Lepas tengok video konsert Bunga tahun 2017 berduet dengan Ariel rasa macam syok pulak diorang menyanyi sama-sama sebab suara diorang ngam. Lagipun diorang di bawah satu label so tak mustahil lah ada peluang bekerja bersama. Diorang pun rapat jugak dari dulu.
Masa album debut Peterpan keluar dulu, Ariel cipta lagu Menghapus Jejakmu tapi tak dimasukkan dalam album tu so manager dia offer kepada Bunga tapi ditolak sebab tak kenal siapa pencipta lagu. So Ariel masukkan dalam album Hari Yang Cerah (2007). Tahun lepas ada pulak versi duet dengan BCL.
Lagu Mencari Cinta ni dalam album Keterkaitan Keterikatan (2019) tapi tak dipromosikan sangat sebab tahun tu Bunga tengah berkabung. Lepas Covid reda baru diorang start push lagu ni dan keluarkan MV. Dah la lagu dia best, MV pun sweet sangat.
Kolaborasi syarikat SugarBomb bersama kumpulan Ruffedge ini akan tampil bersama dengan Lagu dan MV Da Bomb mereka yang diberikan nafas baharu dengan gubahan lirik dan muzik video yang akan dilancarkan pada tanggal 6 April 2021. Kumpulan Ruffedge akan membawakan semula lagu Da Bomb mereka ini setelah diubah suai bagi mengembalikan era Pop R&B yang pernah menjadi kehangatan pada zaman kegemilangan kumpulan tersebut dahulu.
Kempen “Kau Memang Da Bomb” oleh SugarBomb Worldwide Sdn Bhd yang telah dimulakan pada Februari tahun ini sepertinya semakin menampakkan hasil dengan teknik pemasaran yang dilihat berjaya menaikkan lagi nama SugarBomb apabila mereka memilih untuk berkolaborasi dengan kumpulan Ruffedge.
Kanumbu Agussalim selaku Pengurus Besar SugarBomb berkata, “Kolaborasi ini dipilih berikutan konsep dan lirik lagu Da Bomb itu sendiri amat bersesuaian dengan kempen ‘Kau Memang Da Bomb’ yang dijalankan mereka. Aura kumpulan Ruffedge amatlah hebat dan masih relevan hingga kini, lagu-lagu nyanyian mereka dahulu juga masih diminati ramai dan mereka mempunyai kelompok peminat yang amat besar dari pelbagai golongan bermula dari kanak-kanak hingga dewasa. Kolaborasi ini juga adalah usaha sama bagi menaikkan semula genre Pop R&B yang dilihat semakin dilupakan golongan muda terutamanya, juga sebagai inspirasi bagi melahirkan lebih ramai penyanyi di dalam genre yang sama.”
Menurut salah seorang anggota kumpulan Ruffedge, Azan Addin, “Projek ini merupakan kerjasama yang pasti akan menarik perhatian media dan pengikut muzik tempatan, selain peminat tegar kumpulan tersebut berikutan gubahan lirik dan muzik video yang baharu itu. Kami yakin, bahawa lagu Da Bomb yang telah diubah suai ini akan mengembalikan semula memori lagu tersebut dan berharap semua peminat menerima dengan baik versi baharu lagu ini setelah versi pertama pada tahun 2005”.
Kumpulan Ruffedge yang dianggotai oleh Azan Addin, Cat Farish, Mode, Sein Qudsi dan Zain Hamid yang pernah menjadi fenomena melalui lagu popular mereka seperti Bila Rindu, Khayalan dan Tipah Tertipu dan banyak lagi lagu-lagu mereka yang menjadi siulan ramai.
LIRIK LAGU KAU MEMANG DA BOMB
Penyanyi : Ruffedge ft Ahmad Azhari (Boss A), Mr Bomb
Komposer : Cat Farish, Azan Addin, Amer Munawar, Zain, DJ Uno
3 Mac lepas iKON dah keluarkan single baru dengan genre balada yang berkonsepkan perpisahan antara dua orang yang bercinta but idk the lyrics macam tuju dekat Hanbin. Diorang pun bukannya ada kontroversi bercinta dengan sesiapa pun haha
Anyway, Kpop memang jarang release lagu ballad so when they did, they hit harddddd! I suka dengan lirik, energy, emotion, flow dan juga koreografi simple tapi cantik especially bila June dengan DK buat gerak tangan melambangkan debu beterbangan. I suka lirik dari Bobby yang menggunakan elemen nature dan konsep yang sama juga digunakan dalam MV. Dalam sendu tu ada kemarahan dan penyesalan yang terpendam.
