Showing posts with label Jejak Pana. Show all posts
Showing posts with label Jejak Pana. Show all posts

Pertama Kali Guna MRT Laluan Putrajaya

Monday 8 May 2023

16 Mac 2023 MRT Laluan Putrajaya yang menghubungkan Selangor, Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya dibuka sepenuhnya untuk kegunaan orang awam. Masa sebulan percuma tu tak terasa nak pergi mana-mana pun guna laluan ni sebab tak tahu nak pergi ke mana. Bila dah ada tempat yang dituju macam Balai Seni Negara untuk tengok pameran Hallyu Korean Wave tu baru nampak laluan dia macam mana. 


MRT Laluan Putrajaya ni guna tren berwarna kuning, putih dan merah. Tak sama macam MRT Laluan Kajang yang berwarna putih. Senang lah nak bezakan lepas ni sebab perbezaan warna yang ketara. Tak pasti lah warna ni warna kekal ataupun sementara je tapi tengok gaya macam kekal. 

Tempat duduk dekat dalam pun berbeza dengan MRT laluan Kajang sebab guna kerusi plastik warna biru dengan kuning. Tempat duduk berwarna kuning tu tempat duduk keutamaan untuk wanita mengandung, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). 


MRT laluan Putrajaya ni ada 36 stesen aktif, 27 stesen bertingkat dan 9 lagi stesen beroperasi di bawah tanah. Dari MRT Kwasa Damansara pun, MRT laluan Putrajaya terletak di tingkat atas. Gayat nau rasanya bila tinggi sangat ni. Tapi kebanyakan MRT ada eskalator tinggi dan panjang sebab banyak stesen bawah tanah. 


Perjalanan kitorang masa tu menuju ke MRT Hospital Kuala Lumpur sebab nak pergi ke Balai Seni Negara jadi ada 14 stesen sebelum sampai ke destinasi. Memandangkan pertama kali naik MRT laluan Putrajaya, sepanjang masa berdiri je sebab nak tengok landmark ataupun port yang berpotensi untuk lepak. Tak ada masalah nak berdiri lama sebab dah tahu perjalanan jauh sebab tu pakai kasut sukan. 


Dari Kwasa Damansara menuju ke Kampung Selamat, Sungai Buloh, Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima, Kampung Baru, Kentonmen, Jalan Ipoh, Sentul Barat, Titiwangsa dan Hospital Kuala Lumpur. 

Masa tengok laluan Putrajaya ni nampak ada beberapa stesen yang boleh tukar dengan LRT macam Kampung Baru, Ampang Park, KLCC, Chan Sow Lin dengan Sungai Besi. Kira lebih banyak option lah selain MRT Pasar Seni dengan MRT Muzium Negara. I lagi suka naik MRT berbanding LRT sebab koc lebih banyak jadi tak perlu bersesak sangat especially peak hour. Harga tak jadi masalah pun sebab kalau guna One Day Pass tu pergi lah mana pun boleh stick dengan harga RM5 je. 


Syok guna MRT ni sebab kebanyakan stesen dekat bawah tanah jadi kawasan menunggu sejuk je tak macam LRT ataupun KTM. Kalau hujan pun tak ada masalah nak berjalan sampai ke checkpoint sebab laluan semuanya berbumbung dan selamat. Lagipun MRT ni baru dibina jadi semuanya indah lagi nak dibandingkan dengan LRT yang dah lama. 


Macam laluan ke Hospital Kuala Lumpur ni, berbumbung lepastu ada eskalator macam dekat KLIA tu. Lagi satu benda best bila guna MRT, tak payah risau bab tandas dengan surau. Kedua-duanya terjaga. Kalau pergi event tak risau sangat sebab boleh tumpang solat dekat surau MRT. Kalau tertinggal atau lupa bawa telekung pun tak ada masalah. 


