ASTRO SHAW DAN MIRINDA BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN DENGAN MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN

Tuesday, 25 March 2025

ASTRO SHAW DAN MIRINDA BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN DENGAN MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN | ‘Barisan Pelakon Keluang Man, Abah Saya Uncle Mike, One Cent Thief 2, First Wives turut hadir menggembirakan penghuni Rumah kebajikan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur’ 

Menghayati keberkatan dan semangat saling berkongsi di bulan Ramadan yang mulia, Astro Shaw dan Mirinda meraikan 40 anak yatim dari rumah kebajikan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Rawang, Selangor. Majlis berbuka puasa yang dianjurkan hari ini menyaksikan Amy Gan, Ketua Penjenamaan, Pemasaran & Pengedaran Astro Shaw, Norsalvina Alwee menyampaikan sumbangan duit raya serta hamper, kepada anak-anak tersebut sambil menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana penuh kasih sayang dan kemesraan. 

Majlis ini turut mendapat kerjasama 7UP, Wonda Coffee dan Goodday Charge dan dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon daripada filem Keluang Man – Nas Muammar Zar, Anwaar Beg Moghal, Shweta Sekhon, filem Abah Saya Uncle Mike, Idan Aedan, Nor Merah, Umar Shakur, drama premium One Cent Thief 2, Azira Shafinaz, Syarul Ezani, Trisha Ooi; First Wives, Malek Mccrone, Charles Roberts. Tambah istimewa, individu sebenar yang menginspirasi Abah Saya Uncle Mike, iaitu Michael Tong Wai Siong atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike turut hadir bersama tiga orang anaknya Rafei, Rasyid, dan Rahman menjadikan sambutan ini lebih istimewa.

Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Astro Shaw berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama erat bersama Etika menerusi filem dan siri premium terbitan kami. Kolaborasi ini bukan sahaja mengukuhkan jenama kedua-dua belah pihak tetapi mendekatkan lagi kami dengan masyarakat, di samping mencipta pengalaman yang menginspirasi dan bermakna. Pada bulan mulia ini, tiada yang paling istimewa buat kami melainkan dapat berkongsi rezeki dan menggembirakan mereka yang memerlukan, selain mengadakan beberapa aktiviti dengan penglibatan selebriti. Pengalaman ini memberi kami peluang untuk berinteraksi dan melibatkan diri dengan masyarakat”. 

Dalam pada itu, Mirinda turut menampilkan treler rasmi Raya, ‘Balik Rayaaahhh’ untuk filem ‘Abah Saya Uncle Mike’, telah ditayangkan dan mengisahkan Uncle Mike bersatu semula dengan tiga anak lelaki angkatnya dalam perayaan tradisional di kampung. Treler rasmi Raya tersebut menampilkan pelakon utama filem dan kini sudah boleh ditonton di platform media sosial. 

"Kerjasama kami dengan Astro Shaw bukan hanya untuk menyampaikan semangat Raya dan kebersamaan kepada para penonton, tetapi juga untuk menyemai kemeriahan perayaan ini di dalam hati kesemua anak-anak Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur pada Majlis Berbuka Puasa. Melalui pertemuan ini, kita dapat merasai keceriaan dan semangat persaudaraan yang mengukuhkan perikatan sesama kita. Di Etika, kami komited untuk terus berkhidmat kepada masyarakat melalui inisiatif-inisiatif seperti ini, memastikan setiap momen menjadi kenangan manis yang mencerminkan nilai perpaduan dan kasih sayang.

Dalam pada itu, selama beberapa dekad, Mirinda telah menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia ketika musim perayaan. Keceriaan dan kesegaran yang dibawakan oleh Mirinda melambangkan semangat Raya itu sendiri—penuh warna-warni, penuh kegembiraan, dan penuh dengan saat-saat bermakna bersama yang tersayang. Semangat Raya adalah semangat jenama ini, dan kami berbangga menjadi sebahagian daripada setiap perayaan yang menyatukan keluarga dan sahabat handai," kata Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran, Etika Sdn Bhd.

Menyuntik semangat sempena sambutan Ramadan dan Syawal, Astro Shaw dan Mirinda sekali lagi melancarkan beberapa sesi interaktif, serta acara yang melibatkan masyarakat. Aktiviti sebegini bukan sahaja membantu promosi filem baharu Keluang Man, Abah Saya Uncle Mike dan drama premium Astro Originals seperti One Cent Thief dan First Wives, tetapi mendekati penonton dan peminat dengan lebih rapat.  

Mirinda Riang Raya : Sesi Ramah Mesra Bersama Pelakon 

Antara akiviti yang telah dijalankan adalah sesi ramah mesra bersama barisan pelakon filem Keluang Man, Abah Saya Uncle Mike, drama premium One Cent Thief 2 dan First Wives,  di pasar raya terpilih di Lembah Klang. Peminat dan penonton berpeluang untuk turut serta dalam sesi menanda tangani autograf, menonton klip tayangan di sebalik tabir, dan sesi bergambar bersama bintang pujaan mereka. 25 peminat pertama yang membeli minimum sebanyak RM20 daripada jenama yang mengambil bahagian termasuklah Mirinda, 7up, Goodday Charge, dan Wonda berpeluang berjumpa secara peribadi dengan para selebriti. 

Peluang Untuk Muncul Dalam “Bad Cop”

Selain itu, kesemua lokasi pasar raya tersebut juga telah diadakan sesi uji bakat pencarian pelakon untuk drama premium di bawah jenama Astro Originals akan datang iaitu ‘Bad Cop’. 50 individu pertama yang membeli minimum sebanyak RM20 daripada jenama yang mengambil bahagian, iaitu Mirinda, 7up, Wonda, Goodday Charge, akan layak berada di laluan ekspres untuk sesi uji bakat.