Untuk imej dalam single Why Why Why ni, DK buat kemunculan dengan rambut panjang dan muka lebih cengkung which suits him wayyyy better than before. Tapi sayangnya dia pergi potong masa perform dekat Inkigayo to which I reponded WAE WAE WAE?!!
Anyway, yang belum dengar lagi, boleh tengok MV dekat bawah :
LIRIK LAGU WHY WHY WHY
Singer : iKON
Composer : Bobby, LP, CHOICE37, Sonny and LIL G
Lyrics : Bobby, LP, CHOICE37, Sonny and LIL G
Label : YG Entertainment
Bobby, LP, CHOICE37, Sonny, and LIL G
[Verse 1]
[Chan] sarameseo sarangeuro
From just anybody to my love
inyeoneseo yeonineuro
From fate to lovers
ibyeol eopsi yeongwonhal jul aranneunde
Thought we'd be together forever without any breakup
[Song] sasil ajikdo geojinmal gatjyo
In fact it still seems like a lie
hwaljjak useumyeo ol geonman gatjyo
Like you’d come back with a great big smile
areumdawotdeon moseup geudaero
Beautiful as you were
[DK] ije waseoya huhoeman haeyo
Only now I feel regret
unneun ge ippeun geudael ulligiman haetjyo
All I did was to make your beautiful smiling face covered in tears
naega baran geon ige aninde
This isn't what I wanted
[Pre-Chorus]
[Ju-ne] gyeolguk i jigyeong i kkoriji naran nom
Eventually ending up in this position, coming to this
I'm the one who messed it up
jikyeojujido mothaetji neoran kkot
Couldn’t even protect a flower like you
ppalgake bultaoreudeon uri modeun ge
All the flashing sparks in our relationship
hayake jaeman namatjyo
Have turnеd into white ashes
[Chorus]
[Jay] sarameseo sarangeuro
From just anybody to my love
inyeoneseo yeonineuro
From fatе to lovers
areumdaun sarang kkocheul piwonneunde
Blossomed a beautiful love flower
[Song] kkocheul piwonneunde
Blossomed a flower
[Ju-ne] useumeun wae ureumi dwae
Why has laughter turned into tears?
nimeseo nami dwaebeorin geudae
Once mine, now a stranger
ibyeol eopsi yeongwonhal jul aranneunde
Thought we'd be together forever without any breakup
urin wae wae wae
Us why, why why?
[Verse 2]
[Bobby] nae kkumsogeseodo meoreojineun neo
You're moving far away even in my dreams
amugeotdo nan hal suga eopjyo
I can't do anything
meomchwoboryeo sorichyeodo
Shouting out to try and stop you
nuneul tteumyeon sarajijyo
But you disappear when I open my eyes
wae nega isseul ttae jalhaeya haetdeon geol
I had to treat you well when you were here
geuttae nan mollasseulkka
Didn't I know that before
wae modeun geotdeureul ilko nan hue
Why is it now that I've lost everything
sojunghameul alge doelkka
I learn how precious you were
[Pre-Chorus]
[Jay] gyeolguk i jigyeong i kkoriji naran nom
Eventually ending up in this position, coming to this
I'm the one who messed it up
jikyeojujido mothaetji neoran kkot
Couldn’t even protect a flower like you
ppalgake bultaoreudeon uri modeun ge
All the flashing sparks in our relationship
hayake jaeman namatjyo
Have turnеd into white ashes
[Chorus]
[DK] sarameseo sarangeuro
From just anybody to my love
inyeoneseo yeonineuro
From fatе to lovers
areumdaun sarang kkocheul piwonneunde
Blossomed a beautiful love flower
[Chan] kkocheul piwonneunde
Blossomed a flower
[Song] useumeun wae ureumi dwae
Why has laughter turned into tears?
nimeseo nami dwaebeorin geudae
Once mine, now a stranger
ibyeol eopsi yeongwonhal jul aranneunde
Thought we'd be together forever without any breakup
urin wae wae wae
Us why, why why?
