Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Bertandang Ke Rumah Terbuka CTDK Holdings Sdn Bhd

Monday 30 May 2022

 

Minggu lepas dapat undangan ke Rumah Terbuka CTDK Holdings Sdn Bhd memandangkan syarikat kepunyaan Dato K dan Dato Siti Nurhaliza ni adalah top client kepada firma Ram Reza & Muhammad. Sepatutnya Danial yang pergi tapi disebabkan dia MC, terpaksa lah gantikan tempat dia sebab dah RSVP 4 seats. 


Rumah Terbuka CTDK Holdings Sdn Bhd ni diadakan di Glamhall Damansara, Neo Damansara pada hari Jumaat bersamaan 26 Syawal 1443 dari jam 11.30 pagi sehingga jam 5 petang dengan tema Baju Raya. 

Kalau ikutkan nak pergi rumah terbuka CTDK ni jam 2 petang sebab Tokti hadir waktu tu tapi disebabkan hari yang sama dan masa yang sama ada Jamuan Raya dekat HQ jadi kena anjak sikit lah masa tu. Lepas selesai solat Jumaat dan bergambar dekat HQ baru bergerak ke Glamhall. 




Nasib baik lah jalan tak jam, sempat la sampai dalam masa 15 minit je. Nak cari parking pun senang sebab staff CTDK dah bagitahu level mana yang kosong. Masa sampai tu Aina Abdul dah bergerak nak balik. Nak bergambar pun tak sempat sebab dia macam rushing nak ke open house yang lain pulak. Meja untuk Ram Reza & Muhammad dekat bahagian depan sekali, meja no. 9 betul-betul depan stage. Semeja juga dengan Lan Solo dan wife dia. 



Masa sampai tu nampak Nabila Razali dekat atas stage bergambar dengan Tokti lepas habis perform. Kemudian ganti pula dengan DOLLA perform lagu Raya, Raya, Raya. Ramai ye dekat depan stage ni sampai terpaksa angkat hp tinggi untuk record atau ambil gambar. Lepastu lenguh tangan. 


Masa pergi open house CTDK Holdings Sdn Bhd ni dah boleh agak dah yang takkan dapat bergambar dengan Tokti sebab busy nau dia ke sana ke sini layan artis yang datang dengan jadi hos untuk performance petang tu. So kita ambil gambar curi macam ni je lah. 



Dato K pun dari meja ke meja melayan tetamu yang datang hari tu. 

Dato K & Managing Partner Ram Reza & Muhammad, En. Nor Hisham

Adib Khalid, Azief Khalid & En. Nor Hisham


Glamhall ni luas lah jugak dengan lantai deko marble hitam putih. Banyak juga meja boleh muat dalam satu majlis. Makanan untuk rumah terbuka ni diletakkan di bahagian belakang tapi untuk meja VIP ada Nasi Beriyani dengan Ayam Masak Merah tak silap. Tak ingat ada makanan apa sebab makan sikit je lepastu pergi bergambar dengan artis. Bukan selalu nak jumpa artis kan hekhek. Semua makanan ni disediakan oleh Ozzie Cafe Malaysia. Nasi beriani dia sedap, totally recommended! 




Habis makan terus bergambar dengan DOLLA itupun hampir tak dapat sebab DOLLA dah nak bergerak ke tempat lain pula. Manager dia dah suruh cepat gerak. Nasib baik lah DOLLA baik jugak melayan sebab dua kali try bergambar tapi tak dapat sebab ramai yang nak bergambar jugak. Tabby comel sangat pakai baju kurung. 


Habis bergambar dengan DOLLA, pergi kacau meja Alif Satar pulak! Happy dapat jumpa Alif sebab sebelum ni Web TV invite ke set penggambaran movie baru Alif tapi tak dapat nak pergi lah sebab kerja. Diorang shooting dekat Langkawi, kalau dekat KL atau Selangor boleh lah singgah kejap. I bagitau Alif nanti kita jumpa lagi dekat movie screening. 


