Blog Performance Disember 2021

Sunday 2 January 2022


Selamat tahun baru semua! 

Permulaan tahun baru yang so so je tahun ni sebab hujan setiap hari dekat sini. Kalau tak hujan pun mendung je. Tak ada plan pun weekend ni cuma layan movie atau series dekat Netflix. Masa blogwalking semalam nampak lah kawan-kawan blogger ke sana ke sini sambut tahun baru dengan family. Azam tahun baru je tak jumpa lagi. Dah ramai yang malas nak berazam kot sebab asyik ke laut haha

Sepanjang tahun 2021 macam excited lah nak tunggu bulan Disember sebab nak tengok blog ni boleh cecah 2 juta PV ke tidak. Jom tengok report card bulan lepas. 

1. PV 


Jawapannya tidak, okay tidak mencecah 2 juta sebab utama haruslah kerana template lama dah tak sesuai untuk Blogger. Boleh je nak guna tapi dia loading kemain lama sampai I pun give up kadang tu. Dari bulan November sampai sekarang masih lagi mencari template yang sesuai. Dah nak masuk 100 lebih dah habis untuk cari template yang sesuai.

I suka template yang ada blog archive macam sekarang ni tapi kebanyakan template yang free mahupun berbayar tak ada blog archive dan tak boleh adjust ikut tekak kita. Warna pun satu hal jugak. Nak habiskan masa dekat coding tu memang tak lah. Bila cari blogger yang pandai buat coding memasing refuse pulak. 

Template yang sekarang memang tak ada masalah pada loading, ada blog archive tapi PV merudum. Elok boleh dapat 4,000 sehari sekarang dah jatuh jadi 2000 je. Dah lah blog ni terkesan teruk dari bulan Ogos sampai Oktober sebab Google buat hal. Makin lama makin banyak features tak sesuai dengan Blogger. Macam ada bau yang Blogger akan pergi je atau mungkin yang percuma ni akan ditamatkan sebab social media lain pun dah mula berbayar. Jam tu mungkin stop jadi blogger lah, baik fokus dekat kerja hakiki je. 

Disebabkan masalah ni I dah mula malas nak ambik port dengan PV tapi Adsense tengah berjalan lagi even international client mula mintak PV. Ugghhh! 

2. Posts


Bulan ni happy sangat tengok Popular Post meriah dengan newcomers. Berbeza habis dengan popular post bulan-bulan sebelumnya. Movie Spiderman tu memang expected lah sebab bulan ni meriah dengan naskhah terbaru Marvel. Sugarbomb tu paling tak sangka ramai rupanya yang mencari. 

Paling tinggi bulan ni, entri senarai movie Bollywood bertemakan keluarga. Perasan jugak kalau buat senarai macam ni mesti naik melonjak sebab ramai yang mencari senarai instead of review. Tahun ni akan diusahakan perbanyakkan lagi senarai movie atau series. 

3. Keywords

Bila popular post meriah dengan entry baru, keywords pun sama lah penuh dengan keywords berbeza. Ada yang cari lirik lagu, ada yang cari movie, pasal makanan pun ada, jalan-jalan pun ada walhal nak keluar rumah kemain susah. Dah mula la tu musim vacation sebelum lockdown dek Omicron. Hajat I nak playing tourist di Kuala Lumpur part 2 tak tercapai lagi. 

Nak tunaikan masa Krismas haritu tapi hmm rezeki dah habis. Sudahnya burn cenggitu je lah tiket hotel. Kalau tak dah boleh tengok Christmas decoration dekat KL dah. 

4. Audience

Walaupun pembaca bulan ni meningkat dari bulan November , tapi pembaca dekat Malaysia jatuh sikit. Bulan ni bertambah kunjungan dari negara lain macam Russi dengan Jepun. Singapore pun jatuh jugak padahal dia top 3 untuk bulan November. 

5. Bilangan Entri


Masa awal tahun 2021 dah set target untuk achieve 60 entri setiap bulan tapi berjaya cecah pada bulan Januari bila azam masih hangat membara, bulan Jun bila PKP ketiga di Selangor dan Julai pun sebab PKP tapi dah berkurang banyak dari bulan sebelumnya. 3 bulan je dapat cecah target tu itupun I rasa ada satu bulan tu I gigih join segmen, contest dengan giveaway je. 

Tapi target untuk pecahkan jumlah entri tahun 2021 tu berjaya lah bila tahun 2020 ada 607 entry sementara tahun lepas dapat pulun sampai 653 entry. Untuk review pun meningkat jugak bila berjaya hasilkan 383 movie dan drama review. Peningkatan 100% lah kan sebab tahun 2020 ada 280 review. Yeayy to myself lah sebab berjaya pulun walaupun sibuk dengan kerja hakiki. 

Memandangkan tahun 2022 ni I akan berpindah ke department baru, kemungkinan besar akan sibuk dan tak sempat nak layan movie atau series. Mungkin tak sempat juga nak update blog selalu so I letak target entry setiap bulan sebanyak 40 entry sahaja. 

Alang-alang dah sembang pasal performance blog tahun 2021 ni, I happy sebab blog Farhanajafri.com dah mula dapat kerjasama dari production house tempatan dan yang terpaling happy haruslah bila Astro contact I untuk movie review. Bila ada jenama terkenal datang offer job yang relate dengan niche kita memang sesuatu yang bermakna lah. 


Terima kasih juga kepada Ace Entertainments dengan Awesome TV yang datang hulur press release. Tak lupa juga kepada The Audition yang berlangsung pada penghujung bulan Disember. Bulan lepas Viu Indonesia ada datang jengah ke sini. Brand international yang relate dengan niche datang jengah pun dah happy sangat walaupun tak berjaya masuk dalam senarai tskkk. Mungkin sebab PV rendah gara-gara baru nak sembuh. But that's okay, at least I boleh nampak blog ni dah ke mana. 

Kepada yang sentiasa datang baca dan beri sokongan moral, terima kasih kerana mencorakkan tahun 2021 saya. Kecil bagi tuan puan, besar maknanya buat saya. Tak mampu nak balas usaha dan kasih sayang semua orang melainkan dengan ucapan terima kasih dan doa supaya semuanya sihat dan dilindungiNYA. Happy new year everyone, stay safe and be strong :)

11 comments

  1. Sy pun lepas tukar template, PV jatuh meredum-redum.. tapi nak baut macam mana, nasi dah jadi bubur, hehe. Lagipun yg lama tu jenuh loading, kesian data habis cam tu aje.

    ReplyDelete
  2. Semoga performance blog terus kencang 2022 ini :)
    Happy New Year, Farhana!

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru farhana. semoga terus sukses dengan blogging :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah, dan semoga terus sukses di dalam dunia blogging ini :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah..semoga lebih berjaya di masa hadapan

    ReplyDelete
  6. Hebat>> Review Farhana mempengaruhi Kak Sha juga sebenarnya.. Hehehe..
    teruskan semangat.. semoga terus sukses untuk tahun 2022 dan tahun mendatang..
    Happy New year Farhana..

    ReplyDelete
  7. Wah... Hebat. Tahniah sis! Bukan calang-calang tu yang contact. Semoga terus sukses dan hidupkan dunia blogging. All the best!

    ReplyDelete
  8. pv mama pun merudum benornya tahun baru ni. sebab template juga ke. apapun semoga bertambah maju blog farhana ni ye

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.