[Outro]
[Chan] geuttae majimagin jul aratdamyeon jogeum deo
Kecoh baru-baru ni bila pihak AJL release official video medley untuk semua lagu yang bakal berentap di Anugerah Juara Lagu. Ramai yang baru tahu Hannah Delisha boleh menyanyi. Since I memang minat lakonan Hannah sejak Mencintaimu Mr. Photographer so memang dah tahu lah dia boleh menyanyi dan Delisha tu nama kumpulan duo dia di Singapura. Fav sampai sekarang lagu Esok Masih Ada dan lagu Hannah featuring Aziz Harun.
Single terbaru Hannah pun di bawah label Faithful Music dengan lirik lagu yang dikarang sendiri oleh Faizal Tahir. Lagu bgenre balada ni tak akan dibikin music video sebab hormat dengan keputusan Hannah tampil dengan imej baru since single ni dah siap sebelum Hannah bertudung. Dah keluar dah pun poster lama tapi dah diganti dengan yang baru ni. Anyway, enjoy the song :)
Selalu ternampak lagu ni di Youtube tapi nda pernah mau play. Bila autoplay nahhhh siok pula bha lagu ni! Terus rindu mau pigi Sabah tapi bila la tu kununnn. 2 kali PKP suda ni.
Adam Shamil ni youtuber Sabahan tapi tak pernah la tengok vlog dia. Kalau bukan sebab lagu Mansau karya Benn Simon Bukag ni memang tak kenal siapa dia sebab jarang layan vlog. Lirik dia konsep bercerita macam lagu-lagu Atmosfera, Marsha dan Velvet.
Nice la bila nampak makin ramai penyanyi Sabah memeriahkan industri dengan dialek Sabahan. Lagi ramai la yang buka mata dan boleh bezakan Sabahan dengan Indonesian. Anyway yang belum tengok atau dengar lagu Mansau boleh tengok video cute ni
LIRIK LAGU MANSAU
Penyanyi : Adam Shamil
Komposer : Benn Simon Bukag
Lirik : Benn Simon Bukag
Studio : Adam Shamil Studios
Sia jalan-jalan teringat kamu
Pusing-pusing satu orang ndak tentu
Paling siok yang ada kamu
Kita raja mansau nombor satu
Teringat jajal kita selalu
Pasal makan bosou kamu yang dulu
Tapi sekarang kita berjauh
Saya di sini kamu di situ
Balik-balik sia bilang rindu sama kamu
Fikiran melayang macam tinggi langit biru
Sekarang kita jauh memang saya mau
Pulang sabah dulu
Sia jalan jalan teringat kamu
Pusing pusing satu orang ndak tentu
Paling siok yang ada kamu
Kita raja mansau nombor satu
Teringat jajal kita selalu
Pasal makan bosou kamu yang dulu
Tapi sekarang kita berjauh
Saya di sini kamu di situ
Chorus:
Balik balik saya bilang rindu sama kamu
Fikiran melayang macam tinggi langit biru
Sekarang kita jauh memang saya mau
Pulang sabah dulu
Sudah kan saya bilang rindu juga kamu
Melayang limpas tu puncak gunung kinabalu
Sekarang saya tunggu kamu pulang dulu
Kita jumpa situ
Terimbas muka yang besar pipi
Paling kuat suara malar selpie
satu urang sunyi dan sepi
saya di siring yang tidak happy
Sorry gaman jangan ungkit bah
Ni kali kita selpie dua orang la
Jangan merajuk nanti saya susah
Mau pujuk kamu saya yang payah
Balik balik saya bilang rindu sama kamu
Fikiran melayang macam tinggi langit biru
Sekarang kita jauh memang saya mau
Pulang sabah dulu
Sudah kan saya bilang rindu juga kamu
Melayang limpas tu puncak gunung kinabalu
Sekarang saya tunggu kamu pulang dulu
Kita jumpa situ
Bridge:
Memang tidak tahan tinggal jauh di negeri orang,
Sumpah saya pun rasa begitu...