Bonus Perayaan daripada Mirinda

Menyelami amalan berkongsi dan memberi, Mirinda tekad menjadikan Raya tahun ini lebih gemilang dengan pemberian e-Duit Raya sebanyak RM260,000. Dengan untuk setiap pembelian berjumlah RM15 pembelian Mirinda atau jenama lain yang turut mengambil bahagian, dalam satu resit, berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai tersebut. Pemberian ini berjalan sepanjang tempoh kempen dari 1 Mac sehingga akhir April, bagi memastikan perayaan ini diraikan dengan penuh keberkatan dan keceriaan. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman peraduan Mirinda Riang Raya Bersama-Sama.

Nantikan filem aksi Keluang Man yang akan temui penonton di pawagam bermual 29 Mei 2025, dan filem yang diinspirasikan daripada kisah sebenar, Abah Saya Uncle Mike akan temui penonton di layar perak pada Ogos depan, manakala drama premium terbaru First Wives bermula 11 April 2025 di Astro Go, On Demand serta saluran Astro Ria jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terbaru mengenai filem-filem terbitan Astro Shaw di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook dan TikTok.

Movie Review | Pilot (2024)

Saturday, 22 March 2025


Director: Kim Han-gyul
Writer: Jo Yoo-jin
Cast: Jo Jung-suk, Lee Ju-myoung, Han Sun-hwa, Shin Seung-ho
Production Companies: Shotcake, Movie Rock
Distributor: Lotte Entertainment
Genre: Comedy 
Running Time: 111 minutes
Release Date: 31 July 2024 
Trailer:


Filem Pilot mengisahkan tentang Han Jung-woo (Cho Jung-seok) merupakan seorang pilot selebriti namun kehilangan kerja gara-gara sexist remarks dalam sebuah dinner party. Dia dibuang kerja serta-merta dan hilang banyak endorsement deals sekaligus menjadikan hutangnya menimbun. Mencari kerja baru juga ternyata susah setelah nama dan imej dia jadi buruk kerana insiden tersebut. Isterinya minta cerai dan hak penjagaan anak juga hilang. Pendek kata, Jung-woo hilang semua yang dia ada. 

Murung dengan nasib hidup dia, Jung-woo mohon kerja sebagai juruterbang wanita dan minta bantuan adiknya, Han Jung-mi (Han Sun-hwa) untuk ubah penampilannya menjadi seorang wanita. 


‘Wow. Your face is rejecting the makeup. How about plastic surgery? Why didn’t you secretly stash some money for a rainy day?’ – Han Jung-mi

Setelah diterima bekerja di Hankuk Air, Jung-woo semakin rapat dengan juruterbang wanita bernama Seul-ki (Lee Joo-myoung). Junior dia, Seo Hyun-seok (Shin Seung-ho) tertarik dengan personaliti ‘Jung-mi’ yang kelakar sementara Jung-woo mula rapat dan tertarik dengan Seul-ki sehingga lah dia dapat tahu identiti staff Hankuk Air yang dedahkan insiden yang menyebabkan dia kehilangan kerja. 


Naskhah Pilot arahan Kim Han-gyul merupakan remake kepada filem Sweeden berjudul Cockpit (2012) dengan jalan cerita yang seakan sama. Pilot mengetengahkan isu diskriminasi wanita yang berlaku dalam industri penerbangan bila insiden Jung-woo merendahkan kebolehan wanita walaupun memuji mereka cantik dan lebih cantik berbanding staff syarikat lain. 

Watak Jung-woo represents audience atau orang awam yang clueless dengan insiden tersebut kemudiannya dijelaskan oleh watak Seul-ki di mana wanita juga layak diberi pengiktirafan untuk usaha, kerja keras dan kemahiran mereka dan bukan semata pada paras rupa dan fizikal sahaja. 


Dalam babak di kokpit pesawat ada perbualan Hyun-seok yang sering mengganggu Jung-mi sampai dia tak selesa bekerja dengan lelaki tersebut. Masalah biasa yang dihadapi wanita di tempat kerja. Bila stress, mula lah kena label tak professional dan tak pandai menguruskan emosi. 

Filem Pilot mempunyai banyak babak-babak kelakar dengan lakonan yang cemerlang dari Cho Jung-seok dan gandingan bersama pelakon sampingan yang lain. Masa layan filem Pilot ni tak sangka ada Shin Seung-ho sekali, makin bertambah seronok lah tengok sebab dia antara my favourite Korean actor walaupun watak dia dalam filem ni mengundang.  


Jalan cerita Pilot menggunakan pace yang laju dan mudah difahami kerana bersifat straightforward di samping dialog yang kelakar dari beberapa watak utama kemudian memberi solusi yang jujur dan selayaknya kepada watak-watak yang terkesan dengan perbuatan Jung-woo. 

First half menjanjikan komedi yang berterusan tapi bila ke seond half, dah boleh agak macam mana perjalanannya. Tambah pula bila Seul-ki menjadi tetamu jemputan di majlis hari jadi Han Shi-Hoo (Park Da-on). Patutnya penulis keluar dari babak tipikal tersebut atau biarkan Jung-woo confess sendiri supaya sisi jujur dia lebih memberikan impak pada babak klimaks. 


Sinematografi dari Kim Sung-an menggunakan kelebihan visual untuk serlahkan reaksi dan mimik muka yang kelakar. Cantik sangat masa Cho Jung-seok keluar sebagai perempuan buat pertama kali dalam landskap yang cerah dan dreamy. Kelakar masa Jung-mi menangis lepas dapat tahu Jung-woo terlibat dalam insiden kapal terbang hampir terhempas. Sensor lampu mainkan peranan penting untuk babak tu. 

