Showing posts with label Jejak Pana. Show all posts
Showing posts with label Jejak Pana. Show all posts

Starbucks Teluk Intan

Sunday 13 August 2023


Plan asalnya nak pergi Coffee Lab Cafe yang tersenarai dalam tempat menarik di Teluk Intan sebab tekak memasing dah melekat rasa manis sos dari Restoran Udang Galah sebelum tu tapi kalau nak minum kopi, baik minum kopi yang memang kita suka dan familiar kan? 

Tak pasti lah Starbucks Teluk Intan ni mula beroperasi bila tapi yang pastinya deretan kedai dekat sini semuanya restoran francais yang biasa nampak macam Kenny Rogers, ZUS Coffee, Secret Recipe, Baker's Cottage, CU, Family Mart etc. 


Starbucks Teluk Intan ni ada dua tingkat and since kitorang nak berehat dekat tempat yang ada air-cond, lepak minum kopi dekat sini sampai dah ready nak gerak ke tempat seterusnya. Macam biasa, kita order Iced Hazelnut Latte tapi barista dekat sini annoyed pulak bila I banyak say no bila dia tanya nak add itu ini. 

Kalau pergi Starbucks, part ni je lah menyampah. Suka sangat tanya nak add on itu ini lepastu guna pushy tone bila orang tak nak. Bukan tak nak spend untuk add ons tapi kalau dah kita tak suka, tak payah lah paksa. I ambil basic drinks ke seasonal drinks ke, duit keluar dari poket I jugak pun. Dah la straw makin lama makin rapuh pastu paper bag kena bayar singgit setengah. Tibehhh meroyan. 


Since kitorang pergi masa weekend, ramai juga lah dekat dalam Starbucks ni. Ada budak MRSK Teluk Intan keluar outing lepak Starbucks, ada study gorup, ada pengantin jugak datang beli minuman dekat sini. Meriah betul. 

Memandangkan plan jalan-jalan Teluk Intan ni come up sebab my mom dah bosan gamaknya celebrate birthday dekat rumah je, jadi kitorang pergi Secret Recipe beli kek tapi beli satu slice je sebab semua dah kenyang makan udang galah. 


Masa tengah ambil gambar bangunan Starbucks sebelum blah tu ada dua orang barista Starbucks request untuk try sample new drinks diorang. Almond Butter Latte rasanya nama dia hshshs tak ingat dah. Rasa dia manis berlemak macam makan aiskrim vanilla almond. Sedap tapi manis. Pergi Starbucks nak buang rasa manis sos, tiba-tiba dapat manis vanilla pulak. Nasib baik kopi tak habis lagi hihu. 

Menara Condong Teluk Intan

 

Percaya atau tidak, walaupun rumah I dekat Sabak Bernam dan nak pergi ke Teluk Intan ni cuma setengah jam tapi I tak pernah pun pergi Menara Condong Teluk Intan. Belum campur entah berapa kali lalu Teluk Intan tapi malas nak singgah sebab fikir tak ada apa sangat pun. Padahal ada je cuma kita yang unbothered enough to visit. 

Lepas tengok movie Bawaal, teringat Nisha cakap yang every nook and crook in england is history. Sama juga dengan Teluk Intan atau satu masa dahulu pernah digelar Teluk Anson atau Anson Bay. Menara Condong Teluk Intan ni dibina untuk jadi menara tangki air satu masa dulu supaya boleh bantu padamkan kebakaran atau jadi sumber air untuk kegunaan penduduk sekitar. 

Tapi disebabkan tangki air tu berat jadi menara ni sedikit demi sedikit condong ke sebelah kanan. Kenapa kanan? Mungkin sebab tanah di sebelah kanan tu lembut sikit berbanding kiri jadi dia mendap sikit. Jadi sampai sekarang lah condong tapi tak lah condong sangat. Bila bergambar tu tak nampak ketara sangat pun perbezaan dia. 

Eh, nampak lah! T.T

Nak park kereta dekat depan Menara Condong Teluk Intan ni kena bayar RM0.60 melalui Touch & Go apps. Kalau tak bayar get ready lah kena saman sebab Majlis Perbandaran Teluk Intan tetap semangat buat kerja walaupun hari minggu. 