Alif : See you soon, Farhana! 
Me : Okiesssssss :D


Dah hujung acara tu staff CTDK Holdings bergambar sebelum Tokti pergi berjumpa dengan media untuk sesi temubual. Nak menyelit bergambar pun tak sempat sebab media ramai sangat. 



Sebelum balik tu ternampak Amar Baharin dengan Amyra Rosli keluar dari dewan. Terus ajak bergambar sekali. Amyra Rosli dah la cantik, lembut je suara dia bila bercakap. Amar pun sama. 


Terserlah betul kependekan tu ye bila bergambar sebelah Amar Baharin ni. Pakai kasut bertumit pun tak mampu nak jadi tinggi. Habis bergambar kitorang pun berangkat pulang sebab majlis pun dah habis. Tu je lah sedikit sebanyak yang mampu nak simpan sebagai kenangan dekat blog ni. Happy dapat jumpa semua selebriti dekat sini dan happy juga dapat jemputan ke rumah terbuka CTDK Holdings Sdn Bhd ni. Terima kasih Dato K, Tokti dan semua staff yang baik melayan tetamu :)

Jamuan Raya Ram Reza & Muhammad 2022

Saturday 28 May 2022

Lepas 2 tahun tak dapat beraya dekat HQ sebab pandemik, tahun ni Alhamdulillah ada rezeki beraya sama-sama dekat Ram Reza & Muhammad Setapak. Awal lagi dah dapat tarikh untuk buat majlis jamuan raya ni. 

Setiap department pun dah discuss nak bawa makanan tambahan apa sebab HQ dah sediakan dua menu utama untuk semua. Sampai je dekat HQ tengahari tadi terus tolong diorang hidang makanan dekat meja buffet. Thanks to Ms Aida sebab pinjamkan set pinggan mangkuk dia yang cantik lepastu bawa bunga hiasan untuk letak dekat meja. Bila ambil video untuk IGstory nampak cantik sangat dengan background music Raya Raya Raya - DOLLA. 


Kalau ikutkan tentatif program, majlis bermula jam 12 tengahari sampai jam 3 petang sebab buat hari Jumaat jadi kena bagi laluan untuk solat Jumaat. Jam 3 petang sampai jam 6 petang tu buat mesyuarat Ram Reza & Muhammad sebab kali terakhir buat mesyuarat masa bulan Oktober 2021. 

Patutnya tak boleh biarkan lama sangat sebab law firm ni sentiasa bertukar orang terutamanya chambering student jadi tak nak lah ahli baru ketinggalan dan tak kenal warga RRM dari cawangan lain. Nak buat event pun dah susah sekarang, memang interaction tu di tahap minima je. 


Sama jugak lah masa jamuan raya ni pun ramai muka baru sama ada staff ataupun chambering student. Masa ni lah nak beramah mesra pun, tanya latar belakang serba sikit. Memandangkan ramai yang baru, mesyuarat mula awal untuk sesi perkenalan semua warga RRM. Nama dengan jawatan je supaya tak ambil masa lama sebab masing-masing dah bau makanan sedap dekat sebelah. 





Menu utama untuk jamuan raya dekat HQ tahun ni pakai tema orang Pantai Timur sebab ada Nasi Dagang dengan Nasi Kerabu. Happy dapat makan Nasi Kerabu ni sebab ada solok lada. Ayam bakar pun sedap! Kira puas hati sangat lah sebab ada complete set untuk Nasi Kerabu. Nasi Dagang pula seller bagi ikan tongkol besar. Gulai dia pun sedap. 


Selain Nasi Kerabu dengan Nasi Dagang, ada juga lemang, nasi impit kuah kacang, satay ayam dengan daging, takoyaki, tauhu begedil, peach strudel, tapai ubi, risoles, cheese tart, brownies dengan buah. Haaaa banyak sangat pun susah jugak sampai tak tahu nak pilih mana satu untuk makan. 



Lepas makan semua pakat bergambar dekat ruang depan sebab lighting cantik. Memandangkan tripod tertinggal dekat office, terpaksa lah guna khidmat orang lelaki tapi Kak Ieda dah pesan siap-siap - 'Make sure kitorang semua nampak kurus ye!'

