Movie Review | Surga Yang Tak Dirindukan

Saturday, 10 July 2021

 

Pengarah :  Kuntz Agus

Penulis Skrip :  Asma Nadia

Pelakon :  Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Kemal Pahlevi, Tanta Ginting, Landung Simatupang, Sandrinna Michelle, Zaskia Adya Mecca. 

Syarikat Produksi : MD Pictures

Pengedar :  MD Pictures, Netflix

Genre :  Drama

Durasi Tayangan : 124 minit

Tarikh Tayangan : 15 Julai 2015

Trailer :


Antara franchise terkenal di bawah terbitan MD Pictures yang menerima banyak pencalonan untuk Best Film pada tahun 2015, Surga Yang Tak Dirindukan membawa konsep poligami ke layar perak. Bermula dengan kisah percintaan halal antara arkitek muda, Andhika Prasetya (Fedi Nuril) dan penulis novel, Citra Arini (Laudya Cynthia Bella). 

‘Manusia mempunyai kehendak tapi tidak ada kehendak manusia yang mampu mengalahkan kehendak Allah.’ – Arini

7 tahun selepas perkahwinan mereka berdua, Meirose (Raline Shah) datang dalam kehidupan Prasetya dalam keadaan yang membutuhkan pertolongan. Semasa dalam perjalanan ke tapak projek, Prasetya bantu Meirose dalam kemalangan jalan raya kemudiannya ingin membunuh diri gara-gara ditinggalkan oleh teman lelaki pada hari perkahwinan. 

Disebabkan kasihan pada anak Meirose yang diberikan nama Akbar Muhammad, Prasetya ambil keputusan untuk kahwin dengan perempuan asing tersebut. Dia berjanji untuk menjaga, melindungi dan bertanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang ayah. Tak ada siapa pun yang mampu terima berita poligami ni termasuklah Arini sendiri. Sedangkan berita poligami arwah ayah dia sendiri sukar untuk dia ikhlaskan hati, apatah lagi suami sendiri. 

Selain dari Arini dan Meirose yang memerlukan Prasetya, begitulah juga Nadia (Sandrinna Michelle) dan Akbar yang perlukan perhatian seorang ayah. Prasetya mula bingung dengan masalah keluarga sehinggakan hal kerja di pejabat mula terjejas. Nasib baik ada Amran (Kemal Pahlevi) dan Hartono (Tanta Ginting) yang sering membantu walaupun mereka berdua pun ada konflik peribadi. 

‘Surga yang digambarkan begitu indah, tapi maaf bukan surga itu yang aku rindukan.’ - Arini

Diadaptasikan dari novel laris Surga Yang Tak Dirindukan karya Asma Nadia, perkahwinan dan poligami digambarkan dari sudut pandang seseorang yang memerlukan bantuan. Mungkin sebab tu ramai yang boleh terima alur cerita movie ni tanpa rasa sakit hati yang melampau. Dekat situ agaknya kekuatan penulis novel terkenal di Indonesia ni. Sentuhan dia lembut. 

Tapi tak semestinya movie ni terlepas dari sebarang kelompongan bilamana penceritaannya lebih banyak berpaksikan kepada konflik yang menjengah secara tiba-tiba dan babak yang bersandarkan pada kebetulan. Macam babak Prasetya terpaksa memilih antara persembahan pentas Nadia ataupun Akbar yang sedang sakit. Boleh je kan kalau Meirose pergi ke rumah sakit tanpa Prasetya dengan teksi ataupun beca macam mana dia pergi ke rumah Arini. 

Babak Prasetya jerit minta tolong dalam hutan tu agak merepek lah sebab dia pun tahu tak ada orang dekat situ. Hilang saspen masa tu. Kalau pengarah buat konflik pada masa tu mungkin lebih menarik sebab trauma Prasetya lebih kuat dan keterdesakan Meirose lebih realistik. Ada kekuatan pulak tu nak terjun bangunan padahal baru lepas accident. Beza betul keadaan Prasetya di hospital dengan keadaan Meirose dengan subang di telinga dan makeup terletak elok di muka. 