Laluan berpenghadang MRT laluan Putrajaya ni dari jauh dah nampak boleh guna yang mana sebab lampu dia bersinar dari jauh. Kalau tak bawa keluar kad awal dan pilih laluan mana sampai orang belakang kena tunggu lama, dah boleh starlight kepala. Dekat sini canggih sikit lah sebab dah boleh guna kad debit sebab Kementerian Pengangkutan nak pecahkan sistem monopoli T&G. Personally I prefer T&G sebab kalau guna kad debit ni dia ambil masa untuk approve transaction. 



Settle dekat laluan berpenghadang tu, kena pilih Pintu B sebab dekat situ ada Istana Budaya, Balai Seni Negara, Pusat Darah Negara dengan Tasik Titiwangsa. Pintu A memang khas untuk ke Hospital Kuala Lumpur. Naik eskalator dekat Pintu B terus nampak Istana Budaya. Cross jalan tu je dah boleh bergambar macam ni. 



Masa balik tu kitorang perasan ada RUMA PUTEH Cafe dekat dengan stesen MRT. Tunggu je lah I update entry semua port dekat area MRT Hospital Kuala Lumpur ni, mesti bersepah gambar Pana dekat Google sebab baru nak keluar tengok KL hshshs


Cuti Hari Wesak haritu pergi jejakkan kaki di Balai Seni Negara buat pertama kalinya semua gara-gara Hallyu Korean Wave Exhibition yang viral dekat TikTok. Balai Seni Negara ni terletak bersebelahan Istana Budaya dan berhadapan dengan Pusat Darah Negara. Senang sangat nak jumpa sebab betul-betul tepi jalan utama. 

Di bahagian luar pun dah ada beberapa arca seni sebagai tarikan pengunjung. Ada juga beberapa booth seni tapi masa tu tak buka pun. 



Disebabkan kitorang datang dengan tren MRT laluan Putrajaya, berjalan kaki lah dari Istana Budaya jadi masuk ikut pintu belakang. Dekat kawasan belakang boleh nampak Hospital Seni. Tak pasti boleh masuk ke tak sebab tinted. Menarik dengan nama dia sebab karya seni pun ada hospitalnya tersendiri untuk pulihkan kembali artifak atau karya seni yang rosak. 

Tengok dekat Gogle, Balai Seni Negara ni baru saja dibuka bermula bulan Mei 2023 untuk orang awam lepas ditutup sementara untuk renovasi. Ada banyak exhibitions untuk pengunjung bermula Mei 2023 sebagai tarikan, rujukan dan aktiviti jual beli. Sekarang tengah rancak dengan NFT, seni digital jadi Balai Seni Negara pun ada juga inisiatif ke arah tu. 


Dekat Balai Seni Negara pun boleh buat menyewa untuk karya seni tapi charges tu tak pasti lah berapa sebab belum umum secara rasmi pun. Dekat kawasan pintu utama boleh nampak senarai exhibitions yang berlangsung di Balai Seni Negara. Sebelum masuk kena daftar sebagai pelawat. Kalau datang secara berkumpulan boleh wakilkan seorang sahaja untuk mendaftar dan bayaran masuk adalah percuma. 

Exhibition pertama yang kitorang pergi ialah Hallyu Korean Wave Exhibition sebab tu tujuan utama datang ke sini. Nak baca pasal tu boleh baca dekat SINI. 

Dia yang suruh ambik gambar cenggitu




Selain exhibitions, bangunan Balai Seni Negara ni sendiri berseni dan cantik untuk jadi port untuk bergambar.Untuk phone cikai macam I punya kena pandai cari lighting and few spots boleh hasilkan gambar yang berkenan di hati. Kalau iPHONE, di mana-mana pun boleh *cry in Huawei*

Tak ada had masa untuk mana-mana exhibition, ikut suka lah nak masuk berapa lama pun sebab karya seni ni lain orang lain cara dia hadam. Lepas Hallyu Korean Wave Exhibition tu kitorang pergi jenguk exhibition NUSA pula sebab exhibition ni adalah pameran tetap yang memaparkan sebanyak 400 karya koleksi pilihan Khazanah Negara. 