Masak lah En. Fendy nak pastikan semua puas hati sebab ada 14 orang letak harapan nak nampak kurus dalam gambar walaupun lemak raya bersepah. Glad it turns out prettyyyyyyy!



Team Admin - Atie, Nurul, Ain, Rina, Kak Ida, Melody


And of course gambar rasmi Jamuan Raya Ram Reza & Muhammad tahun 2022....


Rumah Terbuka Ram Reza & Muhammad Kuala Terengganu

Jamuan Raya Ram Reza & Muhammad Penang

Terima kasih Ram Reza & Muhammad HQ buat jamuan raya untuk tahun ni. Happy dapat makan sedap, dapat kenal warga RRM yang baru dan happy jugak dapat beraya sama-sama tahun ni walaupun tak dapat pergi Rumah Terbuka RRM Penang dengan Kuala Terengganu. Tapi bak kata orang jauh di mata, dekat di hati. Semoga ada rezeki dapat berkumpul ramai-ramai macam sebelum pandemik dulu :)

Small Birthday Gift For Mia!

Friday 27 May 2022

Semalam dapat tahu birthday chambering student dekat RRM Oasis ni jatuh hari Jumaat tapi memandangkan Mia dah apply cuti sebab abang dia nak kahwin jadi kitorang plan untuk belikan Starbucks je. 


Nak order kek pun takut membazir sebab ada kitorang 4 orang je dekat office. Yang lain busy dengan meeting dekat luar office. Kalau beli whole cake Mia susah nak bawak balik pulak sebab dia dah nak balik kampung malam Khamis tu. Dah dekat Oasis Square ni ada Starbucks je yang hidangkan kek, so kitorang beli Seaside Macadamia White Chocolate dengan kek Triple Chocolate Cheesecake untuk celebrate birthday Mia. 


Nak tanya jugak Mia suka makan kek perisa apa tapi nanti obvious lah kan nak celebrate so kita play safe dengan beli kek coklat. Drinks pula sebab tak pernah tengok Mia minum coffee, jadi beli lah yang tu sebab dia pernah minum perisa tu. Pernah jugak try rasa Seaside Macadamia White Chocolate ni, not bad lah sebab cantik satu hal, rasa dia pun sedap dekat tekak. Lebih kurang minum air coklat tapi ni coklat putih lepastu ada rasa berlemak kacang macadamia. 

Kitorang tak celebrate beria pun just nyanyi lagu Happy Birthday je lepastu bagi Starbucks. Itupun dia dah nak nangis dah sebab katanya family dia tak sempat nak celebrate. Memasing busy dengan kenduri tu nanti sampai Ahad. Ni je lah yang kitorang mampu bagi sebab tahu last minute. Happy birthday Mia! 

First Time Join Selangor Bar Election

Thursday 24 February 2022

Isnin lepas kena suruh masuk meeting sebab Managing Partner buat keputusan nak join Selangor Bar Election 2022/2023. Kira ni first time lah mengundi secara atas talian sebab sebelum ni mengundi secara fizikal masa Annual General Meeting. 


I dapat tugas buat poster untuk calon dengan manifesto. Jenuh jugak lah fikir nak letak manifesto apa sebab tak pernah tahu pun apa masalah dekat Selangor Bar. Sudahnya ambil masalah general je. Nak buat poster bukan susah pun. Bukak je lah Canva lepastu ambil contoh flyers dekat situ. Mudah betul hidup sekarang ni haha.

Lepas dah siap poster terus blast dekat semua email dengan Whatsapp number semua peguam dekat Selangor. Part ni susah jugak lah sebab ada number yang dah tak aktif. Ada peguam yang dah berpindah ke Kuala Lumpur atau kawasan lain. Kalau ikutkan pengiraan, dapat dalam 150 orang dah boleh menang. Nampak macam sikit tapi sebenarnya susah jugak nak dapat angka tu. 