Balik balik saya bilang rindu sama kamu
Fikiran melayang macam tinggi langit biru
Sekarang kita jauh memang saya mau
Pulang sabah dulu
Sudah kan saya bilang rindu juga kamu
Melayang limpas tu puncak gunung kinabalu
Sekarang saya tunggu kamu pulang dulu
Kita jumpa situ.
Sekarang saya tunggu kamu pulang dulu
Kita jumpa situ..
Maksud Perkataan
sia = saya
ndak = tidak
siok = syok
mansau = jalan-jalan
jajal = nakal
bosou = Bosou ialah makanan tradisi Sabah. Isi ikan mentah atau daging yang dijadikan jeruk.
Bila adik selalu pasang jadi suka pula dengan lagu ni sebab gabungan suara merdu dari dua penyanyi balada terkenal - Khai Bahar dengan Aina Abdul. Dah lama lagu ni siap 6 bulan sebelum official release, 18 Disember 2020.
Rasanya disebabkan PKP, masing-masing decide untuk buat animation video je untuk soft ballad Nafas Cinta ni tapi sama comel je dengan lagu. Melodi lagu ni sweet sangat, bila dengar tu rasa macam dibuai perasaan sesuai dengan lirik yang dikarang sendiri oleh Aina Abdul dan dibantu oleh Wan Zakaria.
Nak tengok official music video Nafas Cinta boleh tengok dekat bawah ni :
Kalau Ayda Jebat keluar lagu baru mesti kecoh sebab MV dia mengundang. Kali ni sebab dia berpakaian parah sangat. Well, blame the director lah - Nabil Mahir hshshs
Lagu pop yang digubah oleh Ayda Jebat sendiri dan dibantu oleh Ezra Kong & MimiFly ni not bad lah sebab catchy dekat part chorus. Lirik lagu dia pun ulang-ulang supaya senang melekat dalam kepala. Bila tengok sekali confirm repeat punya lah.
MV pun best sebab ada dance untuk single Parah. Macam biasa lah kalau MV Ayda Jebat confirm gempak sebab ramai penaja yang tumpang promote produk sekali. Tengok dekat bahagian credit tu pun semakin panjang ye.
Sejak dah berkahwin ni, Tajul macam dah tak fokus sangat dengan bidang nyanyian tambah pulak sekarang ni wife dia tengah pregnant anak kedua. Masa record lagu Izinkan Aku ni pun dia bertelagah dengan komposer Tuah Adzami sebab dia tak sihat masa tu.
"Izinkan Aku" berkisahkan tentang luahan seorang lelaki yang hatinya telah jatuh sejak pandangan pertama dan terlalu mencintai pasangannya. Lagu ini membuktikan bahawa sekeras mana pun hati lelaki, ia tetap akan jatuh pada seseorang yang mampu melembutkan hatinya." - FMC
Lagu ni not bad lah sebab tone dengan konsep lebih kurang je dengan lagu-lagu Tajul sebelum ni. Tapi suka dengan MV lagu balada ni sebab Tajul nampak stylish sangat. Boleh tengok MV Izinkan Aku dekat video bawah ni :
LIRIK LAGU IZINKAN AKU
Penyanyi : Tajul
Komposer : Tuah Adzami
Lirik : Tuah Adzami
Studio : FMC Music
Pertama kali melihat matamu
Bagai ada rasa cinta dihatiku
Seyuman manismu suara indahmu
Membuatkan ku ingin memilikimu
Buat selamanya
Izinkan aku
Untuk selalu mencintamu
Kan ku serahkan semua rasa
Hadirnya dirimu memberikan rasa cinta yang sempurna
Kan ku berikan segala yang ku ada
Terimalah diriku seadanya
Tak pernah sekali pun terlintas untukmu meninggalkannya
Karena dirinya yang teristimewa
Walau terpaksa tak pernah ku rela
Menjauh darinya
Izinkan aku untuk selalu mencintamu
Kan ku serahkan semua rasa
Hadirnya dirimu memberikan rasa cinta yang sempurna
Kan ku berikan segala yang ku ada
Terimalah diriku seadanya
Tak pernah sekali pun terlintas untukmu meninggalkannya
Just saw the MV and it was great. Going with the theme of acute depression untuk bagi kesedaran tentang bahayanya kesihatan mental. Tengok dekat komen pun ada yang pelik kenapa Naim pakai baju pasung. So clear enough dekat negara kita belum didedahkan sangat dengan mental health. Great job for Naim Daniel and his team for this idea.