Tak pasti kitorang masuk pameran yang mana satu sebab dekat sini kesemua lukisan menggunakan pensil atau pensil warna 2B jadi lukisan dia halus je. Ada juga yang guna watercolour tapi tak lah pekat sangat. 







Bumi Yang Bahagia Lombong Bijih Malaya
'Apa yang bahagia dengan lombong bijih timah? Lukisan dia tak nampak bahagia pun?'
'Bijih timah equals to money. Money equals to happiness.'


Like I said earlier tak semua mampu pandang karya seni dengan cara yang sama. Macam I tengah hadam apa yang dimaksudkan oleh pelukis sebab tajuk lukisan dia 'Ombak Besar' tapi lukisan dia ombak beralun kecil je. Bahasa kiasan? Should I look deeper than that? Next time, maybe. 


Masa kitorang pergi ni ada lukisan yang belum siap dilukis pun lagi. Kalau pelukis dia tak datang sambung lukisan, ingat lukisan tu dah siap sebab cantik je tengok. Seronok juga la dapat pengalaman tengok pelukis buat kerja walaupun dia nak warna satu bahagian kecil tu dah tertonggeng sana sini. 

Habis melawat pameran NUSA tu kitorang balik sebab I dah lapar. Tapi bila turun bawah nampak pula pameran awan dekat ruangan lobi. Nak abaikan je sebab nanti nak datang lagi tapi kalau dah tak ada dah nanti macam mana? Singgah lah kejap bergambar. Kekdahnya sekejap ke? 







Awan ni cantik in real life tapi tak boleh pegang so boleh tengok macam tu je lah bila nak bergambar. Nak masuk ke ruangan tu pun kena buka kasut. Disebabkan pameran awan ni tak banyak, jadi 100 je lah gambar kitorang dekat sini. Kalau upload semua dekat sini, ada yang muntah karang. 

Semalam ada nampak video TikTok penjual bunga dekat area Balai Seni Negara. Bunga dah lah jenis aesthetic, kenapa la tak buka booth masa Hari Wesak tu? Kalau tak dah melenggang nyanyi lagu Gadis dan Bunga. 

Anyway I had fun spending time in Balai Seni Negara. Just like I said, lepas ni akan datang lagi sebab nak masuk jenguk Hospital Seni dan pameran lain. Staff dekat sini ramah dan baik belaka so don't be afraid to ask them anything related. Dekat sini tak pasti ada cafe dengan surau ke tak. Tandas dia pun tak masuk jadi tak tahu level bersih atau cantik tahap mana. Masa pergi haritu pun makan dekat belakang Istana Budaya since boss kecik bagitahu dia selalu lepak situ kalau ada meeting dekat area Jalan Tun Razak. 


Cuti Hari Wesak haritu me and my sister pergi ke Hallyu Korean Wave Exhibition di Balai Seni Negara. First time pergi Balai Seni Negara ni walaupun terletak sebelah Istana Budaya. I pergi Istana Budaya pun baru 2 kali, first time untuk press conference 4G lepastu konsert SANAM bulan Mac haritu. Masa tu tak buka lagi MRT Putrajaya line jadi kena naik kereta. 

Sekarang dah buka memang mudah sangat nak pergi ke Istana Budaya, Balai Seni Negara, Pusat Darah Negara, Hospital Kuala Lumpur dengan Taman Tasik Titiwangsa. Dari MRT Kwasa Sentral tukar tren MRT laluan Putrajaya dekat MRT Kwasa Damansara lepastu turun dekat stesen Hospital Kuala Lumpur. Dalam 14 stesen dan approximately around 40 minutes macam tu. Keluar tren, ambil laluan Pintu B lepastu berjalan dari Istana Budaya ke Balai Seni Negara. 5 minit je berjalan tapi hazab kalau pakai heels. 