Masa hari Rabu tu awal pagi lagi dah get ready semua device untuk penamaan dan voting session. Semua partners dari HQ datang even HR pun join sebab wakilkan partners lain bila some of them ada meeting dengan client. Sama lah dengan I jadi wakil partner RRM yang lain. Sepatutnya AGM mula jam 2.15 petang tapi kena anjak sampai 3.30 petang sebab nak bagi semua orang masuk dalam Zoom. 


Sementara menunggu tu ramai lah yang berborak dekat ruang Chat tapi admin tutup pulak kat situ. Lepastu diorang berborak dekat ruang Q&A pulak. AGM mula dengan ucapan Presiden Selangor Bar, Ms. Kokila Vanee lepastu agenda berbangkit. Masa tu dah mula keluar sesi mengundi untuk teruskan Annual Subscription ataupun tak.

Masa ni dah ramai yang tak dapat masuk dekat link yang admin share dekat ruang Chat tu. Ada yang kena refresh, ada yang kena log in semula untuk undi. Terpaksa lah admin tu share link banyak kali supaya semua dapat mengundi. 

Bila jadi macam ni dah mula risau la kitorang sebab takut masa sesi mengundi Committee nanti ada masalah yang sama. 


Menginjak ke jam 4 baru sesi penamaan untuk Presiden Selangor Bar dibuka. Sama macam 3 tahun sebelumnya, Ms Kokila Vaani dapat undian tertinggi. 


Settle part tu masuk pula sesi mengundi untuk Commitee Members. Haaa masa ni berdebar lah sebab nak buat penamaan calon untuk 5 orang calon kat dalam poster tu. Ikutkan perancangan asal, buat penamaan calon 1 lepastu 5 minit tempoh masa diberi untuk mengundi. Tapi entah kenapa admin ubah sistem pulak, they have decided untuk kumpul semua penamaan lepastu undi berjemaah. 

Lama jugak kena tunggu sampai satu jam sebab banyak nama yang dicalonkan. Penuh whiteboard dekat belakang admin tu. Sempat jugak lah kitorang rehat untuk solat Asar lepastu makan McD Party Pack sementara sesi undian dibuka. Bila dah kumpul semua calon, admin share link untuk vote di ruangan Chat. Tergelak kitorang satu office tengok senarai calon, nama pengusul dan nama penyokong sebab banyak salah ejaan. 


Hasilnya......

Kitorang dah predict dah tak menang pun tapi yang panasnya kenapa banyak nama calon dapat jumlah bilangan 1 undian sedangkan ramai yang undi. Bila persoalkan dekat ruang Q&A, katanya salah server. Adehhhh kalau macam ni sampai bila lah tak menang. 

Anyway pengalaman manis lah for me and my colleagues. Kecoh semalam menjerit cepat vote sebab masa yang singkat lepastu link pun tak okay. I dah berjaya vote kena pergi tolong yang lain pulak supaya dapat vote jugak. Dah lama tak rasa meriah macam ni sejak PKP. Nasib baik lah Internet kitorang tak buat hal. 

Managing partner ucap terima kasih untuk semua yang terlibat sebab 3 hari all out untuk proses pilihanraya ni. Tak menang tak apa, yang penting biar pihak lawan nampak ada yang nak bawa perubahan dalam Selangor Bar. Insya-Allah tahun depan more prepared. Mana tahu ada rezeki menang pulak kan? :)

Hadiah Perpisahan Mengejut Dari Zahra

Sumpah terkejut bila dapat tahu dari Nazryn yang Zahra nak berhenti lepastu merajuk sebab tahu dari orang lain. Sebab merajuk dapat lah farewell gift dari Zahra haha 


First time jumpa Zahra pun sebab Litigation HQ nak tumpang guna meeting room office sebab client diorang tinggal area Damansara dan taknak travel ke Setapak semata untuk attend meeting. Dari sembang kenal-kenal sampai jadi rapat. Tapi tak lah rapat gila sebab kitorang busy dengan kerja. Bila Zahra datang menyinggah Oasis, kitorang lunch atau dinner sama-sama lepastu berborak panjang (dibaca gossip). So that's why lah tak ada gambar sama-sama. Wait, actually ada masa kitorang buka puasa tahun lepas tapi dekat handphone lama T.T

So nak dijadikan cerita Zahra datang singgah Oasis untuk drop hadiah mengejut ni dengan harapan I suka. Pffttt orang bagi hadiah kot, siapa je tak suka :')

Masa birthday Zahra I pernah bagi hadiah scented candle supaya stress dia berkurang tapi cepat betul scented candle tu habis sebab Zahra selalu stress dengan kerja hshshs. I can't help dah beyond that. 



