FILEM ASTRO SHAW, MALAM TERLARANG RAIH KUTIPAN PEMBUKAAN RM3 JUTA

Monday, 3 November 2025

FILEM ASTRO SHAW, MALAM TERLARANG RAIH KUTIPAN PEMBUKAAN RM3 JUTA  | Terima Pujian Atas Visual Memukau, Lakonan Mantap, Jalan Cerita Mistik Nusantara

3 November 2025, Kuala Lumpur – Filem seram terbaharu terbitan Astro Shaw, Malam Terlarang, mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan pembukaan RM3 juta.

Kejayaan ini membuktikan sambutan penonton positif terhadap naskhah seram tempatan yang menampilkan gandingan pertama kali Zul Ariffin dan Sofia Jane, di bawah arahan pengarah baharu, Labu, serta hasil pencipta dan penerbit kreatif yang diketuai oleh Hazo Mahayuddin. 

Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif Malam Terlarang merangkap Ketua Astro Shaw, “Kami amat berterima kasih atas sokongan luar biasa daripada penonton yang memilih untuk menonton Malam Terlarang di pawagam. Kejayaan ini menjadi bukti bahawa karya tempatan yang dihasilkan dengan kualiti tinggi dan jalan cerita yang dekat dengan jiwa penonton masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Kami ingin mengajak mereka yang belum menonton untuk merasai sendiri pengalaman sinematik Malam Terlarang di pawagam, sebuah pengalaman yang pastinya lebih mengujakan dan berbeza apabila dinikmati di layar besar.”

Malam Terlarang bukan sekadar menampilkan elemen seram dan mistik Nusantara, tetapi turut mengangkat kisah kekeluargaan yang penuh emosi. Visual yang memukau serta lakonan mantap barisan pelakon turut menjadi antara faktor kejayaan Malam Terlarang.

Antara komen penonton yang telah menyaksikan sendiri sendiri fenomena seram tempatana yang menjadi bualan ramai di pawagam seluruh negara ini,

  • Cubaan yang menarik daripada Team Malam Terlarang. Dah tonton and aku agak terkesima dengan pembikinannya. MESTI TONTON ! - @Don_Aziz
  • Korang kena tengok Malam Terlarang. Much better thn Conjuring... aku rate 8.7/10 - @ItsAryya
  • Satu perkara yang saya puji tentang Malam Terlarang ialah bagaimana filem ini menampilkan sesuatu yang sangat jarang dilihat dalam industri filem Malaysia — iaitu penggambaran autentik kepercayaan dan ritual Nusantara. Ironiknya, aspek warisan ini jarang sekali diketengahkan, sedangkan ia begitu sebati dengan budaya kita. - @ConsoleWonders
  • Ok, cerita Malam Terlarang best.! 10/10 sebab jumpscare tak meleret, Jalan cerita padu, dan berdasarkan amalan pujaan lama yg pernah diharamkan. - @HilmiHimself

Malam Terlarang menyampaikan mesej tentang ‘Bila Bertuhankan Nafsu’, di mana ada yang sanggup melakukan apa sahaja demi kemahuan duniawi. Berlatarkan tahun 1980an, filem ini memberi fokus kepada sebuah keluarga yang menyimpan banyak rahsia merentas generasi. 

Mawar, seorang gadis berusia 18 tahun membesar di sebuah bandar kecil bernama Kampung Pasir Larung. Cita-citanya sebagai wartawan tertangguh kerana terpaksa menjaga ibunya, Sarimah, apatah lagi bapanya, Omar sibuk dengan kerjaya politik. Namun, pemergian mengejut kakaknya, Safar mengubah keadaan. Mawar diganggu pengalaman mistik dan kejadian paranormal yang mengerikan, membuatkan dia nekad mencari punca misteri kematian Safar. 

Filem ini bintangi oleh Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Amir Nafis, Haneesya Hanee, Aila Azizul dan Sadiq M. Jamil.  Temui barisan pelakon yang akan membuat penampilan istimewa di pawagam-pawagam terpilih. Ikuti akaun Astro Shaw dan Astro Gempak untuk maklumat lanjut.

Kuala Lumpur, 3 November 2025 – Dua dekad selepas Ada Apa Dengan Cinta? mencipta fenomena dan menjadi lambang cinta remaja era 2000-an, kisah ikonik itu kini bernafas kembali dalam wajah baharu menerusi Rangga & Cinta, arahan pengarah tersohor Riri Riza. Menggabungkan sastera, irama dan nostalgia cinta dengan sentuhan segar Generasi Z, filem ini bakal menemui penonton Malaysia di pawagam mulai 6 November 2025.

Diterbitkan oleh Miles Films dengan penerbit berpengaruh Mira Lesmana selaku peneraju bersama Nicholas Saputra dan Toto Prasetyanto, Rangga & Cinta turut mendapat sokongan Primeworks Studios sebagai pengedar dan rakan pemasaran rasmi di Malaysia. Filem ini menampilkan barisan pelakon muda berbakat termasuk Leya Princy, El Putra Sarira, Jasmine Nadya, Kyandra Sembel, Katyana Mawira, Daniella Tumiwa, Rafi Sudirman dan Rafly Altama.

Apabila sastera mempertemukan dua jiwa berbeza!

Kehidupan Cinta (Leya Princy), pelajar 17 tahun yang popular, berbakat seni dan disayangi ramai, kelihatan sempurna dikelilingi geng sahabatnya Alya, Maura, Milly dan Karmen yang juga mengurus kelab majalah sekolah. Namun dunianya mula berubah ketika Rangga (El Putra Sarira), pelajar misteri yang mengekspresikan diri melalui karya sastera, muncul dan menewaskan Cinta dalam pertandingan puisi tahunan sekolah.

Berusaha menerima kekalahan dengan tenang, Cinta merancang untuk menemu bual Rangga bagi majalah sekolah. Namun pertemuan pertama mereka tidak seperti yang diharapkan kerana Rangga bersikap dingin dan sedikit angkuh. 

