Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Drama Review | Reset (2022) 🔥

Tuesday 19 April 2022


Director : Sun Molong, Liu Hongyuan, Suan
Writer : Qidaojun, Qiu Yujie, Suan, Huang Kaiwen, Yuan Jixi, Wei Shining
Cast :  Bai Jingting, Zhao Jinmai, Liu Yijun, Liu Tao, Li Gan, Fan Shuaiqi, Yu Peishan, Huang Jue, Liu Dan, Song Jiateng, Ma Lan, Zeng Kelang, Zhang Xiqian
Production Company : Daylight Entertainment
Distributor : Netflix, YOYO official Youtube account
Genre : Mystery / Thriller
Running Episodes :  15 episodes (45 minutes per episode)
Release Date : 11 January 2022
Trailer : 


Lepas baca review Aienieka dengan Tiara, rasa tak sabar pulak nak tengok drama baru dari negara China yang bertemakan time-loop dan jenayah ni. Tertarik sebab tema time loop satu hal, tertarik dengan misteri whodunnit satu hal jugak. I suka kalau kena teka siapa pembunuh dan motif dia. 

Bermula dengan watak pelajar kolej Li Shiqing (Zhao Jinmai) yang terperangkap dalam time loop beberapa minit sebelum tragedi bas yang meletup di jalanraya akibat berlanggar dengan lori tangka minyak. Setelah kali kelima dia stuck dalam time-loop tersebut, Shiqing cuba selamatkan Xiao Heyun (Bai Jingting). Tanpa sedar, mereka berdua stuck dalam loop yang sama dan bergabung tenaga dan minda untuk mencari pembunuh dan motif tragedi bas No. 45 meletup tepat pada jam 01.42 tengahari.

  
Jarang nak layan drama China sebab kebanyakannya terlampau panjang sampai 40 episod tapi drama Reset ni cuma ada 15 episod dengan durasi 45 minit setiap episod. Penceritaan dia pun straightforward baik dipaparkan dari segi visual mahupun dialog perbualan antara watak macam scene Shiqing bagi keterangan pada Kapten Zhang (Liu Yijun) dekat hospital. 

Plot yang dikarang kemas tanpa filler atau sub-plot yang menyimpang antara kekuatan drama Reset. Walaupun ada beberapa scenes flashback tapi semuanya membantu penonton kenal dengan semua watak yang terlibat dalam tragedi tersebut. Boleh kata pengarah guna durasi yang ada dengan sebaiknya tanpa dedahkan misteri atau klu langsung sehingga tiba masanya. Macam mana Shiqing dengan He Yun clueless, macam tu jugak lah yang tengok ni. 


Chemistry dua pelakon utama pun sesuai sangat. Ada momen bila mereka tak sependapat tapi momen tu yang buat both of them makin rapat dan percaya satu sama lain. Happy bila setiap kali stuck dalam time loop both of them akan saling bantu each other dan jatuh cinta. 

I habiskan drama Reset terbitan Daylight Entertainment ni dalam masa setengah hari sebab geram nak tahu motif letupan tu. Kalau stop, mesti teringat pasal drama ni so baik habiskan terus je. Alang-alang nak anxiety kan, baik anxiety sekali jalan je. Bukan takat anxiety je, saspen dengan terkejut pun sama naik jugak sebab tengah layan tahu-tahu dah meletup dah. 


Kudos to cinematographer sebab VFX yang digunakan nampak real sebab tu jugak rasa invested setiap kali bas No. 45 tu meletup. Makeup team pun buat yang terbaik pada scene bas meletup dan Heyun dibawa ke wad kecemasan. Peritnya tengok satu badan dia melecur teruk walhal teksi yang dia naik tu jauh di belakang bas. Suka tengok montaj dia sebab relate dengan penceritaan bila bas dikurung dalam gelas kaca seolah tak boleh lari dari takdir. 


Drama Reset ni tak guna banyak kawasan untuk shoot pun sebab berlegar di kawasan bandar dan balai polis je tapi terpesona betul dengan kecantikan bandar tu sebab mesra pengguna dengan laluan pejalan kaki yang selamat dan jejantas cantik. Dekat bandar tu ada taman, dekat je dengan laut. Dah macam Han River dekat Korea. 

Bila dapat tahu motif letupan tu rasa nak marah sangat dengan tindakan pembunuh tu sebab tindakan diorang tak patut langsung. Memang lah dunia tak adil tapi kenapa nak korbankan orang lain yang tak berdosa? Benda dah nak jadi, redha je lah dengan ketentuan Tuhan. I might sound snobbish here but you guys have to watch this drama to know what I mean with this para. 


Selain dari mesej tersebut, penulis selitkan juga mesej sosial supaya pengguna siber tak keterlaluan dalam menilai perkara yang belum tahu dari kedua belah pihak. Cepat sangat menghukum itu ini sampai mangsa pula rasa terbeban sedangkan si pelaku hidup bebas. 