Making Next Level pose... sebab apa? sebab boleh dik


Masa bergambar ni panas terik sampai mata memasing tak mampu nak bukak tapi sebab nak lighting, gigih bergambar jugak. Boleh je bergambar dekat pintu depan tapi ramai lah melepak dekat situ. Masa kitorang pergi ni pun ada geng basikal jadikan Menara Condong Teluk Intan sebagai checkpoint untuk rest. 

Tengah sakan bergambar tiba-tiba ternampak En. Rosdi macam kambing sesat dekat depan menara ni. Punya lah besar Selangor ni, boleh pulak kitorang terjumpa En. Rosdi dekat Teluk Intan. Rupanya dia tengah bercuti dengan isteri dia dekat Sungai Klah pastu datang Teluk Intan nak shopping. 



Me: En. Rosdi, beli la bunga dekat sini pastu bagi dekat Pn. Ramlah. 

En. Rosdi: Eiiii taknak saya, daripada beli bunga baik beli benda makan. Kenyang jugak perut. 

Me: Tak romantik lah En. Rosdi ni. Nasib baik Pn. Ramlah tak tinggal.

Masa kitorang kerja sekali dulu, kitorang satu office ajar En. Rosdi belikan bouquet bunga ros sebab berpuluh tahun diorang kahwin, En. Rosdi tak pernah belikan bunga. Memang lah bunga tak boleh kenyang tapi salah satu sumber kebahagiaan tu datang dari bunga. Bukan suruh beli bunga ros sejambak 500 batang bunga ros macam Fattah Amin bagi dekat Fazura pun, cukup yang biasa macam baby breath dekat Pasar Seni dah okay dah. Haa kau tibehhh membebel pasal bunga. 


Dah puas menyembang dekat luar, kitorang masuk dalam menara sebab panas dekat luar. Nak masuk dalam Menara Teluk Condong Teluk Intan ni kena bayar RM2 satu kepala. Dekat pintu masuk ada jual air mineral RM1, okay lah buat hilang dahaga lepas menyembang. 

Di bahagian bawah Menara Condong Teluk Intan ni ada satu perigi buta yang dikunci. Dekat dalam tu ada banyak duit tunai, syiling dan ringgit. Kalau tempat macam ni, ramai lah datang buat hajat. Entah apa yang mampu makbulkan hajat diorang entah sebab menara ni kan tangki air dan jam loceng je. Tapi husnuzon je lah, duit tu boleh guna untuk maintenance :')


Naik dekat tingkat pertama boleh nampak banyak sangat gambar bersejarah di Teluk Intan. Kalau ikutkan untuk yang pertama kali datang Teluk Intan patutnya datang ke Menara Condong Teluk Intan sebab dekat sini ada gegelung informasi tempat mana yang boleh dituju. 



Semua tempat yang dipaparkan di gegelung ni kebanyakannya berada dekat je dengan kawasan Menara Condong Teluk Intan antara perasan dengan tak je. Masa baca gegelung ni teringin sangat nak pergi ke Jeti Beting Beras Basah sebab ada jeti panjang di tengah kawasan sawah padi. Dekat situ dijadikan tempat upacara pertabalan Sultan negeri Perak. Tapi bila Google dekat Bagan Dato', satu jam dari Teluk Intan. Nak pergi tu boleh tapi takut hujan pula. 




Tangga untuk naik ke tingkat 3 Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan ni ada 8 tingkat tapi boleh naik sampai tingkat 3 je sebab dekat atas tu rasanya ada tangki air dah. I buat palatao je sebab tak ada staff pun dekat bahagian atas ni hshs. Tak pasti lah kalau binaan dalam menara ni pernah ditukar ganti ataupun dari dulu sama je sebab kukuh betul. Tapi dekat bahagian luar memang kena hati-hati berjalan sebab boleh rasa ada kayu yang mula mereput. Bila berjalan tu ada yang macam melendut sikit. Sebab tak boleh berjalan sangat, kita bergambar je lah hshshs



Bukan I yang ambil gambar ni. Kalau I ambik tak mungkin pose cenggini dibenarkan



Kawasan koridor menara ni cantik sebab ada hiasan jubin berwarna hijau dengan corak sama diulang-ulang dari atas sampai lah bawah. Rasanya ambil warna hijau sebab pereka menara ni suka jed kot. Palatao nombor dua. 



