Nom Nom Nom : Mozers

Monday 9 October 2017

Sembang pasal Syrian dish, dekat Bukit Jelutong ni ada satu restoran yang best nak lepak. Tahun lepas pernah pergi sekali, tahun ni datang lagi. Hewhewhew dah macam annual activities pulak. Malas nak singgah sini sangat sebab Bukt Jelutong dengan office kira jauh jugak lah. Lagipun boleh nipis poket oiii.

Related image

Dekat Mozers ni menu dia banyak, bila pergi sekali je memang tak puas sebab sedap belaka tapi tu lah duit kau pun mengalir macam air jugak lah. So untuk menjimatkan duit korang bila singgah ke Mozers untuk tidak tersalah pilih, baca lah entri ni hihu.

Sepatutnya makan bertiga tapi tengahari ni Uncle Singh tak dapat join sebab ada funeral tapi dia dah hulur duit in advance so kitorang pun order ikut suka hati lah.

So for drinks, kitorang ambil Lychee Mojito dengan Honeydew Milkshake. 


Quite hambar actually for the drinks sebab rasa biasa je tapi harga mahal wei. Baik korang bawak air sendiri hahaha


Order brownies dengan ice cream tapi amboi dessert datang awal before main dish. Nasib sedap, habs terus makannya. 


For main dish, makan Mix Shawarma - Chicken & Lamb cicah dengan yogurt memang nyum sangat! Punya lah sedap sampai tapau lagi satu bawak balik rumah hahahaha. Dulu pernah makan jugak shawarma yang dekat UIA tu tapi yang ni lagi sedap. 


Lamb Shank Kawajh ni my friend order tapi kitorang kongsi makan sebab wei banyak sangat lah makan sorang memang tak habis punya! Dah lah sedap, nasib dah kenyang makan shawarma dengan brownies so tak boleh habiskan. 


Lamb Shank tadi makan dengan Roti Lubnan. Nipis je rotinya tapi memang sedap. Rasanya kalau makan dengan Roti Arab memang confirm sengkak perut sebab roti Arab kan tebal. Lamb Shank ni antara lamb shank yang the best dekat Shah Alam ni so you guys must try kalau singgah dekat Mozers ni. 

Tahun lepas makan Shish Kebab Kash-Kash served with Arabic Bread, yang ni pun sedap jugak sampai tapau bawak balik rumah. Memang sedap and kenyang. 

Image result for mozer's bukit jelutong

So berbaloi lah bayar mahal sebab memang sedap sampai teringat-ingat dia punya sedap tu. Makan pun boleh kongsi. Tapi bab nasi tak sure pulak sebab kitorang malas nak makan nasi arab. Selalunya makan dekat Aroma Hijrah je. 

Kalau bosan tunggu makanan sampai, sini boleh selfie sampai lebam sebab decoration memang tip-top. Tapi lighting dia la suram sikit. Tapi yang ni dekat Bukit Jelutong, area lain I'm not quite sure lah sebab ada other branch dekat SS16 dengan Subang Parade.

Image result for mozer's bukit jelutong

2 comments

  1. Dan saya yang membacanya ni mampu telan air liur je tengok semua menu ni huhuhu

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap dan menarik... ais krim tu...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.