Ada few scenes macam tak logik dalam filem Pilot tapi sebab genre utama adalah komedi jadi tak lah hairan sangat kalau watak-watak sekitar Han Jung-woo buat tak nampak dengan kelakuan dia. Even the fact dia tak boleh dapat kerja lepas insiden tu pun macam over stretch lah sebab dia lelaki so kalau pergi ke bidang lain untuk berehat sementara dari kecaman netizen, tak lah menjadi masalah besar pun. 


Pilot is a good one time watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.7/10

Pengarah: Reka Wijaya  
Penulis Skrip: Junisya Aurelita, Rezy Junio, Santy Diliana, Alim Sudio.
Pelakon: Prilly Latuconsina, Dikta Wicaksono, Surya Saputra, Dominique Sanda, Widi Mulia, Gracia JKT48, Antonio Blanco Jr., Kristo Immanuel, Ummi Quary
Syarikat Produksi: Sinemaku Pictures 
Pengedar:  Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2024
Trailer:


Naskhah genre drama terbaru yang ditayangkan di Netflix mengisahkan tentang Tari (Prilly Latuconsina) yang menyertai support group. Tari mengalami masalah anxiety yang berpunca dari ketua keluarga yang baran. Tari sentiasa takut di rumah atau di tempat kerja hingga menyebabkan dia menjadi seorang people pleaser dan kurang keyakinan diri. 

Kakaknya, Bunga telah berpindah keluar kerana tak tahan tinggal di rumah tersebut. Hampir setiap hari Pras (Surya Saputra) bertengkar dengan Devi (Dominique Sanda) hingga naik tangan. Tari cuba pujuk Devi keluar dari rumah tersebut tapi ibunya takut keadaan akan menjadi lebih buruk. 


Di tempat kerja, Tari bertemu dengan pekerja baru bernama Baskara (Pradikta Wicaksono), bekas atlet bola keranjang yang memilih untuk menjadi penulis. Baskara terlihat tenang tapi mempunyai sifat panas baran. Walaupun Tari kenal Baskara yang juga menyertai support group, Life Mates tapi tak pernah bertegur. Gara-gara perlu team up untuk satu projek, mereka berdua semakin rapat lalu Baskara ajak Tari dan Devi tinggal di apartment tempat dia menyewa. 

Naskhah Bolehkah Sekali Saja Kumenangis yang diadaptasikan dari sebuah lagu berjudul Runtuh yang dinyanyikan oleh Feby Putri dan Fiersa Besari. Tajuk yang diambil dari bait lirik pada bahagian chorus lagu tersebut mempunyai elemen balada dan melankolik yang kuat. 



‘Namun bolehkah sekali ini saja ku menangis sebelum kembali membohongi diri.’ – Runtuh

Jalan cerita Bolehkah Sekali Saja Kumenangis mempunyai alur cerita yang ringkas tapi sarat dengan emosi tentang keluarga yang berpecah-belah akibat ketua keluarga. Bukan senang nak hidup dengan individu yang panas baran sebab perkara sekecilnya pun boleh triggered dia untuk mengamuk. Yang akan jadi mangsa mestilah orang terdekat macam dalam naskhah ni, Devi yang sentiasa dipukul hingga luka di bahagian muka dan badan. 


Masa awal bercinta semuanya baik dan indah macam fasa awal percintaan Tari dan Baskara sebab sikit pun lelaki tu tak pernah marah ataupun naik tangan tapi bila jadi satu insiden, terus meledak marah sampai Tari terkejut dengan perubahan Baskara. Sebab tu juga watak Devi susah untuk tinggalkan Pras sebab dia yakin Pras yang dia kenal dulu tu baik dan romantik. Dia percaya Pras boleh berubah. 

Selain dari kisah Tari dan Baskara, penulis masukkan juga kisah kehidupan ahli-ahli lain dalam Support Group untuk menyampaikan mesej apa yang dialami dalam kehidupan manusia. Macam mana Nina (Widi Mulia) sebagai kaunselor di Life Mates membantu semua ahli untuk move on dan pulih dari trauma masa lalu. 


Isu kesihatan mental bukan sesuatu yang baru dekat masyarakat Asia tapi masih lagi ada stigma seperti yang dipaparkan oleh watak Pras bila Tari pujuk untuk rujuk pakar kaunseling. 

‘Ibu udah lakukan itu selama bertahun-tahun kan. Ayah berubah enggak? Kalau ibu bisa ngebelain Ayah, bisa perjuangin Ayah sampai segitunya, Tari cuma pengen Ibu tau, ini cara Tari perjuangin Ibu.’ – Tari


Dialog dari filem Bolehkah Sekali Saja Kumenangis mendukung screenplay filem dengan sebaiknya. Sinematografi dan music latar menjadi sinergi yang bagus untuk wujudkan suasana sedih dalam hidup Tari dan Baskara. Walaupun Prilly dan Dikta tak ada chemistry yang kuat untuk babak mereka berdua tapi okay lah sebab moment tu tak banyak. Lagi seronok tengok friendship Tari dengan Dimas (Antonio Blanco Jr.) sebab natural dan comel. Relaks je Dimas berlakon depan Pras walaupun dia takut dengan ayah Tari. 

Overall it’s a good film dengan tema kekeluargaan dan kehidupan and you guys should watch it on Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.9/10

Dalam semangat Ramadan dan Aidilfitri, Pusat Beli-belah Alamanda Putrajaya mengukuhkan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan meraikan anak-anak yatim dan kurang bernasib baik dari Yayasan Anak Yatim dan Kebajikan Murid Islam Semenyih (YAYAKEM).