For me I would easily put this drama as the best drama from China. I dah recommend dah dekat colleague supaya tengok drama Reset ni so you guys yang suka time-loop dan misteri pun kena tengok jugak! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Terharu Dapat Disney Hotstar PR Kit Drama Soundtrack No. 1

Saturday 2 April 2022

Tak sangka langsung boleh dapat PR kit dari Disney Hotstar sebab jarang update review movie dekat Disney Hotstar. Yang banyak pun movie Hindustan itu pun masuk dekat Disney Hotstar India. Dekat Malaysia belum riki lagi movie atau drama apa yang famous. Tak tahu lah sebab rajin update review drama Korea ataupun sebab selalu update movie under Disney Hotstar. But whichever it is, wow I got it. 


Bulan Mac lepas dapat DM dekat Instagram dari Cassandra, PR Disney Hotstar bagitahu nak hantar something baked untuk meraikan tayangan drama baru, genre Romance Musical Drama berjudul Soundtrack No. 1 lakonan Park Hyung-sik dan Han So-hee. Of course I tak sempat nak tengok lagi sebab cadangnya nak biarkan drama tu habis running dulu then baru marathon layan sampai habis. 
Although I was told beforehand, Disney Hotstar nak hantar some baked goods, I tak expect pulak literally baked goods sebab masa tanya runner Lalamove tu dia kata ada kotak je. Kotak hitam dalam gambar dekat atas tu agak besar jugak. Cantik betul kotak hitam berbalut dengan reben hitam. Logo Disney Hotstar berkilau dari jauh sampai ada orang tegur masa I pegang kotak Disney tu

'Amoi ah, I bukan nak kepochi tau, tapi ni kotak Disney gimik je ke Disney betul-betul bagi?'
'Eh betul-betul bagi sebab ada drama Korea baru'
'Aiyooo cantik horr'


Bila buka dekat bahagian dalam ada kad dari Disney Hotstar cerita serba sedikit tentang drama Soundtrack No. 1 yang baru tayang dekat streaming platform Disney setiap hari Rabu bermula 23 Mac 2022. 

Part yang buat I macam awwww bila Disney tulis 'From your friends at Disney Hotstar'.


Dalam box dengan cover poster drama Soundtrack No. 1 tu ada kek coklat dengan lukisan watak Park Hyung-Sik dengan Han Sun-Woo. At first I ingatkan dalam box ni ada CD music album drama Soundtrack No. 1 rupanya kek coklat. Dia buat real sangat sampai I tak perasan lepastu tinggalkan dalam kereta since I was rushing nak pergi event. Bila balik rumah baru perasan tu kek sebab coklat dia mencair macam dalam gambar tu haha aigoooo T.T

Nasib baik lah kek dia masih sedap dimakan walaupun tak secantik yang Disney bagi awalnya. Sayang jugak nak makan sebab bukan senang nak dapat dan bukan selalu akan dapat. Faham tak perasaan tu? I simpan kenangan dekat blog dan galeri hp je lah. 


Berkenan betul dengan hand bouquet dia sebab setiap kuntum bunga tu dibuat dengan piano music sheets. I rasa semua not lagu tu lagu yang dicipta untuk drama soundtrack No. 1. Tak berani lah nak bukak setiap kuntum untuk pastikan betul ke tidak teori ni. Tangan I tak berseni untuk bentukkan balik jadi kuntum bunga ros cantik macam Disney Hotstar bagi ni. Yang I mampu, bergambar gedik cenggini je lah hehe.  

Anyway, terima kasih Disney Hotstar team sebab sudi hantar PR Kit Soundtrack No. 1 ❤️❤️

Penderaan  rumah  tangga  merupakan  tunjang  utama  kepada  penceritaan  siri  mini  terkini Astro  RIA  iaitu  ‘Nusyuz  Berkiblat  Cinta’.  Drama  yang  diterbitkan  oleh  Arisz  Ab. Rahman memaparkan  naratif  two  sides  to  every  story  mengenai  penderaan  domestik  yang sering berlaku di kalangan masyarakat kita. 

Penceritaan menerusi 7 episod ini mengisahkan Hawa yang merupakan seorang wanita yang mahukan segala aspek kehidupan mengikut kehendaknya termasuk perkahwinannya dengan Adam.  Dia turut bertekad untuk menundukkan suaminya kerana keegoannya. Namun tanpa disedarinya, tindak-tanduk Hawa terhadap suaminya mirip-mirip penderaan psikologi, mental dan emosi. 

Drama yang menyelit isu-isu rumah tangga yang begitu relevan di kalangan masyarakat kita serta merungkai isu penderaan terhadap suami yang jarang sekali menjadi topik penceritaan drama-drama mainstream mengangkat empat orang pelakon muda iaitu Emma Maembong yang memainkan watak utama Hawa, Fikry Ibrahim sebagai Adam, Nadhir Nasar sebagai Erfhan dan Shaza Bae sebagai Safiana.

Drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ merupakan arahan sutradara berbakat besar, Hadith Omar dan turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti  Dayana Roza, Yaya Maembong, Ako Mustapha dan Datuk Jalaluddin Hassan. 

Drama  ‘Nusyuz  Berkiblat  Cinta’  akan  ditayangkan  pada  setiap  hari  Ahad,  jam  9.00  malam mulai 3 April hingga 15 Mei 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. 

Norzeha Mohd Salleh 

Pengurus Saluran Astro Ria: 

“Apa jua bentuk kandungan yang ada di Astro, sudah pastinya kami  inginkan  kelainan  pada  penceritaannya.  Siri  mini  ‘Nusyuz Berkiblat  Cinta’  antara  drama  pertaruhan  di  Astro  RIA membawa  kisah  yang  jarang  sekali  menjadi  tumpuan masyarakat  kita  yakni  penderaan  terhadap  suami.  Penderaan dalam  sesebuah  rumah  tangga  seringkali  tertumpu  terhadap golongan wanita sebagai mangsa. Tetapi ada jua kisah di mana si suami menjadi mangsa penderaan.   

Selain daripada itu, keberanian penceritaan domestic violence di mana  lensa  ditumpukan  terhadap  hubungan  pasangan  suami isteri  yang  masing-masing  boleh  menjadi  mangsa  dan pemangsa penderaan.   Keberanian  yang  ditunjukkan  oleh  pengarah  serta  penerbit  harus  diberi  pujian  kerana membawa perspektif berlainan berbanding dengan drama-drama mahupun siri yang ada.   Oleh itu, tiada elemen cliché menerusi penceritaan ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’. 

Naratifnya bakal membuatkan  para  penonton  terkesan  dengan  jalan  cerita  dua  buah  rumah  tangga  yang sedang berkonflik, yang masing-masing ada mangsa serta pemangsa. Kisah seperti inilah yang kami carikan dan ingin menjadikan paparan untuk para penonton di platform kami. Kami berharap garapan serta lakonan hebat barisan pelakon muda yang ada mampu menarik minat lapisan-lapisan penonton baharu yang suka dicabar oleh penceritaan yang berani dan autentik.” 

Hadith Omar  

Pengarah Drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ 

Terdapat banyak halangan untuk menghasilkan naskah ini. Antaranya adalah skrip yang masih dalam pembikinan ketika melakukan penggambaran kerana isu yang diketengahkan bukanlah isu biasa. Ia melibatkan fakta dan hukum.  

Selain itu, drama ini juga mencabar kreativiti saya untuk memberikan paparan visual yang bersesuaian untuk tayangan pada bulan Ramadhan. Subjek yang dipaparkan juga bukanlah subjek kebiasaan atau boleh diambil lewa jadi saya juga perlu melakukan kajian dan banyak membaca mengenai alam perkahwinan.  

Drama ini diterbitkan untuk memberi kesedaran kepada penonton mengenai isu keganasan rumah tangga yang berlaku. Bukan sahaja keganasan terhadap wanita, tetapi juga penindasan terhadap kaum lelaki yang jarang diketengahkan. Drama ini juga mendidik penonton penderaan yang berlaku bukan sahaja melalui fizikal tetapi juga penderaan mental dan juga kata-kata lisan.

Drama ini diharap dapat memberikan pengajaran yang positif kepada penonton yang mengalami atau kenal sesiapa yang berada dalam situasi yang abusive supaya mereka tahu bagaimana untuk bertindak dan mengambil langkah yang sepatutnya apabila berdepan dengan situasi sebegini. Drama inj juga diharap dapat menjelaskan lagi situasi dalam alam rumah tangga seperti apa yang dianggap pasangan yang nusyuz. Diharap drama ini dapat memberi manfaat dan pengajaran untuk semua yang menonton nanti.” 

TRIVIA MENARIK DRAMA ‘‘NUSYUZ BERKIBLAT CINTA’’ 

1. Penggambaran dijalankan dalam masa 40 hari. Lokasi penggambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur. 

2. Penggambaran berjalan dengan lancar. Namun penelitian skrip amat dititikberatkan dengan kajian mendalam yang dilakukan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga yang turut melibatkan fakta keganasan rumah tangga serta hukum-hukum jika tersabit dengan kesalahan yang berkaitan.  Drama ini turut menggunakan khidmat peguam Fahmi Ramli sebagai penasihat untuk fakta perundangan shariah dan sivil.  

3. Lagu Mainan nyanyian Naim Daniel dipilih menjadi lagu tema utama untuk drama ini kerana liriknya yang sesuai dengan babak-babak yang dipaparkan dalam drama ini di mana watak utama Hawa lakonan Emma Maembong menjadikan perkahwinannya dengan Adam (Fikry Ibrahim) seperti satu permainan kehidupan. Lagu ini juga menyokong kisah Erfhan lakonan Nadhir Nasar yang melayan Safiana lakonan Shaza Bae dengan dayus sekali. 