Hari demi hari, ketegangan itu perlahan-lahan menjalin ikatan halus melalui kata-kata sastera. Di sebalik perasaan yang mula mekar, Cinta pula diuji antara mengekalkan kesetiaan kepada sahabatnya atau mengikut bisikan hatinya sendiri.

“Bagi saya, Rangga & Cinta mungkin kisah cinta remaja, tetapi ia tetap mencerminkan realiti sosial semasa. Cerita ini membangkitkan emosi yang kuat, cukup peribadi dan sangat relevan bagi penonton masa kini. Ia menggambarkan perjalanan remaja yang tumbuh di persimpangan antara cinta, identiti dan impian,” ujar Riri Riza, pengarah filem ini.

Tambahnya lagi, pengalaman mengarahkan filem ini merupakan antara yang paling emosional dalam kariernya. “Ratusan kru dan pelakon telah memberikan dedikasi luar biasa bagi menjayakan filem ini. Setiap perincian, dari jalan cerita, visual hingga muzik, lahir daripada kerjasama yang tulus. Kami berharap penonton dapat merasakan kehangatan dan semangat itu di layar lebar.”

Menariknya, Rangga & Cinta bukan sekadar adaptasi, tetapi sebuah interpretasi baharu muzikal yang mengharmonikan sastera, lagu dan koreografi sebagai bahasa utama penceritaan. Filem ini menampilkan semula lagu-lagu hit Melly Goeslaw & Anto Hoed seperti Suara Hati Seorang Kekasih, Kubahagia dan Bimbang, sambil memperkenalkan tiga lagu baharu, termasuk lagu tema Rangga Cinta nyanyian Eva Celia dan Bilal Indrajaya, yang menjadi simbol penyatuan antara kenangan lama dan baharu.

Melalui rakan kerjasama publisiti, Samsung berganding bahu dengan filem Rangga & Cinta menerusi Galaxy S25 FE, meraikan semangat generasi baharu yang kreatif dan ekspresif. Kerjasama ini turut disertai siri kandungan sosial berkonsepkan “meme-fication” yang menghubungkan adegan filem dengan kehebatan AI pintar dan kamera profesional Galaxy S25 FE, menjadikan kisah cinta dan persahabatan ini lebih dekat dengan dunia digital hari ini.

Rangga & Cinta menjanjikan pengalaman menonton yang penuh rasa, mengajak penonton menyelami getirnya cinta pertama, manisnya persahabatan dan nostalgia yang kekal hidup dalam ingatan.


Bila dua jiwa bertemu, cinta menemukan nadanya..
Kerana setiap generasi punya Rangga & Cinta mereka sendiri.

Bersedia untuk menghayati semula dialog legenda dan menyelami baris-baris puisi yang diungkapkan Rangga buat Cinta secara langsung di pawagam, bermula 6 November 2025! Kongsikan juga pengalaman serta detik tontonan anda di semua platform media sosial dengan tanda pagar rasmi #RanggaCintaDiMalaysia, agar seluruh Malaysia turut merasai magis kisah cinta ini.

Untuk perkembangan dan kandungan eksklusif filem ini, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.

***********************

Mengenai Primeworks Studios 

Primeworks Studios - Peneraju Legasi Landskap Hiburan Di Mata Dunia

Primeworks Studios merupakan sebuah syarikat terkemuka di Asia Tenggara yang memiliki asas kukuh dalam pembangunan kandungan, pengeluaran filem, pengedaran filem, jualan kandungan, dan animasi. Selama lebih dari tiga dekad, Primeworks Studios telah menjadi peneraju yang memainkan peranan penting dalam membentuk landskap hiburan di Malaysia. Dengan menerapkan nilai dan teras yang utuh, Primeworks Studios terus unggul dalam  menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti buat penonton di seluruh dunia disamping  mengekalkan legasi hiburan untuk menghiburkan penonton sejajar dengan keadaan masa kini dan masa akan datang.

Mengenai Miles Films

Founded in 1995, Miles Films is an award-winning Indonesian production company known for its high-quality coming-of-age films with strong musical elements. Its first two highly successful feature films, Petualangan Sherina (2000) and Ada Apa Dengan Cinta? (2002) prompted the birth of a new generation of moviegoers that embraces Indonesian cinema. 

In more than two decades, Miles has produced a wide variety of films, from box-office hits to art house feature films, documentaries, shorts, as well as TV and web series. Miles has worked not only with local production companies, but also international companies— such as CJ Entertainment and SK Global, and more recently with Barunson E&A and Primeworks Studios. Since its establishment, Miles has also been a place where young filmmakers learn filmmaking. Many well-known Indonesian filmmakers today have worked with Miles Films in their early years working in the film industry. 

Mengenai Samsung Electronics Co., Ltd.

Samsung inspires the world and shapes the future with transformative ideas and technologies. The company is redefining the worlds of TVs, digital signage, smartphones, wearables, tablets, home appliances and network systems, as well as memory, system LSI and foundry. Samsung is also advancing medical imaging technologies, HVAC solutions and robotics, while creating innovative automotive and audio products through Harman. With its SmartThings ecosystem, open collaboration with partners, and integration of AI across its portfolio, Samsung delivers a seamless and intelligent connected experience. For the latest news, please visit the Samsung Newsroom at news.samsung.com

JOM MAI RAMAI-RAMAI! | KARNIVAL JOM HEBOH 2025 GEGAR PENANG DENGAN WARNA, MUZIK & KERIANGAN TANPA HENTI!

Kuala Lumpur, 3 Oktober 2025 - Warga utara bersiap sedia untuk merasai kehangatan acara padang paling ikonik di Malaysia! Karnival Jom Heboh (KJH) kini kembali menemui pengunjung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang selama tiga hari berturut-turut bermula 7 hingga 9 November 2025 (Jumaat hingga Ahad) dengan pelbagai aktiviti menarik, persembahan hebat dan kejutan istimewa buat seisi keluarga.