Seramai 41 orang anak-anak YAYAKEM berusia antara 9 hingga 12 tahun hadir ke Alamanda untuk menikmati pengalaman membeli-belah persiapan raya di mana mereka memilih sendiri pakaian dan kasut raya baharu yang ditaja oleh rakan niaga seperti Bata. Majlis ini menjadi lebih istimewa apabila mereka turut menerima sumbangan duit raya daripada Alamanda dan TUCZ.


Suasana menjadi lebih bermakna apabila anak-anak YAYAKEM diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama para media, tetamu kehormat dan pengurusan Alamanda.

Menurut Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, “Sebagai pusat beli-belah utama di Putrajaya, Alamanda memainkan peranan penting dalam memupuk semangat prihatin dan kebersamaan dalam komuniti. Melalui inisiatif seperti ini, kami berharap dapat menyuntik sinar keceriaan kepada mereka yang kurang berkemampuan, terutamanya kanak-kanak yang tidak berpeluang menikmati suasana Ramadan dan Syawal seperti rakan sebaya mereka.”

Encik Muhammad Hanafi Bin Jalalludin, Naib Yang Dipertua YAYAKEM turut meluahkan rasa terima kasih atas inisiatif ini yang membolehkan anak-anak yayasan tersebut menikmati sambutan Aidilfitri yang lebih bermakna tahun ini.

Selain program CSR, Alamanda turut menghidupkan kempen Hari Raya 2025 dengan hiasan bertemakan Maghribi yang menampilkan rona biru diraja dan emas di Centre Court. Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tarian Zapin dan Tarian Arab pada hujung minggu serta aktiviti ‘Moroccan Glass Painting’ untuk ahli VIKids.

Sebagai tambahan, pengunjung yang berbelanja RM700 dan ke atas akan menerima satu set Sampul Raya dan balang kuih kaca, manakala pembelian RM1,500 dan ke atas akan menerima tambahan e-Baucar Alamanda bernilai RM50.

Kempen ini turut menyokong kesedaran kesihatan mental melalui jualan 'Green Ribbon Pin' yang boleh didapati sepanjang tempoh promosi. Untuk info lanjut dan terkini, layari www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre. 

**************************************

Mengenai Pusat Beli Belah Alamanda 

Pusat Beli-belah Alamanda, dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd, mempunyai keluasan lantai kasar 1,056,000 kaki persegi dengan keluasan boleh disewa bersih 921,443 kaki persegi. Dengan kira-kira 12 juta pengunjung setiap tahun, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai kemudahan termasuk dua bangunan parkir khas (3,000 petak parkir), kemudahan mesra OKU, dan surau. Direka sebagai syurga membeli-belah di tengah-tengah Putrajaya, Alamanda menyajikan pengalaman ‘Easy, Vibrant Shopping’.

Selain runcit, Alamanda juga merupakan pusat gaya hidup dan hiburan yang dinamik. Tarikan terbaru, Escape Putrajaya di Esplanade, adalah taman pengembaraan luar seluas 151,548 kaki persegi yang dibangunkan dengan kerjasama Sim Leisure Group Ltd. Direka untuk menggabungkan elemen pengembaraan dan alam semula jadi, taman ini menawarkan pengalaman yang mengujakan dengan tarikan seperti Zip Coaster, Flying Lemur, Banana Flip, Slingshot, Coco Climb, dan banyak lagi. Ia menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman hiburan, Alamanda kini menampilkan 10 ruang pawagam TGV Cinemas yang mesra keluarga serta pusat boling U-Bowl X yang diperluas dengan 26 lorong, menawarkan lebih keseronokan kepada pengunjung.

Dengan Centre Court yang luas di bawah siling berkubah kaca yang menakjubkan, Alamanda menjadi lokasi ideal untuk pelbagai acara, menarik minat pengunjung serta bakal penyewa. Reka bentuknya yang mesra keluarga turut dilengkapi travelator untuk memudahkan pergerakan stroller dan kerusi roda, akses runcit yang lancar, serta susun atur dua tingkat yang unik bagi memastikan aliran pengunjung yang lebih selesa.

Movie Review | Sky Force (2025)

Thursday, 20 March 2025


Directors: Sandeep Kewlani, Abhishek Anil Kapur
Writers: Sandeep Kewlani, Aamil Keeyan Khan, Carl Austin, Niren Bhatt
Cast: Akshay Kumar, Veer Pahariya, Sara Ali Khan, Nimrat Kaur
Production Companies: Jio Studios, Maddock Films, Leo Films UK Production
Distributors: PVR Inox Pictures, Amazon Prime Video
Genre: Action / Drama
Running Time: 125 minutes
Release Date: 24 January 2025
Trailer:


Berlatarkan tahun 1971 di mana kem tentera udara India diserang oleh tentera Pakistan kemudiannya berjaya menangkap seorang juruterbang bernama Ahmed. Wing Commander K.O. Ahuja (Akshay Kumar) ditugaskan untuk menyoal siasat Ahmed lalu mendapat tahu tentera tersebut dianugerahkan pingat kebesaran kerana menembak tentera udara India dalam perang yang berlaku pada tahun 1965. 

Berpatah balik ke tahun 1965, Ahuja dan anak buahnya, T.K. Vijaya (Veer Pahariya) berlatih di markas Adampur. Vijaya a.k.a Tabby dikenali dengan perangainya yang suka melanggar protokol namun terlepas kerana dia mempunyai kemahiran mengendalikan pesawat yang cemerlang. Ahuja dan Tabby mempunyai hubungan yang rapat kerana perangai Tabby seakan sama seperti mendiang adiknya, Manu. 


Ketua mereka, David Lawrence memaklumkan Amerika Syarikat menghantar 12 unit pejuang Star Striker kepada tentera udara Pakistan sekaligus meletakkan mereka di posisi yang terancam bila Kerajaan India masih lagi teragak-agak untuk meluluskan dana untuk menaiktaraf fasiliti ketenteraan. Namun Ahuja menenangkan ahli skuad yang lain dengan menerangkan betapa pentingnya kemahiran dan strategi dalam peperangan. 