4. Drama ini diterajui pelakon hebat seperti Fikry Ibrahim dan Emma Maembong. Turut didukung oleh pelakon yang semakin meningkat naik Nadhir Nasar dan Shaza Bae serta Datuk Jalaluddin Hassan, Aznah Hamid, Rahim Omar, Mak Wanju, Ako Mustapha, Dayana Roza, Sabhi Sadhi, Yaya Maembong dan ramai lagi. 

5. Chemistry di antara Fikry dan Emma terbentuk dengan mudah sekali kerana pengalaman serta sikap profesionalisme mereka. Emma mengakui wataknya kali ini agak sukar dan berat tetapi dia menyahut cabaran untuk menjayakan watak yang abusive ini sebaik mungkin. Sebelum ini, Emma memegang watak seorang isteri yang didera menerusi drama, I Promise. 

6. Bagi Shaza dan Nadhir pula, chemistry mereka berdua mudah kerana persahabatan yang sudah terjalin di antara mereka. Kedua-dua mereka di bawah syarikat pengurusan yang sama. Watak Safiana lakonan Shaza kali ini mencabar kebolehan lakonannya kerana watak ini menampilkan kehidupan seorang isteri yang terperangkap dalam rumah tangga yang dipenuhi penderaan fizikal dan seksual. 

7. Nadhir dan Shaza turut merupakan pemenang Hero Remaja dan Dewi Remaja.   

PECAHAN WATAK DRAMA ‘‘NUSYUZ BERKIBLAT CINTA’’ 

Emma Maembong sebagai Hawa 

Fikry Ibrahim sebagai Adam 

Nadhir Nasar sebagai Erfhan 

Shaza Bae sebagai Safiana 

Dayana Roza sebagai Khadijah 

Sabhi Sadhi sebagai Zarul 

Yaya Maembong sebagai Aisyah 

Ako Mustapha sebagai Arman 

Aznah Hamid sebagai Hajah Asmah 

Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Haji Aris 

Mak Wan sebagai Puan Fatimah 

Tengku Malia sebagai TJ  

LOGLINE DRAMA ‘‘NUSYUZ BERKIBLAT CINTA’’ 

Tidak  mahu  dirinya  dikawal  oleh  lelaki,  Hawa  membuat  keputusan  untuk  mengawal sepenuhnya rumah tangganya bersama Adam dari segi  psikologi, sosial, fizikal, seksual dan kewangan. 

SINOPSIS DRAMA ‘‘NUSYUZ BERKIBLAT CINTA’’ 

Nusyuz Berkiblat Cinta mengisahkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa, dan Erfhan dan Safiana. Apabila Hawa mendapat tahu yang Safiana menjadi  mangsa keganasan rumah tangga,  dia  membuat  keputusan  untuk  mengawal  rumah  tangganya  sendiri  dan  bertegas untuk  tidak  tunduk  sedikitpun  pada  suaminya.  Hawa  menetapkan  syarat  dalam perkahwinannya  bersama  Adam  dan  Adam  hingga  Adam  sanggup  mengenepikan  keluarga dan  kawan-kawannya  demi  Hawa.  Tanpa  disedari,  Adam  dikawal  sepenuhnya  oleh  Hawa. Malang  sekali,  keadaan  tidak  berubah  untuk  Safiana  apabila  dia  seringkali  didera  dari  segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan. 

Patutkah  Adam  dan  Safiana  terus  kekal  dalam  perkahwinan  masing-masing?  Adakah  Hawa dan Erfhan akan berubah menjadi pasangan yang lebih baik? 


ASTRO ORIGINALS BAWAKAN KEMASYHURAN, KEKUASAAN & PERGELUTAN KELUARGA BERPENGARUH MENERUSI ‘KUASA’ | “Penerbit Filem Box Office, Astro Shaw & Skop Productions Terbitkan Drama Siri Premium Pertama Bersama”  

Astro  Originals  mempersembahkan  drama  siri  premium  terbaru, KUASA  dengan  mengetengahkan  buat  pertama  kali  kisah  fiksyen  sebuah  keluarga  berpengaruh dalam  dunia  hiburan  yang  hidup  penuh  dengan  glamor,  kemasyhuran,  kerakusan  kuasa  dan pengkhianatan.  KUASA  menceritakan  kehidupan  sebuah  keluarga  penerbit  terkemuka  yang  amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.  

Menariknya,  drama  siri  premium  ini  merupakan  hasil  kerjasama  dua  penerbit  filem  blockbuster dalam industri perfileman Malaysia, Astro Shaw dan Skop Productions. Kedua-dua penerbit ini acap kali bergabung dalam menghasilkan filem pecah panggung antaranya, Abang Long Fadil 2, KL Special Force,  Misteri  Dilaila.  Tidak  hanya  mendominasi  pentas  layar  perak,  keduanya  turut  meneroka platform Astro First dengan menerbitkan Penunggang Agama 1 & 2; dan bagi terus memperluaskan kuasa bersama, kini mempelopori drama siri premium. KUASA yang bakal menemui penonton mulai 11 April, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro GO atau On Demand. 