Lagu Purnama dengan genre balada for me kurang menyengat atau berhantu macam lagu Sumpah atau Sembah. Lebih kurang sama dengan Lara, takde repetitive factor yang buat lagu tu melekat dalam kepala. Once you dengar then you can go back to your fav song. But I really love the MV concept. The mood, wardrobe, props, acting everything is perfect. This team kalau shoot movie confirm boleh pergi jauh.
Tak pernah terbayang pun yang ketiga-tiga talent besar dalam bidang nyanyian ni akan bergabung menghasilkaan karya lagu balada. Well sebab masing-masing ada ilham seni masing-masing. Bila keluar single Lara ni memaang terkejut sangat and the result is wowwww
Teringat pulak zaman 3 Suara - Ning Baizura, Shila Amzah dan Jac. Tapi kekuatan Hael, Haqiem dan Naim lebih kepada lirik dan lagu juga emosi. You guys boleh tengok MV Lara dekat sini
LIRIK LAGU LARA
Penyanyi : Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli
Komposer : MFMF, Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli
Lirik : MFMF, Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli
Label : Rocketfuel Network
[Naim Daniel]
Puaskah kau ku bersalah?
Puaskah kau ku derita?
Puaskah lena mu seketika?
Aku berteman lara
Jelas semua kepadaku
[Hael Husaini] Kerna yang kau hina
[Naim Daniel] Yang dulu kau puja
[Haqiem Rusli] Yang kini kau parut derita
[Hael Husaini] Kerna yang kau lupa
[Naim Daniel] Yang dulu cinta
[Haqiem Rusli] Yang kini kau tinggalkan tanpa bersalah
Bersempena sambutan Maulidur Rasul pada 29 Oktober 2020 ini, Imaan Music, merupakan sebuah label muzik berteraskan lagulagu Islamik kontemporari melancarkan karya terbaharunya berjudul "Salawat 1442" pada 27 Oktober (Selasa) di YouTube Imaan Music jam 10 malam.
Selepas 5 tahun, Imaan Music kini kembali menggabungkan nama-nama besar iaitu Dato’ Ustaz Kazim Elias (DUKE), pendakwah bebas terkenal, TUJU, rapper berpengaruh daripada kumpulan K-Clique, dan TYCO, yang merupakan lagenda penyanyi rap dalam “Salawat 1442”. Objektif lagu ini adalah bertujuan untuk membawa kelainan dalam muzik dakwah yang mana konsepnya disifatkan sebagai "relaxing style”.
Dilihat sebagai sebuah rilisan eksklusif terbitan Imaan Music, bersama komposer dan penulis lirik Tuju, Neo, dan Almanjawi, buat pertama kalinya, orang ramai dapat mendengar suara Dato’ Ustaz Kazim Elias (DUKE) menyanyi secara profesional dari dalam studio rakaman. Lagu ini juga diselitkan dengan unsur rap yang dikendalikan oleh TUJU dan TYCO.
"Ramai yang tahu saya memang suka menyanyi ketika melaksanakan ceramah. Alhamdulillah, saya bersyukur dan hargai kepercayaan yang diberikan oleh Dato' Norman Abdul Halim untuk merakamkan sebuah lagu sempena Maulidurasul bersama dua ahli rap terkemuka, iaitu,TUJU dan TYCO." - DUKE
Dengan wujudnya lagu "Salawat 1442" ini, diharapkan dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda agar sentiasa bersikap positif dalam menempuh rona kehidupan. Tidak lupa juga, elemen rap yang diselitkan dalam lagu ini, bertujuan untuk membuatkan golongan anak muda lebih tertarik untuk mendalami maksud di sebalik sambutan Maulidur Rasul.
