dari awal sampai habis. 

Thanks to Vidya, Manish and other supporting cast for saving the movie with their talent tapi boleh nampak plot yang longgar & huru-hara asalkan siap. Lagi geram tengok ending scene bila Sulu dapat idea tapi lari sana lari lepastu movie habis. Its like an unfinished business here. I need an explanation for that scene seriously. Sama jugak scene Sulu start masuk kerja sebagai DJ. To adapt new things for sure take some time tapi Sulu cantik je handle semua benda macam dah lama kerja. Walaupun dia pernah jadi hos tapi berbeza lah dengan DJ. Its too perfect to believe it is real. 

Image result for tumhari sulu review

Despite the flaws, I can assure you Tumhari Sulu is worth to watch for, since lakonan Vidya Balan tak pernah mengecewakan and of course I berani bagi jaminan sebab dia baru je menang Best Actress Award untuk lakonan dia sebagai Sulochana dalam movie ni di Filmfare Awards 2018. Neha Dhupia pun menang Best Supporting Female Award sebagai Maria di Star Screen Awards so tak rugi lah tengok movie ni. Tambah pula dengan catchy songs macam Ban Ja Rani & Hawa Hawaii remake dan visual yang cantik, it adds another plus point on why you guys should watch Tumhari Sulu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.9/10

Mee Bandung Odeon Rempah Warisan Menyengat!

Saturday 20 January 2018

Salah satu makanan kegemaran dalam hidup ni ialah mee bandung so back then masa belajar dekat Johor memang bahagia lah makan mee bandung. I'm not a mee kuning lover but I had exception on mee bandung and mee goreng mamak since it can never be replaced with bihun or kuey tiaw and not even su'un. 

Bila dah balik ke Sabak Bernam memang susah lah nak cari mee bandung sebab Sabak Bernam famous dengan mee udang ataupun mee jawa je. Kadang tu rasa nak pecut pergi Johor je nak makan mee bandung punya pasal. Tapi tu lah, rasa je lah, buatnya tak pun sebab busy dengan kerja. Mana sempat nak buat idea gila. Simpan diam-diam je rasa kempunan tu. 

But thank God, terjumpa pes Mee Bandung jenama Odeon dari Rempah Warisan ni. Kalau ikutkan sejarah, Mee Bandung Rempah Warisan ni dah wujud sejak tahun 70-an lagi. Resipi Mee Bandung Rempah Warisan ni diambil dari resipi Mee Bandung Pak Man Gemok 'Odeon' Batu Pahat. Nama Odeon ni sebenarnya nama panggung wayang Odeon yang dekat dengan gerai Mee Bandung Pak Man di Jalan Jenang berhampiran dengan Garden Hotel di Batu Pahat. Sekarang ni waris Pak Man pula yang berniaga Mee Bandung di Taman Nira, Batu Pahat.


Tak dapat nak pergi ke kedai mee bandung, dapat pes pun dah cukup bersyukur nak hilangkan kempunan. Pes pulak tinggal campak masuk dalam kuali je pastu campak mee kuning, tuang ai rebusan tulang ataupun daging pastu campak bahan-bahan lain. Dah lah senang nak masak, sedap pulak tu nak makan. Yang bestnya lagi pes mee bandung ni kalau taknak mee bandung tapi nak mee rebus ataupun mee goreng biasa pun boleh guna pes ni. 3 in 1 baq hangggg. Jimat duit, jimat masa. 

Related image

Satu pek pes mee bandung Odeon ni dijual dengan harga RM 6.50 untuk hidangan 3-4 orang. Satu pek ni tahan selama 3 bulan so kalau nak order awal untuk buat event atau majlis makan-makan pun takde hal. Delivery akan dibuat selepas 3 hari pembayaran. 

Bukan setakat tempahan pes je, kalau ada pengusaha restoran/warung/gerai makan, food truck, ataupun yang buat food delivery service nak jadi rakan niaga pun boleh juga tau. Jangan risau dengan modal sebab boleh ambil pes ni dulu, bayar kemudian. Kalau rugi tak perlu bayar balik pun baki pes yang dah diambil untuk mula berniaga. Cun tak cun? On tak on? Kalau berminat, boleh klik DI SINI untuk pendaftaran sebagai rakan niaga ataupun untuk order pes Mee Bandung Odeon Rempah Warisan ni. 

Movie Review : Everything Everything

Friday 19 January 2018

Image result for everything everything poster

Director : Stella Meghie
Cast : Amandla Stenberg, Nick Robinson, Anika Noni Rose 
Genre : Drama/Romance
Running Time : 96 minutes
Trailer :


Dah lama tak layan movie teen romance macamni. Last movie, ermm Me Before You tapi mualnya ya tuhannn. Bollywood official remake, Guzaarish lagi best. Since Me Before You gagal untuk buat hati ni berbunga so perasaan tu terbawa-bawa kepada movie ni. Saja nak tengok sebab Nick handsome. Kalau movie genre romance, hero memang main peranan penting okay. Movie tak best pun takpe yang penting boleh tatap muka Nick. 

Tapi lepas tengok movie ni haihhh I'm in awe. Tak tahu kenapa movie ni underrated but this movie  is worth to watch! Since its a teen romance, so its light and heartwarming lah. Dia tak la cecah tahap wow power it just you know buat hati rasa bahagia tu I consider a pass dah tu. 


Mengisahkan tentang Maddy yang menghidap penyakit SCID tinggal bersama ibunya selepas kematian ayah & abang dan dijaga rapi oleh jururawat peribadi, Carla. Selama 17 tahun, Maddy tak pernah keluar dari rumah, berinteraksi dengan manusia lain pun cuma melalui skype ataupun social media. Maddy teringin sangat nak pergi ke dunia luar especially the ocean. One day, Olly dan keluarganya berpindah ke rumah sebelah Maddy. Since then Olly & Maddy berkawan baik lepastu jatuh cinta. Mampu atau tak Maddy capai impian dia untuk tengok keindahan laut dan dunia luar dengan bantuan Olly dan bercinta dengan manusia biasa walaupun ada penyakit SCID?

Kalau pernah tengok The Hunger Games mesti kenal Amanda ni sebab dia yang berlakon watak Rue tu. Dah besor dah dia. Lakonan dia cantik je sebagai manusia yang sunyi dan sakit. Muka Amanda yang innocent habis tu memang sesuai sangat untuk watak Maddy. Nak explore dunia luar tapi terperangkap di rumah sebab sakit. Happy bila jumpa watak baru dalam hidup. Bila dah dapat sinar kebahagiaan sikit mula lah berani nak minta lagi dan lagi. Manusia kot, mana pernah puas. Nak pulak kalau ada penyuntik semangat cinta yang handsome macam Olly.

Image result for everything everything review

Chemistry between Amanda and Nick is something worth to watch for. Even both are fresh but they deliver something good on screen and that's what get us hooked. Cuma ada certain part yang macam susah betul kita nak terima since we're adults but this is teen movie so layan je lah. 

Stella's touch in her direction is great with magnificient view especially in Hawaii ocean, its just breathtaking. Berbaloi lah risk life semata untuk pergi ke tempat cantik macam tu and hang out dengan hero handsome. It just totally worth it and this movie of course ada plot twist and I can say quite cliche lah. Macam dah boleh agak sebab kita memang nak macam tu pun huk aloh movie teen romance kalau ending buruk memang mintak kena bakar tau. 

Image result for everything everything review

All in all it just great as a teen romance movie. You notice the glitch but you just let it slip anyway because your heart yearns for it :)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10