Dari tingkat dua Menara Condong Teluk Intan ni boleh nampak Medan Selera Teluk Intan, ada hiasan payung di laluan tengah tapi tak sempat nak menyinggah sebab kitorang dah lapar. Ada juga Kompleks Menara Condong, mungkin ada banyak cenderahati I love Teluk Intan dekat situ hshshs palatao nombor 3. 


Btw, siapa ambil gambar-gambar dalam entry I tanpa credit dia kena cirit. 

Just in case you guys bermalam di Teluk Intan, Menara Condong Teluk Intan bersinar cantik pada waktu malam. I've seen it and I'm in awe....

River Front Teluk Intan


Sebelum ni tak pernah pergi Teluk Intan tapi kali ni macam nak keluar jalan-jalan jadi tempat pertama kitorang satu family pergi ialah River Front Teluk Intan yang terletak di kawasan muara sungai. Masa kitorang sampai ni dalam jam 11 pagi jadi tak ada apa sangat. Pak cik jual aiskrim dekat situ pun pelik kenapa kitorang pergi taman rekreasi ni. 

Kitorang pun tak tahu nak pergi mana dekat Teluk Intan ni. Masa tengok tempat menarik di Teluk Intan, nama taman rekreasi River Front ni ada dalam senarai jadi kita saja tengok tempat. Kalau tengok dalam gambar sebelum ni, gerbang dan tanda nama River Front dah berlumut tapi I rasa sebab Kerajaan Negeri Perak tengah gigih promote tourism di Negeri Perak so no wonder lah tanda nama ni nampak cantik, baru dicat. 


Datang sini boleh ambil gambar tapi kena extra careful sebab tak ada batas atau penghadang. Quite dangerous kalau bawa anak kecil yang aktif. Macam adik bongsu ni, tahu-tahu dah naik atas menara tinjau dah. 



Menara ni tak lah tinggi sangat tapi keadaan tangga dia agak bahaya sebab dah merekah, terkopak dan curam. Tak pasti lah boleh nampak apa dekat bahagian atas tu sebab tak mampu nak panjat tangga tinggi macam tu. Mungkin nampak kawasan seberang sana dekat Kampung Cina. Lupa pulak nak tanya adik apa dia nampak. 


Kawasan River Front Teluk Intan ni memanjang ke belakang dari pintu gerbang dan dipenuhi dengan laluan pejalan kaki dan taman permainan untuk kanak-kanak. Cantik untuk ambil gambar juga bila cuaca cantik. Kalau datang waktu petang lagi ramai lah orang sebab boleh tengok sunset dan burung dekat sini. 




Dari cerita orang sini, kawasan berbumbung merah ni adalah jeti untuk bot dan perahu orang di kawasan sini bergerak dario pekan Teluk Intan menuju ke seberang sana tapi masa bencana banjir baru-baru ni, habis tenggelam separuh dari binaan. Yang tinggal cuma bahagian yang ada di River Front Teluk Intan. 

No wonder lah bahagian yang menghadap sungai tu nampak macam rosak dan runtuh. Mungkin nanti Kerajaan Negeri akan baiki sebab zaman pandemik dah habis, orang pun dah mula beriadah dekat sini. 




Dekat sini cantik ambik gambar tapi tangan I tak berseni sangat lah. Dengan sampah masuk dalam gambar lagi T.T



Look who's found a perfect spot for Instagram?!!



Hihi

Dekat bahagian kiri River Front Teluk Intan ni ada Mahkamah Lama Teluk Intan dan jeti tapi sama juga nasibnya hampir runtuh sebab banjir teruk. 