Dekat dalam gift box ni ada poskad tulisan tangan. Terharu tengok Zahra emphasize My Kak Anna awwww thanks Zahra. :')

Well this proved one thing, selain muka manis, perangai Zahra pun manis juga. I seriously can talk anything with Zahra. We even share secrets together. Bila Zahra berhenti rasa macam hmmm sedih sebab dah tak ada kawan macam dia dah. Yang layan Kpop sama-sama specifically fangirling over Jungkook BTS, yang menyampah dengan lelaki chauvinist and we do have our target to hate, yang layan kopi masa stress haihhh. 

Walaupun kenal setahun lebih je tapi dah boleh rapat and understand each other, kira susah la nak jumpa kawan macam ni kan? Haihhh malas lah sembang panjang kang sedih lagi :(


The reason Zahra left RRM, of course lah sebab dapat better offer and I'm happy she took it walaupun sedih tapi untuk benda baik kan, haruslah support. Tempat kerja baru Zahra pun area KL jugak so in future bila ada rezeki nak jumpa, Insya-Allah berjumpa jugak. I hope this friendship stays forever. Haengbok Haja Zahra 🤍

Bye Bye Team Liti RRM Oasis!

Wednesday 16 February 2022

Bye bye bukan sebarang bye bye lah sebab tengok muka diorang happy je pergi tempat baru. Tahun 2022 ni RRM Oasis makin berkembang bila makin banyak file litigation masuk menjengah. Masa join RRM tahun 2019, ada la dalam 10 file macam tu. Sekarang ni tak putus masuk baik dari klien sedia ada ataupun yang baru. 


Kalau ikutkan perancangan asal, conveyancing yang nak berpindah ke sini tapi tak jadi so litigation team lah yang ambil alih training centre RRM ni. Memandangkan Omicron dah makin berleluasa, managing partner suruh pindah cepat sikit supaya Oasis tak sesak sangat. As for now dekat cawangan Petaling Jaya dah ada 16 orang dah. Ni pun tengah tunggu beberapa kekosongan diisi, boleh mencecah 20 orang juga dekat sini. Dah seramai warga RRM di HQ dah. 


Training centre ni dah lama dibiarkan kosong sejak pandemik sebab tak boleh buat apa-apa kelas atau training class macam sebelum ni. Masa PKP tu ada beebrapa furniture besar dibawa masuk ke sini. Makin lama makin banyak barang dekat sini. Sebelum litigation team nak berpindah ke sini, Kak Nora just tambah printer machine, upgrade internet sesuai dengan kerja-kerja office dan laminate wooden flooring di bahagian tangga. 


Nampak cantik dan kemas lah area tangga ni cuma dinding je lah kotor sikit sebab bangunan ni berkongsi lagi 2 unit. Nak cat pun kena minta approval owner dulu. 





Semenjak litigation team berpindah ke Dataran Ara Damansara ni belum sempat nak berkunjung ke sana sebab busy dekat oasis. Sebelum team litigation berpindah rasa macam ramainya dekat office ni, kemain riuh-rendah suara memasing tambah kalau time lunch hour ataupun lepas pukul 6. Sekarang ni sunyi je sebab ada 6 orang itupun managing partner jarang masuk sebab busy meeting. Runner pun jarang ada dekat office. 

Nak buat makan-makan pun dah tak meriah macam dulu dah. Jangankan makan-makan, waktu makan biasa pun rasa sunyi je office tu. Hopefully cepat lah kekosongan jawatan kat firm ni terisi supaya meriah balik haha.