Walaupun Fedi Nuril adalah pelakon utama tapi lakonan dia tenggelam oleh Bella dan Raline yang lebih menyerlah dan mewujudkan ketegangan dalam beberapa babak. Dua watak yang lebih cemerlang dalam menghidupkan screenplay dengan bahasa tubuh. Sementara Fedi lebih kepada termangu dan nampak canggung terutamanya dalam solo screen. 

Sinematografi dari Rahmat Syaiful memaparkan keindahan suasana kota Jogjakarta, Indonesia sama ada di kawasan bandar ataupun kawasan peranginan. Music album dari komposer Krisna Purna menghimpunkan beberapa lagu balada yang menceritakan kisah perkahwinan Prasetya, Arini dan Meirose. Tapi tak ada lagu yang famous rasanya dari movie ni. 

Kalau tak silap, gara-gara penangan movie Surga Yang Tak Dirindukan ni nama Bella jadi famous dekat Malaysia. Bukan sebab kerana kecantikan dan kekuatan lakonan dia tapi juga disebabkan imej pelakon berhijab yang dia bawa. Masa tu tak ramai lagi pelakon wanita bertudung dekat industri. Quotes tentang perkahwinan pun banyak dari watak Arini. 

'Kita berdua tahu. Tidak ada perempuan yang sepenuhnya ikhlas berbagi, yang ada kita sama-sama berkorban.' - Meirose

Overall, Surga Yang Tak Dirindukan sebagai naskhah yang bawa konsep berat dalam kehidupan dengan alur cerita yang ringan dan elemen drama yang kuat. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.6/10

Drama Review | Doom at Your Service

Friday, 9 July 2021


Director : Kwon Young-Il

Writer : Im Meari

Cast : Park Bo-young, Seo In-guk, Lee Soo-hyuk, Shin Do-hyun, Kang Tae-oh, Dawon SF9, Nam Da-reum, Jung Ji-so

Production Company : Studio&NEW, Studio Dragon

Distributor : tvN, Viu

Genre : Fiction / Romance

Running Episodes :  16 episodes (60 minutes per episode)

Release Date : 10 May 2021 – 29 June 2021

Trailer : 


Kisah bermula dengan babak Tak Dong-Kyung (Park Bo-Young) yang bekerja sebagai editor web novel di sebuah syarikat penulisan kecil dapat tahu dia akan meninggal selepas 3 bulan akibat ketumbuhan tumor yang semakin membesar di kawasan otak dia. Disebabkan sedih dan dalam keadaan mabuk, dia buat hajat untuk dunia ni hancur bila dia ternampak shooting stars malam tu.

Myul-Mang (Seo In-Guk), pengantara antara dewa dan manusia terdengar hajat dia malam tu dan melawat Dong-kyung di rumah. Dia buat kontrak selama 100 hari akan hilangkan rasa sakit Dong-kyung sepanjang tempoh tu dengan balasan dia akan tunaikan permintaan Dong-kyung. Kalau Dong-kyung langgar janji atau tarik diri, nyawa orang yang paling dia sayang akan diambil.

Dalam drama ni tak faham sangat Myul-Mang ni level malaikat ataupun cuma pengantara yang mempunyai kuasa untuk menghancurkan. Hidup dia tetap dikawal oleh dewa kelahiran, Sonyeoshin (Jung Ji-so). Myul-Mang sentiasa datang melawat dan masih lagi figure out apa dan kenapa dia diciptakan sebegitu. Dia tak makan, minum, menangis ataupun tidur. Dia tak punya perasaan dan mampu dengar semua fikiran manusia. 

Sebagaimana dia ditakdirkan untuk berjumpa dengan Tak Dong-Kyung, sebegitu juga lah dia ditakdirkan untuk jatuh cinta dan belajar untuk memahami hati manusia. Walaupun Sonyeoshin cuba pisahkan tapi takdir mereka berdua lebih kuat. Kalau diputar balik waktu pun Myul-Mang dengan Dong-Kyung tetap akan berjumpa dan jatuh cinta. 

