Weverse Apps | Berkomunikasi Dengan Artis Kesayangan Secara Digital

Sunday, 4 July 2021

Bulan lepas iKON buat pengumuman yang diorang akan join Weverse Apps pada 21 Jun 2021 maka ramai lah yang buat hebahan tentang tutorial untuk menggunakan apps yang dicipta oleh syarikat Hybe Corporation pada 10 Jun 2019. Syarikat Hybe Corporation adalah talent agency kepada idol group BTS. 


Sebelum iKON, beberapa idol group dah guna platform Weverse untuk berkomunikasi dengan peminat secara digital. Antaranya BTS, Red Velvet, Treasure, Jump B, FT Island, Dreamcatcher, Weekly, SEVENTEEN, Enhypen, TXT dan banyak lagi. Setakat ni Weverse masih lagi percuma untuk sesiapa sahaja guna. Nak sign up pun senang sangat macam platform media sosial yang lain. Yang susahnya bila nak upload profile picture sebab terhad untuk gambar bersaiz 144x144. Terpaksa lah rajinkan diri pergi resize dulu gambar lepastu upload. Renyah!

So this is my dashboard and I join komuniti iKON. Tak semestinya you guys sign up Weverse untuk satu idol group je. Kalau pergi dekat homepage Weverse, ada pilihan untuk join mana-mana komuniti. Banyak kali je ARMY datang post pasal BTS padahal diorang ada komuniti sendiri. 


Kalau tengok di sebelah kiri apps tu ada Feed, Artist dan Media. Feed adalah ruang untuk fans post apa sahaja sama ada text, gambar, gif ataupun video. Ikut kreativiti masing-masing lah. Dekat bahagian post tu ada pilihan untuk Hide From Artist. Selalunya post yang HFA ni nak berkenalan sesama fans ataupun buat hebahan tanpa pengetahuan artis. 


Di bahagian Artist pula, semua post yang artis post di Weverse  sama ada text, gambar, gif ataupun video. Macam semalam JuNe update gambar dia makan dekat Namsan sebab dia pergi area Namsan Tower. Yunhyeong pula update gambar dia dekat gym. Chanwoo update dia akan buat Vlive dengan DK. Kalau perasan dekat gambar atas tu ada Moments. Feature tu khas untuk artis update kepada fans lah. Bila keluar dekat feed, rasa special sikit lah sebab tertulis 'To : Farhana' padahal semua orang dapat benda yang sama haha


Di bahagian Media pula ada himpunan video yang dimuat naik oleh iKON untuk tatapan fans cuma yang tak bestnya tak ada english subs. Jadi isu jugak lah haritu bila iKON upload video Behind The Kingdom : Dance Practice untuk performance At Ease. Dah la lambat dari schedule asal lepastu upload dekat Weverse apps tanpa english subtitle. Non-Korean fans nganga je lah tak faham mende. 


Notification di Weverse ni melemaskan sikit sebab dia masukkan semua notification dari artis dan notification untuk post kita. Padahal tak perlu pun masukkan artist punya bila kita boleh tengok dekat Artist tab je. Membara je tengok notification DK reply sekian sekian comment padahal post kita sendu je. 


Kelemahan Weverse ni bila translation apps dia merepek sangat macam gambar dekat atas ni. Kalau yang pendek je okay lah tapi kalau karangan panjang macam DK post sebelum ni kemain teruk benar dia melalut. Apps Weverse ni best untuk Korean fans je lah sebab diorang faham iKON sembang apa. Tak tahu lah kalau iKON aim nak tarik lebih ramai Korean fans lepas kes YG Entertainment peram diorang dekat China dengan Jepun lepas debut. 

Habistu non-Korean fans macam mana? Don't we deserve equal treatment since we also contribute in views and sales? Kalau ikutkan YG Entertainment ada kontrak dengan Weverse supaya Treasure dengan iKON guna apps ni berbanding social media platform yang lain. Bulan lepas excited lah join Weverse ni tapi makin lama makin menyampah sebab timeline tak bergerak macam Twitter. Setiap kali masuk Weverse, kena refresh untuk tengok apa latest post sama ada di Feed ataupun Artist. Notification dia pun tak appear dekat phone so memang besar sangat kemungkinan untuk terlepas apa-apa update dari artis. 



Walaupun iKON promote Weverse untuk medium yang boleh mengeratkan lagi hubungan dengan iKONics tapi diorang pun jarang guna. Yunhyeong je la yang rajin update setiap hari dan balas beberapa komen fans. Chanwoo akan update ikut mood dia ataupun komen cari gaduh dengan member lain. Jay update kalau ada selca baru sebab dia tak pandai guna Weverse. DK akan muncul tiba-tiba dan balas komen fans selama 10 minit tapi bukan setiap hari lah. JuNe akan muncul untuk upload selca beberapa keping lepastu hilang. Bobby muncul untuk tanya pendapat fans je lepastu hilang. 

