Bahaya Daging & Telur Penyu
Friday, 29 September 2017
What a gloomy day, haihhhh. Baca news pagi tadi tentang penemuan tulang penyu di Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah. It's sad to see human treating nature like this.
![]() | ||
Sumber gambar : NST
Dari hasil siasatan pihak Jabatan Hidupan Liar, penyu ni dimakan oleh penduduk di kawasan yang berdekatan terutamanya kaum Bajau ataupun masyarakat Pala'u & tulang penyu yang ada ni semua dihanyutkan oleh ombak laut. Kalau diikutkan kefahaman masyarakat ni, makan daging penyu & telur penyu dapat tambah tenaga dalaman dan merawat pelbagai penyakit tapi hasil kajian dari Universiti Papua bagitau benda sebaliknya.
Sebenarnya bukan di Malaysia je yang ada masalah pengambilan daging penyu untuk merawat penyakit tapi di Indonesia pun sama. Di China, masyarakat sana minum darah penyu untuk merawat sakit asma. Pinggang dan hati dibuat sup. Minyak penyu untuk merawat sakit kulit. Di Amerika Latin daging penyu dihidang untuk majlis keramaian seperti majlis kahwin ataupun sambutan Hari Krismas. Apart from these countries, Vietnam, Madagascar, Filipina, Mesir, Papua New Guinea & banyak lagi.
|