Sepanjang tiga hari penganjuran, pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti riadah, hiburan dan pertandingan menarik seperti Street Soccer 3 on 3, Pertandingan Karaoke Drama Sangat, Pertandingan Tarian Tradisional Drama Sangat terbuka, Buletin Challenge, sesi Meet and Greet bersama barisan pelakon drama TV3 dan personaliti TV9, Kids Colouring Contest, Tonton Thrill Rumah Hantu, permainan Soopa Doopa, pemeriksaan kesihatan dan gigi percuma, aktiviti memanah, Zumba Challenge, Pound Fitness Challenge, Jom Lokal Jam serta kemuncak yang dinanti-nantikan, Konsert Jom Heboh selama dua malam berturut-turut!

Karnival kali ini turut memperkenalkan tarikan baharu yang pasti mencuri tumpuan, NSTP Light Sensory Room: Family Fiesta of Lights, dibawakan khas oleh The New Straits Times Press (NSTP). Di bawah tema ‘Dance, Dream, and Delight in Projections’, ruang interaktif ini menawarkan pengalaman imersif berasaskan cahaya dan deria yang sesuai untuk seisi keluarga. Pengunjung berpeluang menari bersama pancaran cahaya interaktif, menikmati visual lembut seperti langit berbintang dan dunia fantasi, serta merasai elemen multi-sensori seperti bunyi, aroma dan cahaya berirama yang membangkitkan imaginasi serta mencipta kenangan indah untuk semua lapisan usia.

Buat julung kalinya, Jom Heboh Fun Run bakal mencipta sejarah apabila dianjurkan sempena KJH di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada pagi Ahad, 9 November 2025, sekali gus menandakan pembaharuan besar dalam karnival ikonik yang meraikan ulang tahun ke-22 tahun ini. Larian santai sejauh 5KM ini menggabungkan elemen hiburan, muzik dan gaya hidup sihat dalam suasana penuh warna, dengan penyertaan personaliti dan artis seperti Farah Nabilah Wazer, Fahiz Ariff, Barr Zaizan, Amirulhakim Lokman, Asrulnizam Kadir, Fatin Hamimah, Muaz Mohamed, Drama Band dan ramai lagi. 

Peserta turut menerima jersi edisi khas, goodie bag Jom Heboh yang bernilai lebih RM50 dan juga peluang menangi hadiah cabutan bertuah yang bernilai lebih RM40,000! Hadiah utama cabutan bertuah tersebut adalah Percutian Luar Negara termasuk pelan U FAMILY 128 percuma dari U Mobile selama 12 bulan untuk 4 orang dan antara hadiah yang lain seperti TV 50”, Elektrik Skuter, Beg Bagasi, Robot Vakum dan banyak lagi! 

Selain itu, aktiviti terbaharu yang bakal mencuri tumpuan di KJH Pulau Pinang kali ini ialah Viper Challenge, cabaran halangan lasak yang menyeronokkan untuk seisi keluarga! Menampilkan pelbagai rintangan menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur, aktiviti ini bukan sahaja menguji kekuatan fizikal dan semangat berpasukan, tetapi juga menjanjikan pengalaman penuh keriangan dan cabaran. Lebih menarik, pasukan Komando Malaysia (GGK) turut hadir dengan mini setup dan demonstrasi khas di lokasi bagi memberikan pengalaman sebenar cabaran ketahanan kepada para pengunjung. Sertai keluarga dan rakan-rakan anda dalam Viper Challenge dan rasai sendiri keseronokan menakluki halangan dalam suasana penuh kemeriahan!

Antara barisan selebriti yang bakal memeriahkan KJH Pulau Pinang ialah Muaz Zabir, Shamsul Ghau Ghau, Saidah Kamarudin, Syahmie Thsaqeef, Dayang Areeda, Anna Jobling, Liza Abdullah dan Shaza Bae, manakala personaliti Media Prima yang turut hadir termasuk Fedtri Yahya, Amirulhakim Lokman, Fatin Hamimah, Fahiz Arif, Farah Nabilah Wazer, Zati Nizam, Shafiq Adnan dan Neesa Khir. Mereka bukan sahaja akan membuat kemunculan di pelbagai segmen interaktif, malah turut beramah mesra dengan para peminat sepanjang karnival berlangsung.

Tidak ketinggalan, selain reruai di bawah naungan Media Prima, lebih daripada 150 reruai lain turut menawarkan promosi hebat dan hadiah menarik untuk para pengunjung! Antara jenama yang turut serta ialah Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP) yang mempromosikan Simpan Baik Baik, Puspakom dengan info berkenaan keselamatan kenderaan, Perkampungan Usahawan UDA dan banyak lagi! Lebih menarik lagi, anda sekeluarga boleh meluangkan masa berkualiti sambil menikmati pelbagai makanan viral yang kini trending di media sosial.

Sempena kehangatan tayangan filem Rangga & Cinta yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 6 November ini, Pertandingan Karaoke Rangga & Cinta turut dianjurkan di Studio Tonton Drama Sangat (STDS) pada Sabtu, 8 November 2025, terbuka kepada peserta berusia 13 hingga 50 tahun. Menampilkan lagu-lagu ikonik daripada filem Rangga & Cinta dan Ada Apa Dengan Cinta, pemenang tempat pertama hingga ketiga bakal membawa pulang hadiah wang tunai terkumpul sehingga RM2500. Sementara itu, Ahad, 9 November 2025, menyaksikan Pertandingan Karaoke Terbuka dengan pilihan lagu bebas untuk semua peserta.

Kemuncak acara pastinya Konsert Jom Heboh, yang bakal menggamatkan suasana malam Sabtu dan Ahad. Konsert malam pertama (8 November 2025, Sabtu) akan dikendalikan oleh Muaz Mohamed dan Aisha Mazlin dengan persembahan hebat daripada Amelina, Nabila Razali, Sofaz, Kaka Azraff dan Jimi (OIAM). Malam kedua (9 November 2025, Ahad) pula dimeriahkan oleh barisan artis popular seperti K.O.I, Aisha Retno, Naqiu, Khai Bahar, Drama Band dan Aina Abdul, yang bakal menutup tirai karnival dengan persembahan penuh bertenaga, sarat emosi dan warna hiburan tersendiri.