“Pihak  kami  berasa  sangat  gembira  apabila  dapat  berpeluang  sekali  lagi  bekerjasama dengan  rakan  penerbit  Skop  Productions.  Bezanya  kali  ini  dalam  penerbitan  drama  siri  premium. Melihat sambutan drama premium Astro Originals terdahulu menerusi Kampong Pisang Bersiri-Siri, Projek: Anchor SPM, I-Tanggang dan Dukun Diva, kami percaya jalan cerita yang segar dan kualiti produksi  yang  tinggi,  mampu  memberi  kepuasan  berbeza  kepada  penonton.  Begitu  juga  dengan KUASA, yang mana tema utamanya adalah kekeluargaan yang merupakan subjek universal, tetapi isu yang dikupas berlegar tentang industri perfileman, kerakusan kuasa, sabotaj dan kemasyhuran. Jadi,  kami  harap  KUASA  dapat  mencipta  kejayaan  tersendiri  dan  sekali  gus  menjadi  sebahagian perubahan dalam industri hiburan Malaysia.”  - Naib  Presiden,  Perniagaan  Melayu  Nusantara  &  Ketua  Astro  Shaw,  Raja  Jastina  Raja  Arshad

Siri  genre  drama,  jenayah  dan  romantik  ini  telah  diarahkan  oleh  Kroll  Azry  yang  sebelum  ini mengarahkan  drama  bersiri  yang  tercalon  menerusi  Drama  Siri  Terbaik/Telefilem  Untuk  Pasaran Tempatan Asian di Content Asia Award 2020 iaitu ‘Black’, ‘KL Gangster Underworld 2’, filem Pekak dan banyak lagi. Manakala idea asal Kuasa adalah daripada Shamin Yusof.    

Mewakili Skop Productions & Idea Asal KUASA, Shamin Yusof melahirkan rasa terujanya apabila drama  siri  premium  KUASA  akan  menemui  penonton  tidak  lama  lagi.  “Saya  dibesarkan  dalam keluarga  seni  dan  sering  didedahkan  khususnya  dengan  industri  perfileman  melalui  papa.  Tidak dinafikan  sedikit  sebanyak  ia  telah  memupuk  minat  yang  mendalam  untuk  mengikut  jejak  papa. Mungkin berbeza dengan abang dan adik saya yang lebih cenderung kepada pengarahan, dan saya lebih  berminat  dalam  selok  belok  penerbitan.  KUASA  adalah  idea  asal  pertama  saya  yang  akan dipersembahkan kelak, dan ia tercetus apabila melihat tiada lagi naratif sebegini ditonjolkan, dan saya  yakin  ia  sesuatu  yang  menarik  untuk  dikongsikan  bersama  penonton.  Saya  juga  ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro Shaw kerana meletakkan kepercayaan pada saya dalam merealisasikan idea ini ke dalam bentuk drama siri premium.”  

Kuasa  membariskan  gabungan  pelakon  senior  dan  baru  seperti  Nazim  Othman,  Nadia  Brian, Ridzuan  Hashim,  Ning  Baizura,  Dazrin  Kamarudin,  Izzy  Reef,  Nia  Atasha,  Alicia  Amin,  Syanie Hisham dan Azri Iskandar.  Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 11 April  ini.  Anda  juga  boleh  strim  di  platform  Astro  GO  atau  On  Demand.  Ikuti  info  dan  klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw. 

SINOPSIS KUASA 

Selama 35 tahun di dalam industri, Tan Sri Dhameer telah membina sebuah empayar terbesar  dalam industri hiburan  dengan syarikat Wira Entertainment. Bermula daripada menghasilkan filem-filem tempatan, musik kemudiannya platform pelaburan dan juga menubuhkan yayasan. Drama siri premium hasil kerjasama Astro Shaw dan Skop Productions ini menceritakan tentang  kisah  keluarganya  dan  tiga  anaknya,  Darius,  Delilah,  dan  Dharma yang  merebut  untuk  menjadi  waris tunggal syarikatnya. 

Tan Sri Dhameer cuba untuk mendidik anak-anaknya bahawa terdapat musuh yang jauh lebih besar yang perlu mereka atasi daripada keluarga mereka sendiri. Adakah dia akan berjaya? Adakah ketamakan yang akan menjadi punca kejatuhan empayar beliau? Adakah darah lebih bermakna daripada wang? 

TRAILER RASMI KUASA


Drama Baharu Slot Tiara Perkasakan Watak Wanita

Tuesday 15 March 2022

Drama bersiri ‘Dendam Seorang Isteri’ yakni hasil terbitan Radius One Sdn. Bhd. memaparkan elemen women empowerment dengan tunjang penceritaan berlandaskan kisah seorang wanita yang dikhianati bangkit untuk membalas dendam terhadap pelakunya.Kekuatan naratif watak utama pastinya bakal merubah penceritaan stereotaip wanita yang sering kali dijadikan mangsa keadaan dan bergantung harap terhadap watak-watak lelaki untuk diselamatkan. 