"Pembikinan lirik lagu rap yang dinyanyikan oleh saya dalam lagu ini adalah sesuatu yang belum pernah saya luahkan lagi dalam mana-mana karya sebelum ini. Melalui "Salawat 1442", saya berupaya untuk meluahkan perasaan saya dengan lebih jelas sekaligus berkongsi cerita tentang perjalanan hidup saya yang dulu hingga kini, dalam usaha saya menjadi Insan yang lebih baik. Saya memang sukakan sesuatu perkara yang baru dan mencabar. Dalam banyak-banyak penglibatan saya dalam menghasilkan muzik, ini adalah kali pertama saya memberanikan diri untuk tampil bukan hanya dalam muzik, malahan dalam kehidupan sebenar. Terima kasih Imaan Music kerana memberi peluang dan ruang untuk saya berkarya dalam lagu ini. Diharapkan mesej yang saya cuba untuk sampaikan dalam "Salawat 1442" dapat difahami dan diterima oleh semua." - TUJU
Dalam pada itu, TYCO yang turut menjadi sebahagian daripada barisan yang melengkapkan karya "Salawat 1442" meluahkan, "Setelah 12 tahun berdiam diri, entiti TYCO bakal membuat kemunculan kembali di mata orang ramai. Kali terakhir saya membuat penampilan adalah dalam filem Cicakman 2 iaitu pada tahun 2008. Walaupun konsep lagu yang dibawakan kali ini berbeza berbanding dengan karya-karya TYCO terdahulu, saya tetap mengharapkan agar karya kali ini dapat memberi impak kepada para pendengar."
LIRIK LAGU SALAWAT 1442
ARTIS : DUKE, Tuju, Tyco
KOMPOSER : Tuju, Neo, Almanjawi, Public Domain
LIRIK : Tuju, Neo, Almanjawi, Public Domain
SYARIKAT RAKAMAN : Imaan Music
Sallallahu Ala Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam
Sallallahu Ala Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam
Lakaran sejarah di buku hidup,
Pengalaman dalam nota, bertemu noktah sebelum penutup,
Salah tafsir satu dua alif bata,
Cinta terukir di bintang, mengikut harapan meniup,
Ku terus ke depan, depan
Berjalan setiap langkah dengan bekalan lafaz syukur,
Untuk masa depan, depan
Ku tanam semua warna warna hidup yang telah luntur,
Dunia yang fana penuh dugaan,
Ku relakan jiwa setiap kali menempuh,
Tujuan di betulkan, sebelum terlambat,
Berhasrat berjuang untuk senyum hingga penamat,
Berhasrat berjuang untuk senyum hingga penamat,
Sallallahu Ala Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam
Sallallahu Ala Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam
Dunia ini penuh pancaroba,
Ikut jalan lurus biar susah ku tetap mencuba,
Ku lihat luka di kenangan hidup,
Ku khayal ketika ku melakar sesal ku hirup,
Siapa yang sempurna kau pun tahu,
Siapa yang sempurna kau pun tahu,
Di sebalik dugaan ku belajar balik,
Mencari hidup,
Dan yang menjaga ku kanan kiri
Tahu dan mengerti catatkan aku di dalaman dan
Bukan yang nyata pada kenalan
Ku hanya satu pandangan
Mereka olah sendiri
Aku yang dalam kenangan
Aku yang tak kenal diri tentang kehidupan
Aku hanyut dalam air yang ku salami
Alhamdullilah, tanganku tadah
Kerana tanpa pedoman,
Pastiku hilang arah
Kitab diwahyukan jadi pegangan
2, 4, 4, 3, 4... Ketenangan
Ya Rabbi, segala-gala yang terpuji,
Limpah ruahkan rahmatmu ke atas Nabi
Ya Rasulullah, damailah disana
Semoga kau sambut diriku di akhir masa
Sallallahu Ala Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam
Sallallahu Ala Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam
Ya Rasulallah
Kau Kekasih Allah
Ya Rasulallah
Kau memimpin manusia
Jalan menuju pintu keredhaannya
Pimpin tanganku untuk bersama
Amin Ya Rabbal Alamin
Tentang Imaan Music
Imaan Music, merupakan sebuah label muzik berteraskan lagu-lagu Islamik kontemporari dengan nilai-nilai positif sebagai aspirasi kehidupan.
This track is lit! Suka sangat dengan lirik lagu Perasaan yang dikarang sendiri oleh Zynakal. I guess it was based on his past? Sebab dia kata sumpah aku mengerti perasaan dibenci.
Music arrangement pun nice, menambahkan element drama dan 'deep' feeling tu. Btw, love the poster and hopefully official MV nanti some kind dark and mysterious macam tema official lyric video ni sebab lagu ni pun lebih terarah kepada mental health i.e depression.