KJH Pulau Pinang edisi tahun ini menjanjikan pengalaman yang menyatukan hiburan, gaya hidup sihat dan interaksi komuniti dalam satu acara mega yang tidak wajar dilepaskan. Sertai ribuan pengunjung di Stadium Batu Kawan dari 7 hingga 9 November 2025 (Jumaat hingga Ahad) dan alami sendiri kemeriahan yang hanya boleh dirasai di KJH!

Gunakan tanda pagar rasmi kami #TV3SentiasaBersamamu, #KarnivalJomHeboh, dan #KJHPenang2025 untuk berkongsi detik istimewa anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti kami di Facebook dan Instagram: @jomhebohofficial.


Bermula 1 November, YRF bekerjasama dengan streaming platform terkemuka, Netflix untuk tayangkan semua filem-filem terbitannya. Sebelum ini Yash Raj Films menawarkan kontrak tayangan tersebut kepada Amazon Prime Video. Sebaik sahaja kontrak tamat, tanpa berlengah, YRF menawarkan kerjasama kepada Netflix sebelum filem-filem baru seperti Dhoom 4 dan Mardaani 3 muncul bertemu peminat. 

Kerjasama ini secara tak sengaja meraikan ulangtahun kelahiran Shah Rukh Khan, King of Bollywood yang ke-60 pada 2 November lepas. Juga bakal meraikan ulangtahun kelahiran Salman Khan yang juga mendukung populariti yang sama di Bollywood pada 27 Disember kelak. 

Antara filem-filem yang boleh ditonton di Netflix ialah:

A. The Badshah of Romance 


1. Chak De India
2. Darr
3. Fan
4. Jab Tak Hai Jaan
5. Rab Ne Bana Di Jodi
6. Dilwale Dulhania Le Jayenge
7. Dil To Pagal Hai
8. Mohabbatein
9. Veer-Zaara

B. Bollywood's Golden Age (Bermula 14 November 2025)


10. Aaina
11. Chandni
12. Daag
13. Doosara Admi
14. Faasle
15. Nakhuda
16. Kabhi Kabhie
17. Noorie
18. Sawaal
19. Vijay
20. Khala Patthar
21. Lamhe
22. Silsila

C. Dhoom, Once Again (Bermula 28 November 2025)


23. Dhoom
24. Dhoom: 2
25. Dhoom: 3

D. It's Ranveer Singh, Baba (Bermula 05 Disember 2025)


26. Band Baaja Baaraat
27. Befikre
28. Gunday
29. Kill Dil
30. Ladies vs Ricky Bahl

E. The Iconic 2000s (Bermula 12 hingga 28 Disember 2025)


31. Mere Yaar Ki Shaadi Hai (bermula 12 Disember 2025)
32. Mujhse Dosti Karoge (bermula 12 Disember 2025)
33. Bewakoofiyaan (bermula 13 Disember 2025)
34. Mere Dad Ki Maruti (bermula 13 Disember 2025)
35. Bank Chor (bermula 14 Disember 2025)
36. Detective Byomkesh Bakshy (bermula 14 Disember 2025)
37. Kabul Express (bermula 15 Disember 2025)
38. Tashan (bermula 15 Disember 2025)
39. Jhoom Barabar Jhoom (bermula 16 Disember 2025)


40. Sui Dhaaga: Made in India (bermula 16 Disember 2025)
41. Daawat-e-Ishq (bermula 17 Disember 2025)
42. Mere Brother Ki Dulhan (bermula 17 Disember 2025)
43. Qaidi Band (bermula 18 Disember 2025)
44. Titli (bermula 18 Disember 2025)
45. Aurangzeb (bermula 19 Disember 2025)
46. Thugs of Hindostan (bermula 19 Disember 2025)
47. Neal 'n' Nikki (bermula 20 Disember 2025)
48. Pyaar Impossible (bermula 20 Disember 2025)


49. Luv Ka the End (bermula 21 Disember 2025)
50. Mujhse Fraaaaandship Karoge (bermula 21 Disember 2025)
51. Aaja Nachle (bermula 22 Disember 2025)
52. Lafangey Parindey (bermula 22 Disember 2025)
53. Aaha Kalyanam (bermula 23 Disember 2025)
54. Laaga Chunari Mein Daag: Journey of A Woman (bermula 23 Disember 2025)
55. Badmaash Company (bermula 24 Disember 2025)
56. Rocket singh: Salesman of the Year (bermula 24 Disember 2025)
57. Bunty Aur Babli (bermula 25 Disember 2025)


58. Ta Ra Rum Pum (bermula 25 Disember 2025)
59. Dil Bole Hadippa (bermula 26 Disember 2025)
60. Thoda Pyaar Thoda Magic (bermula 26 Disember 2025)
61. Hichki (bermula 27 Disember 2025)
62. Hum Tum (bermula 27 Disember 2025)
63. Fanaa (bermula 28 Disember 2025)
64. New York (bermula 28 Disember 2025)

F. Swagat Karo, Swag Se (Bermula 27 Disember 2025)


65. Ek Tha Tiger
66. Sultan
67. Tiger Zinda Hai

G. Rani's Reign (Bermula 22 Januari 2026)


68. Mardaani
69.Mardaani 2

H. YRF's School of Romance (Bermula 07 hingga 14 Februari 2025) 


70. Meri Pyaari Bindu (bermula 07 Februari 2026)
71. Yeh Dillagi  (bermula 08 Februari 2026)
72. Shuddh Desi Romance (bermula 09 Februari 2026)
73. Bachna Ae Haseeno  (bermula 10 Februari 2026)
74. Dum Laga Ke Haisha  (bermula 11 Februari 2026)
75. Ishaqzaade  (bermula 12 Februari 2026)
76. Salaam Namaste  (bermula 13 Februari 2026)
77. Saathiya  (bermula 14 Februari 2026)