Penceritaan menerusi 80 episod ini mengisahkan Amira seorang isteri yang taat kepada seorang suami playboy bernama Harris. Dalam pergolakan rumah tangga mereka termasuk campur tangan ibu mertua, Amira menjadi mangsa khianat oleh kekasih suaminya, Kirana. Bermulalah rancangan Harris dan Kirana untuk membunuh Amira yang sebenarnya sedang mengandung. 

Adakah plot yang dirancang berjaya ataupun bakal berpaling tadah dengan kehadiran Neelisa? 
Drama yang memperkasakan watak wanita ini mengangkat dua orang pelakon wanita hebat yakni Fasha Sandha sebagai Amira/Neelisa dan Nad Zainal sebagai Kirana yang bakal menarik perhatian para penonton terutamanya golongan wanita moden dan berkerjaya. 

Drama ‘Dendam Seorang Isteri’ merupakan arahan sutradara-sutradara muda yang berbakat besar, Nizam Zakaria dan Uchee Fukada serta turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti Wan Raja, Aidit Noh, Roy Azman, Ziema Dina dan Dian P.Ramlee. 


Drama ‘Dendam Seorang Isteri’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 21 Mac 2022 secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

“Women empowerment menjadi nadi kepada drama terbaharu kami, ‘Dendam Seorang Isteri’ dengan gandingan mantap dua orang pelakon wanita versatil dan hebat iaitu Fasha Sandha dan Nad Zainal. Astro sekali lagi memperkasakan watak-watak wanita menerusi slot-slot drama yang ada. 

Sebagai destinasi drama terunggul di Malaysia, kami menguar-uarkan nukilan yang berkisarkan kekuatan wanita dalam menempuhi cabaran hidup yang ada. Walaupun drama ini merupakan sebuah adaptasi daripada drama terbitan di Korea berjudul ‘Temptation of Wife’, penceritaan berunsurkan women empowerment amat menepati cita rasa para penonton masa kini di Malaysia. 

Drama ini turut menguji kebolehan lakonan Fasha dan Nad. Mereka sekaligus membuktikan kemampuan sebagai pelakon dramatis yang amat disegani. Sememangnya ramai akan kagum dengan penguasaan dan penghayatan mereka yang begitu berkesan. Mewakili pihak Astro, saya berharap agar para penonton bukan sahaja terhibur malah mendapat inspirasi dengan tema kekuatan kaum wanita yang ada pada drama yang bakal menyerikan slot Tiara kami.” - Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima


“Drama ‘Dendam Seorang Isteri’ ini adalah drama yang saya nantikan sebagai pengarah kerana saya mahu mengarahkan sebuah drama berformat panjang. Bagi saya, ini adalah satu cabaran untuk membuktikan bahawa saya mampu melakukannya. Cabaran menjadi besar apabila naskhah yang saya terima daripada penulis skrip sangat menarik untuk saya tafsirkan dalam bentuk visual. 

Para pelakon berbakat besar seperti Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja serta Aidit Noh banyak membantu saya untuk melahirkan watak Kirana, Amira, Harris dan Naufal yang mempunyai cerita serta back story masing-masing yang bagi saya penuh dengan konflik. Ini bakal menarik perhatian para peminat drama Melayu. 

Memandangkan drama ini diadaptasi daripada drama Korea yang sangat-sangat popular, saya rasa tercabar untuk menghasilkan sebuah drama yang lebih baik daripada versi asal mengikut cita rasa dan nilai budaya tempatan. Sememangnya proses ini sangat mencabar, lebih-lebih lagi saya ingin menghasilkan sebuah naskhah yang bersifat original dan fresh untuk dihidangkan kepada penonton.” - Nizam Zakaria, Pengarah Drama Dendam Seorang Isteri


TRIVIA MENARIK DRAMA ‘DENDAM SEORANG ISTERI’

1.  Durasi penggambaran bermula pada November 2021.

2.  Lokasi penggambaran adalah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.

3. Penggambaran drama ini telah dihentikan sebanyak tiga kali disebabkan kes Covid-19 di kalangan kru dan para pelakon.

4. ‘Dendam Seorang Isteri’ diarahkan oleh dua orang pengarah iaitu Nizam Zakaria dan Uchee Fukada.

5. Shahrulezad Mohameddin menggalas tugas sebagai pengarah kreatif . Beliau juga merupakan seorang peminat drama ini versi Filipina.

6. Pengurus produksi drama ini juga merupakan penyanyi lagu tema kepada drama ini. Lagu tema iaitu Kesumat dinyanyikan oleh Rian Shain. Komposer lagu Kesumat adalah Amylea Azizan yang juga turut berlakon dalam drama ini. 