Sampai dekat pintu utama Balai Seni Negara kena scan QR code untuk register sebagai pelawat. Kalau datang secara berkumpulan, seorang saja wakil yang isi borang. Borang dia mudah je, isi details - Nama Penuh, Email, No. Telefon, Umur, Negeri, Negara, Pekerjaan, Syarikat Majikan/Sekolah/Studio/Residensi, Jumlah Pelawat, Bagaimana tahu tentang pameran-pameran di Balai Seni Negara dan Pameran yang mana berminat untuk dilawati. 

'Ermmm pak cik, kalau pameran yang kita nak tu tak ada dalam form ni macam mana?'
'Haaa yang Korea tu ambil All Above Exhibitions. Kuat betul penangan Korea ni. Selama ni tak pernah ramai orang pun dekat sini. Buat pameran Korea tu penuh dengan anak muda datang sini. Dasyat betul.'

Berdekah gelak dengan pakcik tu sebab benda betul. I datang pun sebab nampak TikTok crew yang terlibat tu tengah lekat poster idol group. I komen je TREASURE ad ke tak, ambik kau, hand banner Hello Asia Tour haritu dia tempek sekali. Album TREASURE penuh bersusun dekat shelf, pergghh either ada crew geng TEUME gak ataupun dia notice komen I (sekali sekala perasan apa salahnya hshs)

Hallyu Korean Wave Exhibition ni bermula dari 1 Mei sehingga 16 September nanti dan terletak di tingkat 4. Ada dua pilihan untuk naik atas, sama ada guna lif ataupun laluan berpusing. Kitorang pilih laluan berpusing tu sebab nak ambik gambar walaupun tangan tak berseni sangat. 



Memandangkan kitorang memang nak pergi Balai Seni Negara je masa tu jadi tak lah jalan beria sangat. Jalan sikit, ambik gambar lepastu kagum dengan karya seni orang. Jangan tanya berapa lama ambil masa untuk naik ke atas sebab tak kira masa. Tak ingat boleh bawa air ke tak datang sini sebab I baca barang larangan included lighstick ke tak haha nasib baik boleh bawa. 


Masa kitorang sampai ni dalam jam 11 pagi jadi tak ramai sangat walaupun kena tunggu untuk bergambar dekat setiap tempat. Di bahagian depan sebelah kanan ada karya berlampu ni. Jadi lama dekat sini sebab tunggu dia berubah warna ikut warna Teulight. Kalau TeuMY tunggu warna biru, kalau Carat dengan Ahgasse tunggu warna hijau, Blinks pula tunggu warna pink, iKONIC warna merah, MIDZY warna ungu. MOA ikut suka la nak warna apa sebab semua warna boleh masuk. 



Belah kiri pula ada lukisan Train To Busan, Squid Game, Samsung dengan apa entah lagi satu. Tak ingat dah. Yang jadi persoalan kenapa Ejen Ali ada sekali dalam Squid Game? 



Section sebelah ada mesin pembelian barangan di emart24. Tak pasti lah kenapa exhibitor letak emart24 je sedangkan ada CU juga dekat Malaysia ni. Itupun letak menu kosong je bukan kolaborasi emart24 dengan TREASURE. Not being petty or whatever tapi ramai yang menuju ke situ sebab nak beli menu TREASURE je. Nak compare emart24 dengan Family Mart, menu dekat Family Mart menang lagi walaupun ramai rengsek dengan staff dia. 

Kenapa tak letak Kyochon, Kfry, Seoul Garden, Mr. Dakgalbi, Goobne, Soopoong dan banyak lagi restoran Korea untuk tunjukkan gelombang Korea yang melanda Malaysia? Sebab ruang tu ada tapi exhibitor biarkan gelap je. 