Akshaye Widhani, CEO YRF berkata "Selama lebih daripada 50 tahun, Yash Raj Films telah berpeluang untuk membentuk jiwa dan nadi layar perak India melalui kisah-kisah ikoniknya. Kami amat berbesar hati dengan kasih sayang dan kepercayaan yang telah diberikan oleh penonton terhadap filem-filem kami. Membawa warisan sinematik yang luar biasa ini ke Netflix membolehkan dunia merasai warna, muzik dan keajaiban India serta layar perak India yang sentiasa diraikan oleh YRF. Filem-filem ini telah membentuk impian, memberi inspirasi kepada generasi, dan membawa degupan jantung penceritaan India ke seluruh dunia. Dan kami berbangga kerana filem-filem ini kini mempunyai tempat tinggal di Netflix. Perpustakaan kami bukan sekadar koleksi filem ikonik, tetapi sebuah pintu masuk kepada lima dekad budaya, kreativiti dan semangat. Kami teruja kerana warisan ini kini akan menemui penonton baharu dan berbicara kepada generasi baharu di seluruh dunia melalui Netflix.

Menghargai kerjasama bersama Yash Raj Films, Monika Shergill, Naib Presiden Kandungan Netflix India berkongsi, “Kerjasama ini menandakan satu detik bersejarah bagi dunia perfileman India di Netflix. Selama hampir sedekad, kami berbangga menjadi rumah kepada kisah-kisah terbaik dari India yang telah menghiburkan penonton di seluruh dunia. Daripada siri dokumentari yang digemari ramai, The Romantics, meninjau lebih intim tentang warisan Yash Raj Films, hinggalah kini membawa filem-filem blockbuster abadi ini kepada pelanggan setia Netflix, kami memperkukuh lagi komitmen kami untuk memperjuangkan kedalaman, kepelbagaian, dan emosi dalam penceritaan India. Kerjasama ini menyatukan warisan kaya YRF dengan capaian luar biasa Netflix untuk meraikan perfileman India dalam segala kehebatannya - bukan hanya di India, tetapi di seluruh dunia. Apabila filem-filem ini tiba di Netflix, para peminat dapat menghidupkan semula keajaiban bintang-bintang ikonik dan kenangan nostalgia zaman silam, manakala penonton baharu pula akan menemui daya tarikan abadi mereka buat pertama kali. Pelancaran kerjasama ini akan diraikan melalui festival dan detik istimewa yang menyatukan keluarga untuk merasai kegembiraan serta keindahan perfileman India hanya di Netflix.”

Selain menghargai pelanggan Netflix, Yash Raj Films ingin generasi baru menghargai karya-karya ikonik perfileman Bollywood bersempena ulangtahun ke-50 syarikat produksi tersebut. Menjadi penerbit dan pengedar rasmi dalam dan luar negara bukan sesuatu pencapaian yang biasa dan akan terus berkembang maju sebagai salah satu produksi utama di Bollywood. 

Movie Review | Param Sundari (2025)

Sunday, 2 November 2025


Pengarah: Tushar Jalota
Penulis Skrip: Tushar Jalota, Gaurav Mishra, Aarsh Vora  
Pelakon: Sidharth Malhotra, Janhvi Kapoor, Sanjay Kapoor, Siddharta Shankar, Tanvi Ram, Manjot Singh, Abhishek Banerjee
Syarikat Produksi: Maddock Films   
Pengedar: Pen Marudhar, Amazon Prime Videos
Genre: Romantik / Komedi 
Durasi Tayangan: 136 minit
Tarikh Tayangan:  29 Ogos 2025  
Trailer:


Param (Siddharth Malhotra) merupakan anak tunggal kepada taikun bisnes, Parmeet Sachdev (Sanjay Kapoor) dan sentiasa melabur duit ayahnya dalam perniagaan namun semuanya tidak membuahkan hasil. Satu hari dia bertemu dengan Shekhar (Abhishek Baneerjee), developer kepada apps Soulmate.
 
Sekali lagi Param ingin mencuba nasib dan ingin melaburkan sebanyak Rs5 crore (500,000) dalam start-up tersebut. Parmeet bagi syarat untuk Param cuba dahulu apps tersebut dan buktikan Soulmate betul-betul efektif sebelum melabur. Tapi jika sekiranya dia gagal, semua perbelanjaan mewah akan ditarik balik serta-merta. 


Kerana Soulmate, Param dipadankan dengan Sundari (Janhvi Kapoor) yang menetap di Kerala, India. Sundari merupakan pemilik sebuah homestay di Kerala dan mengajar tarian secara sambilan di ruang rumah inapnya. Dari Delhi, Param bersama rakan baiknya, Juggy (Manjot Singh) tinggal di Kerala selama dua minggu untuk tawan hati Sundari dan juga bisnesnya. 

Naskhah romantik komedi arahan dan penulisan Tushar Jalota dibantu oleh dua lagi penulis Gaurav Mishra dan Aarsh Vora menggunakan konsep pertemuan dua dunia yang berbeza. Param yang dilahirkan dalam keluarga kaya dan berasal dari India Utara, tidak tahu-menahu tentang kehidupan Sundari yang terpaksa bekerja keras siang dan malam supaya dapat menyara hidup selepas bertukar status anak yatim piatu. 


Konsep North vs South pernah digunakan dalam filem Chennai Express (2013) dan 2 States (2014) di Bollywood dan kedua-duanya berjaya memenangi hati penonton. Sama juga dengan Param Sundari, sebaik saja trailer ditayangkan, naskhah romantik terbitan Maddock Films menjadi salah satu filem yang dinanti-nantikan untuk penghujung tahun 2025. 

Bila dah layan full movie Param Sundari puas hati juga lah sebab Janhvi Kapoor dengan mudahnya menghidupkan watak Sundari since dia memang ada latar belakang South Indian. Walaupun Sri Devi aktif di Bollywood tapi tak pernah lupakan budaya South India dan ajar anak-anak dia. Sama macam Sri Devi, Janhvi memukau dalam tarian Mohaniyattam. Sebelum ni dah terpukau bila nampak Janhvi menari dalam Dhadak (2021), kali ni lagi seronok sebab screentime dia lebih lama. 