Perkara yang merisaukan Tabby dan tentera yang lain mula menjadi nyata bila mereka mendapat intel di mana Pakistan merancang untuk menyerang markas mereka. Sebagai negara yang mengamalkan konsep cintakan keamanan, markas tentera Adampur diserang dan mengakibatkan beberapa orang tentera cedera parah dan meninggal dunia. Ahuja mencadangkan supaya India membuat serangan balas kepada tentera udara Pakistan.   


Filem terbitan Maddock Films sepatutnya ditayangkan pada tahun 2024 namun kemudiannya ditunda ke awal Januari 2025. Masa tengok trailer dah excited nak pergi tengok dekat wayang sebab ada stunt yang menarik dipaparkan dari Sky Force tapi batalkan niat bila dapat tahu watak Tabby ditangkap oleh pihak musuh. 

Tak faham kenapa produser pilih untuk reveal babak ni dalam lagu Kya Meri Yaad Aati Hai padahal dia boleh promote Sky Force guna lagu Tu Hain Toh Main Hoon dan Rang. Mungkin Maddock Films tak nak terlihat sama dengan filem Fighter (2024) arahan Siddharth Anand yang release pada bulan Januari 2024 tapi masa tayangan perdana, filem Sky Force tetap diasak dengan soalan yang sama. 


Berbalik kepada Sky Force yang mengangkat kisah sebenar the unsung hero T.K. Vijaya dalam perang kedua India-Pakistan pada tahun 1965, naskhah arahan Sandeep Kewlani dan Abhishek Anil Kapur mempunyai jalan cerita yang padat dengan aksi dan emosi. Mungkin tak stylish macam Fighter dengan kekangan bajet untuk paparkan suasana sebenar melalui bantuan VFX tapi masih bagus sebagai sebuah cerita. 



Lakonan Veer Pahariya yang debut melalui Sky Force menyerlah sama bagus dengan pelakon senior seperti Akshay Kumar. Chemistry Veer dengan Sara Ali Khan mencuri perhatian dalam babak-babak mereka bersama. Mungkin sebab sebelum ni pernah bercinta jadi sedikit sebanyak membantu but they really looks good together. Antara semua co-star Sara, Veer dan Sushant boleh create romantic vibe tu.

 
Kali kedua Akshay berlakon dengan Nimrat Kaur sebagai pasangan suami isteri selepas filem Airlift (2016) dan gandingan mereka membuahkan keharmonian pada jalan cerita. Tak banyak pun screentime Nimrat tapi setiap kali muncul tu dia boleh legakan tension pada yang ada pada watak Ahuja. Lakonan Akshay pun tak beria nak menonjol lebih dari orang lain, deliver sama seperti apa yang watak dia perlukan. 

Walaupun filem ni bersifat patriotik tapi tak banyak babak yang preachy ataupun sengaja merendahkan pihak lawan. Sky Force menceritakan dengan baik bagaimana strategi Tiger menumpaskan pihak lawan menggunakan pesawat lama dan peluru juga minyak yang dicatu. Watak Ahmed pun diberi ruang yang cukup untuk membantu watak Ahuja mencari Tabby. Ada beberapa babak macam tak perlu dimasukkan sebab draggy sedangkan ada banyak ruang boleh diberikan kepada ahli skuad yang lain. 


Dalam filem ni bukan Pakistan menjadi watak antagonis sebaliknya prinsip dan kelemahan sistem Kerajaan India sendiri. Kesian lah dekat keluarga Tabby sebab tertunggu-tunggu kepulangan Tabby padahal dah berkorban untuk negara tapi lain pula layanan yang diberi. Vibe Sky Force sama macam Baby (2015) atau Veer-Zara (2000). 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Skintific Matte Fit Serum Sunscreen

Wednesday, 19 March 2025

 
Benda paling tak suka pakai dekat muka ialah sunscreen tapi haritu tergerak nak beli Skintific Matte Fit Serum Sunscreen ni sebab packaging dia warna purple. Memang tengah mencari sunscreen baru sebab yang sedia ada tak best pakai dan dah nak habis dah pun, so why not try produk baru kan?
 
 Ingredients: 
 


Aqua, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Butylene Glycol, Methyl Methacrylate Crosspolymer, Ethylhexyl Triazone, Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Glycereth-26, Ethylhexyl Palmitate, Isononyl Isononanoate, Dimethicone, Fomes Officinalis Extract, Cetyl Alcohol, Glyceryl Stearate, 1,2-Hexanediol, Sorbitan Oleate, Silica, Hydroxyacetophenone, Sodium Polyacrylate, PEG-75 Stearate, Acrylates/​C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Potassium Cetyl Phosphate, Tocopheryl Acetate, Ceteth-20, Steareth-20, Ectoin, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, BHT, Sodium Hydroxide, Xanthan Gum, Gentiana Scabra Root Extract, Phenoxyethanol, Disodium EDTA, Tocopherol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Zinc Pca, Pentylene Glycol
 
 
 
Skintific claim sunscreen dia berbeza dari sunscreen yang lain sebab tekstur yang ringan dan all-day defense. Kalau buat heavy outdoor activities je perlu topup 2 jam sekali tapi I yang selalu terperap dekat office boleh pakai sekali apply je untuk sehari. 
 
Of course lah masa beli tu ada keraguan juga sebab takut tekstur dia tak best tapi betul lah macam Skintific claim tu, tekstur sunscreen dia memang light dan tak greasy. Picit sunscreen sampai 2 jari panjangnya pun tak melekit. Easily blend and quickly absorb after apply dekat muka.