Masa layan drama ni bukan nak tengok sangat jalan cerita pun sebab predictable dengan jalan cerita yang santai sebab genre romance. Punca utama nak tengok drama ni gara-gara Seo In-guk je. Lee Soo-hyuk sebagai manager Cha Joo-ik pun handsome jugak. Bukan setakat figure ala model, suara dia pun garau. Watak dia tak banyak bercakap sangat tapi bila bercakap fuhhhh melting leting! 

Drama Doom at Your Service terbitan Studio&NEW dan Studio Dragon ni adalah drama kedua I tengok selepas drama Crash Landing On You (2020). Keduanya genre yang sama dengan penceritaan yang lebih kurang sama. Dapat perhatian tinggi sebab main cast memang famous. Ada baca orang komen yang diorang kecewa episod hujung drama ni tak ada kiss scene lol for me that’s a blessing sebab tak perlukan scene macam tu untuk tarik audience. Ada tu ada tapi tak beria. 

Romantic scene pun tak try hard sebab karakter Dong-kyung dengan Myul-Mang ni jenis hati kering so most of the time diorang suka bergaduh. Tapi bila romantik tu memang romantik habis sebab penulis olah watak Myul-Mang sebagai bad boy dan cuma jadi baik terhadap someone special je. Bila dia buat something special tu memang awwww walaupun cuma tahap paling rendah macam senyum contohnya. Tsskkkk!

Supporting cast pun sama kuat juga dengan konflik dan drama percintaan diorang tapi macam tak logik lah sebab ketiga-tiga cast sanggup tunggu sampai 10 tahun baru nak kasi settle konflik cinta diorang. Nasib baik lah genre fiksyen, tak ada lah rasa macam merepek sangat Na Ji-na (Shin Do-hyun) berperang perasaan dengan Lee Hyun-kyu (Kang Tae-oh). Watak Tak Sun-kyung (Dawon SF9) dengan Park Young / Gwi Gong-ja "Young Prince" (Nam Da-reum) antara watak yang leraikan intense scenes dengan perangai comel dan kelakar. 

Penggunaan VFX dalam drama ni memang banyak sebab menggunakan konsep makhluk berkuasa dan semua babak tetap nampak cantik dengan sharp transition selain kagum dengan kekacakan In-guk. Banyak kali panorama cantik digunakan sebagai latar untuk menghidupkan suasana romantik dan hargai kehidupan sebelum ajal menjemput. 

Music album hasil karya Lim Ha-young menaikkan lagi suasana romantik dan keindahan persahabatan ataupun kekeluargaan. Lagu Breaking Dawn - Ailee, I Wanna Be With You - Gummy, U - Baekhyun EXO dengan lagu All of My Love - Davicihi are my favorite pick. Kebanyakannya genre balada dan melankolik, sesuai lah dengan senario yang dipaparkan dari awal sehingga ke hujung. 

 

Drama Doom at Your Service ni ada vibe macam drama Goblin (2012) sebab ada beberapa babak yang seakan sama lagipun konsep pun memang sama. So kalau suka drama Goblin tu for sure akan suka jugak lah dengan drama romantik Doom At Your Service ni. Sediakan tisu kalau anda sejenis hati rapuh.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 =8.6 /10

Movie Review | Fiza (2000)

Tuesday, 6 July 2021

Director : Khalid Mohammed

Writer : Khalid Mohammed, Javed Siddiqui

Cast : Karisma Kapoor, Hrithik Roshan, Jaya Bachchan, Manoj Bajpayee, Neha Bajpai, Bikram Saluja

Production Company : UTV Motion Pictures

Distributor : UTV Motion Pictures, Netflix

Genre : Crime / Drama

Running Time : 171 minutes

Release Date : 8 September 2000

Trailer :


Bertemakan terrorism, filem Fiza arahan Khalid Mohammed mengisahkan tentang usaha Fiza (Karisma Kapoor), mencari adik lelakinya, Amaan (Hrithik Roshan) yang hilang selepas riot tahun 1993. Selepas 6 tahun hidup dalam ketidakpastian dan kecewa setiap kali bertanyakan status pada pihak polis, Fiza ambil keputusan untuk pergi ke sempadan India-Pakistan. 