Santhana Krishnan Ravichandran menggunakan keindahan landskap semulajadi Kerala dalam filem Param Sundari untuk menghidupkan dunia romantik. Seni bina bangunan dan latar budaya di Kerala mengukuhkan lagi kehidupan bermasyarakat di sana. Perayaan Onam menjadi suntikan tambahan untuk kuatkan lagi ketegangan antara Param dan Sundari. Baru tahu dekat Kerala pun ada wayang kulit.

Cuci mata tengok wardrobe Janhvi dalam Param Sundari sebab semuanya cantik belaka. Sundari banyak guna warna pastel sejak berjumpa dengan Param. Even Param sendiri selesa dalam rona yang lembut. Wedding outfit Sundari tu paling cantik sekali. Tak lepas mata tengok Janhvi sebab makeup dia cantik sangat!


Sekali lagi Sachin-Jigar mendapat kepercayaan Maddock Films untuk naskhah Param Sundari lalu mencipta 6 lagu original dengan pelbagai genre irama. Pardesiya jadi kegilaan dengan alunan merdu suara Sonu Nigam, Bheegi Saree a bit naughty and sizzling, Danger pula energetic sebagai item song. Lirik dari Amitabh Bhattacharya semuanya on point. Lepas tengok filem makin bertambah suka dengan lagu Sunn Mere Yaar Ve dan Sundari Ke Pyar Mein. 



Penceritaan Param Sundari tak lah mencuba sesuatu yang baru tapi lebih selesa dengan format cinta yang sama cuma diolah mengikut trend terkini – AI dan cinta Gen Z. Personally for me, it is fine because the comfort is there. Yang tak okaynya bila dialog dia tak mendalam, kita nampak effort Param tapi Sundari? Bila dia sedih masa tahu situasi sebenar, babak tu terlampau pantas dan sekejap. 

Babak kelakar pun tak menjadi sangat terutamanya bila melibatkan Manjot Singh sebab dia tak function pun sebagai kawan baik atau orang kanan Param. Baik biar Param pergi Kerala seorang diri je macam Rahul yang bergantung dengan Meenamma di Rameswaram atau Krish yang cuba pujuk keluarga Ananya di Chennai. Bukan sepenuhnya salah Manjot sebab skrip yang paparkan dia sebagai villain tanpa sengaja. Better screentime Manjot bagi dekat Sanjay Kapoor dengan Inayat Verma sebab dua watak ni lagikuat untuk bantu pelakon utama. 


Sejak Param berjumpa dengan Sundari, dia belajar tentang irama dan tarian tapi masa dekat Vallam Kali tu macam mana team Param boleh menang entah padahal dayung semuanya out of sync. Babak tu patutnya jadi babak klimaks tapi berterabur sampai hilang mood. Jauh beza lah penangan klimaks Param Sundari dengan klimaks dalam filem Dum Laga Ke Haisha (2015) walaupun guna idea yang sama. 


Tapi apa pun Param Sundari tetap menarik dengan rizz yang tersendiri. Silap haribulan I layan banyak kali sebab nak tengok Sid dan Janhvi. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.2/10

Movie Review | Heretic (2024)

Saturday, 1 November 2025


Pengarah: Scott Beck, Bryan Woods
Penulis Skrip: Scott Beck, Bryan Woods
Pelakon: Hugh Grant, Sophie Thatcher, Chloe East    
Syarikat Produksi: Beck/Woods, Shiny Penny Productions, Catchlight Studios  
Pengedar: A24  
Genre: Psikologi / Seram
Durasi Tayangan: 111 minit
Tarikh Tayangan: 08 September 2024 (TIFF), 08 November  
Trailer:


Sister Paxton (Chloe East) dan Sister Barnes (Sophie Thatcher) menjalankan aktiviti dakwah dengan penduduk setempat sekitar Gereja LDS. Dalam perjalanan pulang ke gereja, mereka menumpang teduh di rumah Mr. Reed (Hugh Grant) sementara menunggu hujan ribut berhenti. 

Awalnya mereka teragak-agak untuk masuk kerana tiada kehadiran wanita di rumah tersebut namun Mr. Reed yakinkan isterinya berada di dapur sedang memasak. Mr. Reed mempelawa mereka berdua untuk makan malam bersama. Sementara menunggu, Sister Barnes dan Sister Paxton bersoal jawab tentang agama. 


Semakin lama semakin mereka sedar yang isteri Mr. Reed masih juga belum muncul dari dapur. Ada sesuatu yang pelik di rumah tersebut. Ketika Mr. Reed minta diri ke dapur, Sister Barnes perasan mereka diperdaya oleh tuan rumah kerana bau pai blueberry dari dapur rupanya bau yang datang dari lilin wangian blueberry. 

Mereka berdua mencari jalan keluar namun gagal kerana rumah Mr. Reed mempunyai sistem kuno di mana pintu hanya akan terbuka pada sekian waktu atau elektrik hidup dengan timer. Tak ada tingkap dan tiada juga talian telefon. Mereka berdua cuba lengahkan masa kerana pihak gereja akan mencari ahli yang keluar sekiranya tidak pulang seharian.


Naskhah yang ditayangkan di Toronto International Film Festival dan tercalon dalam Independent Spirit Awards untuk Best Screenplay merupakan filem ketujuh dihasilkan dari produksi Beck/Woods selepas kejayaan filem A Quiet Place (2018)

Penceritaan Heretic mempunyai latar masa yang pendek dan latar tempat yang sama cuma berbeza ruang. Kebanyakan masanya filem bergerak menerusi perbualan mereka bertiga tentang agama, kepercayaan dan prinsip hidup masing-masing. Perbualan yang berat dengan topik yang sensitif jadi tak semua orang akan terima filem ni dengan baik. 


