Tuesday, 10 October 2017

Tips Simpan Cili Fresh Sampai Sebulan

Dulu kalau beli cili memang tension sebab packaging banyak kena guna dalam masa seminggu je. Kadang tu beli tak sampai 3 hari pun dah layu, buruk dalam. Masak buat sambal jawa pun cepat jugak rosaknya. Tanam pokok cili, cili tak naik pulak. Sendu betul. 

Haritu masa tengah scroll down Twitter nampak kawan share tips simpan cili fresh sampai sebulan. At first macam tak percaya tapi try lah sebab dia share gambar memang sama macam time dia beli. Cantik je even dah sebulan.



Cara nak simpan senang je, 

Bahan-bahan :

1. Cili
2. Tisu dapur
3. Bawang putih 

Dah ada 3 bahan/barang ni, first step buang tangkai cili lepastu basuh bersih. Dah bersih tadi ambik la tupperware mana korang nak letak lepastu letakkan tisu tadi dekat dalam tupperware. Masukkan cili yang dah dibasuh tadi dengan bawang putih yang dah dikupas & dibasuh bersih. Masuk dalam peti ais. Simpan kemas-kemas. 

Dah settle. 

Good luck :)

7 comments:

  1. Nice tips, boleh saya cuba... selalu 2 minggu je dah buang balik.. pakai berapa ketul je..

    ReplyDelete
  2. sama cara simpan macam dekat rumah ni :)

    ReplyDelete
  3. bagus ni bagus ni, boleh cuba...blog saya https://cararesepi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. samalah simpan macam ni memang tahan lama tapi xletak bawang putih pun tahan lama juga :)

    ReplyDelete
  5. mudah. murah. jimat.
    hehehehehee.. :)

    ...

    ReplyDelete
  6. ooo senang je tipsnya. nanti nak cuba. kadang beli cili api banyak tapi tak sempat masak. lagipun bukan hari2 masak guna cili api. kalau hari2 ok la kan. tq for the tips :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.