Fiza yakin Amaan ada di sana lepas Aniruddh (Bikram Saluja)terjumpa beberapa keping gambar yang mempunyai iras adiknya. Walaupun pendirian Fiza terhadap terrorist adalah kumpulan militan yang menyimpang dengan perjuangan jihad mereka tapi dia cuba untuk pujuk Amaan supaya hidup normal sebagai manusia biasa dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang abang dan anak lelaki kepada ibu mereka, Nishatbi (Jaya Bachchan).

‘Jihad is a war for truth. And the truth is that we belong to this land, and we always will. Nowhere in the holy text of Quran is written that you must shed blood. What kind of a Muslim are you to go against this?’ - Fiza

Ketua kumpulan pengganas, Murad Khan (Manoj Bajpayee) yang selamatkan Amaan dari dibunuh dengan kejam. Rekrut yang lain tak suka bila Amaan ambil keputusan untuk balik ke Bombay dengan Fiza dan bertindak untuk bunuh dia supaya rahsia kumpulan mereka selamat tapi Murad halang sebab dia terhutang budi dengan Amaan. 

Tapi sejauh mana hidup Amaan akan berubah kalau keadaan di Bombay masih sama seperti 6 tahun lepas bila Muslim dilayan dengan kasar oleh Hindu? Fiza juga sering diganggu tanpa henti dan beberapa provokasi terhadap mereka dilakukan supaya boleh cetuskan pergaduhan besar. 

Filem Fiza bukan setakat menceritakan konflik yang berlaku dalam hidup keluarga kecil ni tapi juga menceritakan realiti yang berlaku pada masyarakat di sana yang sebenarnya dipengaruhi oleh permainan politik kotor untuk kekal berkuasa. Sama juga dengan si licik yang pandai mencari peluang untuk manipulasi keadaan. 

Anu Malik dan A. R. Rahman bekerjasama sebagai komposer untuk filem Fiza dan sepertimana karya mereka sebelum ni, music album Fiza juga antara market puller di box office selepas 2,500,000 unit terjual. Kebanyakan lagu dalam music album Fiza ni best termasuklah item song Mehboob Mere yang menampilkan Sushmita Sen. Sampai sekarang syok layan lagu dia especially Aaja Mahiya dengan Aankh Milaoongi.

 

Sepatutnya movie ni terikat dengan konflik dan mesej berat yang disampaikan tapi disebabkan desakan daripada produser untuk komersialkan movie ni terpaksa lah ditambah beberapa babak macam cameo dari Johny Lever dan babak di mana Amaan workout untuk show off badan sasa dia selama 10 minit. Imagine beria workout untuk tembak orang dari jauh je tanpa perlu berlawan dengan sesiapa pun. Ikutkan suntingan asal, ada cameo juga dari SRK dan Amitabh Bachchan tapi disebabkan durasi dah terlampau panjang, pengarah terpaksa potong babak mereka berdua. 

Walaupun penceritaan Fiza agak goyah dan beberapa babak dramatis ataupun draggy tapi mesej utama yang disampaikan tetap berpijak pada dunia nyata bila pengarah tonjolkan kesan besar dan trauma yang dialami selepas tragedi hitam yang berlaku di negara tersebut. Tak kira lah dari agama mana sekalipun, kedua-duanya mengalami kesan yang sama seperti watak Mr. Sawant. 

Lakonan Karisma Kapoor sebagai watak Fiza dengan karakter yang berani dan lantang digambarkan dengan tepat. Kalau dia bertegas dengan pendirian, dia juga boleh berubah menjadi lembut bila keadaan memerlukan dia bertindak sedemikian. Walaupun Hrithik sebenarnya lebih tua dari dia tapi tak nampak canggung langsung untuk dia lakonkan watak kakak. Lakonan Karisma diberikan pengiktirafan Pelakon Wanita Terbaik dari beberapa award events termasuklah Filmfare dan IIFA. 

Kalau movie ni ikut template thriller film sekarang mungkin lebih menarik untuk ditonton. Contoh paling tepat, movie New York (2011) arahan Kabir Khan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8/10