Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris

Wednesday, 23 June 2021

 


Cantik betul banner giveaway Kak Syu ni. Geram je tengok dengan bling bling dia hehe


Ada 10 peribahasa dalam gambar ni. Salah satunya ialah cendawan yang tumbuh selepas hujan. Yang nak join boleh klik banner dekat atas ye. Tarikh GA dari 23 Jun 2021 sampai 14 Julai 2021. 

Kak Nora Dan Kamera

Tuesday, 22 June 2021

'Haihhhh stress lah'

Dari jauh dah boleh dengar Kak Nora mengeluh berat macam tu. Memandangkan sekarang ni syif petang so tak ramai yang layan, I tanya kenapa.  

'Sedih la sebab PKP ni tak boleh berkawan dengan manusia. Asyik berkawan dengan kamera je' 

'Aikkk? Housemate kak Nora mana? 

'Tu housemate.'

'Ni Izani bukan manusia ke?'

Pelik-pelik je Kak Nora punya masalah ni. Kalau pun dia asyik berkawan dengan kamera, habis yang ambil gambar dia sampai 50 keping ni apa? 


Manusia halimunan agaknya. 

Siapa nampak Izani, sila komen dekat bawah....

Kbai

 'Kenapa warisan dan artisan?'

'Sebab kreativiti dia gabungkan rasa tu la kot jadi benda berseni'


Korang rasa kenapa tagline dia macam tu? Kopi ni Ms Fisah beli online sebab tengah viral sekarang so kitorang kongsi-kongsi minum je lah dari satu botol ni sebab pekat bancuhan dia. Tengok warna pun boleh tahu dah. Yang Ms Fisah beli ni Iced Vanilla Latte. Lewlz iced lah sangat padahal kitorang letak dalam peti ais bagi sejuk dulu. 


Vanilla Latte ni bak kata En. Fendy rasa dia macam aiskrim vanilla cair masuk dalam latte ni sebab terasa berlemak betul vanilla dia. Dia macam creamy dan foamy. Since I tak suka vanilla so this one is a bit nahhhhh for me. Dia sedap sebab pekat dan tak manis sangat tapi rasa vanilla tu potong mood betul. Kalau yang suka vanilla maybe suka flavor ni. In case ada yang nak try, boleh check dekat sini