7. Antara cabaran yang dihadapi adalah menghadkan jiwa karya asal dan dalam masa yang sama memberikan nafas baru kepada karya tersebut. Selain itu, cabaran lain yang dihadapi pengarah drama ini adalah mengekalkan momentum dan karakter para pelakon di mana babak-babak yang dirakam telah disusun mengikut kesesuaian lokasi dan masa.

8. Nad Zainal bertindak sebagai stylist bagi karakternya malah memilih sendiri busana untuk watak Kirana. 

9. Karakter Kirana merupakan watak dambaan Nad Zainal sejak mula berlakon.

PECAHAN WATAK DRAMA ‘DENDAM SEORANG ISTERI’

Fasha Sandha - Amira/Neelisa
Nad Zainal - Kirana
Wan Raja - Harris
Aidit Noh - Naufal 
Roy Azman - Dato’ Mus
Ziema Dina - Datin Mona
Zarynn Min - Kak Baby
Sharmaine Farouk - Diana
Dian P.Ramlee - Ain 

LOGLINE DRAMA ‘DENDAM SEORANG ISTERI’

Tragedi bertukar menjadi dendam. Jangan perkecilkan kuasa seorang wanita yang hatinya dikhianati.


SINOPSIS DRAMA ‘DENDAM SEORANG ISTERI’


Amira, seorang gadis kampung, berkahwin dengan seorang jejaka daripada keluarga kaya, Harris dan menjalani hidup sebagai seorang isteri yang setia. Malangnya Harris tetap bersikap berfoya- foya dan tidak pernah setia. Keguguran pertama Amira membuatkan Amira tidak disenangi ibu Harris, Mona yang hanya pentingkan status dan kedudukan. Amira sering didera oleh Mona tetapi dia masih bernasib baik kerana bapa mertuanya, Mus prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi Amira.

Kemudian, adik angkat dan rakan karib Amira, Kirana pulang ke Malaysia dan terus menjalinkan hubungan sulit dengan Harris kerana dendam lamanya terhadap Amira. Syafiq, adik Amira telah lama jatuh hati dengan Kirana dan berharap Kirana dapat membalas cintanya. Namun kerana hubungan sulit Kirana dengan Harris, Kirana langsung tidak mempedulikan cinta Syafiq.  


Amira yang masih mengharapkan dirinya untuk hamil mula berprasangka kepada Harris apabila mendapati Harris sering mengelak daripada bermesra dengannya dan sering pulang lewat. Hasil siasatan Amira, Amira dapat rasakan yang Kirana terlibat. Tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi, Amira nekad untuk pergi bersemuka dengan Kirana.

Kirana tidak peduli akan perasaan Amira dan mengakui dia ada hubungan dengan Haris dan memaksa Amira untuk meninggalkan Harris. Dalam kesedihan, Amira kemudian mengetahui dirinya kini sudah hamil. Saat Amira merancang untuk membawa diri, satu masalah besar yang menimpa ayahnya membuatkan Amira terpaksa meminta bantuan kepada Mus untuk membantu ayahnya dengan syarat Amira bersetuju untuk terus kekal menjadi isteri Harris. Amira juga tahu yang Kirana tidak akan mengalah untuk merampas Harris daripada hidupnya.

Kirana dan Harris akhirnya merancang untuk membunuh Amira walaupun Amira hamil. Amira yang disangkakan mati dalam sebuah tragedi telah diselamatkan oleh seorang lelaki bernama Naufal. Dialah yang memberi Amira semangat baharu untuk bangkit semula dan membalas dendam terhadap mereka yang memusnahkan kehidupannya. Lantas Amira menjadi Neelisa!  

Drama Villa Kristal | Memang Panas, Penuh Skandal!

Sunday 6 March 2022


Pengarah: Kabir Bhatia, Jason Chong

Penulis Skrip: Hadi M. Nor, Honey Ahmad, Maizura Ederis, Zuli Ismail, Faten Syamimie, Siti Jasmina Ibrahim

Pelakon : Mimi Lana, Mawar Rashid, Jasmine Suraya, Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Alvin Wong, Nazrief Nazri, Fadlan Hazim, Maria Farida, Sherry Ibrahim

Genre : Komedi

Rangkaian: WeTV

Episod: 12 episod

Tarikh Tayangan: 4 Mac 2022


Drama Villa Kristal Episod 1

Minggu lepas I tertarik untuk layan drama baru terbitan WeTV Originals, Villa Kristal. Baru episod 1 dah tak sabar nak tengok next episode! Konsep drama yang berkisar kekasih gelap ni tampil dengan tema yang segar, fun dan panas dengan skandal dari setiap watak utama. Boleh kata naskhah komedi ni berbeza dengan drama-drama yang ditayangkan sebelum ni. Jarang pengarah nak paparkan kisah dari perspektif madu atau kekasih gelap tanpa beri elemen simpati yang mendalam pada isteri pertama. Barisan pelakon yang mantap dengan sinematografi cemerlang antara penarik utama drama Villa Kristal.