Ada banyak bot dekat sini tapi tak ada tuan pun. Kitorang pergi sini sebab mencari orang untuk naik bot. Nak bagi experience dekat adik 2 orang yang tak pernah naik bot tapi tak ada siapa pun. Sudahnya pergi tengok bahagian pekan pulak.

Habiskan Masa Di Perpustakaan Raja Uda, Shah Alam

Friday 9 June 2023

 

Lepas tengok video dekat TikTok rasa nak jalan-jalan juga dekat Perpustakaan Raja Uda Shah Alam ni sebab dekat je dengan rumah. Walaupun terpaksa drive sebab tak ada pengangkutan awam dekat sini tapi jalan untuk ke perpustakaan ni tak lah sesak sangat dan mudah sangat untuk cari tempat parkir. Kalau tak silap ada 4 tingkat untuk park kereta. 

Perpustakaan Raja Uda Shah alam ni tersembunyi sikit dan terletak di kawasan atas bukit. Waze pun boleh pening untuk tunjuk jalan, berapa kali entah tersilap masuk tapi sampai jugak. Bila dah tahu rasa mudah je nak cari tempat ni. Kitorang park dekat bangunan parkir sebelah perpustakaan jadi kena berjalan jauh sikit. Ada perkhidmatan buggy tapi sebab nak tengok kawasan, saja guna kaki menapak sana sini. Parking rate dekat sini RM2.00 per entrance. 


Berjalan ikut pintu masuk depan boleh nampak padang golf tapi kalau berjalan dekat kawasan belakang boleh nampak kawasan tasik. You guys can take pretty pictures better than mine. Nampak juga masjid Sultan Salahuddin abdul Aziz Shah Alam dari kawasan belakang tu. 


Masuk ke dalam dapat jalan-jalan dengan selesa sebab ada air-cond. Masa pergi ni walaupun nampak redup tapi bahang panas tu terasa benar. Jadi jangan tanya kenapa lega dapat merasa angin air-cond. Dekat dalam perpustakaan ni ada tandas yang bersih dengan surau yang luas. Kalau nak lepak seharian dekat sini pun tak ada masalah. 


Masa rest kejap dekat tingkat bawah enjoy layan stranger main piano dekat ruang kanan pintu. Habis rehat, terus naik ke tingkat 1 sebab tingkat G adalah ruang siber. Lama jugak lah kitorang spend time dekat sini, bukan sebab cari buku tapi sebab bergambar. Cantik sangat bila ambil gambar dekat level ni. 





Kreatif lah siapa yang design ruang dalam Perpustakaan Raja Uda Shah Alam ni sebab nampak moden dan berseni. Gabungan penggunaan lampu dan natural lighting di bahagian tengah tu membantu sangat. Sofa dekat perpustakaan ni pun lembut. Kalau baca buku dekat sini silap-silap boleh berdengkur sekali.




Nak baca dekat ruangan tengah yang ada meja dan plug boleh, dekat bahagian depan pun boleh, dekat tepi tingkap untuk tengok view luar boleh, dekat bahagian luar pun boleh. Dalam kes kitorang, bergambar. 

Walaupun membaca atau lepak dekat luar tak semestinya dibenarkan untuk merokok sebab kalau perasan dekat bahagian siling tu ada sprinkler. 


Ruang dekat tengah bahagian kiri ada banyak koleksi buku ensiklopedia sebagai hiasan. Hiasan je lah sebab tak ramai pun yang ambil buku genre ni untuk dibaca kan? Dekat bahagian belakang koleksi ni ada banyak training room. Kagum lah sebab perpustakaan ni bukan saja tempat rujukan bahan bacaan malah tempat untuk berlatih kemahiran hidup yang lain juga macam menjahit, bertukang dan banyak lagi. 



Dekat setiap tingkat ada kaunter khidmat pelanggan untuk urusan peminjaman atau pemulangan. Buka pintu terus nampak kaunternya dan tak ada masalah pun kalau pinjam buku dekat Zon Remaja tapi berurusan di Zon Rujukan yang terletak di Tingkat 4 atau mana-mana tingkat. Had maksima untuk meminjam buku di Perpustakaan Raja Uda Shah Alam adalah sebanyak 20 buah buku dan perlu dipulangkan dalam masa sebulan termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Kalau nak pinjam tu kena congak dulu sempat ke tak nak habiskan pembacaan. 