Tunggu lah beberapa bulan lagi kalau dah menyampah memang uninstall je apps ni sebab bosan haha

Movie Review | No One Killed Jessica

Saturday, 3 July 2021

Director : Raj Kumar Gupta

Writer : Raj Kumar Gupta

Cast : Vidya Balan, Rani Mukerji, Rajesh Sharma, Mohammed Zeeshan Ayyub, Myra Karn

Production Company : UTV Spotboy

Distributor : UTV Spotboy, Reliance Entertainment, Netflix

Genre : Crime / Thriller

Running Time : 136 minutes

Release Date : 7 January 2011

Trailer :


Diadaptasikan dari kes jenayah pembunuhan Jessica Lal pada tahun 1999 bila Jessica (Myra Karn) ditembak di bahagian kepala setelah beberapa kali memaklumkan stok arak sudah habis dan bar dah pun ditutup pada jam 12.30 malam. Perjalanan kes yang diceritakan dalam movie crime thriller terbitan UTV Spotboy sama seperti kejadian sebenar. 

One of the reason movie No One Killed Jessica, naskhah kedua Raj Kumar Gupta ni tersenarai dalam my fav movie. Glad I can rewatch it on Netflix walaupun dah 10 tahun tapi impak dan perasaan tu masih sama. That’s a good thing kan tapi dalam masa yang sama rasa sedih jugak sebab keadaan negara masih di takuk yang sama. Jangankan India tapi di mana-mana negara pun korupsi dan kebobrokan tak akan pernah hilang. Sama ada rakyat putus asa atau bangkit melawan, itu saja perbezaannya. 

Dekat first half, movie bergerak dengan penceritaan bagaimana Sabrina Lal (Vidya Balan) dan keluarga turun naik mahkamah dan berjumpa dengan saksi berkaitan dengan kes Jessica. Macam mana mereka dikecewakan berkali-kali hanya kerana suspek Manish P. Bharadwaj (Mohammed Zeeshan Ayyub) anak kepada menteri di Haryana. Ramai saksi dibeli dengan mudah termasuklah kawan baik Jessica sendiri, Vikram Jai Singh (Neil Bhoopalam) yang memilih untuk berdiam dan ubah statement di kamar mahkamah. 

Awalnya watak journalist Meera Gaity (Rani Mukerji) tak nak ambik port dengan kes Jessica Lal ni sebab open and shut case sampai lah dia nampak keputusan mahkamah di mana menyatakan tiada siapa yang membunuh Jessica. Merepek kan?! Sebab tu dia ambil keputusan untuk guna platform dan suara dia menegakkan keadilan yang dinafikan. Walaupun agak dramatis dan too good to be true tapi elemen fiksyen sebegini yang kita perlukan bila sakit hati dengan keputusan dunia yang nyata. Keistimewaan yang ada pada layar perak ataupun media cetak. 

Watak Meera mungkin diambil dan dipaparkan berdasarkan Barkha Dutt, salah seorang journalist wanita di India yang pandai mencari peluang dan berani dalam bidang dia. Rani pun berjaya deliver watak dia tanpa terlihat melebih-lebih dengan dialog yang kedengaran feminis dan lantang. Babak dia bersama Vidya antara highlight dalam movi No One Killed Jessica bila dua pelakon berbakat besar bersemuka dalam satu skrin. Tak hairan lah Rani menang banyak anugerah untuk kategori  Best Supporting Actress. Walaupun muncul sekejap tapi impak kehadiran dia meninggalkan kesan mendalam. 

Selain watak-watak utama, watak sampingan seperti Inspektor N. K. (Rajesh Sharma) pun diolah secara realistik sebagai penjawat awam yang jujur dan berdedikasi dengan amanah sebagai pegawai polis tapi disebabkan kuasa politik dan wang, dia terpaksa akur dengan keputusan pihak atasan. Tangan dia terikat. 

Music score dari komposer Amit Trivedi berlingkar pada penceritaan dan perasaan beberapa watak lantas menambahkan emosi. Not sure kalau pengarah Raj Kumar Gupta bagi tribute kepada movie Rang De Basanti ataupun dia nak mesej yang sama diketengahkan dalam kalangan penonton. Though I don’t really like that movie tapi feels pada scene tu sama kuatnya dengan babak yang dipaparkan dalam movie No One Killed Jessica. 