Bau sunscreen ni tak lah kuat sangat walaupun ada ekstrak oat dan tak favour sangat dengan bau dia. Selalunya lepas apply sunscreen, I akan pakai foundation so tak akan ada isu bau memandangkan tekstur dia lembut je. Lepas dah habis satu tube ni I beli brand lain sebab nak try  brand lain just to compare which is better sebab harga Skintific Matte Fit Serum Sunscreen a bit pricey dengan kuantiti 30g tu. 

Kalau tak ada yang ngam dengan kulit macam Skintific Matte Fit Serum Sunscreen ni, mungkin akan berpatah balik juga macam cushion dia hshshs

MEMASAK, BERKONGSI & MEMBERI: MONDELÄ’Z INTERNATIONAL SEMARAKKAN KEBAIKAN DI BULAN RAMADAN | Cadbury Dairy Milk menyatukan rakan kongsi, warga kerja dan rakyat Malaysia untuk menyebarkan harapan dan sokongan kepada komuniti yang memerlukan

Sempena bulan Ramadan yang sinonim dengan belas ihsan, masyarakat akan bersatu hati membantu mereka yang kurang bernasib baik. Bagi menjiwai semangat ini, Mondelēz International (Malaysia), melalui jenama ikoniknya, Cadbury Dairy Milk, menyatukan rakan kongsi, warga kerja, dan rakyat Malaysia untuk menghulurkan sokongan kepada komuniti yang kurang berkemampuan di seluruh negara.

Menerusi pelbagai inisiatif di bawah kempen #MDLZPrihatin, Cadbury Dairy Milk membawa perubahan yang bermakna sepanjang bulan suci ini dengan membuat kuih, memasak dan berkongsi rezeki. Daripada menyediakan juadah bagi golongan memerlukan sehingga memperkasakan usahawan kuih kecil-kecilan, inisiatif ini akan memberi manfaat kepada ribuan individu dari keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara.

#MDLZPrihatin merupakan komitmen jangka panjang Mondelēz International (Malaysia) dalam memperkasa komuniti yang kurang berkemampuan, didorong oleh dedikasi warga kerja, pelanggan, dan rakan kongsinya. Inisiatif ini memberikan bantuan bersasar dalam bentuk kebajikan, pendidikan, pembangunan kemahiran, pemerkasaan wanita, serta keusahawanan. Sejak dilancarkan tahun lalu, ia telah memberi manfaat kepada lebih 45 komuniti dan 4,800 individu di seluruh Malaysia.

Antara teras utama kempen ini ialah ‘ Kuih Raya Dari Hati ’, program tahunan Cadbury Dairy Milk yang diteruskan dengan kerjasama Yayasan MyKasih. Tahun ini, kumpulan wanita dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai dan Lembah Subang sekali lagi berpadu tenaga untuk menghasilkan kuih raya demi tujuan kebajikan sambil menjana pendapatan tambahan menjelang Raya.

Kesemua pembuat kuih ini merupakan ibu tunggal daripada keluarga berpendapatan rendah. Kali ini, mereka berazam menghasilkan 454,400 keping Tart Coklat Cadbury – tiga kali ganda jumlah yang membawa mereka ke dalam ‘Malaysia Book of Records’ pada tahun lalu. Sebahagian kuih Raya ini akan disumbangkan kepada komuniti kurang bernasib baik, manakala selebihnya akan diedarkan sebagai sampel dan hadiah bersama setiap pembelian coklat Cadbury Dairy Milk, bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati air tangan kasih sayang mereka.


“’Kuih Raya Dari Hati’ telah menjadi satu tradisi bermakna bagi kami bagi meraikan semangat Ramadan dan Raya. Selama lima tahun ini, program ini telah melahirkan banyak kisah inspirasi, yang mengingatkan kita bahawa kemurahan hati bukan sekadar satu nilai murni, tetapi juga kuasa yang menyatukan kita semua,” kata Ketua Pemasaran MondelÄ“z International (Malaysia), See Mei Sin.

“Selama 75 tahun, Cadbury Dairy Milk telah menjadi sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia, berkongsi kegembiraan, dan memperkaya kehidupan dari generasi ke generasi. Dedikasi dan ketabahan para pembuat kuih inilah yang memberi inspirasi kepada kami untuk melangkah lebih jauh tahun ini. Jadi, kami akan meningkatkan usaha dan mengukuhkan kerjasama kami untuk mencapai komunti yang lebih luas,” tambah beliau.

Menghidangkan Juadah, Menyuburkan Harapan

Selain menyokong pembuatan kuih Raya, Cadbury Dairy Milk turut berganding tangan dengan pelbagai organisasi sepanjang bulan Ramadan untuk menyediakan hidangan panas kepada mereka yang memerlukan. Bagi ramai orang, terutamanya yang kurang berkemampuan, satu hidangan panas ketika berbuka membawa makna yang cukup besar.

Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, Cadbury Dairy Milk bekerjasama dengan Pertiwi Soup Kitchen untuk menaja penyediaan 10,400 hidangan, bagi memastikan golongan yang memerlukan di sekitar Medan Tuanku, Jalan Raja Laut, Anjung Kembara, dan Chow Kit dapat menikmati juadah berkhasiat ketika berbuka dan sahur.

Selain itu, Cadbury Dairy Milk turut memberi sokongan padu kepada acara #KitakanJiran Ramadan Cookout anjuran Lotus’s Kajang, di mana sukarelawan dari kalangan kakitangan MondelÄ“z International (Malaysia) akan turut serta menyediakan dan mengagihkan juadah berbuka, serta beg cenderahati yang berisi coklat kepada 100 kanak-kanak.