Episod pertama drama Villa Kristal bermula dengan monolog Hani (Mimi Lana) memperkenalkan diri sebagai novelis dan misi dia membongkar sarang elit. Hani menyamar sebagai menantu seorang ahli politik untuk mencungkil kehidupan peribadi Rose (Mawar Rashid), isteri kedua Ustaz Adib (Nazrief Nazri) yang disorok di Villa Kristal. 

Demi mencari bahan sensasi untuk novelnya, Hani beli seunit rumah dari Azhar (Ucop) dan berbaik dengan semua penghuni di situ untuk mencungkil cerita tentang Rose bagi plot utama dan isteri kedua ataupun perempuan simpanan sebagai plot tambahan. Kelas yoga kelolaan Angel (Jasmine Suraya) menjadi titik permulaan kepada dia untuk bertemu dengan Rose. Tak semudah yang disangka, Rose cuba mengelak untuk bermesra dengan Hani. 

‘That’s Rose. Dulu dia famous berlakon dalam drama 300 episod rasanya. Suamiku Dot Dot kot. Lepastu dia kahwin dengan ustaz reality show terus sendu, ke laut dalam.’ - Azhar

Hani juga berjumpa dengan Diana, wanita bekerjaya yang berjaya tapi hauskan cinta sejati. Katanya bukan salah dia kalau lelaki tersebut berstatus suami orang. Rupa paras yang cantik memudahkan dia untuk tawan hati Idris. Jackpot kepada Hani dapat berjumpa dengan orang yang tepat dalam masa yang singkat. Memang pilihan yang tepat untuk santai dengan drama Villa Kristal sebab jalan cerita Episod 1 dah panas dengan adegan skandal terutamanya dari watak Angel dan Bin Bin. Tak sangka Jasmine Suraya berani keluar dari zon selesa dan watak klise.

Pertama kali Kabir Bhatia tampil dengan naskhah yang santai hasil kerjasama pengarah Jason Chong dan barisan penulis untuk wujudkan drama Villa Kristal. Tak mudah untuk layan cerita golongan yang tanpa segan silu mengganggu rumahtangga orang tanpa rasa geram. Tambah pula zaman sekarang makin ramai yang pilih untuk hidup mewah dengan cara yang singkat. Tengok perangai watak Diana dengan Rose cuba justify diri masing-masing ataupun mengeluh dengan nasib pun dah berpusing biji mata. 

Semua orang pun sedia maklum tentang wanita yang disorok di apartment mewah tapi tak ramai yang tahu bagaimana kehidupan peribadi mereka. Luar nampak bahagia tayang dekat social media walaupun dilabel sebagai perampas tapi dilema yang ditanggung semuanya disorok dari orang luar. Penceritaan yang santai dan menghiburkan adalah pilihan yang tepat untuk menarik penonton menyelam kehidupan mereka yang memilih jalan tersebut. 

Sinematografi yang dipaparkan dengan cantik, props yang bersesuaian dengan citarasa dan identiti setiap watak, ditambah pula dengan music score yang flirty dan nakal menaikkan mood dan impak pada penceritaan drama Villa Kristal. Montaj untuk intro setiap episode sesuai dengan vibe drama komedi ni. Boleh kata macam filem chick flicks Pisau Cukur. Vibe yang sama dan mengangkat mesej yang sama. 

Selain dari nama pengarah yang tersohor di dunia perfileman, barisan pelakon pun mantap. Pertama kali tengok Jasmine Suraya berlakon watak kepochi, nampak dia selesa dengan watak Angel sebab dia pun macam tu in real life (Jasmine yang beritahu sendiri dalam Cast ID). Fresh haircut, sexy, mood swing, kepochi antara karakter Angel so no wonder lah kalau senang sangat terhibur bila dia muncul. Facial expression dia on point masa scene Hani bagitau FIL dia boleh tutup villa ni kalau Idris tak nak bekerjasama. Mawar Rashid sesuai sebagai Rose, selebriti cantik dan mudah dimanipulasi oleh suami dan Diana yang cuba mencari cinta pada Idris yang sudah berpunya. 

Dekat intro scene Hani ada sebut yang dia mempunyai mak tiri jadi perspektif Hani pun sama macam orang kebanyakan yang menganggap wanita simpanan sebagai perampas dan perosak rumahtangga. Tapi bagaimana rasa benci yang mendalam tu bertukar kepada persahabatan lantas beri makna baru kepada kesemua wanita ni, kena tengok sendiri lah secara percuma setiap Khamis dan Jumaat jam 8 malam! PERCUMA & eksklusif di apps WeTV ataupun di laman web WeTV, wetv.vip!

Istimewa untuk pengguna WeTV VIP, anda boleh menonton drama komedi Villa Kristal 2 episod lebih awal dari pengguna biasa. Jangan terlepas perkembangan terbaru drama Villa Kristal di semua media sosial WeTV:

Facebook : WeTV Malaysia

Twitter : @wetvmalaysia

Instagram : @wetvmalaysia