Sama juga dengan kekuatan mesejnya bila menimbulkan provokasi dan pertanyaan sama ada kita sebagai manusia biasa berada di pihak yang mana bila pilihan datang kepada kita. Sama ada untuk berdiam diri dan tak ambil peduli ataupun turut serta menentang dalam pelbagai cara yang termampu. Kalau ikutkan kes sebenar dan latar masa yang ditonjolkan dalam movie ni pun ambil masa yang lama untuk tegakkan kebenaran. Bukan setakat melemahkan fizikal tapi mental juga. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Haseen Dillruba (2021)

Director : Vinil Mathew

Writer : Kanika Dhillon

Cast : Taapsee Pannu, Vikrant Massey, Harshvardhan Rane, Aditya Srivastava

Production Company : Colour Yellow Productions, T-Series, Eros International

Distributor : Netflix

Genre : Mystery / Thriller / Romance

Running Time : 136 minutes

Release Date : 2 July 2021

Trailer :


‘You don’t listen your mind and I don’t listen to my heart. No one listens to each other in this city.’ – Wrath of Kasaulli

Produser Anand L. Rai sekali lagi tampil membawa naskhah yang bertemakan perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga selepas kejayaan franchise Tanu Weds Manu (2011). Si suami yang menurut kata dan baik hati berkahwin dengan si isteri moden. Bezanya kehidupan perkahwinan Rishu (Vikrant Massey) dan Rani (Taapsee Pannu) bertukar kelam selepas kehadiran Neel (Harshvardhan Rane). 

Kerana malu dikutuk oleh si isteri tentang kisah ranjang, Rishu ambil keputusan untuk menjauhkan diri. Pada masa tu Neel datang menghiburkan hati Rani yang kesunyian dan tertawan dengan lelaki berbadan sasa. I made it sound like novel is it? Haha penceritaan movie ni pun banyak kali mention tentang novel thriller Dinesh Pandit. 

Pembunuhan terancang yang dipaparkan dalam movie ni pun diambil dari plot penceritaan novel Wrath of Kasaulli karya Dinesh Pandit. Masa tengok first poster dan trailer pun dah excited nak tengok movie ni sebab genre thriller dan fresh pairing. Tapi disebabkan covid-19, movie ni ditunda agak lama sampailah produser ambil keputusan untuk tayang dekat Netflix. 

Tak nak sembang pasal sinopsis sebab macam mana you guys tengok dalam trailer, macam tu lah lebih kurang cerita penuh dia. Lepas sekian lama Bollywood menyepi tanpa movie yang best, kali ni puas hati dapat layan movie komersial walaupun ada beberapa kelompongan pada jalan cerita. Kalau skrip yang ditulis oleh Kanika Dhillon ni dah boleh agak cerita dia menarik pada first half then mula lemau dekat second half. Nasib baik movie Kedarnath (2018) tu Sushant improvised supaya watak dia dikembangkan dengan baik dan realistik. 

Contohnya watak Inspektor Kishore Rawat (Aditya Srivastava) yang nampak menggerunkan dan bijak pada first half tapi gagal dan cuma bergantung pada cerita Rani selama 2 bulan siasat kes pembunuhan ni. Kelakar bila dia nak marah dengan Rani gara-gara cctv dengan kualiti rendah menunjukkan imej Neel terjun ke sungai di belakang rumah. 

Kalau jadi ketua dia pun sakit hati dengan progress kes tu sebab tak ada improvement langsung walhal satu balai habiskan masa dengar cerita Rani. Data dari forensik atau post-mortem tak dibincangkan langsung sebaliknya Inspektor Kishore guna kekerasan untuk buat Rani mengaku dan bergantung pada mesin pengesan penipuan. Pelik tak ada orang kisah dengan watak Neel padahal dia pun ada di tempat kejadian.

Jaya Krishna Gummadi menggunakan kelebihan kawasan kejiranan yang terletak bersebelahan Sungai Gangga. Cantik bila ada babak yang berlatarkan sungai dan awan kebiruan. Sama juga dengan music score dari komposer Amit Trivedi yang mengumpulkan lagu-lagu romantik seperti Phisal Jaa Tu bila melodi dan lirik membantu penceritaan dan menambahkan impak juga mood pada beberapa babak. 

Antara kekuatan movie Haseen Dillruba adalah pada lakonan Vikrant Massey bila dia bertukar jadi ganas dan hati kering lepas dia tahu Rani curang dengan Neel. Macam mana dia berperang dengan hati dan akal dia lepas dapat tahu berita tu. Boleh nampak perubahan emosi bila dia cintakan Rani dan rasa bahagia tapi berubah bila teringatkan kisah curang tu. Dia abused Rani untuk puaskan hati dia yang sakit tapi tak nak isteri dia mati jugak. I don’t support these actions, neither Rani nor Rishu. It is very a crazy wild ride journey in a relationship. I cuma amazed dengan performance Vikrant Massey dan impak yang dia tonjolkan dalam babak-babak tersebut. 

Terhibur juga dengan babak komedi yang dipaparkan dalam first half movie Haseen Dillruba especially bila Rani cuba goda Rishu supaya dia tak dikawal sampai jadi isteri tipikal di kawasan kejiranan tu. Movie ni predictable dari awal sampai habis tapi not bad lah nak layan sebab kekuatan lakonan dan faktor lain. Tak lah best gila tapi tak lah teruk gila. Just nice for a lazy weekend. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6.2/10