Di bahagian tengah ada lukisan wanita dalam hanbeok, ruang selfie dengan kamera digital dan sangkar cinta. I tak lama pun dekat ruangan tengah sebab tak menarik sangat. Bergegas pergi ke ruang idol group sebab nak mencari poster TREASURE. Dekat dalam video tak nampak dekat mana dia tampal. Siapa nampak TREASURE dekat mana? 




Ada 2 poster TREASURE OT10 dalam ruangan ni, satu HELLO Korea dan satu lagi poster HELLO Jepun. Sedih sebab tak ada TREASURE OT12 sedangkan ada iKON OT7. Poster iKON OT7 tu macam keratan interview lepastu ada poster solo B.I - BTBT dekat sebelah. Apoooo. Poster SVT tak perasan dekat mana dia tampal, 2NE1 tak ada, TXT pun tak ada. 



Kebanyakan gambar idol group dan solo ambil dari majalah epop tapi yang anehnya kenapa ada gambar penyanyi Taiwan sekali? Hmmm besar pulak tu. Hidden agenda ke apa? Ruang idol group ni tinggi melangit, idol siapa yang kena tampal dekat atas tu cuma mampu berhuhu je lah. 




toleh belah kanan ada himpunan album dan merchandise dari pelbagai agensi. Tu lah hand banner TeuMY bagi dekat TREASURE masa Hello Asia Tour Kuala Lumpur haritu. Hand banner yang Haruto show off dekat Incheon Airport. Yes this is flex! 

Ruangan merchandise tu macam ruang di kebanyakan bilik Kpop stan. Antara banyak dengan tidak je koleksi merchandise. Merchandise macam baju, tumbler, bag, topi ataupun photocards je tak ada. Takut gamaknya nak letak, kalau hilang confirm menangis. Dah la mahal photocards nak pula yang limited edition. 


Habis bergambar dekat ruang ni, kitorang pergi ke bahagian belakang. Dekat situ ada video LCD tapi tak bergambar pun dekat situ sebab malas nak tunggu turn. Bergambar dekat Rhythm of Time.


Berdekatan dengan ruangan ni, ada tayangan tarian sedih dari arirang. Tak ingat dah nama tarian ni apa tapi membawa maksud tarian sedih. I don't stay long there because it just to sorrow to watch. 


Kitorang tunggu kejap dekat ruang video yang memaparkan asimilasi Korea dan Malaysia. But I don't really understand the concept. The only reason I lama dekat situ sebab ada klip TREASURE masa Hello Asia Tour Kuala Lumpur yang entah berapa saat tu. Nak bergambar dengan klip tu yang buat lama. 



But I managed to click it! Dengan Hyunsuk pulak tu hshshs




Dalam lukisan Origin of Hallyu Dance tu ada 4 QR code. Kalau scan dia akan keluar tweet di bawah ni


Ambil gambar macam nak rak sampai cecah 400 lebih gambar dekat dalam Hallyu Korean Wave Exhibition ni. Bukan sebab banyak karya seni tapi sebab galeri tu gelap jadi kena la cari spot yang tak berbayang sangat. Exhibition ni lama lagi tempohnya tapi kalau dah ramai yang bagitahu ada apa dekat dalam ni, mesti tak ramai yang nak pergi sangat. 

Rasanya kalau buat kemasukan berbayar pun tak ada masalah asalkan banyak karya seni dan perjalanan cerita yang menarik. Not much to learn pun dekat sini, ramai yang datang pun sebab nak bergambar dekat poster idol group tu. Mungkin tangan berseni tu boleh ambil gambar dengan lebih cantik lagi than we did. 

Apapun, inisiatif untuk letak Hallyu Wave Korean Exhibition ni langkah yang bijak lah untuk tarik ramai anak muda berkunjung ke sini. Mudah lah nak lepak layan karya seni lepas ni sebab Balai Seni Negara dekat sangat dengan MRT. Thanks Najib!