Kekuatan pada Heretic bukanlah pada dialognya kerana Mr. Reed cuma bertanyakan soalan yang provokatif tanpa jawapan yang mendalam dari Sister Barnes atau Sister Paxtor. Mungkin sebab mereka berdua masih baru jadi jawapan cuma banyak diambil berkisar pengalaman hidup dan perspektif masing-masing. Macam percanggahan quote di mana Sister Paxton dengan senang hati bagitahu dari filem Spiderman tapi Mr. Reed dengan nada yang serius beritahu Volitaire. Tapi boleh jadi perbualan dalam ni terlihat sensitif atau menarik untuk yang tak biasa. 

‘If revelation by God is filtered through man, and man is flawed and man sins and man lies, then how do we know any of it is true?’ – Mr. Reed


Kekuatan lakonan Hugh Grant sebagai Mr. Reed yang mudah mesra dengan orang dan menggunakan personaliti yang baik. Walaupun bertanya soalan provokatif, mulut dia tak berhenti senyum. Tona suara yang digunakan dalam melontarkan dialog juga mencuri perhatian. Mungkin sebab dah terbiasa dengan filem romantik jadi pemilihan Hugh sebagai Mr. Reed tampak sempurna sebab dia masih ada sisi yang menawan untuk umpan mangsa. Tapi personaliti baik tu tetap hadirkan rasa tak senang dan menakutkan. 

Lakonan Sophie Thatcher dan Chloe East juga tak kurang hebatnya di samping Hugh Grant. Mereka bawa watak yang berbeza personalitinya. Sister Barnes lebih berhati-hati sementara Paxton terlihat polos dan positif. Mungkin juga kerana usia dia yang muda dan dibesarkan dalam persekitaran yang baik tak seperti Barnes. Kebanyakan masanya dia biarkan Barnes yang lead the way sementara dia lebih selesa menyokong di belakang. 


Penceritaan Heretic pada separuh masa pertama menarik perhatian sebab nak tahu apa yang Mr. Reed nak dari perbualan mereka bertiga. Masuk second half, penulis mula kuatkan genre seram dan elemen saspen sebab Mr. Reed dah berubah karakter. Dari awal lagi penulis tak berselindung yang Mr. Reed nak bereksperimen dengan Sister Barnes dan Sister Paxton cuma kita tak tahu hingga ke tahap mana.

Menariknya di second half karakter Paxton berubah personaliti dan hidupkan ketegangan antara protagonis dan antagonis. No wonder dia lebih selesa di belakang sebab dia lebih suka memerhati keadaan sekeliling cuma tersilap langkah di rumah Mr. Reed. 


Sinematografi dari Chung Chung-hoon banyak bermain dengan close-up dengan kamera bertukar ganti pada sekian-sekian watak, sesuai dengan konsep yang dibawakan oleh pengarah. Penggunaan cahaya yang kelam dan pencahayaan minimal kuatkan lagi elemen seram dan aura jahat watak antagonis dalam Heretic. Music score gubahan Chris Bacon menambahkan lagi impak pada penceritaan. 

Bila tengok klimaks dan jawapan kepada misteri di dalam rumah Mr. Reed, misteri tu macam tak logik juga bila pihak gereja tak ambil apa-apa tindakan padahal dah banyak kali berlaku. Sama juga dengan keadaan mangsa-mangsa yang lain atau babak-babak thriller yang lain pada second half. Instead of the religion banter, I lebih geram dengan keselamatan di kawasan tu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.5/10

Movie Review | Good News (2025)


Pengarah: Byun Sung-hyun
Penulis Skrip: Byun Sung-hyun, Lee Jin-seong
Pelakon: Sul Kyung-gu, Hong Kyung, Ryoo Seung-bum    
Syarikat Produksi: Star Platinum 
Pengedar: Netflix 
Genre: Black Comedy 
Durasi Tayangan: 136 minit
Tarikh Tayangan: 05 September 2025 (TIFF), 17 Oktober 2025 (Netflix)  
Trailer:


Pada tahun 1970, sebuah kapal terbang yang berlepas dari Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, Jepun menuju ke Itazuke dirampas oleh kumpulan Red Army Faction. Permintaan mereka cuma satu iaitu terbang menuju ke Pyongyang, Korea Utara. Jika tidak, semua penumpang dalam kapal terbang tersebut akan mati dalam letupan bom yang dicipta sendiri. 

Kapten kapal Japanese Ride 351, Takahiro Kubo (Kippei Shiina) ambil peluang untuk lengahkan masa dan mendarat di lapangan terbang Jepun untuk dapatkan bantuan dari Kerajaan Jepun. Malangnya, rancangan mereka gagal dan Shinichi Ishida, Timbalan Menteri Pengangkutan Jepun berunding dengan Korea Selatan supaya selamatkan semua penumpang di dalam kapal terbang tersebut. 


Di Korea Selatan, Nobody (Sul Kyung-gu) minta supaya operasi penyelematan dilakukan secara rahsia dan sulit menerusi Korea Chief Intelligence Agency (KCIA). Nobody approach Seo Go-myung (Hong Kyung), Leftenan Tentera Udara untuk mengetuai operasi tersebut. Dengan mudah Leftenant Seo setuju, dengan harapan dia akan dapat kenaikan pangkat dan medal. 

Korea Selatan bersama Amerika Syarikat dan Jepun berusaha pelbagai cara untuk selamatkan Japanese Ride 351 namun berjaya atau tidak usaha tersebut, kena layan dekat Netflix lah. 


Filem dark comedy Good News arahan dan penulisan Byun Sung-hyun menggunakan insiden sebenar pada tahun 1970-an selepas beberapa dekad Leftenant Seo diamkan perkara dari pengetahuan sesiapa termasuklah isteri dan keluarga. 

Uniknya filem Good News bila penulis ingin menulis dari perspektif berbeza dari kebiasaannya. Selalunya kita tengok filem hijack akan fokus pada pengganas tapi dalam Good News, kita dapat tengok perspektif dari pihak yang melakukan operasi menyelamat. Macam mana pihak terlibat buat kerja dan pastikan pihak lawan sedia untuk berunding supaya para penumpang dan krew kabin selamat. 


