Movie Review | Braven (2018)

Saturday 22 January 2022


Director : Lin Oeding
Writer : Mike Nilon, Thomas Pa'a Sibbett
Cast : Jason Momoa, Garret Dillahunt, Jill Wagner, Stephen Lang
Production Company : Pride of Gypsies, Highland Film Group, Ingenious Media
Distributor : Saban Films
Genre : Action / Thriller
Running Time : 94 minutes
Release Date : 2 February 2018
Trailer :


Berlatarkan musim sejuk, movie Braven mengisahkan tentang Joe Braven (Jason Momoa) yang terpaksa berdepan dengan masalah keluarga bila ayah dia (Stephen Lang) mengalami dementia selepas kemalangan. Mereka berdua pergi ke kabin di bukit Mount Blue untuk berbincang hal ni sebab polis dah bagi amaran untuk masukkan dalam lokap kalau kes bertumbuk jadi lagi. 


Tanpa pengetahuan Joe, pekerja dia sorokkan seguni dadah kokain di kabin tersebut selepas lori terbalik dalam perjalanan untuk merentas sempadan. Kassen (Garret Dillahunt) datang ke kabin bersama sekumpulan anak buahnya untuk mengambil dadah dan bunuh sesiapa sahaja di dalam kabin tersebut. Macam tak perlu pun sebenarnya sebab Joe dengan Linden dah nak balik ke rumah dah pun. Kalau Kassen reti bersabar, tak perlu pun bazirkan masa dan tenaga untuk bertarung. Buat apa bincang kalau boleh bergaduh ye dak? 


Memandangkan naskhah Braven arahan Lin Oeding ni merupakan genre action jadi tak perlu lah dibahaskan lagi plot cerita dia walaupun kebanyakannya tak masuk akal. Contohnya macam watak Linden yang mengalami dementia dan habiskan sepanjang hari mencari lampu Krismas di bilik stor tapi bila watak dia perlu jadi sniper, dia elok lah pulak. Ingatkan dementia akan jadi cabaran kepada keluarga Braven ni rupanya tidak. Hilang rasa thrill dekat situ. 


Tak pasti kenapa pengarah pilih untuk guna nama Braven, adakah sebab keluarga Braven ni semuanya mempunyai hunting skill yang tinggi termasuklah menantu dan cucu ataupun kerana watak utama dia berketurunan Braven jadi dia berani mengalahkan polis. Lebih menarik kalau Braven bersifat kekeluargaan di mana hunting skill keluarga Braven ni ditonjolkan dengan cemerlang sebab Linden padu sebagai sniper, Stephanie (Jill Wagner) pandai memanah sementara Joe hebat serba-serbi. 


Watak Stephanie tak dikembangkan dengan baik bila dia muncul tak lama pun dengan set memanah dan kembali kepada watak tipikal si isteri – menjerit panggil suami. Apa salahnya kalau Stephanie muncul lebih awal dan mempunyai momen solo dan tumbangkan seorang dua penjahat. Watak Joe tak nampak lemah pun tapi boleh wujudkan aura duo yang hebat bila bergabung. 

Sinematografi dari Brian Andrew Mendoza pula cuma bergantung pada keindahan lokasi Newfoundland, Kanada. Kalau nak tengok stunt tu rasanya cari dekat movie lain lah sebab dalam movie Braven ni lebih banyak menggunakan alat memburu. Masuk second half dah pelik dengan kabin tu samada kabin untuk beristirahat ataupun kabin senjata. Tak putus stok dia sampai habis cerita. Boleh je kot penulis bagi backstory untuk kabin tu supaya nampak lebih bermakna di hujung cerita. Aksi tak sampai, emosi apatah lagi. 


Kecewa masa dapat tahu pengarah sebelum ni merupakan stunt coordinator tapi bila buat movie tak guna pun kelebihan dan pengalaman tu. Scene Joe Braven panjat pokok tu macam wow jugak lah sebab cekap dan kreatif. Watak polis memang tak function langsung dalam Braven ni walaupun datang awal. Kalau penulis buat polis stuck disebabkan salji tebal kira logik jugak lah. Tak lah rasa macam hmmm tipikal action movie nak highlight hero je. 


Daripada tengok Braven rasanya syok lagi tengok movie Tiger Zinda Hai (2017) sebab cukup rencahnya walaupun plot lebih memihak kepada entertainment. Watak si isteri pun ada solo stunt yang padu walaupun watak si suami lebih mendominasi. Naskhah Braven ada props, pelakon bagus dan lokasi yang menarik tapi malangnya terasa cukup tawar dan hambar untuk menjadi santapan. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.3/10

5 comments

  1. I dunno how long I've been absent from blogging and blogwalking but it's good to be back. and I love your new look!!

    ReplyDelete
  2. Ingatkan nak tengok sebab Jason Momoa.hehe. tapi kalau baca review cam hambar je

    ReplyDelete
  3. Sayang tak ditonjolkan dengan cantik dan kemas.. tak jadilah nak tengok.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.