Dalam semangat kebersamaan, Cadbury Dairy Milk mengajak rakyat Malaysia untuk turut serta dalam usaha kebajikan menerusi program Cadbury Kongsi Berkat. Bersama MYDIN dan Lotus’s, jenama ini memudahkan orang ramai untuk berkongsi rezeki dengan cara yang mudah namun bermakna.

Pelanggan boleh membeli dan menyumbangkan makanan tahan lama di Stesen Kebaikan #CADBERI, yang dilengkapi dengan tong derma di 24 cawangan MYDIN dan 23 cawangan Lotus’s terpilih di seluruh negara. Semua sumbangan akan disalurkan kepada Food Aid Foundation dan MYDIN Prihatin bagi memastikan ia sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Sebagai tanda penghargaan, setiap penderma yang berkongsi gambar sumbangan mereka akan menerima coklat Cadbury Dairy Milk secara percuma – sebagai peringatan manis bahawa setiap kebaikan, walau sekecil manapun, mampu mencetuskan keceriaan.

Untuk maklumat lanjut tentang Cadbury Kongsi Berkat dan rangkaian peruncit yang mengambil bahagian, sila layari: bit.ly/cadburyxlotus or bit.ly/cadburyxmydin.

Movie Review | Shark: The Beginning (2021)

Tuesday, 18 March 2025


Director: Chae Yeo-Jun
Writers: Woon (webcomic), Kim Woo-Seob (webcomic)
Cast: Wi Ha-joon, Kim Min-suk, Kim Ji-min, Won-Chang Jung
Production Companies: Studio Lululala, Toyou's Dream
Distributor: TVING
Genre: Action / Drama
Running Time: 108 minutes
Release Date: 17 June 2021 
Trailer:


Naskhah Shark: The Beginning bermula dengan babak Cha Woosol (Kim Min-suk) dibuli oleh Bae Seokchan (Jung Wonchang) yang baru berpindah ke sekolah tersebut. Woosol pernah dibuli teruk oleh pelajar tersebut dan sekali lagi menjadi target apabila pembulinya berpindah masuk. Tertekan dengan situasi tersebut, Woosol tikam mata Seokchan lalu didakwa bersalah kemudiannya dihantar ke penjara juvana. 

Di sana Woosol berjumpa dengan Jung Dohyun (Wi Hajoon), bekas atlet MMA yang dipenjarakan kerana membunuh pembunuh keluarganya. Jung dohyun tidak diganggu oleh sesiapapun di penjara tersebut kerana mempunyai kemahiran berlawan yang bagus memandangkan dia beberapa kali menjadi juara dalam pertandingan MMA. 


Tak ada bezanya berada di luar atau di dalam penjara kerana Woosol juga dibuli oleh banduan yang lain. Seokchan pula menambah tekanan tersebut dengan mengugut akan membalas dendam terhadap perbuatan Woosol sebaik saja dia keluar dari penjara nanti. Woosol merayu kepada Jung Dohyun supaya melatih dia sehingga jadi kuat dan tegap sama seperti Dohyun. 

‘Sharks…. they don’t have swim bladders, if they stop swimming, they will die. That’s why they keep moving. You are the same with sharks.’ – Jung Dohyun


Filem yang mendapat tayangan perdana di Filem Festival Florence Korea arahan Chae Yeo-Jun merupakan adaptasi dari webtoon dengan tajuk yang sama, karya ilustrasi Woon dan Kim Woo-Seob. Filem aksi drama Shark menggunakan ancaman dari pihak lawan sebagai permulaan plot utama lalu membawa dua watak utama berjumpa. Walaupun Wi Ha-joon bertindak sebagai watak kedua yang mendukung perkembangan Kim Min-suk tapi lakonan dia memberi impak dan mencuri perhatian sejak muncul di awal erita sehingga ke pertengahan. 

Tak faham kenapa watak Jung Do-hyun dan Woo-sol didakwa sebagai bersalah sedangkan kedua-duanya self defense. Watak Do-hyun lah paling kesian sebab buat rayuan pun kalah kemudian sambung ke penjara dewasa. Mungkin akan diceritakan dalam sekuel nanti atau mungkin pengarah drop hints untuk paparkan kejahatan pihak lawan Do-hyun. Korea Selatan kan terkenal dengan rasuah jadi tak hairan lah kalau ada unsur itu dalam filem Shark: The Beginning. 


Walaupun alur cerita Shark: The Beginning tak jauh beza dengan naskhah lain tapi kekuatan lakonan dan dinamik Wi Hajoon dengan Kim Min-sol yang layak diberi perhatian. Dari awal lagi dah kasihan dengan nasib hidup kedua-dua watak sebab bernasib malang jadi senang sangat nak connect bila Woosol pergi ke padang untuk minta bantuan Do-hyun. Walaupun dia kena buli dengan D-hyun tapi semua babak tu nampak comel sebab bonding dua watak ni macam adik dan abang. Bila Woosol kena belasah dengan geng lain, kita yang berdoa Do-hyun datang selamatkan dia. I mean its cliché yet enjoyable to watch. 

Character development Woosol nampak ketara bila dekat awal filem dia sebolehnya menghindarkan diri dari geng pembuli di sekolah sebab tak nak jadi target. Masuk penjara pun kebanyakan masanya dia resah dan gelisah sampai badan dia shaking. Masuk second half, dah nampak Woosol yang baru, jalan pun lebih yakin dan berani. 


Action stunt yang dimasukkan dalam Shark: The Beginnning semestinya mendukung genre utama filem dengan babak-babak pergaduhan sesama geng dalam penjara, babak-babak buli yang ditonjolkan di sekolah dipaparkan dengan ganas dan brutal. Penggunaan cahaya dan teknik sinematografi yang cemerlang berjaya menyuntik dan mengukuhkan lagi emosi yang diperlukan. Semua fighting scenes yang dimasukkan pun menghiburkan dan penting untuk perkembangan Woosol sebab dia akan belajar sesuatu dari lawan dia.