Nampak macam acah je gambar ni tapi I tengah serius cari buku rujukan




Ada banyak sangat genre dalam Perpustakaan Raja Uda Shah Alam ni tapi pelik jugak lah dengan sistem susunan dia sebab ada buku pasal bisnes letak dekat bahagian seni. Dekat shelf tulis kejuruteraan tapi ada banyak buku memasak. 

Masa pergi ni saja cuba nasib cari buku tentang pembikinan filem, biopik pelakon atau orang industri malangnya tak banyak pun. Kalau musik banyak lah. Kenapa cari? Sebab nak tambah baik penulisan untuk reviu, kalau ada lingo, jargon, slang atau perincian tepat kan lebih menarik dibaca. Ke you guys dah okay dah dengan penulisan sekarang? Hshshs


Dekat setiap tingkat ada juga rak untuk 'Koleksi Buku Baru' sebagai tarikan pembaca. Mana yang tak tahu nak pinjam apa, boleh tengok dekat sini mana tahu ada yang berkenan. Fun fact, sebahagian buku yang ada dalam perpustakaan ni disumbangkan oleh keluarga diraja Sultan Selangor. Tak pasti lah genre apa tapi nampak lah ada certain buku yang ada tag sebagai tanda penghargaan. 

Ada banyak juga lukisan yang menjadi penyeri Perpustakaan Raja Uda Shah Alam dan kebanyakannya adalah hasil karya pelukis diraja, Dato' Azman Yusof. Bila tengok hasil seni dia tak hairan lah kenapa diberi pangkat teratas sekali sebab semua lukisannya tampak hidup. Nampak macam ambil gambar guna kamera padahal dilukis sendiri. 






Seronok jalan-jalan dekat Perpustakaan Raja Uda Shah Alam tapi yang tak seronoknya bila kena buka kasut setiap kali masuk atau keluar sebab kawasan dekat dalam berkarpet. Elevator pula dekat bahagian luar. Tangga ada dekat dalam tapi untuk kegunaan staff saja. 


Kafe Perpustakaan Raja Uda Shah Alam yang terletak di kawasan luar berdekatan dengan tasik ni pun tak banyak makanan yang ada. Kitorang minum Iced Latte dekat sini sebab saja nak merasa. Waffle dia tak kena dengan tekak sebab tak crispy, bancuhan dia terlampau cair. Nak makan pun kena tunggu sampai waffle sejuk dulu sebab lembik dan panas. 









Awalnya tak nak pinjam buku sebab tak tahu bila lagi nak datang ke perpustakaan ni tapi dah alang-alang sampai, pnjam je lah kan. Adik lah terpaling meminjam padahal entah bila dia nak habiskan entah. Kemain beria pinjam lepastu plan nak pergi Pesta Buku pulak. Buku tahun lepas dia beli pun tak habis baca lagi. 



Masa balik tu kitorang beratur di kawasan hadapan perpustakaan untuk naik buggy ke kawasan parkir. Punya lah seronok naik buggy sebab layan angin luar tapi tak sempat nak buat video dah kena suruh turun sebab dah sampai. 


Lepas ni kalau datang sini nak park jauh-jauh sebab nak enjoy naik buggy punya pasal. Kitorang seronok jalan-jalan dekat Perpustakaan Raja Uda Shah Alam walaupun kaki penat sebab tak larat berjalan. Banyak juga tempat yang tak habis explore lagi tapi terpaksa skip. 

Staff dekat sini semuanya baik belaka dan murah dengan senyuman jadi tak rasa kekok atau tak syok sepanjang ada dekat sini. Kalau tak tahu nak pergi mana, boleh lah bawa family datang sini sebab ada ruang kanak-kanak juga. Dekat perpustakaan ni ada gym juga dengan ruang dewan yang luas. Masa kitorang pergi ni ada perjumpaan keluarga waris si polan jadi semua tingkat meriah. Try lah datang!