Menariknya filem Good News diadun dalam genre dark comedy jadi kebanyakan masanya akan berdekah tengok perangai pihak yang terlibat. Dari pilot yang berunding secara terus dengan pengganas, KCIA yang lepas tangan, pihak Jepun sendiri yang gagal menyelamatkan keadaan dan dua watak utama iaitu Nobody dan Leftenant Seo yang perah otak guna kemahiran masing-masing dalam situasi genting. Apa cara sekalipun, tetap berusaha hingga ke minit terakhir. 


Salah satu kekuatan Good News adalah pada dialognya yang menghiburkan. Banyak perbalahan antara dua watak baik utama mahupun sampingan tentang perbezaan pendapat. Dalam filem dengan genre dark comedy boleh muncul dark jokes and it absolutely hilarious to watch. Dalam gelak gelak tu pun tetap sakit bila tengok diskriminasi antara orang atasan dan kelas bawahan. 

Watak antagonis sempat tekankan tentang kepercayaan dan kebenaran dalam apa yang dipertontonkan pada kita. Mesej yang dimasukkan terlampau kuat sampai susah nak abaikan dan move forward lepas habis menonton.

“Even the truth lies. And lies also tell the truth.” – Nobody


Lakonan Hong Kyung antara yang mencuri tumpuan and to be honest, tergerak hati nak tengok filem Good News pun sebab tertarik dengan klip dari Netflix. Ramai yang terkejut dengan pronounciation English dia. Dalam drama Weak Hero Class (2022), dia tak banyak bercakap pun sebab lakonkan watak yang penakut dan pasif tapi jauh berbeza dalam avatar tentera udara yang tinggi empati dan sifat kemanusiaan. 

Kebanyakan masanya dia dalam keadaan yang tak percaya tengok sikap orang atasan yang sambil lewa kawal keadaan. Selagi boleh nak lepas tangan tapi hamak dengan kredit bila dipuji. Entah apa perasaan anak atau cucu tengok beberapa watak yang dipaparkan dalam filem Good News. Kalau tak ada perasaan, tak hairan lah Tuhan lahirkan dalam keturunan yang sama. 


Watak Nobody pula lebih terarah pada realiti, mungkin sebab usia dan pengalaman yang lebih banyak dari Leftenan Seo jadi mudah sangat dia bertindak mengikut keadaan. Apa yang dia utarakan mungkin buatkan beberapa pihak tak senang duduk tapi cadangan dia tetap boleh digunapakai. Dalam masa yang terhad, penulis berjaya masukkan backstory untuk Nobody dan beri impak pada ending scene. 

Execution Byun Sung-hyun memang menarik. Macam mana I kagum dengan filem Kill Boksoon (2023), macam tu lah juga I happy layan filem Good News. Nak layan filem dia yang lain pulak lah lepas ni.


Sinematografi dari Jo Hyoung-rae mengagumkan dalam Good News dengan penggunaan transisi menarik macam babak permainan catur bersilih ganti dengan babak kapal terbang. Penggunaan colour grading yang bersesuaian dengan latar masa dan cuaca dibantu dengan music score menguatkan lagi mood dan senario yang dipaparkan dalam Good News. Props yang digunakan pun membantu menghidupkan suasana pada era tersebut. Recommended to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.6/10

Blog Performance Oktober 2025

 
Bulan kedua terakhir di tahun 2025 dan disambut dengan kebakaran di Tower 3, KLCC. Baru plan nak pergi KLCC sebab nak tengok ASEAN DOME tapi terpaksa batalkan niat pagi ni. Tak sihat pun ye jugak so tengok dalam Threads je lah. 

1. Pageviews


Kalau pageviews bulan September 2025 mencecah 200k lebih tapi bulan ni menurun tapi sikit lagi nak cecah 200k. Mungkin sebab bulan ni tak banyak event yang berkaitan dengan filem. Dah hujung Oktober ada dapat banyak screening invitation tapi tak dapat nak pergi semua sebab tren banyak buat hal. Nak masuk KL lepas habis office hour memang tak mungkin lah cerita dia. 

But that's okay lah sebab benda tu di luar kawalan kan? Yang boleh dikawal ialah berapa banyak entry yang boleh update. So far, hanya itu sahaja. Anyway, I berharap bulan ni akan jumpa khabar gembira lah untuk another milestone kepada blog ni. 

2. Posts


Menariknya untuk Oktober ni, semua post yang masuk dekat Popular Post adalah reviews. Semua review adalah naskhah yang ditayangkan di Netflix kecuali drama The Summer I Turned Pretty yang tayang dekat Amazon Prime dan filem Qifarah sebab baru tayang dekat panggung kan. Harap nanti filem Thamma pun masuk Popular Post juga untuk November ataupun tahun depan. 

Bila tengok Popular Post bulan Oktober ni, jadi makin semangat nak update entry. Kalau sempat nak buat juga senarai sekian sekian macam yang dirancang tapi nak siapkan satu entri pun jenuh juga. Maybe I should split into parts. 

3. Bilangan Entri


Bulan lepas ada cakap nak update lebih sikit sebab ada satu je cuti tapi macam tak berjaya sangat pun keluar dari angka 60 tu sebab setiap minggu keluar berjalan. Kebetulan kena keluar sebab mak saudara datang ajak jalan-jalan dekat KL. Update pun curi masa sekejap sebab tu gap entri tak berkala. Ada yang sehari boleh shoot sampai 4 post, ada yang tak ada entri langsung. 

Tapi harapan untuk update lebih banyak entri tetap ada sebab kena clearkan gambar dalam Google Photos, takkan nak tambah duit untuk space lagi? Makin tambah makin banyak gambar lepastu masalah tak akan selesai. 

Anyway, bulan 11 ni makin panas dan makin banyak influenza menyerang. Hutan pun mudah terbakar so stay safe everyone. Minum banyak air dan tidur yang cukup supaya badan tak lemah sangat hadap ragam dunia. Happy November everyone.