Pengarah tak bagi banyak ruang kepada watak Seokchan tapi ugutan yang dia buat lepas keluar hospital masih terngiang sampai ke penghujung cerita. Impak dari babak tu buatkan babak klimaks jadi menarik dan mendebarkan bila Seokchan berlatih dengan mafia ganas di Seoul. Tak boleh nak agak siapa yang akan menang sebab masing-masing sama kuat. 


Nak tahu siapa yang menang kena tengok sendiri lah sebab protagonis menang ataupun tak tetap ada sekuel yang pertemukan dia dengan musuh baru dan lama. Vibe filem Shark: The Beginning ni sama dengan drama Bloodhounds (2023), so kalau suka dengan naskhah tu tak mustahil akan seronok juga layan filem ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

Movie Review | Carry-On (2024)

Sunday, 16 March 2025


Director: Jaume Collet-Serra
Writer: T. J. Fixman 
Cast: Taron Egerton, Sofia Carson, Danielle Deadwyler, Theo Rossi, Logan Marshall-Green, Jason Bateman, Gil Perez-Abraham
Production Companies: Dylan Clark Productions, DreamWorks Pictures
Distributor: Netflix
Genre: Action
Running Time: 119 minutes
Release Date: 13 December 2024
Trailer:


Ethan Kopek (Taron Egerton), seorang pegawai Transportation Security Administration (TSA) di Lapangan Terbang Los Angeles. Sehari sebelum Krismas, teman wanitanya, Nora (Sofia Carson) bagitahu status kehamilan dan pujuk Ethan untuk kejar impian dan cita-cita dia sebagai polis. 

Di tempat kerja Ethan merayu kepada supervisor dia, Phil Sarkowski (Dean Norris) untuk benarkan dia di berada seksyen pemeriksaan bagasi supaya boleh dapat merit untuk kenaikan pangkat. Malangnya ketika syif dia bermula, Ethan dipaksa oleh Traveler (Jason Bateman) untuk menggunakan earbud dan patuh segala arahan yang diberitahu. Tugas Ethan mudah, di mana dia perlu membenarkan sebuah bagasi masuk ke dalam pesawat tanpa endahkan apa isi di dalamnya. 


‘Ethan, today is a day that you’re going to remember for a very long time. But if you handle it right, you’ll have chance to forget it.’ – Traveler 

Ethan curi-curi memaklumkan perkara tersebut kepada rakan sekerjanya, Lionel (Curtiss Cook) tapi dengan mudah rakannya dibunuh dengan aconitine, sejenis cecair yang menyebabkan serangan jatung lalu meninggal dunia di tempat kejadian. Traveler beri amaran supaya tidak bertindak aneh kerana nyawa Nora bakal terancam sekiranya misi Ethan gagal. 


Sementara Ethan bergelut dengan situasi genting di lapangan terbang, Detektif Elena Cole (Danielle Deadwyler) dari Los Angeles Police Department (LAPD) menyiasat tentang kematian seorang lelaki di green house. Dia dibakar sehingga rentung namun Detektif Elena terjumpa sekeping SD card dan minta pihak forensik retrieve data dari kad memori tersebut. 

Dari SD Card yang dijumpai, data yang sama diperolehi oleh Ethan di lapangan terbang di mana serangan kimia, Novichok akan dilakukan dalam sebuah pesawat yang akan berlepas pada malam Krismas. Berjaya tak Ethan dan Detektif Elena menghentikan serangan tersbeut kena tengok lah dekat Netflix. 


Filem aksi yang mendebarkan arahan Jaume Collet-Serra menampilkan bintang terkenal dari franchise Kingsman, Taron Egerton sebagai pelakon utama. Alur jalan cerita Carry-on dibina dengan baik dari first half sehingga ke babak pergelutan dan genting antara protagonis dan antagonis demi menyelamatkan semua penumpang dari serangan kimia yang berbahaya. 

Walaupun kita tahu background Ethan Kopek ada kemahiran berlawan dan training sebagai polis tapi penulis tak dedahkan identiti Traveler yang bekerja bersama orang lain. Yang pastinya pihak antagonis ada kelebihan untuk mengawal keadaan so tak boleh nak agak apa akan jadi dekat babak seterusnya. Tak ada babak yang dibazirkan pun dan semua watak yang dimasukkan function teruk. 


Sinematografi dari Lyle Vincent mewujudkan suasana sebenar di lapangan terbang pada musim perayaan, sesak dengan orang yang bergegas ke terminal, riuh-rendah penumpang di mesin pengesan dan banyak lagi. Traveler pilih hari yang sesuai untuk bertindak sebab agak mustahil untuk lapangan terbang berhentiberoperasi tanpa buatkan ramai pihak panik dan kecoh. Music score dari Lorne Balfe mendukung perjalanan sinematik Carry-on dengan cemerlang. 

No wonder lah filem Carry-on dapat tontonan tertinggi di Netflix masa Krismas sebab banyak babak menarik dan mendebarkan cuma ada beberapa loophole sebab rakan sekerja dia dekat mesin belakang tu tak perasan langsung Ethan bercakap seorang diri padahal Eddie (Gil Perez-Abraham_ boleh perasan Ethan berperangai pelik dari jauh lagi. 


Masa sniper (Theo Rossi) acu laser dekat Nora, kenapa tak ada yang perasan bitnik merah dekat muka dia? Padahal ramai yang lalu pada jarak yang dekat. Kalau tahi lalalat atau jerawat orang kita boleh nampak takkan lah bintik merah laser tak boleh nampak. 

Anyway, Carry-on is a good and entertaining movie for a weekend watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.6/10