Giveaway Happy 1st Anniversary Wardrobe Migha

Saturday, 5 August 2017



3 orang yang bakal ditag ialah :

- Zafirah
- Sis Maizan
- Sis Ana Suhana



Kulit Sensitif

Friday, 4 August 2017

Pagi ni bangun dengan harapan tangan makin elok rupanya makin teruk. Ni la padah bila guna sabun pencuci murah sebab kulit sensitif. Haritu guna sabun pencuci Giant. Beria tau basuh periuk pinggan mangkuk semua sudahnya hambekkkk


Tapi yang ni okay lah tak teruk sangat setakat menggelupas je. Esok lusa insya-Allah okay la kot. Sapu losyen je banyak-banyak. Kalau tak okay jugak pergi klinik lah cerita dia. Hewhewhew


Dulu masa sekolah menengah dah merasa tangan berkudis. Actually bukan kudis, Tangan naik ruam, air bisa sebab alahan dengan air kotor. Masa tu baru je pindah tinggal di Sabah. Bukan tangan je actually, satu badan sebenarnya tapi paling teruk dekat tangan. Entah kenapa. 

Pergi jumpa doktor pun dia bagi ubat gatal je tu pun tak berkesan. Lama jugak lah terseksa. Dari ruam merah sikit-sikit melarat berbulan sampai tangan luka. Celah ibu jari tu luka sampai nampak isi putih. Pedih tak payah cakap lah. Memang hari-hari menangis sebab tak tahan gatal. Makan memang berpantang tapi duduk asrama, kau nak demand banyak sangat pun tak boleh lah. 

Masa tu malu betul nak sembang dengan orang. Lepas solat memang tak kutip pahala salam dengan orang sebab tangan buruk. 

Masa tu dah hujung tahun, sebab dah tak tahan gatal sampai luka bagai, mintak dengan pengetua nak cuti awal. Tapi pengetua tak bagi sebab tak fair lah dengan students lain. Masa tu berteman sebab minta lepas perhimpunan. Sudahnya junior jerit, 'ustazah, tengok tangan dia!'

Lepas pengetua tengok terus dia bagi balik. Habis sekolah terus pack barang balik rumah. 



Actually, it wasn't me only, satu family sebenarnya kena. Sebab air tangki dekat rumah tu dah setahun tak guna. So memang kotor lah. Tapi anak-anak je yang teruk. My parents both of them chill lagi. Naik sikit-sikit je. 

Masa tu, dekat rumah ada periuk besar kawah tu mak guna dapur kayu api rendam baju dalam air panas tu nak matikan kuman. Baju memang tak guna banyak sebab memasing tak larat basuh baju. Kitorang pun tak aktif sangat sebab taknak berpeluh. Yang penting memang kurangkan aktiviti melibatkan air. Nyahtinja pun kurang. Hewhewhew

Sampai lah satu hari tu, jiran datang ternampak tangan memasing dah macam zombi, so dia suruh try ubat krim hospital KL. Hilang gatal tu. Maka, gigih la ayah order ubat krim hospital dari KL. Alhamdulillah seminggu je pakai lepastu dah sembuh sepenuhnya. 

Dia punya bahagia tu tak payah cakap lah. 


Lepas dari kes tu dah tak pernah dah kena alahan macam tu. Kalau nampak air kotor memang tak mandi. Biar busuk dari sakit. Tak sanggup dah tanggung sakit macam dulu. Mana yang pernah kena tu faham la macam mana seksa nak menanggung. :(

Dari dulu sampai sekarang guna produk yang mahal sikit compared to others tapi biarlah mahal asalkan tak sakit. Sebab tu jarang beli product local sebab tahu kualiti diorang macam mana. Bukan nak berlagak tapi nak berjaga-jaga je. Taknak pisang berbuah dua kali. 

Tutorial : Jumlah Pengunjung Di Blog

Thursday, 3 August 2017

Well, this is my first time doing this. Sebenarnya ikut je tutorial yang ada tapi pautan link yang ada dah tak boleh nak bukak dah. Tengah google jumpa yang laman web baru. Yang bestnya tak payah sign up ke apa. Boleh terus ambil.

But before that, tahu kan nak buat apa? Nak buat tutorial untuk orang yang menapak di blog kita. Macam yang ni


ataupun yang ni.
Baru install so baru satu hewhewhew
Ada banyak sebenarnya dekat Supercounters ni. Pilih je yang mana korang suka.


Tapi dalam tutorial ni, nak ajar install widget online user tu. 

1. Click je Online Counter tu lepastu pilih nak image ataupun text sahaja. 

2. Lepas dah pilih yang mana satu, pilih warna mana yang hati tu hendak.

3. Kemudian letak ayat yang hati tu hendak. 

4. Dekat bahagian bawah tu akan keluar contoh citarasa yang dipilih. Bila dah puas hati, tekan submit. Lepas tekan, dia akan keluar link macam ni. 

5. Copy link tu [ctrl+C]

6. Pergi dekat template blog, tekan Add Gadget, cari HTML kemudian pastekan [ctrl+P] dalam ruang kosong tu. Dah siap kan? Mudah & pantas. 

Untuk jenis counter yang lain pun sama. Pilih je ikut citarasa, edit kemudian tekan submit. Copy paste letak dalam box HTML & you're done. As easy as 1,2,3 :)

Itu untuk yang nak letak dekat body ataupun footer. Kalau nak letak dekat bahagian atas blog macam dalam gambar tu, copy link ni masukkan dalam box HTML yang ada link Supercounters tadi

<div style="position: fixed; top: 3px; left:3px;"><div style="margin-left: .1em; margin-right: .1em" class="linkopacity" href="#" rel="nofollow" target="_blank" imageanchor="1"><span style="background-url:http://i1218.photobucket.com/albums/dd417/cheesweet/stripes.gif; color: #000000; padding: 3px 4px; border-bottom: 0px #FFFFFF dotted;">KOD JUMLAH PENGUNJUNG</span></div></div>

Untuk KOD JUMLAH PENGUNJUNG tu, copy link Supercounters tu dekat situ. Dah settle. 

Ada lagi satu cara untuk buat dia terapung di atas sana

1. Buka bahagian Template

2. Search [ctrl+F] 

<head>

3.  Kemudian paste link di atas tu di bahagian atas <head>.

Okay siap! Senang kan dua-dua tutorial ni? Tadi buat tak sampai 5 minit pun. Try la makeup blog tu :)